Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, June 29, 2016

توليسن خط برمقصود ڤرخيدماتن باءيك.

دوا هاري يڠ لڤس، داتوء سري ناجيب مرممبق كابينيت. رعيت برهارڤ 35 اهليڽ تروس برصيه دان ممبري ڤرخيدماتن يڠ بركسن.
Dua hari yang lepas, Datuk Seri Najib merombak Kabinet. Rakyat berharap 35 ahlinya terus bersih dan memberi perkhidmatan yang berkesan.

Labels:

Tuesday, June 28, 2016

لتوڤن بوم دلاڤڠن تربڠ ايتنبول. Letupan bom di Lapangan Terbang Istanbul

سمالم، اد لتوڤن بوم دان سرڠن سناڤڠ دلاڤڠن تربڠ ايستنبول يڠ سيبوق. سكورڠ-كورڠڽ 36 اورڠ ماتي دان 147 چدرا. توركي مڠشقي داءش، IS. تعزيت كڤد كلوارگ مڠسا.
Semalam, ada letupan bom dan serangan senapang di Lapangan Terbang Istanbul yang sibuk. Sekurang-kurangnya 36 orang mati dan 147 cedera. Takziah kepada keluarga mangsa.

Labels:

Monday, June 27, 2016

رومبقن كابينيت مليسيا. Rombakan Kabinet Malaysia

سمالم، ڤردان منتري داتوء سري ناجيب مرومبق كابينيت يڠ ممڤوپاءي 35 اهلي. كيت برهارڤ مريك اكن برخيدمت دڠن باءيك. رعيت هندق ڤارا منتري برسيه دان چكڤ.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib merombak kabinet yang mempunyai 35 ahli. Kita berharap mereka berkhidmat dengan baik. Rakyat hendak para menteri bersih dan cekap.

Labels:

يورو 2016، اءيسلند تراوروس. Euro 2016, Iceland terurus

England 1(P):2 Iceland. Iceland adalah terurus dan lebih cergas. Ia akan menemui Perancis pada peringkat suku akhir. Pengurus England, Hodgson, letak jawatan.

اڠگلند 2:1 اءيسلند. اءيسلند اداله لبيه چرگس دان تراوروس. اي اكن منموءي ڤرنچيس ڤد ڤريڠكت سوكو اخير. ڤڠوروس اڠگلند هودسون لتق جاوتن.

Labels:

Sunday, June 26, 2016

بريتيش تركلوار دري كساتوان ايروڤه. British terkeluar dari Kesatuan Eropah

بريتيش تركلوار دري كساتوان ايروڤه. اقيبتڽ مليڤوتي كاءداءن ايكونومي براوبه-اوبه. كيني، نيلاي ساهم ترجاتوه لبيه دوا تريليون دولر اميريكا. دنيا سڤرتي اميريكا شريكت، جڤون دان چينا برگليسه.
British terkeluar dari Kesatuan Eropah. Akibatnya meliputi keadaan ekonomi berubah-ubah. Kini, nilai saham terjatuh lebih dua trilion dolar Amerika. Dunia seperti Amerika Syarikat, China dan Jepun bergelisah.

Labels:

Saturday, June 25, 2016

يورو 2016. Euro 2016 25.6.16

ايرلند اوتارا 1:0 ويلس، كروءسيا1:0ڤورتوگل. اوسها رونلدو ممبوليهكن كواريسما منجاريڠ گول اونتوق ڤورتوگل دان اختيار بيل ممبنتو ميكءاولي داڤت گول.
Ireland Utara 0:1 Wales, Croatia 0:1 Portugal. Usaha Ronaldo membolehkan Quaresma menjaring gol untuk Portugal dan ikhtiar Wales membantu McAuley dapat gol.

Labels:

بولاسيڤق يورو 2016. Bolasepak Euro 2016

ڤولند 1(5):(4)1 سويتزيرلند. ڤرلاونن ميمڠ هيبت سڤرتي سيڤقن باسيكل شاكيري دري سويتخيرلند. سيڤقن ڤينالتي ممبوليهكن ڤولند مارا كڤريڠكت سوكو اخير.
Poland 1(5):(4)1 Switzerland. Perlswanan memang hebat seperti sepakan basikal Shakiri dari Switzerland. Sepakan penalti membolehkan Poland mara ke peringkat suku akhir.

Labels:

Friday, June 24, 2016

Tulisan khat, pandangan luas dan fahaman dalam

Tulisan khat ini adalah pepatah yang diambil dari Dinasti Song, 1000 tahun lalu. Ia bermaksud pandangan luas dan fahaman mendalam. Misalnya, 52% pengundi British pilih keluar dari Kesatuan Eropah dan 48% mahu tetap berada dalamnya. Timbullah pelbagai kesan seperti imigresen, ekonomi, undang-undang dan kedaulatan. Apakah dasar British sekarang?

Labels:

Thursday, June 23, 2016

ويلس، ايلند اوتارا، ريڤوبليك ايلند دان ايسلند د ڤرتنديڠن بولاسيڤق يورو 2016

Labels:

Wednesday, June 22, 2016

اينسينيراتور بريڠينن، كڤوڠ. Insinerator Beringin Kepong

منتري ڤرومهن دان كراجاءن تمڤاتن داتوء ابدول رهمن هندق ممبينچڠ دڠن اورڠ راماي تنتڠ اينسينيراتور برينڠين اونتوق سمڤه. بليو مڠاڠگر ڤروجيك اين اكن بلنجا RM800 جوتا. بليو مستي تلوس دان برتڠگوڠجاوب.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman hendak membincang dengan orang ramai tentang insinerator Beringin untuk sampah. Beliau menganggar projek ini akan belanja RM800 juta.  Beliau mesti telus dan bertanggungjawab.

Labels:

ڤموڠوتن سوارا بريتيش سام اد تتڤ براد دالم كساتوان ايروڤه. Pemungutan suara sama ada tetap berada dalam Kesatuan Eropah

بيسوق، ڤارا ڤڠوندي بريتيش اكن مميليه سام اد تتڤ براد دالم اتاو كلوار دري كساتوان ايروڤه. كيت برهارڤ مريك اكن مپوكوڠ تتڤ براد دالم كساتوان ايت. جك تيدق، ڤلباگاي ڤركارا سڤرتي ايكونومي اكن ترججس.
Besok, para pengundi British akan memilih dalam pemungutan suara sama ada tetap berada atau keluar dari Kesatuan Eropah. Kita berharap mereka akan menyokong tetap berada dalam Kesatuan itu. Jika tidak, pelbagai perkara seperti ekonomi akan terjejas.

Labels: ,

چالون ڤرتي كاءعديلن دتيمبق ماتي. Calon Parti Keadilan ditembak mati

سمالم، چالون ڤرتي كاءعديلن اونتوق كاواسن بكينو كتيك ڤيليهنراي نگري ساراوق بولن لڤس، بيل كايوڠ، دتيمبق ماتي. تعزيت كڤد كلوارگڽ. ڤيهق ڤوليس مستي منچاري ڤونچا ڤمبونوهن ترسبوت.
Semalam, calon Parti Keadilan untuk kawasan Bekenu ketika pilihanraya negeri Sarawak bulan lepas, Bill Kayong, telah ditembak mati di Miri. Takziah kepada keluarganya. Pihak polis mesti menyiasat punca pembunuhan tersebut.

Labels:

Saturday, June 18, 2016

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa

Labels:

Tuesday, June 14, 2016

567 كانق-كانق هيلڠ دمليسيا. Kanak-kanak hilang di Malaysia

ڤوليس مليسي بركات دري جنواري هيڠگ مي، 2016، 567 اورڠ كانق-كانق دلاڤوركن هيلڠ. ايبو باڤ ڤرلو برجاگ-جاگ.
دجڤون بارو-بارو اين، سڤاسڠ ايبو-باڤ منيڠگل ساءورڠ انق للاكي برعمور 7 تاهون دهوتن كران ديا ممباليڠ باتو كاءتس اورڠ. كانق-كانق ايت ڤنداي منجاگ ديري. سلڤس لبيه ساتو ميڠگو، ديا دتموي ماسيه هيدوڤ. ديا ممععۏكن ايبو-باڤڽ.
Polis Malaysia berkata dari Januari hingga Mei 2016, 567 orang kanak-kanak hilang. Ibu-bapa perlu berjaga-jaga.
Di Jepun baru-baru ini, sepasang ibu-bapa meninggal seorang anak lelaki berumur 7 tahun di hutan kerana dia membaling batu ke atas orang. Kanak-kanak itu pandai menjaga diri. Lebih seminggu kemudian, dia ditemui masih hidup. Dia memaafkan ibu-bapanya.

Labels:

Monday, June 13, 2016

سيستم ايميزگريسين مليسيا (Sistem Imigresen Malaysia (myIMM

لاڤوران كتوا اوديت نگارا اداله تيدق ڤواس هاتي دڠن سيستم ايميگريسين مليسيا. سام اد اي دخيانت اوليه سينديكيت اسيڠ، يڠ ڤنتيڠ ڤستيكن سيستم اين برسيه دان چكڤ.
Laporan Ketua Audit Negara adalah tidak puas hati dengan Sistem Imigresen Malaysiam. Sama ada ia dkhianati oleh sindiket asing, yang penting pastikan sistem ini bersih dan cekap.

Labels:

Sunday, June 12, 2016

هاري دنيا مننتڠ بوروه كانق-كانق. Hari Dunia Menentang Buruh Kanak-Kanak

سلامت هاري دنيا مننتڠ بوروه كانق-كانق. ڤرتوبوهن بوروه انتارابڠسا (ILO) مڠڠگركن بهوا اد لبيه 168 جوتا كانق-كانق ددنيا ترليبت دڠن كگياتن بوروه كانق-كانق.
Selamat Hari Dunia Menentang Buruh Kanak-Kanak.Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menggangarkan bahawa ada 168 juta kanak-kanak di dunia terlibat dengan kegiatan buruh kanak-kanak.

Labels:

Saturday, June 11, 2016

محمد علي دري اميريكا شريكت منيڠگل دنيا. Muhammad Ali dari Amerika Syarikat meninggal dunia

محمد علي دري اميريكا شريكت منريما نيلاي اسلم برسجاگت دان منيڠگل دنيا ڤد عمور 74. سموا اگام اد نيلاي باءيك. ڤلمڤاو ماسيه تيمبول.
Muhammad Ali dari Amerika Syarikat menerima nilai Islam bersejagat dan meninggal dunia pada umur 74. Semua agama ada nilai baik. Pelampau masih timbul.

Labels:

Friday, June 10, 2016

داده سلوروه دنيا. Dadah seluruh dunia

ڤپلودوڤن داده ددنيا اداله لبيه USD390 بيليون ستاهون. مليسيا منجادي ترنسيت. مسءله برتروسن.
Penyeludupan dadah di dunia adalah lebih USD390 bilion setahun. Malaysia menjadi transit. Masalah dadah berterusan.

Labels:

رعيت دان رومه Rakyat dan rumah sendiri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hendak setiap rakyat ada rumah sendiri seperti melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA). Janji harus dikotai dan pengagihan rumah adil dan munasabah.
داتوء سري دوقتور زاحيد هندق ستياڤ رعيت اد رومه سنديري سڤرتي ملالوي ڤروجيق ڤرومهن رعيت دان ڤروجيق ڤرومهن عوام. جنجي هاروس دكوتاكن دان ڤڠاگيهن رومه عديل دان موناسبه.

Labels:

Wednesday, June 08, 2016

سلامت هاري ادونن. Selamat Hari Adunan

سلامت هاري ادونن.  Selamat Hari Adunan.

Labels:

ڤيدوۏيليا ريچارد هاكيل دحوكوم.Pedofilia Richard Huckle dihukum. d

ڤيدوۏيليا ريچارد هاكيل دحوكوم ساءعمور هيدوڤ اوليه سبواه مهكامه دلوندون. اد سكورڠ-كورڠڽ 200 كانق-كانق دمليسيا منجادي مڠسا ڤنجنايه ترسبوت. كيت سڠت ڤرلو ممڤرتيڠكتكن ڤنچگهن، اوندڠ-اوندڠ، راوتن باگي مڠسا دان ڤنديديقن اونتوق مننتڠ ڤارا ڤنجنايه اين.
Pedofilia Richard Huckle dihukum seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London. Ada sekurang-kurangnya 200 kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah tersebut di Malaysia. Kita sangat perlu mempertingkatkan pencegahan, undang-undang, rawatan bagi mangsa dan pendidikan untuk menentang para penjenayah ini.

Labels:

Tuesday, June 07, 2016

اورڠ مليسيا كنچيڠ مانيس .%17.5orang Malaysia kencing manis

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mengirakan 3.5 juta atau 17.5% orang Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengidap kencing manis. Jaga berat badan dan bersenam.

كاجي سليديق كصيحتن دان موربيديتي كبڠساءن 2015 مڠيراكن 3.5 جوتا اتاو  17.5% اورڠ مليسيا برعمور 18 تاهون كاءتس مڠيدڤ كنچيڠ مانيس. كيت ڤرلو منجاگ ماكنن، كورڠ برت بادن دان برسنم.

Labels:

Monday, June 06, 2016

هيلاري كلينتون سباگاي چالون. Hilary Clinton sebagai calon

هيلاري كلينتون منداڤت ڤناماءن سباگاي چالون ڤرتي ديموكرت اونتوق مننتڠ دونالد ترومڤ دري ڤرتي ريڤوبليكن. بوليهكه بليو منجادي ڤريسيدين اميريكا شريكت؟
Hilary Clinton mendapat penamaan sebagai calon parti Demokrat untuk menentang Donald Trump dari parti Republican. Bolehkah beliau menjadi presiden Amerika Syarikat?

Labels:

177 اورڠ دتاهن دمليسيا بركاءيتن دڠن O 177 orang ditahan di Malaysia berkaitan dengan IS

مليسيا مناهن سكورڠ-كورڠڽ 177 اورڠ بركاءيتن دڠن داءش اتاو IS. كجاديان ڤلمڤاو برتمبه ددنيا. كرجاسام نگارا-نگارا مستي دڤرتيڠكتكن.
Malaysia menahan sekurang-kurangnya 177 orang berkaitan dengan Daesh atau IS. Kejadian pelampau bertambah di dunia. Kerjasama negara-negara mesti dipertingkatkan.

Labels:

Saturday, June 04, 2016

ڤكرجا كمبوجا دمليسيا.Pekerja Kemboja di Malaysia

ڤردان منتري داتوء سري ناجيب ستوجت دڠن شور ڤردان منتري هون سين اونتوق مڠهنتر ڤكرجا كمبوجا كمليسيا ترماسوق ڤمبنتو رومه. هاڤوسكن ڤلباگاي جنيس ڤپليويڠن.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib setuju dengan syor Perdana Menteri Hun Sen untuk menghantar pekerja Kemboja ke Malaysia termasuk pembantu rumah. Harpuskan pelbagai jenis penyelewengan.

Labels:

Friday, June 03, 2016

كراجاءن اسلام 1400 تاهون لالو. Kerajaan Islam 1400 tahun lalu.

مليسيا اداله نگارا بربيلڠ اگام. ايسو كراجاءن اسلام يڠ دلقساناكن 1400 تاهون لالو امت سينسيتيۏ. ڬيني ابد يڠ ك-21.
Malaysia adalah negara berbilang agama. Isu kerajaan Islam yang dilaksanakan 1400 tahun lalu amat sensitif. Kini abad yang ke-21.

Labels: