Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, October 05, 2012

Menambahbaikkan status SPRM menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan

Timbalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Perdana Menteri mempertimbangkan dengan masak-masak syor untuk menambahbaikkan status Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan. Ini memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan. SPRM akan bertanggungjawab hanya kepada Parlimen. Kini, Ketua Pesuruhjaya adalah setaraf dengan setiausaha agung setiap kementerian. Mereka mestilah melihat muka Ketua Setiausaha Negara.

Pada 4 Oktober, 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan usaha memerangi gejala rasuah dalam negara terus kekal menjadi keutamaan kerajaan dan meletakkannya sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Perdana Menteri berkata, pelbagai pendekatan yang diambil dalam membanteras gejala rasuah termasuk aspek rangka kerja sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cukup menggambarkan keseriusan gejala tersebut pada pandangan kerajaan.

Bajet 2013 memperuntukkan hanya RM176 juta untuk SPRM, walhal ia memerlukan lebih RM350 juta. Ia juga berkhendakkan lebih 3,000 kakitangannya.

Selain daripada etika dan peruntukan kewangan, faktor-faktor seperti kedudukan SPRM adalah peri penting. Kini, status SPRM haruslah ditambahbaikkan. YAB Najib patut mempertimbangkan syor untuk menjadikan SPRM sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan. Dengan sedemikian SPRM hanya akan bertanggungjawab kepada Parlimen semata-mata.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home