Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, August 26, 2013

Semua ahli parlimen KL dan insinerator sampah

Hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan menemui 11 ahli parlimen Kuala Lumpur (ahli parlimen Taman Tun Razak adalah diwakili oleh seorang pembantu) dan 1 ahli dari Labuan. Beliau menunjukkan profesionalismenya.                                  Kita membincangkan pelbagai isu seperti jenayah, ,kesesakan lalulintas, taman-taman awam dan rumah untuk rakyat.
     Sampah atau sisa pepejal adalah masalah yang rumit. Terdapat lebih dari 3000 tan sampah di Kuala Lumpur. Ia perlu ditangani. Pada 16 Ogos, 2013, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman mengumumkan projek pembinaan insinerator sampah di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong. Timbalannya Datuk Halimah memberitahu Dewan Rakyat pada Julai lepas bahawa Kerajaan mestilah mendapat pandangan dan keselesaan rakyat tentang projek ini.
      YB Tengku Adnan mengesyorkan bahawa Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan menemui semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah insinerator sampah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home