Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, August 02, 2013

Menara Telco, jalur lebar dan pandangan penduduk

Berjuta-juta pelajar Malaysia mestilah mahir dalam Internet dan lain aspek teknologi maklumat. Kerajaan mestilah mewujudkan suasana yang baik, misalnya kemudahan yang maju.
     Tahun lepas, Kementerian Pendidikan melantik Telco sebagai kontraktor untuk menyediakan kemudahan broadband dan 4G. Perbelanjaannya dianggar RM668 juta.  Adakah tender terbuka?
     Setakat ini, Telco sudah mendirikan menara di 1784 buah sekolah. Para penduduk bimbang mengenai radiasi dari
menara tersebut.
     Kerajaan haruslah berunding dengan para penduduk berhampiran dengan sekolah bermenara serta ibu-bapa dahulu. Ia patut membuat kajian tentang kesan menara terhadap pelajar dan penduduk seperti radiasi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home