Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, November 25, 2012

Selain Bahasa Kebangsaan, kami menekankan dasar berbilang bahasa

Pagi ini, kami menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Dong Zong untuk menuntut dasar yang adil bagi pendidikan bahasa ibunda. Dalam lebih 40 tahun, kami mengikuti Perlembagaan Persekutuan: Selain Bahasa Kebangsaan, kami menekankan dasar berbilang bahasa. Kami berasa bahawa Kerajaan Pusat adalah tidak mempunyai dasar yang adil terhadap pendidikan bahasa ibunda, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah bantuan. Sejak tahun 1957, jikalau Kerajaan menggubalkan dasar berbilang bahasa yang adil, pelbagai masalah tidak akan timbul seperti kekurangan guru dan kontroversi tentang kurikulum. Jikalau Kerajaan bijak,beribu-ribu rakyat tidak seharusnya berhimpun bawah mentari yang panas ini dengan seruan untuk mengkaji Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Kami terus memperjuangkan untuk dasar berbilang bahasa yang adil. Kami mempercayai kepada kempen tanpa kekerasan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home