Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, April 24, 2017

Lautan bergelora لاوتن برݢلورا

Perang Korea berakhir pada 1953.Tetapi, perang sekatan ekonomi, ancaman dan tuduh-menuduh tidak berhenti. Presiden baru Amerika Syarikat, Trump,  hendak mengambil tindakan satu pihak terhadap Korea Utara yang asyik membina peluru berpandu nukliar. Ia mahu memusnahkan kapal induk Amerika. 

Zaman beralih, musim bertukar,
Lautan Pasifik sering bergelora;
Zaman presiden baru berkobar-kobar,
Lautan Amerika dan Korea Utara.

ڤرڠ كوريا براخير ڤد تاهون 1953. تتاڤي،. ڤرڠ سكاتن ايكونومي، تودوه-منودوه دان انچمن تيدق برهنتي. ڤريسيدن بارو اميريكا شريكت، ترامڤ، هندق مڠمبيل تيندقن ساتو ڤيهق ترهادڤ كوريا اوتارا يڠ عاشيق ممبينا ڤلورو برڤندو نوكليار. اي ماهو مموسنهكن كاڤل ايندوق اميريكا.

زمان براليه موسيم برتوكر،
لاءوتن ڤاسيۏيك سريڠ برݢلورا;
زمان ڤريسيدن بارو بركوبر-كوبر،
لاءوتن اميريكا دان كوريا اوتارا.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home