Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, October 11, 2013

Kerajaan dan Insinerator Sampah

Kita tidak tahu berapa menteri dan ahli kerajaan pusat dan negeri telah mengunjungi negara yang mempunyai teknologi menangani sisa pepejal seperti loji insinerator, misalnya di Jepun dan Korea. Mereka membelanjakan wang rakyat. Setelah mengembali ke Malaysia, mereka mestilah ada cadangan untuk Malaysia.
     Pada bulan Julai dan awal bulan ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan timbalannya berjanji untuk menemui rakyat dan saya mengenai projek loji insinerator di Taman Beringin, Kepong. Perdana Menteri telah mengumumkan projek ini pada Mac 2012.
     Rakyat menunggu penemuan dan penjelasan Menteri Kerajaan Tempatan. Sementara itu, terdapat berita darihal Kerajaan sudah membuat keputusan membina sebuah loji insinerator yang mampu membakar 1000 tan sampah sehari. Kuala Lumpur mengeluarkan 3000 tan sampah sehari. Ia dikemas di Stesen Pemindahan di Kepong, lalu dihantar ke Bukit Tagar, sebuah tapak pelupusan sampah sanitari. Tapak ini boleh diguna 60 tahun.
     Kerajaan haruslah menerangkan sama ada insinerator tersebut model lama atau terbaru serta ia boleh diguna selama 15 tahun atau 60 tahun. Adakah kontraktor untuk projek loji insinerator telah dilantik dan kerja akan bermula tahun depan? Adakah penilaian impak alam akan diadakan? Adakah prinsip perbelanjaan hemat diamalkan?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home