Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, August 31, 2016

پاموق ايديس، ديڠگي دان زايكا. Nyamuk Aedes, denggi dan zika

پاموق ايديس ممباوا ۏيروس ديڠگي دان زايكا. سباگاي سبواه نگارا تروڤيكا، مليسيا هاداڤي پاموق ايت. زايكا سوده داتڠ كسيڠاڤورا. كيت لبيه وسڤادا.
Nyamuk Aedes membawa virus denggi dan zika. Sebagai sebuah negara tropika, Malaysia hadapi nyamuk itu. Zika sudah datang ke Singapura. Kita lebih waspada.

Labels: ,

اينترنيت تناگ. Internet tenaga

رعيت هندق بكالن ايليكتريك يڠ بركسن. كيت ماهو تاهو رنچڠن تناگ ناسيونل برحد اونتوق بكالن ايۏيسين. اداكه اي اكن وجود رڠكاءين اينترنيت تناگ؟
Rakyat hendak bekalan elektrik yang berkesan. Kita mahu tahu rancangan Tenaga Nasional Berhad untuk bekalan efisien. Adakah ia akan wujud rangkaian internet tenaga?

Labels:

Tuesday, August 30, 2016

Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka

Labels:

يلڠن ڤساكيت زايكا برتمبه دسيڠاڤورا. Bilangan pesakit zika bertambah di Singapura

بيلڠن ڤساكيت زايكا دسيڠاڤورا برتمبه كڤد 56 اورڠ دسيڠاڤورا. رعيت ڤرلو برهاتي-هاتي. كيت هاڤوس پاموق ايديس يڠ ممباوا ۏيروس ديڠگي دا خايكا.
Bilangan pesakit zika di Singapura bertambah kepada 56 orang. Rakyat perlu berhati-hati. Kita hapus nyamuk Aedes yang membawa virus denggi dan zika.

Labels:

Monday, August 29, 2016

معلومت تولين جربو دمليسيا. Maklumat tulen jerebu di Malaysia

كراجاءن هاروس ممبري معلومت يڠ تولين مڠناءي جربو دمليسيا. Kerajaan haruslah memberi maklumat tulen mengenai jerebu di Malaysia

Labels:

Sunday, August 28, 2016

كبكارن هوتن دسوماترا. Kebakaran hutan di Sumatra

Kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatra menyebabkan jerebu. Walaupun Datuk Seri Wan Junaidi kata Kerajaan Indonesia mengawal para pembakar, kita berharap negara jiran memberhentikan amalan buruk itu.
كباكارن هوتن دسومترا دان كاليمنتن مپببكن جربو. والاوڤون داتوء سري وان جونايدي كات كراجاءن ايندونيسيا مڠاول ڤارا ڤمباكر، كيت برهارڤ نگارا جيرن ممبركنتيكن عملن بوروق ايت.

Labels:

Friday, August 26, 2016

سوروهنجاي ڤنچگهن راسواه مليسيا دان كوندومينيام. Suruhanjaya Pencegahan Raduah Malaysian dan kondominium

ميديا ملاڤوركن بهوا سوروهنجاي ڤنچگهم راسواه مليسيا مناهن ساءورڠ يڠ دشقي مميليكي 31 اونيت كوندومينيام ديون بنداراي كوالا لومڤور. جومله نيلاي RM15.5 جوتا؟ ورگ كوتا هندق سوروهنجاي ايت بكرج دڠن بركسن.
Media melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang yang disyaki memiliki 31 unit kondominium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jumlah nilai RM15.5 juta? Wargakota hendak suruhanjaya itu bekerja dengan berkesan.

Labels:

Thursday, August 25, 2016

ڤلانيت ڤروسيما Planet Proxima B

بومي اد لنيه 7بيليون ماءنسي. ساءنتيس منموءي سبواه ڤلانيت 24 بيليون باتو دري بومي. اداكه اي سروڤا دڠن بومي يڠ ممڤو منمڤوڠ كهيدولن؟
Bumi ada lebih 7 bilion manusia. Saintis menemui sebuah planet 24 bilion batu dari bumi. Adakah ia serupa dengan bumi yang menampung kehidupan?

Labels:

Wednesday, August 24, 2016

گمڤا بومي دايتالي دان ميانما. Gempa bumi di Itali dan Myanma

اد گمڤا بومي بسر دتڠه ايتالي دان تڠه ميانما. تعزيت كڤد كلوارگ مڠسا.
Ada gempa bumi besar di Tengah Itali dan Tengah Myanma. Takziah kepada keluarga mangsa.

Labels:

اهلي-اهلي سوكن كمبالي كمليسيا. Ahli-ahli sukan kembi ke Malaysia

اهلي-اهلي سوكن كمبالي كمليسيا دري اوليمڤيك ريو سلڤس براوسها. داتوء سري ناجيب دان داتوء خيري ممبري گالقن. كيت تومڤو ڤرهاتيان كڤد ڤرسياڤن اونتوق اوليمڤيك توكيو 2020.
Ahli-ahli sukan kembali ke Malaysia dari Olimpik Rio selepas berusaha. Datuk Seri Najib dan Datuk Khairi memberi galakan. Kita menumpu perhatian kepada persiapan untuk Olimpik Tokyo 2020.

Labels:

Monday, August 22, 2016

ڤروجيك ڤرومهن. Projek perumahan

داتوء سري نابيب چاكڤ مڠناءي 82012 اونيت رومه يڠ دسدياكن اونتوق كاكيتاڠن كراجاءن دان تن سري اومر سبوت تنتڠ 80252 اونيت رومه رعيت يڠ دسياڤكن. كيت برهارڤ سموا داگيه دڠن عديل: كڤد اورڠ-اورڠ يڠ ممرلوكنڽ.

Datuk Seri Najib cakap mengenai 82012 unit rumah yang disediakan untuk kakitangan kerajaan dan Tan Sri Noh Omar sebut tentang 80252 unit disiapkan bagi rakyat. Kita berharap semua diagih dengan adil: kepada orang-orang yang memerlukannya.

Labels:

Sunday, August 21, 2016

اوڤاچارا ڤنوتوڤن اوليمڤيك ريو. Upacara penutupan Olimpik Rio

كيت تونتون اوڤاچارا ڤنوتوڤن اوليمڤيك ريو. كيت برهارڤ مليسيا ممبوات ڤرسياڤن اونتوق اوليمڤيك توكيو امڤت تاهون اكن داتڠ.

Labels:

اهلي سوكن مليسيا برايختيار داوليمڤيك ريو. Ahli sukan Malaysia berikhtiar di Olimpik Rio

چوڠ وي، ازيزول، ڤانديليلا دان اهلي سوكن مليسيا لاءين برايختيار داوليمڤيك ريو. اورڠ مليسيا سموا كاءوم براس بڠگ.

Labels:

Saturday, August 20, 2016

چوڠ وي برايختيار. Chong Wei berikhtiar

دڤرلاونن ڤرساءورڠن اخير بيدمينتون اوليمڤيك ريو، چوڠ وي برايختيار. تتاهي، چيب لوڠ برماءين دڠن باءيك. چوڠ وي داڤت ڤيزڠت ڤيرق كالي يڠ ك3. مليسيا مستي مولا ممبوات ڤرسياڤن باگي اوليمڤيك توكيو امڤت تاهون اكن داتڠ.

Labels:

Friday, August 19, 2016

بيدمينتون اوليمڤيك ريو. Badminton Olimpik Rio

شباس. چوڠ وي اتسي لين دن دالم ڤرماءينن بيدمينتون اوليمڤيك ريو. ماءينله دڠن باءيك مننتڠ چين لوڠ, چينا، دڤريڠكت اخير.
Syabas. Chong Wei atasi Lin Dan dalam permainan badminton Olimpik Rio. Mainlah dengan baik menentang Chen Long, China, di peringkat akhir.

Labels:

Thursday, August 18, 2016

بيدمينتون، اوليمڤيك ريو. Badminton, Olimpik Rio

مالم اين، مليسيا ملاون چينا---چوڠ وي مننتڠ لين دن ڤد ڤرساءورڠن للاكي ڤريڠكت سڤاروه اخير سرتا گوه-تان برماءين ۏو-زاڠ ڤد برگو اخير. ڤارا ڤماءين كيتا برايختيار.
Malam ini, Malaysia melawan China---Chong Wei menentang Lin Dan pada perseorangan lelaki peringkat separuh akhir serta Goh-Tan bermain Fu-Zhang pada bergu akhir. Para pemain kita berikhtiar.

Labels:

Wednesday, August 17, 2016

قادر ڤڠڠورن مليسيا. Kadar pengangguran

هرگ ميپق تورون درڤد AS$100 ستوڠ ڤد 2014 كڤد AS$48 كيني. ڤريسيدن Petronas داتوء وان زولكيۏلي كات ڤڠورڠن كوس منجيمتكن RM3.4 بيليون. شريكت ايت اد 51،000 ڤكرجا. براڤ برهنتي كرجا؟ اداكه قادر ڤڠڠورن نگارا ناءيك لبيه تيڠگي درڤد 3.4%؟
Harga minyak turun daripada AS$100 setong pada 2014 kepada AS$48 kini. Presiden Petronas Datuk Wan Zulkifli kata pengurangan kos menjimatkan RM3.4 bilion. Syarikat itu ada 51000 pekerja. Berapa berhenti kerja? Adakah kadar pengangguran negara naik lebih daripada 3.4%?

Labels:

ستراتيگي لاءوتن بيرو كبڠساءن. Strategi Lautan Biru Kenangsaan

داتوء سري ناجيب ڤرچاي بهوا ڤلقساناءن ستراتيگي لاءوتن بيرو كبڠساءن سڤرتي ڤروگرام ترانسۏورماسي كراجاءن دان ڤروگرام ترانسۏورماسي ايكونومي تيمبول مودل ايكونومي بارو. رعيت ممبري ڤرهاتيان كڤد ڤريستاسي دان كاءداءن سبنرڽ.
Datuk Seri Najib percaya bahawa pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan seperti Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi timbul Model Ekonomi Baru. Rakyat memberi perhatian kepada prestasi dan keadaan sebenarnya.

Labels:

Tuesday, August 16, 2016

اوليمڤيك ريو، بيدمينتهن. Olimpik Rio, badminton

دوا ڤاسڠن مليسيا ملڠكه كڤريڠكت اخير دالم برگو للاكي دان چمڤورن. كيت اد هارڤن اونتوق ڤيڠت امس.
Dua pasangan Malaysia melangkah ke peringkat akhir dalam bergu lelaki dan campuran. Kita ada harapan untuk pingat emas.

Labels:

Sunday, August 14, 2016

جنايه سيبر. Jenayah siber

اد باپق جنايه سيبر ددنيا. دمليسيا، اداكه هاڽ 48% ايبو باڤ مڠاول انق-انق درڤد معصيت دالم تاليان؟ كيت برهارڤ سموا ايبو باڤ ممبري ڤرهاتيان كڤد انق-انق اگر جنايه سروڤ اين تيدق برتروسن.
Ada banyak jenayah siber di dunia. Di Malaysia, adakah hanya 48% ibu-bapa mengawal anak-anak daripada maksiat ini? Kita berharap semua ibu bapa memberi perhatian agar jenayah ini tidak berterusan.

Labels:

Friday, August 12, 2016

ڤرماءينن ڤوكيمون گو. Permainan Pokemon Go

اد ڤمينت ڤوكيمون گو سجق جولاي 2016 يڠ كادڠكالا ترلڠگر كريتا دجالن سيبوق. ترلالو عاشيق كڤد ريكاءن برخيال اين بوروق ڤادهڽ.
Ada peminat Pokemon Go sejak Julai, 2016, yang kadangkala terlanggar kereta di jalan sibuk. Terlalu asyik kepada permainan khayal ini buruk padahnya.

Labels:

Thursday, August 11, 2016

صۏت ڤوليتيك مليسيا. Sifat politik Malaysia.

سجاره دان صۏت ڤوليتيك مليسيا اداله اونيك. ڤرتي-ڤارتي بارو سڤرتي برساتو منداڤتي سوكر اونتوق مڠكلكن كدودوقن مريك.
Sejarah dan sifat politik Malaysia adalah unik. Parti-parti baru seperti Bersatu mendapati sukar untuk mengekalkan kedudukan mereka.

Labels:

Wednesday, August 10, 2016

تهنياه كڤد دوا اهلي سوكن يڠ منڠ ڤيرق. Tahniah kepada dua ahli sukan yang menang perak di Olimpik

تهنياه كڤد ڤانديليلا رينوڠ دان چيوڠ جون هوڠ كران منڠ ڤيڠت ڤيرق دالم اچارا ترجون ڤليتۏوم 10 ميتر براءيراما داءوليمڤيك ريو. كيت توڠگو ڤيڠت لاءين. وانيتا ثايلند داڤت تيگ امس دالم اچارا اڠكت برت.
Tahniah kepada Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong kerana menang pingat perak dalam acara terjun platform 10 meter berirama di Olimpik Rio. Kita tunggu pingat yang lain. Wanita Thailand dapat tiga emas dalam acara angkat berat.

Labels:

Sunday, August 07, 2016

سرڠن ڤڠگانس اتاو بوكن ڤڠگانس. Serangan pengganas dan

نگارا-نگارا سڤرتي اميريكا شريكت مڠمبيل لڠكه كرس اونتوق منچگه سرڠن ڤڠگانس، درڤد اوندڠ-اوندڠ كڤد ڤپرتاءن راماي. مليسيا مڠگون چارا يڠ سروڤا. تتاڤي، بوكن سموا ڤربواتن نرداره بركاءتن دڠن داءش اتاو IS. سمبيل منچگه كگانسن، جاڠنله مپالهگون لڠكه كرس سماچم اكتا ڤنچگهن كگانسن (POTA).
Negara-negara seperti Amerika Syarikat mengambil langkah keras untuk mencegah serangan pengganas, daripada undang-undang kepada penyertaan ramai. Malaysia ada cara yang serupa. Tetapi, bukan semua perbuatan berdarah berkaitan dengan Daesh atau IS. Sambil mencegah keganasan, janganlah menyalahguna langkah keras semacam Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Labels:

Friday, August 05, 2016

ڤمبوكاءن تماشا اوليمڤيك. Pembukaan Temasya Olimpik

ڤمبوكاءن اوليمڤيك ريو هاري اين اداله برسجاره اونتوق برازيل. سگولوڠن اورڠ ممبنته تيدق جاوه دري ستاديوم ماراكانا. ڤربيزاءن پاتا.
Pembukaan Olimpik Rio hari ini adalah bersejarah untuk Brazil. Segolongan orang membantah tidak jauh dari Stadium Maracana. Perbezaan nyata.

Labels:

لبيه اوسها اونتوق جابتن ايميگريسين. Lebih usaha untuk Jabatan Imigresen

كتوا ڤڠاره جابتن ايميگريسين داتوء سري موستاۏر علي مستي منمبه اوسها اونتوق مڠاتاسي مسءله دجابتنڽ.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mesti menambah usaha untuk mengatasi masalah di jabatannya.

Labels:

Thursday, August 04, 2016

11000 اهلي اولهراگ داءوليمڤيك ريو. 11000 ahli olahraga di Olimpik Rio

دڠن 32 اهلي سوكن مليسيا، كيت برهارڤ داڤت ڤيڠت دالم اچارا بيدمينتون، لومبا باسيكل، تيمبق دان ترجون ---لي چوڠ وي منڠ امس.
Dengan 32 ahli sukan Malaysia, kita berharap dapat pingat dalam acara badminton, lumba basikal, tembak dan terjun (junam)---Lee Chong Wei menang emas.

Labels:

كگانسن درنتاو اين. Keganasan di rantau ini

مليسيا، ايندونيسيا دان ۏيليڤينا مڠولڠي كاءواجيڤن اونتوق مڠهاڤوسكن كگانسن درنتاو اين. كيت برحسرت بهوا مريك داڤت ممبسميكن كبواسن سڤرتي ڤنچوليقن دڤنتاي سابه دان سلاتن ۏيليڤينا سرتا سرڠن داءش اتاو IS.

Malaysia, Indonesia dan Filipina mengulangi kewajipan untuk menghapuskan keganasan di rantau ini. Kita berhasratkan bahawa mereka membasmikan kebuasan seperti penculikan di pantai Sabah dan serangan Daesh atau IS.

Labels:

Wednesday, August 03, 2016

گولوڠن ڤڠگانس دمليسيا. Golongan pengganas di Malaysia

مشراكت برڤواق-ڤواق ترماسوق داءونيۏرسيتي. كيت ڤرلو تولرنسي. تتاڤي، گولوڠن ڤڠگانس مڠامبيل كسمڤتن اونتوق ممڤڠاروهي سگلينتير اورڠ باگي مپرتاءي كبواسنڽ. اين جوگ برلاكو دمليسيا.
Masyarakat berpuak-puak termasuk di universiti. Kita perlu toleransi. Tetapi, golongan pengganas mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi segelintir orang menyertai kebuasannya. Ini juga berlaku di Malaysia.

Labels:

حرام اهلي سوكن روسيا دري اوليمڤيك سكاليگوس. Haram ahli sukan dari Olimpik Rio sekaligus

كيت توڠگو اوليمڤيك ريو ڤد 5 اوگوس 2016. اد اورڠ يڠ ماهو اهلي اولهراگ دحرام سكاليگوس---يڠ تيدڠ مڠمبيل داده دحكوم سمڤيڠن. نامون، سماڠت كسوكنن تيدق منججسكن اهلي سوكن يڠ تيدق بردوسا.
Kita tunggu Olimpik Rio pada 5 Ogos, 2016. Ada orang yang mahu ahli olahraga Rusia diharam sekaligus---yang tidak mengambil dadah dihukum sampingan.  Namun, semangat kesukanan tidak menjejaskan ahli sukan yang tidak berdosa.

Labels:

Tuesday, August 02, 2016

جابتن ايميگريسين مليسيا. Jabatan Imigresen Malaysia.

جابتن ايميگريسين مليسيا مڠهادڤي برجنيس-جنيس مسءله ترماسوق ماسا ملولوس ڤاسڤورت دان ادوان ڤپليويڠن. راماي مڠهارڤكن كتوا ڤڠاره بارو داتوء سري موستاۏر علي داڤت ممڤرباءيكي ايميج دان ڤرخدمتن جابتن ايت.
Jabatan Imigresen Malaysia menghadapi berjenis-jenis masalah termasuk masa meluluskan pasport dan aduan penyelewengan. Ramai mengharapkan Ketua Pengarah baru dapat memperbaiki imej dan perkhidmatan jabatan itu.

Labels:

Monday, August 01, 2016

اوليمڤيك ريو. Olympic Rio

سوكن اوليمڤيك اداله تمشا سوكن يڠ تراءوڠگول ددنيا. تتاڤي، اوليمڤيك ريو ممڤوپاءي ڤلباگاي كلمهن سڤرتي ڤرگولقن ڤوليتيك، ككورڠن كسلامتن، اير ترچمر، ۏيروس زايكا دان ككورڠن دكمڤوڠ ڤسرتا. واكيل روسيا تربلڠگو داده. والاوڤون جاوتنكواس اوليمڤيك ممڤركاتاكن بهوا سمواڽ اكن سلساي، نامون راماي بربيمبڠ. 
Sukan Olimpik adalah temasya sukan yang terunggul di dunia. Tetapi, Olimpik Rio mempunyai pelbagai kelemahan seperti pergolakan politik, kekurangan keselamatan, air tercemar, virus zaika dan kecacatan di kampung peserta. Wakil Rusia terbelenggu dadah. Walaupun Jawatankuasa Olimpik memperkatakan bahawa semuanya akan selesai, namun ramai masih berbimbang.

Labels: