Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, February 28, 2017

نام ۏيلم منڠ اوسكر دعموم ساله Nama filem menang Oscar diumum salah

ڤد مالم 27 ۏيبرواري 2017 ڤڠانوݢرهن اوسكر هوليءود. ڤڠاچارا ڤلاكون وارين بيتي دبري سمڤول سورت يڠ ساله. ڤمنڠ وايڠ يڠ ترباءيك دعمومكن سباݢاي لا لا لند. سبنرڽ مون لايت، چهاي بولن، منڠ. 

نام فيلم اونتوق اوسكر دسمبه،
   تق اد ۏيلم يڠ تق ݢالق؛
نام ۏيلم منڠ دعموم ساله،
   تق اد ݢاديڠ يڠ تق رتق.

Pada malam 27 Februari, 2017 penganugerahan Oscar, Hollywood, pengacara, pelakun Warren Beaty, diberi sampul surat yang salah. La La Land diumumkan sebagai filem yang terbaik. Sebenarnya, Moonlight, Cahaya Bulan, yang menang.

Nama filem untuk Oscar disembah,
   Tak ada filem yang tak galak;
Nama filem menang diumum salah
   Tak ada gading yang tak retak.

Labels:

Sunday, February 26, 2017

Hendak motokar buatan sendiri هندق موتوكر بواتن سنديري

Sejak tahun 1983, Proton cuba membuat kereta. Masalah timbul. Kerajaan membantu. Tetapi, dunia motokar merencam.

Guna kereta pergi Tanjung,
   Hendak motokar buatan sendiri;
Guna kereta untuk melancung,
   Hendak motokar berkualiti.

Hendak motokar buatan sendiri,
   Pakai Proton cinta negara;
Hendak mokokar berkualiti,
   Pakai Proton rasa tak selesa.

Pakai Proton cinta negara,
   Cari teknologi baiki perasaan;
Pakai Proton rasa tak selesa,
   Cari teknologi, rakan, pasaran.

سجق تاهون 1983، ڤروتون چوبا ممبوات كريتا. مسءله تيمبول. كراجاءن ممبنتو. تتاڤي، دبيا موتوكر مرنچم.

ݢون كريتا ڤرݢي تنجوڠ،
   هندق موتوكر بواتن سنديري؛
ݢون كريتا اونتوق ملنچوڠ،
   هندق موتوكر بركواليتي.

هندق موتوكر بواتن سنديري،
   ڤاكاي ڤروتون چينتا نݢارا؛
هندق موتوكر بركواليتي،
   ڤاكاي ڤروتون راس تق سليس.

ڤاكاي ڤروتون چينتا نݢارا،
   چاري تيكنولوݢي باءيكي ڤراساءن؛
ڤاكاي ڤروتون تق سليس،
   چاري تيكنولوݢي، راكن، ڤاسرن.

  

Labels: , ,

كريتا ڤروتون Kereta Proton

ڤد تاهون 1983، ساي براوچڤ دديون رعيت، ممبريتاهي كراجاءن كتيك ايت بهوا اداله سوكر باݢي ڤروتون اونتوق هيدوڤ(ثايلند دان ايدونيسيا تيدق برمينت ممبوت كريتا سنديري). سكارڠ، اي ماسيه چاري راكن ڤركوڠسيان، تيكنولوݢي دان ڤاسرن.

Pada tahun 1983, saya berucap di Dewan Rakyat, memberitahu Kerajaan ketika itu bahawa adalah sukar bagi Proton untuk hidup (Thailand dan Indonesia tidak berminat membuat kereta sendiri). Sekarang, ia masih mencari rakan perkongsian, teknologi dan pasaran.

Labels: ,

Saturday, February 25, 2017

تنترا كراجاءن ايرق مارا ك مودول Tentera kerajaan Iraq mara ke Mosul

تنترا كراجاءن ايرق مارا ك بندراي موسول. دايش اتاو IS مندودوقي بندراي ايت سجق 2014. ڤرجواڠن ترهادڤ ڤلمڤاو برتروسن.
Tentera kerajaan Iraq mara ke Bandaraya Mosul. Daesh atau IS menduduki bandaraya itu sejak 2014. Perjuangan terhadap pelampau berterusan.

Labels:

Friday, February 24, 2017

Pembunuhan di KLIA2 ڤمبونوهن دKLIA2

Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, telah dibunuh dengan senjata kimia, VX, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA2.

Lapangan terbang banyak penumpang,
   Pasukan polis hendak berjaga;
Lapangan terbang mati seorang,
   Pasukan polis cepat periksa.

Pasukan polis hendak berjaga,
   Mangsa terkena tuala sabun;
Pasukan polis cepat periksa,
   Mangsa terkena senjata racun.

كيم جوڠ-نام، ابڠ كڤد ڤميمڤين كوريا اوتارا، كيم جوڠ-اون، تله دبونوه دڠن سنجات كيميا، VX, دلاڤڠن تربڠ كوالا لومڤور،KLIA2.

لاڤڠن تربڠ باڽق ڤنومڤڠ،
   ڤاسوقن ڤوليس هندق برجاݢ؛
لاڤڠن تربڠ ماتي ساءورڠ،
ڤاسوقن ڤوليس چڤت ڤريقسا.

ڤاسوقن ڤوليس هندق برجاݢ،
   مڠسا تركنا توالا سابون؛
ڤاسوقن ڤوليس چڤت ڤريقسا،
   مڠسا تركنا سنجات راچون.

  

Labels:

Persembahan Korea Utara

كيم جوڠ-نام، ابڠ كڤد كيم جوڠ-اون، تله دبونوه دڠن راچون VX. كوريا اوتارا چوبا منونجوقءن اي ممڤوڽاءي بوم نوكليار، ڤلورو برڤندو انتارا بنوا دان سنجات كيميا سڤرتي VX.

Kim Jong-nam, abang kepada Kim Jong-un, telah dibunuh dengan racun VX. Korea Utara cuba menunjukkan ia mempunyai bom nukliar, peluru berpandu antara benua dan senjata kimia seperti VX.

Labels:

توليسن خت، براس ݢمبيرا دڠن بندا چنتيق Tulisan khat, berasa gembira dengan benda cantik

توليسن خت برارتي براس ݢمبيرا دڠن بندا چنتيل. ميثلڽ، مليهت دان مندڠر بوروڠ مپپي سڤرتي موراي، مربوق، تيوڠ دان تكوكور. تتاڤي، اد بوروڠ مپپي يڠ بيلڠنڽ سماكين كورڠ سماچم موراي هوتن دان تكوكور. كيت ڤرلو ممڤرليندوڠكن بوروڠ مپپي.

Tulisan khat bererti berasa gembira dengan benda cantik. Misalnya, melihat dan mendengar burung menyanyi seperti murai, tiung, merbuk dan tekukur. Tetapi, kerana pelbagai sebab, ada burung menyanyi yang bilangannya semakin kurang semacam murai hutan. Kita perlu memperlindungkan burung menyanyi.

Labels:

Tuesday, February 21, 2017

ستڠه جوتا ڤناݢيه داده دمليسيا Setengah juta penagih dadah di Malaysia

مليسيا اد لبيه ستڠه جوتا ڤناݢيه داده درڤد سموا قوم. كيت ڤرلو لبيه اوسها اونتوق ممرڠي مسءله داده.

Labels:

Kematian orang asing di Malaysia كماتيان اورڠ اسيڠ دمليسيا

كيم جوڠ-نام، ابڠ كڤد ڤميمڤين كوريا اوتارا، كيم جوڠ اون، ماتي دلاڤڠن تربڠ كوالا لومڤور، KLIA2. مليسيا مستي مپاست دان منداڤت تاهو سبب كماتيان يڠ سبنرڽ مڠيكوت عملن مليسيا دان انتارابڠسا.

كماتيان اورڠ اسيڠ دمليسيا،
   كيت مستي ممبوات سياستن؛
كماتيان اورڠ اسيڠ دنݢارا،
   كيت مستي بوات كڤوتوسن.

كيت مستي بوات سياستن،
   داڤت تاهو سبب تيڠݢل دنيا؛
كيت مستي بوات كڤوتوسن،
   داڤت تاهو سبب بوليه ڤرچاي.

Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mati di Lapngan Terbang Kuala Lumpur, KLIA2. Malaysia mesti menyiasat dan mendapat tahu sebab kematian yang sebenarnya mengikut amalan Malaysia dan antarabangsa.

Kematian orang asing di Malaysia,
   Kita mesti membuat siasatan ;
Kematian orang asing di negara,
   Kita mesti membuat keputusan.

Kita mesti membuat siasatan,
   Dapat tahu sebab tinggal dunia;
Kita mesti membuat keputusan,
   Dapat tahu sebab boleh percaya.

Labels:

Sunday, February 19, 2017

جاݢ بادن ڤستيله رڠݢس Jaga badan pastilah tangkas

دوكتور مايكل ݢانون، ڤريسيدن ڤرساتوان ڤروباتن اوستراليا كات ماكن ڤيل ملتيۏيتامين اداله سسيا سهاج. لبيه باءيك ڤيليه بواه-بواهن دان سايور-سايورن يڠ سݢر.

جاݢ بادن مستيله چرݢس،
   ماكن ملتيۏيتامين تيدق ݢون؛
جاݢ بادن ڤستيله تڠكس،
   ماكن بواه دان سايور ڽامن راس.

Dr Michael Gannon, Presiden Persatuan Perubatan Australia, kata makan pil multivitamin adalah sesia. Lebih baik pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Jaga badan mestilah cergas,
   Makan multivitamin tidak guna;
Jaga badan pastilah tangkas,
   Makan buah dan sayur nyaman rasa.

Labels:

ترامڤ سنتوه ڤنداتڠ دان تيروريسما دسويدين Trump sentuh pendatang dan terorisme di Sweden

Trump bertekak dengan Sweden. Beliau sentuh pendatang dan terorisme di Sweden. Orang Sweden minta penjelasan.

Labels:

مليسيا بربيلڠ اݢام Malaysia berbilang agama

مليسيا اداله سبواه نݢارا بربيلڠ اݢام. ڤرلمباݢاءن ڤرسكوتوان امبيل كيرا ڤركارا اين. ڤينداءن اكتا يڠ مليبتكن اݢام منيمبولكن شك وسڠك. كيت ڤرلو ايكوت سماڠت ڤرلمباݢاءن.

Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama. Perlembagaan persekutuan ambil kira perkara ini. Pindaan akta yang melibatkan agama menimbulkan syak wasangka. Kita perlu ikut semangat perlembagaan.

Labels:

Saturday, February 18, 2017

Memakai bantuan dengan berguna مملكاي بنتوان دڠن برݢون

كمنتريان ڤنديديقن مليسيا ممڤراونتوقءن سباڽق RM3.1 بيليان باݢي بنتوان سكوله. واڠ اين مستي سمڤاي ك سكوله ماسيڠ-ماسيڠ تمڤا كليوتن دان ڤڽليويڠن.

بنتوان سكوله اونتوق كماجوان،
   مماكاي بنتوان دڠن برݢون؛
بنتوان سكوله اونتوق ڤلاجرن،
   مماكاي بنتوان دڠن برجاس.

Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM3.1 bilion bagi bantuan sekolah tahun 2017 . Wang ini mestilah sampai ke sekolah masing-masing tanpa kelewatan dan penyelewengan.

Bantuan sekolah untuk kemajuan,
   Memakai bantuan dengan berguna;
Bantuan sekolah untuk pelajaran,
   Memakai bantuan dengan berjasa.

Labels:

Friday, February 17, 2017

اخلاص تاڠن ݢون تناݢ Ikhlas tangan guna tenaga

داتوء سري زاحيد كات ڤاسوقن برتيندق خاص اونتوق مپلسايكن مسءله ڤكرجا اسيڠ. بليو ممبري 30 هاري باݢي مڠاتاسي براڤ ايسو. باݢايمان مننتو لبيه كاءوتاماءن كڤد تناݢ تمڤتن؟ براڤ ڤنداتڠ تنڤا ايزين دمكيسيا؟

كيلڠ چوبا چاري اورڠ بوروه،
   اخلاص تاڠن ݢون تناݢ؟
كيلڠ چوبا چاري اورڠ سوڠݢوه،
   اخلاص تاڠن مسءله لام.

Datuk Seri Zahid kata Pasukan Bertindak Khas untuk menyelesaikan masalah pekerja asing. Beliau memberi 30 hari bagi mengatasi berapa isu. Bagaimana menentu lebih keutamaan kepada tenaga tempatan? Berapa pendatang tanpa izin di Malaysia?

Kilang cuba cari orang buruh,
   Ikhlas tangan guna tenaga;
Kilang cuba cari orang sungguh,
   Ikhlas tangan masalah lama.

Labels:

Thursday, February 16, 2017

Berusaha kemahiran naik براوسها كماهيرن ناءيك

كوالا لومڤور اداله برتمڤت ك-41، انتارا 50 بندر ترباءيك ڤيليهن ڤلاجر ددنيا اونتوق مپمبوڠ ڤڠاجيان برداسركن ڤنارۏن100 بندر ترباءيك اونتوق ڤلاجر QS Qucquarelli Symonds. منتري داتوء سري سيستيسيس برݢمبيرا. نݢارا ڤرلو منيڠݢيكن تمڤتڽ.

نݢارا اد كممڤوان،
   براوسها كماهيرن ناءيك؛
نݢارا اد كبوليهن،
   براوسها ڤنديديقن باءيك.

Kuala Lumpur adalah bertempat ke-41, antara 50 bandar terbaik pilihan pelajar di dunia untuk menyambung pengajian berdasarkan Penarafan 100 Bandar Terbaik untuk Pelajar QS Qucquarelli Symonds. Menteri Datuk Seri Idris bergembira. Negara perlu berusaha meninggikan tempatnya.

Negara ada kemampuan,
   Berusaha kemahiran naik;
Negara ada kebolehan,
   Berusaha pendidikan baik.

Labels:

Wednesday, February 15, 2017

Kematian yang dikatakan KimJong-nam كماتيان يڠ دكاتاكن كيم جوڠ-نام

ساءورڠ يڠ دكاتاكن كيم جوڠ-نام ماتي دڠن تيبا-تيبا دلاڤڠن تربڠ كوالا لومڤور. مليسيا مستي منچاري سبب كماتيانڽ.

Seorang yang dikatakan Kim Jong-nam mati dengan tiba-tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Malaysia mesti mencari sebab kematiannya.

Labels:

دوكتور دحرمتي د نݢارا مليسيا Doktor dihormati di negara Malaysia

Malaysia mempunyai 32 kolej perubatan dan mengiktiraf 375 kolej perubatan dari 34 negara. Akibatnya, beribu graduan susah hendak berkhidmat di hospital. Menteri Datuk S Subramaniam berkata ramai pelajar perubatan tidak bersedia untuk hidup sebagai seorang doktor.

Insan sakit dan insan sihat,
   Doktor dihormati negara Malaysia;
Insan sakit dan insan dirawat,
   Doktor mesti cinta manusia.

مليسيا ممڤوڽاءي 32 بواه كوليج ڤروباتن دان مڠاعتراۏ 375 بواه كوليج ڤروباتن دري 34 نݢارا. عقيبتڽ، بريبو ݢرادوان سوسه هندق برخدمت دهوسڤيتل. منتري داتوء سري سوبرامانيام بركات بهوا راماي ڤلاجر ڤروباتن تيدق برسديا اونتوق هيدوڤ سباݢاي ساءورڠ دوكتور.

انسان ساكيت دان انسان صيحت،
   دوكتور دحرمتي نݢارا مليسيا؛
انسان ساكيت دان انسان دراوت،
   دوكتور مستي چينتا ماءنسي.

Labels:

Tuesday, February 14, 2017

ݢون جوڠ نام، ابڠ ݢون جوڠ اون، ماتي -Kim Jong-nam, abang Kim Jong-un

كيم جوڠ-نام، ابڠ تيري كڤد ڤميمڤين كوريا اوتارا، كيم جوڠ-اون، منيڠݢل دنيا عقيبت دراچوني. تربابيتڽ دالم ڤوليتيك؟
Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, meninggal dunia di KLIA, Malaysia, akibat diracuni. Terbabitnya dengan politik?

Labels:

Monday, February 13, 2017

Semua halang rasialisme سموا هالڠ راسياليسمي

رعيت هندق مليسيا امن. كيت مڠهالڠ سموا جنيس راسياليسما دان ايكستريميسما. داتوء سري ماءون كات كيت تيدق مڠعمل ايكستريميسما
كيت ماهو نݢارا سنتوسا،
   سموا اورڠ هالڠ راسياليمي؛
كيت ماهو نݢارا سجهترا،
   سموا اورڠ هالڠ ايكستريميسما.

Rakyat hendak Malaysia aman. Kita menghalang semua jenis rasialisme dan ekstremisme. Datuk Seri Najib kata kita tidak mengamal ekstremisme.

Kita mahu negara sentosa,
   Semua orang halang rasialisme;
Kita mahu negara sejahtera,
   Semua orang halang ekstremisme.

Labels:

Najib, kita tak amal ekstremism ماجون، مور تق عمل ايكستريميسمي

داتوء سري ناجيب كات بهوا كيت تيدق مڠعمل ايكستريميسمي. اين مستي دڤرليهتكن.

Datuk Seri Najib kata bahawa kita tidak mengamalkan ekstremisme. Ini mesti diperlihatkan.

Labels:

Sunday, February 12, 2017

Pengagkutan awam

Masalah kesesakan lalulintas berterusan. Kerajaan bermaksud memperbaiki kemudahan termasuk pengangkutan awam seperti bas, LRT, Monorail dan MRT bertaraf dunia. Harap-harapan:

Pandu kereta ke bandaraya
   Tentu ada kesesakan hingga malam;
Pandu kereta ke Putrajaya,
   Tentu ada pengangkutan awam.

مسءله كسسقن لالولينتس برتروسن. كراجاءن برمعصود ممڤرباءيكي كمودهن سڤرتي باسLRT, Monorail dan MRT برتارۏ دنيا. هارڤ-هارڤن:

ڤندو كريتا ك بنداراي،
   تنتو اد كسسقن هيڠݢ مالم،
ڤندو كريتا ك ڤوترجاي،
   تنتو اد ڤڠڠكوتن عوام.

Labels:

Agama dan bangsa

Masyarakat majmuk perlu berhati-hati. Kita merintang perkara yang menyinggung orang.

Setiap orang ada agama,
   Berusaha halang hal sandung;
Setiap orang ada rasa,
   Berusaha halang hal singgung.

مشراكت مجموق ڤرلو برهاتي-هاتي. كيت مرينتڠ ڤركارا يڠ مڽيڠݢيڠ اورڠ.

ستياڤ اورڠ اد اݢام،
    براوسها هالڠ حال سندوڠ؛
ستياڤ اورڠ اد راسا،
   براوسها هالڠ حال سيڠݢوڠ.

Labels:

Thursday, February 09, 2017

Orang fasih dengan berapa bahasa اورڠ باسوه دڠن براڤ بهاس

Dunia adalah lebih terbuka. Ramai pergi ke negara lain untuk pelajaran, pelancongan dan pekerjaan. Ada banyak syarikat antarabangsa di Malaysia. Datuk Seri Najib hendak orang Malaysia fasih dengan berapa bahasa. Kita perlu kemudahan dan peluang untuk mempelajari bahasa.

Sedia hadapi dunia seberang,
   Orang masih dengan hal antarabangsa;
Sedia lengkapi kemudahan sekarang,
   Orang fasih dengan berapa bahasa.

دنيا اداله لبيه تربوك. راماي ڤرݢي ك نݢارا لاءين اونتوق ڤلاجارن، ڤلنچوڠن دان ڤكرجاءن. اد باڽق شريكت انتارابڠسا دمليسيا. داتوء سري ناجيب هندق اورڠ مليسيا ۏصيح دڠن براڤ بهاس. كيت ڤرلو كمودهن دان ڤلواڠ اونتوق ممڤلاجاري بهاس.

سديا هادڤي دنيا سبرڠ،
   اورڠ ماسيه دڠن حال انتارابڠس؛
سديا لڠكڤي كمودهن سكارڠ،
   اورڠ ۏصيح دڠن براڤ بهاس.

Labels:

باسوه دالم براڤ بهاس Fasih dalam berapa bahasa

داتوء سري ناجيب ممبري ڤريڠتن بهوا اورڠ مليسيا مستي ۏاسيه دالم براڤ بهاس. كراجاءن هاروس ممستيكن سكوله-سكوله اد كمودهن يڠ چوكوڤ باݢو ڤلاجر ممڤلاجاري بهاس مليسيا دان لاءين بهاس.

Datuk Seri Najib memberi peringatan bahawa orang Malaysia mesti fasih dalam berapa bahasa. Kerajaan harus memastikan sekolah-sekolah ada kemudahan yang cukup bagi pelajar mempelajari Bahasa Malaysia dan lain bahasa.

Labels:

Wednesday, February 08, 2017

Sekolah Chung Ling 100 tahun دݢيلڤ چوڠ ليڠ 100 تاهون.

ݢمبر منونجوقءن سكوله منڠه چوڠ ليڠ، ڤولاو ڤينڠ، ڤد 1917 دان 2017. سكوله اين اد تمڤت دلاڤڠن ڤنديديقن مليسيا.

Gambar ini menunjukkan Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang, pada 1917 dan 2017. Sekolah ini ada tempat di lapangan pendidikan Malaysia.

Labels:

Giat bekerja pasti berjasa ݢيات بكرجا ڤستي برجاس

ماءنسي اداله ترڤڠاروه دڠن علام سكيتر. ستياڤ اورڠ مستي براوسها منچاڤاي هيدوڤ يڠ لبيه سنڠ.

اينسن سلالو دسركوڤ كعلامن،
      ݢيات سنتياس جادي سليس؛
اينسن ماهو هيدوڤ ڽامن،
   ݢيات بكرجا ڤستي برجاس.

Manusia adalah terpengaruh dengan alam sekitar. Setiap orang mesti berusaha mencapai hidup yang lebih senang.

Insan selalu diserkup kealaman,
   Giat sentiasa jadi selesa;
Insan mahu hidup nyaman,
   Giat bekerja pasti berjasa.

Labels:

Tuesday, February 07, 2017

داسر اڠكاس 2030 مليسيا Dasar Angkasa 2030 Malaysia

ڤد تيوريڽ، داسر اڠكاس 2030 ممرلوكن باكت. ڤد ڤرقتيسڽ، ڤلباݢاي اونسور سڤرتي بيروكراسي دان ڤوليتيك مپببكن اورڠ برباݢت ڤرݢي ك نݢارا لاءين.

Pada teorinya, Dasar Angkasa 2030 memerlukan bakat. Pada praktisnya, pelbagai unsur seperti birokrasi dan politik menyebabkan orang berbakat pergi ke negara lain.

Labels:

Monday, February 06, 2017

Mengkaji bayaran rawatan kanser مڠكاجي بايرن راوتن كنسر

Ada hospital awam dan swasta di Malaysia. Ramai pergi ke hospital awam. Jika mengkaji bayaran untuk rawatan kanser, jangan bebankan orang yang melarat.

Tolong beri luang untuk kesihatan,
   Jangan lupa sakit yang kurang berat;
Tolong pergi hospital untuk rawatan,
   Jangan lupa orang yang melarat.

اد هوسڤيتل عوام دان سوستا دمليسيا. راماي ڤرݢي ك هوسڤيتل عوام.جك مڠكاجي بايرن اونتوق راوتن كنسر، جاڠن ببنكن اورڠ يڠ ملارت.

تولوڠ  بري لواڠ اونتوق كصيحتن،
   جاڠن لوڤا ساكيت كورڠ برت؛
تولوڠ ڤرݢي هوسڤيتل اونتوق راوتن،
   جاڠن لوڤا اورڠ يڠ ملارت.

Labels:

Sunday, February 05, 2017

مناروه كبهاݢياءن بلاك Menaruh kebahagiaan belaka

ڤد ديني هاري ك9 تاهون بارو چينا، كلوارݢ بردعا كڤد توهن اڠكاس كران مپلامتكن نينيق مويڠ مريك درڤد لانون جڤون 700 تاهون يڠ لڤس.  مك وجودله ڤلباگاي ڤرتونجوقن، مرچون، بوڠا اڤي دان اوڤاچارا سمبهيڠ. كبهݢياءن كڤد سموا.

مالم ڤرتونجقن بوڠا اڤي،
   ݢموروه دان كݢيلڠن اڠكاس،
دالم ڤراياءن براڤ هاري،
   مناروه كبهاݢياءن بلاك.

Pada dini hari Ke-9 Tahun Baru Cina, keluarga berdoa kepada Tuhan angkasa kerana menyelamatkan nenek moyang mereka daripada lanun Jepun 700 tahun yang lepas. Maka wujudlah pelbagai pertunjukan, mercun, bunga api dan upacara sembahyang. Kebahagiaan kepada semua.

Malam pertunjukan bunga api,
   Gemuruh dan kegilangan angkasa;
Dalam perayaan berapa hari,
   Menaruh kebahagiaan belaka.

Labels:

Friday, February 03, 2017

sengaja naik harga barang سڠاج ناءيك هرݢ بارڠ

Ekonomi dunia termasuk Malaysia kurang baik. Harga barang melambung. Pihaknya membenarkan harga diesel dan petrol naik. Caj rawatan gigi di klinik kerajaan ditambahkan. Rakyat bersungut-rungut.

Pihaknya izin harga diesel naik,
   Bayar rawatan gigi ikut tambah;
Hendaknya bikin warga baik,
   Sedar beban kini takut parah.

ايكونومي دنيا ترماسوق مليسيا كورڠ باءيك. هرݢ بارڠ ملمبوڠ. ڤيهقڽ ممبنركن هرݢ ديسل دان ڤيترول ناءيك. چج راوتن ݢيݢي دكلينيك كراجاءن دتمبهكن. رعيت برسوڠوت-روڠوت.

ڤيهقڽ ايزين هرݢ ديسل ناءيك،
   باير راوتن ݢيݢي ايكوت تمبه؛
هندقڽ بيكين ورݢ باءيك،
   سدر ببن كيني تاكوت ڤاره.

Labels:

Wednesday, February 01, 2017

Perintah Trump. ڤرينته ترامڤ

ڤريسيدن ترامڤ مڠلواركن ڤلباݢاي ڤرينته سڤرتي مڠحرامكن ورݢ توجوه نگارا مماسوقي اميريكا. والاوڤون اي تيدق مليبت مليسيا، ڤلاجر كيت راس مشكيل. مريك تاكوت منيڠݢل اميريكا.

ڤريسيدن ترامڤ اميريكا،
   ايشتيهر ڤيليهارا كعديلن؛
اينسيدن حرام ورݢ توجوه نݢارا،
   ڤلاجر كيت اد كموشكيلن.

Presiden Trump mengeluarkan pelbagai perintah seperti mengharam warga tujuh negara memasuki Amerika. Walaupun ia tidak melibat Malaysia, pelajar kita rasa musykil. Mereka takut meninggalkan Amerika.

Presiden Trump Amerika,
   Isytihar pelihara keadilan;
Insiden haram warga tujuh negara,
   Pelajar kita ada kemusykilan.

Labels: