Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 07, 2012

Bayangkan keadaan yang sebenar untuk para pakar mengembali ke Malaysia


Bayangkan keadaan yang sebenar untuk para pakar mengembali ke Malaysia

Terdapat beribu-ribu rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut. Bila Korporation Bakat (TalentCorp) melawat luar negara untuk menarik mereka mengembali ke tanahair, laporannya menggalakkan. Misalnya, semalam TalentCorp berada di Melbourne. Berita Bernama adalah termasuk 'TalentCorp telah menjalankan programnya untuk menarik para pakar di Melbourne dengan kejayaan cemerlang. Beribu-ribu orang Malaysia melihat kebaikan untuk balik ke negara untuk menikmati peluang pekerjaan dan kesejahteraan dalam ekonomi yang berkembang dengan pesat.

Satu tanda yang baik ialah kehadiran lebih 60 doktor dan ahli farmasi keturunan Malaysia yang bekerja di Melbourne untuk mendengar penjelasan Timbalan Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai kosep 1 Care. Ia melibatkan integrasi kesihatan awam dan swasta untuk mencapai hasil yang lebih baik dan universal.

Beliau mmberi jaminan kepada doktor dan pakar yang muda terhadap pendapatan yang bagus. Mereka akan bekerja di hospital-hospital bertaraf antarabangsa.'

Kerajaan mestilah menerangkan bilangan ahli profesional yang balik ke negara dalam tempoh empat tahun ini, termasuk jenis ahli pakar yang berbuat demikian. Adalah perlu untuk pihak berkuasa mengkaji semula keadaannya. Contohnya, mengapa pakar yang balik diberi pelbagai insentif walhal yang tetap ada dalam negara tidak? Mereka mungkin tidak berasa gembira dengan si pengembalinya. Apakah kerja yang boleh diisi? Kerja dalam hospital-hospital kerajaan biasanya penuh diisi. Apakah terjadi dengan kerja di hospital-hospital GLC seperti Hospital-Hospital Pantai dan Gleneagles di bawah Khazanah?

Marilah kita dapat tahu keadaan yang sebenarnya mengenai para pakar yang ingin mengembali ke negara ini. Mereka mungkin mestilah mengatasi kekangan-kekangan seumpama birokrasi dan jawatan-jawatan yang boleh didapati.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home