Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, November 17, 2016

ڤرونتوقءن ديون بنداري كوالا لومڤور كورڠ Peruntukan Dewan Bandaraya KL kurang

باجيت 2017 كمنتريان ويلايه ڤرسكوتوان اداله RM1.2 بيليون ستله دكورڠكن لبيه RM100 جوتا. ديون بنداراي كوالا لومڤور دتورون درڤد RM28 جوتا كڤد RM9 جوتا. تيمبالن منتري سبوت دديون رعيت بهوا كرجا ماسيه بوليه دجالنكن. كيت برهارڤ ڤيهقڽ برايختيار منروسكن كرجا دڠن باءيك سڤرتي ڤمنتاوان كسسقءن لالولينتس، ڤروجق ڤمبيناءن، بنجير كيلت، ڤاڤنتندا، ڤنوراڤن جالن سرتا تامن-تامن كديامن دان ريكرياسي.
Bajet 2017 Kementerian Wilayah Persekutuan adalah RM1.2 bilion setelah dipotong lebih RM100 juta. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diturun daripada RM28 juta kepada RM9 juta. Timbalan Menteri sebut di Dewan Rakyat bahawa kerja masih boleh dijalankan. Kita berharap pihaknya berikhtiar meneruskan kerja dengan baik seperti pemantauan kesesakan lalulintas, projek pembinaan, banjir kilat, papantanda, penurapan jalan serta taman-taman kediaman dan rekreasi.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home