Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, May 23, 2012

Berilah peluang yang adil untuk semua parti politik mengemukakan manifesto.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan Barisan Nasional memberi peluang yang adil untuk parti-parti politik mengemukakan manifesto di radio dan television.

Biasanya, BN mempunyai monopoli ke atas radio dan television.


Pada 22.5.2012, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengatakan cadangan Suruhanjaya Pilihanraya untuk memberi peluang yang sama kepada semua parti politik menyiarkan manifesto melalui radio dan televisyen akan dibangkitkan di mesyuarat Kebinet.
Biasanya, Barisan Nasional mempunyai monopoli ke atas radio dan televisyen, terutamanya semasa pilihanraya. Kita tidak tahu keputusan Kabinet terhadap cadangan tersebut.
Semoga semua parti dilayan dengan adil oleh radio dan televisyen.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home