Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, May 05, 2014

Kesesakan di LCCT (Terminal untuk pesawat kos rendah)

Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Jabatan Imigresen, Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) dan AirAsia menyelesaikan kesesakan di LCCT dan mewujudkan perkhidmatan yang cepat,cekap dan selamat.

MAHB mempunyai pendapat yang berbeza dengan AirAsia terhadap KLIA2. Oleh itu, AirAsia hanya akan berpindah dari LCCT ke KLIA2 pada 9 Mei, bukan 2 Mei, 2014.

Terlalu ramai penumpang menggunakan LCCT. Pada 4 Mei, 2014, keadaan sesak berlaku di 17 kaunter imigresennya. Ada banyak aduan. 

Ketua Pengarah Imigresen mengatakan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada keengganan AirAsia berpindah pada 2 Mei dan ramai kakitangannya telah dipindahkan ke KLIA2. Pengurus Kanan MAHB Datuk Azmi Murad menyebutkan bahawa semua dijalankan seperti biasa. Kesibukan berlaku masa kemuncak dengan banyak pesawat mendarat.

Kehilangan ghaib pesawat MH370 menjejaskan imej Malaysia. Jika suasana di LCCT atau KLIA2 menyusahkan para penumpang, ia akan memburukkan imej lagi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hisham menyifatkan KLIA2 sebagai lapangan terbang yang terbesar di dunia untuk pesawat kos rendah. Sekiranya perkhidmatan termasuk imigresen adalah tercepat, tercekap dan terselamat, maka imej yang punah itu boleh dipulihkan dengan lebih cepat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home