Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, November 03, 2012

Pemantauan berkesan ke atas tadika

Adalah baik untuk menggalak wanita bekerja. Ini bermakna kita memerlukan kemudahan seperti taska dan tadika.

PM Datuk Seri Najib menyebut tentang tabung RM10 juta dan hasrat untuk mempercepatkan pendaftaran taska tanpa kelulusan agensi teknikal, selagi ia mematuhi standard minima Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut Najib, 372 buah taska akan didaftarkan di bawah inisiatif baru. Jumlah taska di negara akan menjadi 1,767.

Usaha memperbaikan prosedur permohonan mungkin akan membantu. Apa yang peri pentingnya ialah pemantauan yang berkesan untuk mencegah kejadian yang tidak diingini serta memastikan kualiti penjagaan kanak-kanak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home