Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, February 24, 2015

Pendidikan tinggi Malaysia

Kita berazam menambahbaikkan tahap universiti di Malaysia dan mengelakkan jadi peniup trompet (pembesar diri). Menteri Datuk Seri Idris Jusoh menegaskan kualiti universiti negara ini setanding dengan universiti di negara maju. Beliau merujuk kepada QA (Quacquarelli Symonds) University Rankings (Universiti Malaya tangga 151), tetapi melupakan sistem rankings yang lain. Yang paling dihormati ialah Shanghai Transport University Rankings: UM baik sedikit, naik dari tangga 401-500 pada 2011 kepada 301-400 pada 2014. Universiti-universiti di Malaysia yang lain adalah tidak termasuk dalam senarai 500 universiti.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home