Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, November 23, 2012

Tiada negara akan menerima sisa Lynas

Hari ini, Menteri Kesihatan YB Tan Sri Leow mengatakan bahawa Lynas harus menghantar sisanya ke negara yang lain dan janganlah simpan di sini. Orang ramai hendak memberi peringatan kepada menteri: Kerajaan mengeluarkan lesen kepada Lynas untuk memproses nadir bumi. Tetapi, ia tidak pernah mengumumkan laporan kajian impak alam (EIA). Rakyat, terutamanya yang dekat dengan kilang tersebut, nescaya bimbang terhadap sisanya. Kerajaan Australia mengizinkan bijih nadir bumi dieksport ke Kuantan. Ia tidak pernah menyetujui mengambil balik sisanya. Tidak ada negara lain yang sanggup menerima bahan itu. Sama ada sisa ini radioaktif atau radioaktif secara perlahan, rakyat berprihatin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home