Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, April 14, 2014

Kebebasan untuk tebusan?

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia sedang melancarkan pencarian besar-besaran untuk pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. Tiba-tiba, seorang pelancong China dan seorang rakyat Filipina telah diculik dari sebuah pulau peranginan di Sabah. Kedua-dua wanita berada di selatan Filipina.
     Penculik menuntut wang lebih US36 juta dari keluarga pelancong itu. Bagaimana Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina menangani perkara ini?
     Terdapat pelbagai faktor yang menjejaskan keselamatan di Sabah termasuk pantai yang panjang dan pulau-pulau peranginan yang terpencil. 
     Kerajaan Malaysia mestilah berikhtiar untuk menyelamatkan tebusan tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home