Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, December 22, 2013

Tender terbuka untuk menjalan stesen pemindahan sampah di Kepong

Sampah atau sisa pepejal adalah sumber keburukan atau keemasan. Ada stesen pemindahan sampah di Taman Beringin,  Kepong, lebih lapan tahun. Pelbagai syarikat merebut untuk menjalan stesen itu.  Kontraknya dipercayai berharga RM100 juta. Kerajaan perlu mengumumkan angka yang sebenarnya.
     Sekarang, kontrak Syarikat Umpan Jaya akan tamat pada Mac, 2014.  Pada akhir ini, lori-lori sampah berbaris dan meletakkan sampah berselerak. Nampaknya, masalah ini sengaja dibuat.
     Kerajaan mestilah mengadakan tender terbuka untuk memilih syarikat yang boleh diharapkan bagi menjalankan stesen tersebut. Janganlah timbulnya kongkalikung.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home