Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, July 31, 2016

ناجيب دان جوكوءي هندق كوكوه ڤرداگڠم.Najib dan Jokowi hendak kukuh perdagangan

ڤردان منتري ناجيب دان ڤريسيدن جوكوءي هندق مڠوكوهكن كرجاساما ايكوبومي سڤرتي منچاڤاي ساسرن RM120 بيليون انتارا مليسيا دان ايندونيسيا. اداكه حسرت اونتوق ماءوجود ڤلواغ يڠ عديا دان ساماراتا؟
Perdana Menteri Najib dan Presiden Jokowi hendak mengukuhkan kerjasama ekonomi seperti mencapai sasaran perdagangan RM120 bilion di antara Malaysia dan Indonesia. Adakah hasrat untuk mewujudkan peluang yang adil dan samarata?

Labels:

Saturday, July 30, 2016

ڤڠروسي ڤرمودالن برحد.Pengerusi Permodalan Berhad

تن سري عدول وحيد دلانتيق ڤڠروسي ڤرمودالن ناسيونل برحد. شريكت بسر اين ڤرلو اورڠ يڠ برسيه دان برمارواه. كيت برحسرتكن بليو منجاگا كمنتيڠن نگارا.
Tan Sri Abdul Wahid dilantik pengerusi Permodalan Nasional Berhad. Syarikat besar ini perlu orang yang bersih dan bermaruah. Kita berhasrat beliau menjaga kepentingan negara.

Labels:

توليسن خت ڤتيقن بيدالن درڤد سونزي Tulisan khat bidalan dari Xunzi

توليسن خت اداله ڤتيقن بيدالن درڤد سونزي، اهلي ۏلسۏه لبيه 2300 تاهون. اي برمعنا ممبوات كپاتاءن يڠ براساس.
Tulisan khat adalah petikan bidalan daripada Xunzi, ahli falsafah lebih 2300 tahun. It bererti membuat kenyataan yang berasas.

Labels:

ۏوروم بندر سدنيا كسمبيلن. Forum Bandar Sedunia Kesembilan

منتري كراجاءن تمڤتن تن سري نوه اومر كات بهوا ۏوروم بندر سدنيا كسمبيلن اكن داءداكن دكوالا لومڤور ڤد 2018. سجومله 160 نگارا اكن مڠهنتر 15000 وكيل كاءيبو كوتا. كيت برهارڤ ڤيهق بركواس ممڤرباءيكي كاءداءن سينسيتيۏ سڤرتي لالولينتس، بايرن لتق كريتا، كاواسن هيجاو دان كبرسيهن.
Menteri Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar kata bahawa Forum Bandar Sedunia Kesembilan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 2018. Sejumlah 160 negara akan menghantar 15,000 wakil ke ibu negara. Kita berharap bahawa pihak berkuasa akan memperbaiki keadaan sensitif seperti lalulintas, bayaran letak kereta, kawasan hijau dan kebersihan.

Labels:

Friday, July 29, 2016

كتوا ڤسوروهجاي بارو Ketua Pesuruhjaya baru SPRM

ظولكيۏلي احمد دلنتيق سباگاي كتوا ڤسوروهجا اونتوق سوروهنجاي ڤنچگهن راسواه مليسيا اونتوق مڠگنتي تن سري ابو قاسيم يڠ ملتق جاوتن هاري اين. سبلوم اين، بليو اداله ساءورڠ ڤگاواي دڤجابت ڤگوام نگارا. كيت برهارڤ بليو اكن برتوگس دڠن برسيه دان بركسن، تنڤا ڤيليه كاسيه اتاو كتاكوتن.
Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Suruhanjaya untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bagi mengganti Tan Sri Abu Kassim yang meletak jawatan hari ini. Kita berharap beliau akan bertugas dengan bersih dan berkesan, tanpa pilih kasih atau ketakutan.

Labels:

Thursday, July 28, 2016

ڤريسيدن اوباما سوكوڠ هيلاري. Presiden Obama sokong Hillary

دكونۏينشين ڤرتي ديموكرت، اميريكا شريكت، ڤريسيدن اوباما سوكوڠ دڠن كوات هيلاري منجادي ڤريسيدن. بليو ڤرچاي بهوا هيلاري اداله لبيه لايق درڤد بليو دان ڤريسيدن-ڤريسيدن داهولو سڤرتي سواميڽ بيل كلينتون. كيت هندق مليهت چارا-چارا هيلاري مڠاتاسي لاونڽ، ترومڤ، چالون ريڤوبليكن. ترومڤ ماهو ممبينا تيمبوق اونتوق مڠهيندركن اورڠ ميكسيكو، ملارڠ اورڠ اسلم مماسوقي اميريكا سرتا منودوه چينا دان ناتو.
Di Konvensyen Parti Demokrat, Amerika Syarikat, Presiden Obama sokong dengan kuat Hillary menjadi presiden. Beliau percaya bahawa Hillary adalah lebih layak daripada beliau dan presiden-presiden dahulu seperti suaminya Bill Clinton. Kita hendak melihat cara-cara Hillary mengatasi Trump. Calon Republican itu mahu membina tembok menghindarkan orang Mexico, melarang orang Islam memasuki Amerika serta menuduh China dan Nato.

Labels:

Wednesday, July 27, 2016

سالوران مپمڤاي ڤنداڤت برلاءينن. Saluran menyampai pendapat berlainan

داتوء سري ناجيب گالق اورڠ مڠگون سالورن بتول اونتوق ممبڠكيت ڤنداڤت يڠ برلاءينن. سالورن ايت مستي عديل دامناسبه.
Datuk Seri Najib galak orang mengguna saluran betul untuk membangkit pendapat yang berlainan. Saluran itu mesti adil dan munasabah.

Labels:

Monday, July 25, 2016

27 ڤرسكوتوان ڤستي اهلي سوكن روسيا ڤنوهي شرط p.27 persekutuans pasti ahli suka Rusia penuhi syarat encegahan dadah

جاوتنكواس اوليمڤيك انتارابڠسا سره كڤد 27 ڤرسكوتوان سوكن باگي مننتوكن اهلي سوكن روسيا ممنوهي شرط ڤنچگهن داده سبلوم ڤرگي ك اوليمڤيك ريو. ستياڤ اهلي اولهراگ يڠ برسيه برحق برساءيڠ د اوليمڤيك.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa serah kepada 27 persekutuan sukan bagi menentukan ahli sukan Rusia memenuhi syarat pencegahan dadah sebelum pergi ke Olimpik Rio. Setiap ahli olahraga yang bersih berhak bersaing di Olimpik.

Labels:

Sunday, July 24, 2016

كرڤل تربڠ دوروڠن سوريا يڠ تربسر. Kapal terbang dorongan suria yang terbesar.

كاڤل تربڠ دوروڠن سوريا يڠ تربسر ممبوات ڤنرنڠن چوباءن يڠ تراخير. اي بوليه منربڠ برجم-جم دڠن تناگ سوريا. جك برجاي، اي اكن ممبوك جالن بارو اونتوق ڤنربڠن.
Kapal terbang dorongan suria yang terbesar membuat penerbangan cubaan yang terakhir. Ia boleh menerbang berjam-jam dengan tenaga suria. Jika berjaya, ia akan buka jalan baru bagi penerbangan.

Labels:

تعزيت كڤد كعلوارگ IS 80 د اغانيستن. Takziahkepada keluarga 80 mangsa IS di Afghanistan

تعزياه كڤد كلوارگ 80 مڠسا داءش، IS, داؤغانيستن. سمنتارا ايت، ڤوليس مليسيا مناهن 15 اورڠ يڠ دشكي ڤڠگانس IS يڠ ممڤوپاءي ڤريسيقن.
Takziah kepada keluarga 80 mangsa Daesh, IS, di Afghanistan. Sementara itu, polis Malaysia menahan 15 orang yang disyaki pengganas IS yang mempunyai perisikan.

Labels: ,

Saturday, July 23, 2016

توليسن خط بيدلن دري بوكو ليقنوزوان. Tulisan khat bidalan dari Lieknuzhuan

توليسن خط اين اداله ڤتيقن ڤريبهاس دري بوكو ليقنوزوان، هان دينستي، 2000 تاهون. اي برارتي بهوا تيڤو داي ايت لمبت لاءون تربوڠكر. يڠ بوڠكوق جوگ دماكن ساروڠ.

Labels:

Friday, July 22, 2016

Pilihan raya presiden Amerika. ڤيليهن راي ڤريسيدن اميريكا

چالون ڤرتي ديموكرت هيلاري كلينتون دان چالون ڤاسڠن كاءين مننتڠ چالون ريڤوبليكن ترامڤ دان ڤسڠنڽ ڤاونس. ڤلباگاي ڤرايتيوا اكن تيمبول.

Labels:

توليسن خط ڤتيقن بيدلن بوكو هوي نان زي. Tulisan khat petikan dari buku zhuai Nan Zi

توليسن خط اين اداله بيدلن يڠ دڤتيق دري بوكو هوي نان زي، هان دينستي، 2000 تاهون.اي برارتي اوسها ملنتيق اورڠ يڠ بنر-بنر ڤنداي اونتوق ممبوات سسواتو كرجا. ايلقءن كرباو دبري برڤلان، كودا دبري برڤاسڠن.

Tulisan khat ini adalah bidalan yang dipetik dari buku Huai Nan Zi, Han Dynasty, 2000 tahun. Ia bererti usaha melantik orang yang benar-benar pandai untuk membuat sesuatu    kerja.  Elakkan 'kerbau diberi berpelana, kuda diberi berpasangan 

Labels:

Wednesday, July 20, 2016

لڠكه منچگه كگانسن. Langkah mencegah keganasan

داتوء سري زاحيد ممبريتاهو ڤردان منتري اينديا مودي لڠكه مليسيا منچگه كگانسن ترماسوق 98% كجاياءن ممولتهكن ڤڠگانس يڠ دتاهن. ميديا ملاڤوركن بهوا اينديا برمينت دڠن چارا نگارا اين. كيت برهارڤ تيندقن منچگه كگانسن بنر-بنر بركسن.
Datuk Seri Zahid memberitahu Perdana Menteri India langkah Malaysia mencegah keganasan termasuk 98% kejayaan memulihkan pengganas yang ditahan. Media melaporkan bahawa India berminat dengan cara negara ini. Kita berharap tindakan mencegah keganasan benar-benar berkesan.

Labels:

Tuesday, July 19, 2016

روسيا دان اهليمڤيك ريو.Rusia dan Olimpik Reo

جاوتنكواس اوليمڤيك انتارابڠسا مينتا نصيحت ڤگوام اونتوق مڠحرام روسيا دري اوليمڤيك ريو كران مڠاڠگڤ نگارا ايت منيڤو مڠناءي ڤڠگاناءن داده اوليه اولهراگاڽ. اڤكه ڤنداڤت جاوتنكواس ايت ترهادڤ اهلي سوكن روسيا يڠ تيدق مڠمبيل داده؟ دالم كاءداءن كروه، اد يڠ برصيه.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa minta nasihat peguam untuk mengharam Rusia kerana menganggap negara itu menipu tentang penggunaan dadah oleh olahraganya. Apakah pendapat jawatankuasa tersebut terhadap ahli sukan yang bersih? Dalam keadaan keroh, ada yang bersih.

Labels:

Sunday, July 17, 2016

اورڠ مليسيا تركندس د لاڤڠن تربڠ دتوركي. Orang Malaysia terkandas di lapangan terbang di Turkey

چوباءن ستڠه اهلي تنترا مڠگوليڠ كراجاءن توركي گاگل. همڤير 400 رعيت مليسيا تركندس دبراڤ لاڤڠن تربڠ--32 سوده سلامت كمبالي كتانهاير. كومڤلوت برداره ايت منجاديكن 80 جوتا ورگ توركي دان راتوسن ريبو ڤلنچوڠ ترڤرنجت.
Cubaan setengah ahli tentera mengguling Kerajaan Turkey gagal. Hampir 400 rakyat Malaysia terkandas di berapa lapangan terbang--32 orang sudah kembali ke tanahair. Komplot berdarah ini menjadikan 80 juta warga Turkey dan ratusan ribu pelancong terperanjat.

Labels:

روبوت لبيه باپق دان ڤينتر. Robot lebih banyak dan pintar

كيلڠ-كيلڠ مڠگون روبوت لبيه باپق دان ڤينتر--ريۏولوسي ايندوستري. كچردسن تيروان مماءينكن ڤرانن يڠ بسر. تتاڤي، ماءنسي منچيڤتا دان ممبوات ڤمبهاروان اونتوق ماءوجود ڤكرجاءن.
Kilang-kilang mengguna robot lebih banyak dan pintar--revolusi industri. Kecerdasan tiruan memainkan peranan besar. Tetapi, manusia mencipta dan membuat pembaharuan untuk mewujud pekerjaan.

Labels:

Saturday, July 16, 2016

ايردوگن تومڤس ڤرچاباءن اونتوق مڠگوليڠ كراجاءن. Erdogan tumpas percubaan untuk mengguling kerajaan.

ڤريسيدن توركي، ايردوگن، مڠهنچوركن ڤرچوباءن اونتوق مڠگوليڠكن كراجاءن يڠ دڤيليه رعيت. بليو مناهن لبيه 1،500 اهلي تنترا. كراجاءن كمبالي منتدبير. كيت ڤرچاي كڤد ڤيليهنراي سچارا امن.
Presiden Turkey, Erdogan, menghancurkan percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kerajaan kembali mentadbir. Kita percaya kepada pilihanraya secara aman.

Labels:

Friday, July 15, 2016

دنيا ديگيتل سيبر برييتا دڠن چڤت. Dunia digital sebar berita dengan cepat

Dunia digital membongkarkan dengan cepat peristiwa seperti cubaan tentera Turkey untuk mengguling kerajaannya. Bumi manusia melihat.

Labels:

اداكه تنترا اميل اليه توركي. Adakah tentera ambil alih Turkey

ستڠه ڤميمڤين تنترا توركي عمومكن امبيل اليه نگاراڽ. اڤاكه اقيبتڽ؟ كيت ايكوت كاءداءن. كيت ڤرچاي كڤد كراجاءن دڤيليه اولته رعيت.
Setengah pemimpin tentera Turkey umumkan ambil alih negaranya. Apakah akibatnya? Kita percaya kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Labels:

سيستم ڤناڤيسن ڤنومڤڠ بارو دلاڤڠن تربڠ مليسيا. Sistem penapisan penumpang di lapangan terbang Malaysia

سلام لبيه دوا تاهون، كمنتريان دالم نگري سبوت تنتڠ سيستم ڤناڤيسن ڤنومڤڠ بارو دلاڤڠن تربڠ دمليسيا--مڠگون معلومت دري بادن-بادن سڤرتي ڤوليس انتارابڠسا، اينترڤول، اونتوق مڠهالڠ ڤڠگانس دري مماسوقي نگارا اين. ڤڠگانسن تروس برلاكو. ڤاگي اين، سبواه لوري بسر ملڠگر ڤرهيمڤونن دڤرنچيس--لبه 70 اورڠ تربونوه. بيلاكه سيستم ترسبوت اكن دلقساناكن؟
Selama lebih dua tahun, Kementerian Dalam Negeri sebut tentang Sistem Penapisan Penumpang Baru di lapangan terbang di Malaysia--menggunakan maklumat dari badan-badan seperti Interpol untuk menghalang pengganas dari memasuki negara ini. Pengganasan terus berlaku. Pagi ini, sebuah lori besar melanggar perhimpunan di Perancis--lebih 70 orang terbunuh. Bilakah sistem tersebut akan dilaksana?

Labels:

Wednesday, July 13, 2016

ڤناگيه تيمبق 4 اهلي كلوارگ. Penagih tembak empat ahli keluarga

داده مموسنهكن مشاركت. سمالم، ساءورڠ ڤناگيه منيمبق ماتي امڤت اهلي كلوارگڽ دڤولاو ڤينڠ. مسءله داده برللواس.
Dadah memusnahkan masyarakat. Semalam, seorang penagih menembak mati empat ahli keluarganya di Pulau Pinang. Masalah dadah berleluasa.

Labels:

Tuesday, July 12, 2016

ڤوكوك-ڤوكوك دبنداراي. Poko-pokok di bandaraya

بندراي سڤرتي كوالا لومڤور اد ڤوكوك-ڤوكوك يڠ چنتيق. ڤوكوك يڠ تيدق دجاگ منيمبولكن ريسيكو. ديون بندراي ممرهاتيكنڽ. كيت ماهو ڤپلڠگاراءن يڠ سواجرڽ.
Bandaraya seperti Kuala Lumpur ada pokok-pokok yang cantik. Pokok yang tidak dijaga menimbulkan risiko. Dewan Bandaraya memerhatikannya. Kita mahu penyelenggaraan yang wajar.

Labels:

ثيريسا مي جادي ڤڠروسي ڤارتي كونسرۏاتيۏ. Theresa May jadi pengerusi Parti Konservatif

ڤوتيڠ بليوڠ ڤوليتيك منجاديكن ثيريسا مي ڤڠروسي ڤارتي كونسرۏاتيۏ. ايسوق بليو مونچول سباگاي ڤردان منتري. تهنياه. باگايمان بليو مپلسايكن مسءله بريتون كلوار دري كساتوان ايروڤه؟
Puting beliung politik menjadikan Theresa May pengerusi Parti Konservatif Britain. Esok beliau akan muncul sebagai perdana menteri. Tahniah. Bagaimana beliau akan menyelesaikan masalah keluaran British dari Kesatuan Eropah?

Labels:

Monday, July 11, 2016

271 بواه شريكت چڤت كاي. 271 buah syarikat cepat kaya

بڠك نگارا مليسيا منداڤت تاهو 271 بواه شريكت چڤت كاي يڠ حارم. ستڠه اورڠ ترڤداي. كيت سنتياس برهاتي-هاتي.
Bank Negara Malaysia mendapat tahu 271 buah syarikat cepat kaya yang haram. Setengah orang terpedaya. Kita sentiasa berhati-hati.

Labels:

Sunday, July 10, 2016

Sampah di Machu Pichu, Peru.

Empat tapak Malaysia diiktirafkan Unesco sebagai Warisan Dunia: Tàman Kinabalu (2000), Taman Negara Mulu (2000), George Town (2008) dan Lembah Lenggong (2012). Ramai pelancong mengunjungi tapak-tapak ini. Kita mesti tambah usaha memeliharanya daripada pencenaran seperti sampah misalnya di Taman Kinabalu.

Di Macu Pichu, Peru, Amerika Selatan--bandaraya purba terlupa--pencemaran berlaku seperti sampah berselerak. Maka, Unesco sedang mempertimbangkan tindakan untuk menarik balik pengiktirafannya.

Labels:

ملكام تيرنبول منڠ تيڤيس ڤيليهنراي.Malcolm Turnbull menang tipis pilihanraya

ڤردان منتري مالكام تيرنبول، ڤارتي كونسرۏاتيۏ، منڠ نيڤيس ڤيليهنراي اوستراليا. جوردن، ڤارتي بوروه، مڠاكوءي كاله. دالم انم تاهون، نگارا ايت اد ليم ڤردان منتري.
Perdana Menteri, Parti Konservatif, menang nipis pilihanraya Australia. Jordan, Parti Buruh, mengakui kalah. Dalam enam tahun, negara itu ada lima perdana menteri.

Labels:

Saturday, July 09, 2016

ڤرلاونن اخير نولاسيڤق يورو 2016 Perlawanan akhir Euro 2016

وقتو مليسيا دينيهاري ايسوق، كيت اكن مليهت ڤرلاونن اخير بولاسيڤق يورو 2016 د انتارا ڤورتوگل دان ڤرنچيس. باگايمان ڤورتوگل داڤت مپلسايلكن باديڽ؟ بياساڽ، ڤرنچيس مڠالهكن ڤورتوگل د ڤرتنديڠن بسر.
Waktu Malaysia dinihari esok, kita akan melihat perlawanan akhir bolasepak Euro 2016 di antara Portugal dan Perancis. Bagaimana Portugal akan menyelesaikan badinya? Biasanya, Perancis mengalahkan Portugal di pertandingan besar.

Labels:

Friday, July 08, 2016

بولاسيڤق ڤريڠكت سڤاروه اخير يورو 2016. Bolasepak peringkat separuh akhir Euro 2016

ڤرنچيس 0:2 جرمن. بولا ايت بولت گيتيل. والاوڤون ڤرنچيس سريڠ كاله كڤد جرمن د ڤرلاونن بسر، تتاڤي كالي اين اي منڠ. ڤرنچيس مڠاتاسي باديڽ.
Perancis 2:0 Jerman. Bola itu bulat getel. Walaupun Perancis sering kalah kepada Jerman di perlawanan besar, tetapi kali ini ia menang. Perancis mengatasi badinya.

Labels:

توليسن خط، كسيلڤن كچيل جادي كسالهن بسر. Tulisan khat, kesilapan kecil jadi kesalahan besar

توليسن خط برمعنا كسيلڤن سساءورڠ يڠ داڠگڤ كچيل، تتاڤي اخيرڽمنجادي كسالهن بسر. ڤريبهاس اين براصل دري بوكو ليچي، لبيه 2500 تاهون. ڤد تاهون 2003، ڤريسيقن دان ڤنۏسيرن مڠناءي ايرق اداله كورڠ. نامون، ڤردان منتري بريتون، توني بلاءير، ممباوا نگاراڽ برسام اميريكا دان لاءين نگارا اونتوق مپرڠ ايرق. راتوسن اورڠ ترقربان. جوتاءن ماءنسي برسڠسارا.
Tulisan khat bermakna kesilapan seseorang yang dianggap kecil akhirnya menjadi kesalahan besar. Peribahasa ini berasal dari buku Liji, lebih 2500 tahun. Pada tahun 2003, perisikan dan penafsiran mengenai Iraq adalah kurang. Namun, Perdana Menteri Britain, Tony Blair, membawa negaranya bersama Amerika dan lain negara untuk menyerang Iraq. Ratusan ribu orang terkorban. Jutaan manusia bersengsara.

Labels: ,

Thursday, July 07, 2016

لاڤورن چيلكوت مڠناءي ڤرڠ ايرق. Laporan Chilkot mengenai perang Iraq

اڠگلند مڠعمومكن لاڤورن چيلكوت مڠناءي ڤرڠ ايرق. جاوتنكواس يڠ دكتواءي جون چيلتون مڠمبيل 7 تاهون اونتوق مپياست ڤركارا اين. اي بركات ڤريسيقن اداله چاچت دان ڤنۏسيرن كورڠ سبلوم ڤردان منتري توني بلاءير مڠمبيل كڤوتوسن باگي بريتون مپرتاءي اميريكا اونتوق مپرڠ ايرق. اد ڤيليهن يڠ لاءين.
سراماي 179 عسكر بريتيش ماتي دان راتوسن ريبو اورڠ ايرق ترقربان. داءش اتاو IS ترسيبر دڠن چڤت. جوتاءن ماءنسي مندريتا.
England mengumumkan Laporan Chilkot mengenai Perang Iraq. Jawatankuasa yang diketuai John Chilkot mengambil 7 tahun untuk menyiasat perkara ini. Ia berkata perisikan adalah cacat dan penafsiran kurang sebelum Perdana Menteri Tony Blair mengambil keputusan bagi Britain menyertai Amerika dan lain negara untuk menyerang Iraq. Ada pilihan lain.

Seramai 179 askar British mati dan ratusan ribu orang Iraq terkorban. Daesh atau IS tersebar dengan cepat. Jutaan manusia menderita.

Labels:

Wednesday, July 06, 2016

بولاسيڤق ڤرتنديڠن سڤاروه اخير يورو 2016. Boladepak pertandingan separuh akhir 2016

Portugal 2:0 Wales. Dua pemain hebat, Ronaldo dari Portugal dan Bale dari Wales tunjuk kebolehannya. Tetapi, dalam perlawanan ini, Ronaldo menanduk gol yang cantik. Portugal mara ke peringkat akhir.

ڤورتوگل 0:2 ويلس. دوا ڤماءين هيبت، رونلدو دري ڤورتوگل دان بيل دري ويلس تونجوق كبوليهنڽ. تتاڤي، دالم ڤرلاونن اين، رونلدو منندوق گول يڠ چنتيق. ڤورتوگل مارا ك ڤريڠكت اخير. ڤاسوقن ويلس دان ڤارا ڤپوكوڠڽ براس بڠگ.

Labels:

لتوڤن بوم تاڠن دڤوچوڠ ڤربواتن IS.Letupan bom tangan di Puchong perbuatan IS

ڤوليس مڠصحكن بهوا لتوڤن بوم تاڠن دڤوچوڠ اداله ڤربواتن داءيش، IS. مڠاڤ اي مپرڠ مليسيا؟ كيت تراوتام كراجاءن مستي مڠكاجي ڤونچا كبنچيان اين دان چارا مڠاتاسي IS.
Polis mengesahkan bahawa letupan bom tangan di Puchong adalah perbuatan daesh, IS. Mengapa ia menyerang Malaysia? Kita terutama Kerajaan mesti mengkaji punca kebencian ini dan cara mengatasi IS.

Labels:

Tuesday, July 05, 2016

。 开斋节快乐سلامت هاري راي عيدالۏطري. Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri. سلامت هاري راي عيدالۏطري。 开斋节快乐!

Labels:

كاڤل جونو تربڠ 5 بيليون كيلوميتر.Kapal Juno terbang 5 bilion km0

مشتاري اداله 1300 كالي لنيه بسر بربنديڠ دڠن بومي. كاڤل اڠكاس لڤس، جونو، برلڤس دري بومي دان ستله منربڠ 5 بيليون كيلوميتر بارو سمڤاي ك بينتڠ ايت. ڤرجالنن اين منلن بلنجا USD1.1 بيليون. ماءنسي ممينتي عالم سمستا.
Musytari adalah 1300 kali lebih besar berbanding dengan bumi. Kapal angkasa lepas, Juno, berlepas dari bumi 5 tahun lalu dan setelah menerbang 5 bilion kilometer baru sampai ke bintang itu. Perjalanan ini menelan belanja USD1.1 bilion. Manusia meminati alam semesta.

Labels:

Monday, July 04, 2016

كگياتن داءيش، IS دمليسيا. Kegiatan daesh, IS, di Malaysia.

كتوا ڤوليس تن سري خاليد منرڠكن بهوا لتوڤن بوم تاڠن دڤوچوڠ اداله بركاءيتن دڠن داءيش، IS. كيت توڠگو بليو ممبري لبيه معلومت تنتڠ ڤرتاليان ڤڠگانس.
Ketua Polis Tan Sri Khalid menerangkan bahawa letupan bom di Puchung adalah berkaitan dengan daesh, IS. Kita tunggu beliau memberi lebih maklumat tentang pertalian pengganas.

Labels:

توليسن خط، كاڤل اڠكاسا لڤس جلاجه مستاري. Tulisan khat, kapal angkasa lepas jelajah mustari

توليسن خط برمعنا جلاجه بينتڠ مستاري. هاري اين، كاڤل اڠكاسا لڤس NASA, اميريكا شريكت، جونو (استري كڤد جوڤيتر، راج ميتوس روم دلڠيت) تيبا دمستاري اونتوق منجلاجهڽ. ريكود علمو ۏلك منچاتت چينا سباگاي مڠيرا ڤرگرقن بركالا مشتاري 4000 تاهون لالو.  اينديا مروڤاكن يڠ تراول مڠكاجي علمو ميكانيك (ۏيزيك) جسد چاكراوالا.
Tulisan khat bermakna jelajah bintang musytari. Hari ini, kapal angkasa lepas NASA, Amerika Syarikat, Juno ( isteri kepada raja mitos Rom di langit) tiba di musytari untuk menjelajahnya. Rekod ilmu falak mencatat China sebagai mengira pergerakan berkala musytari 4000 tahun lalu. India merupakan yang terawal mengkaji ilmu mekanik (fizik) jasad cakerawala.

Labels:

Sunday, July 03, 2016

ڤڠگانس بونوه اورڠ اسيڠ دداكا، نڠگلاديش. Pengganas bunuh orang asing di Dhaka, Bangladesh

سگولوڠن ڤڠگانس ممبونوه 20 اورڠ اسيڠ دسبواه كداي ماكن دداكا، بڠگلاديش. تعجيت كڤد كلوارگ مڠسا. مليسيا ڤرلو منچگه ڤڠگانسن دڠن بركسن.
Segolongan pengganas membunuh 20 orang asing di sebuah kedai makan di Dhaka, Bangladesh. Takziah kepada kekuarga mangsa. Malaysia should prevent terrorism effectively.

Labels:

ماس لتق كريتا تڤي جالن كوالا لومڤور. Masa ietak kereta di tepi jalan

كو نن كات ماس لتق كريتا د تڤي جاكن تڤي جالن د ڤوست بندر كوالا لومڤور دحدكن كڤد دوا جم. بليو مستي منيمبڠ سمولا كڤوتوسنڽ. ڤركارا اوتام ايله ڤڠاڠكوتن عوام يڠ چكڤ.
Ku Nan kata masa letak kereta di pusat bandar kuala Lumpur dihadkan kepada dua jam. Beliau mesti menimbang semula keputusannya. Perkara utama ialah pengangkutan awam yang cekap.

Labels:

Saturday, July 02, 2016

توليسن خط، برهنتي ڤرسياڤن اونتوق ڤرڠ.Tulisan khat bererti

توليسن خط اداله ڤتيقن بيدلن دري بوكو سجاره يڠ ڤرتام دچينا، شڠ شو لبيه 2500 تاهون يڠ لڤس. اي برارتي برهنتي ڤرسياڤن اونتوق ڤڤرڠن دان بوات كرجا باگي كاءمانن. ڤرڠ وجود ڤندريتاءن. كاءداءن هورو-هارا منيمبولكن 65 جوتا ڤلاريان د دنيا.
Tulisan khat adalah petikan bidalan dari buku sejarah pertama di China, Shang Shu, lebih 2500 tahun yang lepas. Ia bererti berhenti persiapan untuk peperangan dan buat kerja bagi keamanan. Perang wujud penderitaan.

Labels:

Friday, July 01, 2016

بولاسيڤق يورو 2016. Bolasepak Euro

ويلس 1:3 بيلجيوم. ڤاسوقن ويلس برسمڠت، برازم دان برچكڤ. اي مارا ك ڤريڠكت سڤسروه اخير. ڤارا ڤميمڤين بولاسيڤق مليسيا مپقسيكن ڤرلاونن.
Wales 3:1 Belgium. Pasukan Wales bersemangat, berazam dan bercekap. Ia mara ke peringkat separuh akhir. Para pemimpin Malaysia menyaksikan perlawanan.

Labels:

15 ستيسين بارو LRT stesen baru

سيستم ترانسيت اليرن ريڠن برتمبه 15 ستيسين بارو ترماسوق كلان جاي. كيت برهارڤ داڤت ڤرخدماتن لبيه باءيك.
Sistem Transit Aliran Ringan bertambah 15 stesen baru termasuk Kelana Jaya. Kita berharap dapat perkhidmatan lebih baik.

Labels: