Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, October 28, 2015

باجيت 2016 كورغ ڤرونتوقءن ڤنديديقءن تيغگي RM2.4 بيليون. Bajet 2016 kurang peruntukan pendidikan tinggi RM2.4 bilion

باجيت 2016 سياڤكن RM13.378 بيليون اونتوق ڤنديفيقءن تيغگي بربانديغ دغن RM15.785 تاوهن 2015. اونيۏرسيتي ترڤقسا منچاري كواغن دري سواستا. اين تركندوغ دالم ڤلن ڤمباغونن ڤنديديقءن 2015-2025 (ڤنديديقءن تيغگي):اونتوق ملاهيركن باكت يغ ددوروغ اوليه نيلاي دغن منتاليتي كلس ڤرتام. كيت ممبري ڤرهاتيان كڤد اڤ يغ دلقسانكن. اداكه اونيۏرسيتي سواستا اكن مناريق لبيه راماي ڤلاجر؟ ادكه ستندارد اونيۏرسيتي عوام اكن تورون؟
Bajet 2016 sediakan RM13.378 bilion untuk pendidikan tinggi berbanding dengan RM15.785 bilion tahun 2015. Universiti terpaksa mencari kewangan tambahan dari swasta. Ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025 (Pendidikan Tinggi): untuk melahirkan bakat yang didorong oleh nilai dengan mentaliti kelas pertama. Kita memberi perhatian kepada apa yang dilaksanakan. Adakah universiti swasta akan menarik lebih ramai pelajar? Adakah standard universiti awam akan turun?

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home