Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, April 20, 2017

Dadah jadi masalah antarabanga داده جادي ماله انتارابڠسا

Kelemahan manusia membawa bencana dadah yang berterusan. Ia adalah!masalah antarabangsa. Malaysia sentiasa menentang bencana ini.

Bumi hijau pelbagai kehidupan,
Manusia sering hadapi bencana;
Bumi hijau dadah kelihatan,
Manusia tagih jadi antarabangsa.

Manusia sering hadapi bencana,
Masyarakat beban masalah panjang;
Manusia tagih jadi antarabangsa,
Masyarakat akan sentiasa menentang.

كلمهن ماءنسيا ممباوا بنچان داده برتروسن. اي اداله مسءله انتارابڠسا. مليسيا سنتياس مننتڠ بنچان اين.

بومي هيجاو ڤلباݢاي كهيدوڤن،
ماءنسي سريڠ هادڤي بنچان;
بومي هيجاو داده كليهتن،
ماءنسي تاݢيه جادي انتارابڠسا.

ماءنسي سريڠ هادڤي بنچاب،
مشراكت ببن مسءله ڤنجڠ;
ماءنسي تاݢيه جادي انتارابڠسا،
مشراكت اكن سنتياس مننتڠ.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home