Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, November 25, 2012

Pinda semua undang-undang yang tidak adil terhadap wanita

Adalah betul untuk memperjuangkan persamaan (equality) bagi gender. Ketidakadilan menimpa kaum wanita dengan lebih dasyat seperti kelaparan, penyakit, keletihan kerja, kemiskinan, deprivasi dan diskriminasi. Dalam kes-kes penceraian dan warisan, wanita adalah sangat rugi.
70% orang buta huruf di dunia adalah wanita.

Nasib baik, di Malaysia wanita mempunyai peluang yang lebih baik di bidang pendidikan. Di Institutes Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lebih 50% pelajar adalah wanita. Di IPTS, bilangan wanita dan lelaki adalah hampir sama. Tetapi, peluang bagi graduan wanita mendapat kerja adalah kurang daripada lelaki.

Equality gender dalam undang-undang dan dalam kehidupan. Ini akan mengambil masa. Misalnya, Akta (Perkahwinan dan Penceraian) Reformasi Undang-Undang dan Akta Warisan. Ia haruslah dipindakan agar ianya adil untuk lelaki dan wanita.

Adalah perlu untuk mewujudkan persamaan gender pada teori dan praktisnya. Adalah perlu untuk melantikkan wanita yang pandai di semua bidang. Seorang wanita adalah dipilih bukan kerana dia wanita, tetapi kerana kebolehannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home