Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, April 15, 2014

Kerja Dron Bluefin-21 Memakan Masa

Semalam, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia menghantar dron kapal selam kecil, Bluefin-21, ke dasar selatan Lautan Hindi untuk menggeledah mencari bangkai dan kotak hitam pesawat MH370. Ia mengembali ke permukaan selepas hanya enam jam. Ia mengambil masa dua jam untuk menurunkan ke dasar lautan dan dua jam untuk mengembalikannya. Jika ia sampai ke had dalamnya 4500 meter, ia naik ke permukaan secara automatik.
     Ketua JACC menyifatkan kerja Bluefin-21 sebagai memakan masa dengan perhatian sepenuhnya. Kita meneruskan usaha yang menggeletar ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home