Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, February 10, 2018

Pantun, pertengkaran berlarutan ڤرتڠكارن برلاروتن

Amerika Syarikat berkelahi dengan Korea Utara bertahun-tahun. Pasukan Korea Utara dan Selatan masuk bersama ke upacara Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang. Naib Presiden Amerika, Mike Pence,  berada hampir adik perempuan Kim Jong-un.

Berkepanjangan bagai agam: perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.

Pence sibuk memburukkan Kim,
Perdamaian bagai berazam;
Pence duduk berdekatan Kim,
Berkepanjangan bagai agam.

اميريكا شريكت بركلاهي دڠن كوريا اوتارا برتاهون-تاهون. ڤاسوقن كوريا اوتارا دان سلاتن ماسوق برسام كاءوڤاچارا اوليمڤيك موسيم سجوق دڤيوڠچڠ. ناءيب ڤريسيدن اميريكا، مايك ڤينس، براد همڤير اديق ڤرمڤوان كيم جوڠ-اون.

بركڤنجڠن باݢاي اݢم: ڤربواتن اتاو ڤركاتاءن يڠ تيدق اد هوجوڠڽ.

ڤينس سيبوق ممبوروقءن كيم،
ڤردامايءان باݢاي  برعزم؛
ڤينس دودوق بردكتن كيم،
بركڤنجڠن باݢاي اݢم.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home