Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, March 31, 2016

Pengubahsuaian genetik organisma, GMO

Kerajaan Malaysia guna Akta BioKeselamatan,Jawatankuasa Teknikal dan Lembaga BioKeselamatan untuk melulus import organisme penyesuaian genetik (GMO) termasuk beras, soya dan jagung. Makanan ini telah diubah atau ditambah gen yang menentukan bakanya. Kerana GMO ada kesan ke atas manusia, haiwan dan tumbuhan, kita berharap rakyat memberi perhatian.
كراجاءن مليسيا گون اكتا بيوكسلامتن، جاوتنكواس تيكنيكل دان لمباگ بيوكسلامتن اونتوق ملولوس ايمڤورت اورگانيسمي ڤپاسواءين گينيتيك GMO ترماسوق برس، سويا دان جاگوڠ. ماكانن اين تله داوبه گين يڠ مننتوكن باكاڽ. كران GMO اد كسن ك اتس معنوسيا، هايون دان تومبوهن، كيت برهارڤ رعيت ممبري ڤرهاتيان.

Labels: ,

Wednesday, March 30, 2016

تونتوتن باير باليق چوكاي بارڠن دان ڤرخيدماتن GST

كمنتريان كواڠن منولق تونتوتن باير باليق چوكاي بارڠن دان ڤرخيدماتن RM800 جوتا كران تيدق ممنوهي كريتيريا. كيت برهارڤ كمنتريان ترسبوت ممبنتو ڤارا ڤمباير چوكاي دڠن مناسبه.
Kementerian Kewangan menolak tuntutan bayar balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana tidak memenuhi kriteria. Kita berharap kementerian tersebut membantu para pembayar cukai dengan munasabah.

Labels:

Tuesday, March 29, 2016

Kawasan mungkin ditenggelami air pada 2100

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi memberitahu Dewan Rakyat bahawa ada kawasan di Kedah, Kelsntan, Sabah dan Sarawak dijangka tenggelam air pada 2100 kerana aras laut naik. Kerajaan mesti mengambil langkah-langkah yang efektif seperti tembok di pantai dan tanaman pokok bakau.

Labels:

Monday, March 28, 2016

ڤرنياگاءن e دالم تاليان. e-Perniagaan dalam talian.

اورڠ مليسيا بلنجا كيرا-كيرا RM13.6 جوتا دالم ڤرنياگاءن دالم تاليان (e-ڤرنياگاءن. اداله داڠگركن اين اكن ناءيك ك RM2 بيليون دالم 10 تاهون. كيت ڤرلو منچگه ڤنيڤوان دان لاءين جنيس جنايه.
Sekarang, orang Malaysia belanja kira-kira RM13.6 juta dalam perniagaan dalam talian (e-perniagaan). Adalah dianggarkan ini akan naik ke lebih RM2 bilion dalam 10 tahun. Kita perlu mencegah penipuan dan lain jenis jenayah.

Labels:

Sunday, March 27, 2016

ڤروگريم دويبهاس (DLP) دسمبوت. Program Dwibahasa

Bolehkah DLP dilaksana dengan baik? Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Deri Dr Khair program ini disambut dengan permohonan baru. Setakat ini, 132 sekolah rendah dan 164 sekolah menengah melancarkan DLP. Di bawah program ini, berapa subjek boleh diajar menggunakan Bshasa Malaysia atau Inggeris. Semoga ia dijalankan dengan berkesan.

Labels:

Saturday, March 26, 2016

ميستري ڤاسرن ساهم چينا. Misteri pasaran saham China

ڤاسرن ساهم چينا تيدق سروڤا دڠن ڤاسرن دهوڠ كوڠ، نيو يورك دان لوندون.نمڤقڽ تيدق باپق شريكت سواستا دڤاسرن، اوندڠ-اوندڠ ساهم كورڠ كتت دان سيستم ڤندؤترن ڤرلو دڤرباءيكي. ڤارا ڤلابور مستي برهاتي-هاتي.
Pasaran saham China tidak serupa dengan pasaran di Hong Kong, New York dan London.Nampaknya tidak banyak syarikat swasta di pasaran, undang-undang saham kurang ketat dan sistem pendafraran perlu diperbaiki. Para pelabur mesti berhati-hati.

Labels:

توليسن خط، امڤوكن. Tulisan khat, ampukan.

توليسن خط اين اداله ڤتيقءن بيدالن دري سجارو دينستي سوڠ، 1000 تاهون، دان ارتي يزڠ سام دري يڠ سيوڠ  دينستي هان، لبيه 2000 تاهون. اي برمعنا مڠامڤوكن اورڠ بركواس سوڤاي منداڤت سسواتو ۏاءيده درڤدڽ. ڤد اساسڽ، ساءورڠ تيدق سڤاتوت مڠاڠكت-اڠكت دان مڠهيلڠكن مارواه. سبنرڽ مشاركت سڠت روميت.
Tulisan khat ini adalah petikan bidalan dari Sejarah Dinasti Sung, 1000 tahun, dan dengan erti yang hampir sama dari Yang Xiong, Dynasty Han, lebih 2000 tahun. Ia bermakna mengampu orang yang berkuasa supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya. Pada asasnya, seorang tidak seharus mengangkat-angkat dan menghilangkan maruah. Sebenarnya, masyarakat sangat rumit.

Labels: ,

كمالڠن لالولينتس دمليسيا. Kemalangan lalulintas di Malaysia

اداكه مليسيا اكن برجاي مڠورڠكن بيلڠن كيس كمالڠن لالولينتس؟ ڤد تاهون 2015, ڤوليس چاتت 489606 كيس كمالغن دڠن 6193،كماتيان. كيت برهارڤ سموا اكن براوسها منچگه كمالغن.
Adakah Malaysia akan berjaya mengurangkan bilangan kes kemalangan lalulintas? Pada tahun 2015, polis catat 489606 kes kemalangan dengan 6193 kematian. Kita berharap semua akan berusaha mencegah kemalangan.

Labels:

Friday, March 25, 2016

Yohan Cruyff meninggal dunia. يوهن كروي منيڠگل دنيا

يوهن كروي منيڠگل دنيا كران باره ڤارو-ڤارو. عمور 68. مندياڠ اداله ساله ساتو ڤماءين بولاسيڤق يڠ ترباءيك ددنيا.
Yohan Cruyff meninggal dunia kerana barah paru-paru. Umur 68. Mendiang, dari Belanda, adalah salah satu pemain bolasepak yang terbaik di dunia.

Labels:

Thursday, March 24, 2016

Adakah hanya 177 militan IS di Malaysia. اداكه هاڽ 177 ميليتان دمليسيا

اداكه هاڽ 177 اورڠ ميليتان IS دمليسيا؟ كتوا ڤوليس نگارا تن سري خاليد كات ڤوليس مناهن 15 اورڠ لاگي ترماسوق ساتو وانيتا ڤوليس. كيت ڤرلو ڤريسيقءن يڠ بوليه دڤرچاءي بازگي منڠكڤ مريك سبلوم بوم دلتوڤكن د نگارا اين.
Adakah hanya 177 orang militan IS di Malaysia? Ketua Polis Tan Sri Khalid kata 15 orang lagi ditahan, termasuk satu wanita polis. Kita perlu perisikan yang boleh dipercayai bagi menangkap mereka sebelum bom diletupkan di negara ini.

Labels:

ميسين ايمبس كنسير. Mesin imbas kanser

ڤروۏيدور ماهانا،اونيۏرسيتي بيرميزڠهيم, گون ميسين ايمبس كنسر دڠن چلوڤ راديواكتيۏ اونتوق مڠسن سيل كنسر داوتق دان ليهير, كمودين موڠكين سلوروه بادن. ڤد ڤريڠكت اول,  ميسين اين برحاصيل باءيك. كيت برهارڤ اي بوليه ممبنتو ڤساكيت.
Profesor Mahanna, Universiti Birmingham, guna mesin imbas kanser untuk mengesan sel kanser di otak dan leher, kemudian mungkin seluruh badan. Pada peringkat awal, ia berhasil baik. Kita berharap ia boleh membantu pesakit.

Labels:

گبنور بڠك نگارا مستي بيبس.Gabenor Bank Negara mesti bebas

تن سري زيتي كات گبنور بڠك نگارا مستي بيبس دان تيدق بوليه بركاون دڠن ڤادان منتري. مليسيا ترڤقسا ممستيكن گبنور ترسبوت تيدق مميهق سسياڤ ڤون.
Tan Sri Zeti says that Bank Negara Governor must be independent. He or she cannot be friendly with the Prime Minister. Malaysia has to make sure that the Governor stated above is not influenced by anybody.

Labels:

Wednesday, March 23, 2016

دمليسيا، كيرا-كيرا 2000 كانق-كانق هيلڠ ستاهون.Di Malaysia, kira-kira 2000 kanak-kanak hilang setahun.

سباپق 90% دتموي. ناصيب 10% تيدق دكتاهوي. ڤوليس مستي منمبه اوسها. ايبو باڤ هاروس منجازگ انق دڠن برسوڠگوه-سوڠگوه.
90% yang hilang ditemui. Nasib Sebanyak 10% tidak diketahui. Polis mesti menambah usaha. Ibu bapa harus menjaga anak dengan bersungguh-sungguh.

Labels:

بوليهكه برلاكو سرڠن ڤڠگانس دمليسيا؟ Bolehkah berlaku serangan pengganas di Malaysia

اداكه كموڠكينن سرڠن سڤرتي دڤاريس دان براسيلس برلاكو دمليسيا؟ كيت سنتياس برجاگ-جاگ. نگارا ڤرلو ڤريسيكن يڠ باءيك. ڤڠگانس منومڤو كڤد تمڤت سيبوق سماچم ستيسين كريتاڤي دان كاواسن ڤلنچوڠ بركرومون. نگارا اين اد كيرا-كيرا 25 جوتا ڤلنچوڠ ستياڤ تاهون.
Adakah kemungkinan serangan seperti di Paris dan Brussels berlaku di Malaysia? Kita sentiasa berjaga-jaga. Negara perlu perisikan yang baik. Pengganas menumpu kepada tempat sibuk semacam stesen keretapi dan kawasan pelancong berkerumun. Negara ini ada kira-kira 25 juta pelancong setiap tahun.

Labels:

Monday, March 21, 2016

سكوله دكده دان ڤرليس توتوڤ دوا هاتي. Sekolah di kedah dan Perlis tutup dua hari

سكوله دكده دان ڤرليس توتوڤ دوا هاري كران چواچ ڤانس. لاين نگري توڠگو كڤوتوسن كمنتريان ڤنديديقءن. اداكه سوهو اكن تورون؟
Sekolah di Kedah dan Perlis tutup dua hari kerana cuaca panas. Lain negeri tunggu keputusan Kementerian Pendidikan. Adakah suhu akan turun?

Labels:

سكوله دان گلومبڠ هابا. Sekolah dan gelombang haba

اداكه سكوله دمليسيا اكن دتوتوڤ كران گلومبڠ هابا؟ كونونڽ, جك سوهو منچچه 39° سيلسيوس, ڤيهقڽ اكن برتيندق. گورو دان ايبو باڤ امبيل ڤرهاتيان: كورڠكن كگياتن لوار رومه.
Adakah sekolah di Malaysia akan ditutup kerana gelombang haba? Kononnya, jika suhu mencecah 39° Celsius, pihaknya akan bertindak. Guru dan ibu bapa ambil perhatian:  kurangkan kegiatan luar rumah.

Labels:

Sunday, March 20, 2016

توليسن خط, بواڠ يڠ بوروق دان امبيل يق باءيك. Tulisan khat, buang yang buruk dan ambil ysng baik

توليسن خط اداله ڤتيقءن بيدالن دري سجاره دينستي جين اوليه ۏاڠ سوانليڠ دان لاءين-لاءين, دينستي تاڠ. اي برارتي بواڠ يڠ بوروق دان امبيل يڠ باءيك. يڠ بوروق ترماسوق رادواه, ڤپليويڠن دان اوروس تدبير لمه سڤرتي ڤرايتيوا1  MDB. يڠ باءيك مليڤوتي كدولتن اوندڠ-اوندڠ, عملن برسيه دان كتلوسن.
Tulisan khat adalah petikan bidalan dari Sejarah Dinasti Jin oleh Fang Xuanling, Dinasti Tang. Ia bererti buang yang buruk dan ambil yang baik. Yang buruk termasuk rasuah, penyelewengan dan urus tadbir lemah seperti peristiwa 1MDB. Yang baik meliputi kedaulatan undang-undang, amalan bersih dan ketelusan.

Labels:

بيدالن, بواڠ يڠ بوروق دان امبيل يڠ باءيك

توليسن خط اداله ڤتيقءن دري سجاره دينستي جين اوليه ۏاڠ سوانليڠ دان لاءين-لاءين، دينستي تاڠ. اي برارتي بواڠ يڠ بوروق دان امبيل يڠ باءيك. يڠ بوروق ترماسوق راسواه، ڤپليويڠن دان اوروس تدبر يڠ لمه. يڠ باءيك مليڤوتي كدولتن اوندڠ-اوندڠ، عملن برسيه دان كتلوسن.

Labels:

Friday, March 18, 2016

Gelombang haba

Adakah suhu melebihi 40 darjah Celsius selama 7 hari di sesuatu kawasan di Malaysia? Inilah tahap suhu yang ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kecemasan atau bencana. Tahap amaran adalah lebih 37 darjah selama 72 jam. Menurut Menteri Kesihatan setakat ini 14 kes keletihan dan strok haba dilaporkan. Semasa cuaca panas, kita kurangkan kegiatan di luar rumah.

Nadma: National Disaster Management Agency.
Jawatankuasa Menangani Gelombang Haba.

Labels:

Thursday, March 17, 2016

گبنور بڠك نگارا مستي بيبس. Gabenor Bank Negara mesti bebas

اورڠ مليسيا ڤرلو گبنور بڠك نگارا يڠ بيبس دان مڠعملكن داسر واڠ يڠ باءيك اونتوق نگارا. كيت سڠت مڠهارڤكن سسياڤ يڠ مڠگنتي تن سري زيتي تيدق دمانيڤولاسيكن ڤوليتيك ڤرتي.
Orang Malaysia perlu Gabenor Bank Negara yang bebas dan mengamal dasar wang yang baik untuk negara. Kita sangat mengharapkan sesiapa yang menggantikan Tan Sri Zeti tidak dimanipulasikan politik parti.

Labels:

Wednesday, March 16, 2016

ڤلباگاي جمجي كراجاءن دديون رعيت. Pelbagai janji Kerajaan di Dewan Rakyat

تيته اوچاڤن دديون رعيت اد ڤلباگاي جنجي كراجاءن سڤرتي ڤرتومبوهن هيجاو دان ڤريهاتين ترهادڤ سموا لاڤيسن ماشراكت.
5 لنچڠ كونيڠ لنچڠ ڤوساك,
   لنچڠ تيدق بوليه برگنتي;
بيار كريڠ لاءوت ملاك,
ساي تيدق موڠكير جنجي.
(ڤتيقءن دري ديون بهاس دان ڤوستاك)
Titah ucapan di Dewan Rakyat ada pelbagai janji Kerajaan seperti Pertumbuhan Hijau dan prihatin terhadap semua lapisan masyarakat.
5 lancang kuning lancang pusaka,
   Lancang tidak boleh berganti;
Biar kering laut Melaka,
   Saya tidak mungkir janji.
(Petikan dari Dewan Bahasa dan Pustaka)
  

Labels:

كچردسن بواتن. Kecerdasan buatan

كچردسن بواتن اكن مڠوبه ۏيكيرن ماشركت ماءنسي. دڤرلاونن گو, AlphaGo, بواتن Google, منڠ 4 كالي دان كاله 1 كالي كڤد grandmaster گو, كوريا سلاتن.
ساي منكنكن دديون رعيت اگر ڤروگريم ۏاكولتي كتوا ڤگاواي ايكسيكوتيۏ 2015-2025 ممڤرتيمبڠكن كسن كچردسن بواتن, لالو مپسوايكن ڤروگريمڽ.
Kecerdasan buatan akan mengubahkan fikiran masyarakat manusia. Di perlawanan go, AlphaGo, buatan Google, menang 4 kali dan kalah 1 kali kepada Le Sedol, grandmaster go, Korea Selatan.
Saya menekankan di Dewan Rakyat agar Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif 2015-2025 mesti mempertimbangkan kesan kecerdasan buatan, lalu mengubahsuaikan programnya.

Labels:

Sunday, March 13, 2016

توليسن خط برارتي منچتوسكن ڤراساءن.

توليسن خط اداله ڤتيقءن دري نوۏيل, رو لين واي شي, دينستي چيزڠ. اي برمعنا تيندقءن دان لاءوڠن منچتوسكن ڤراساءن اورڠ عوام. تون محظير ماهو منجاتوهكن داتوء سري ناجيب, لالو برگنديڠ باهو دڠن باريسن ڤمبڠكڠ دالم كيمڤين سڤرتي ديكلاراسي رعيت ڤد 4 مچ 2016 دان كوڠگريس اورڠ عوام 2016 ڤد 27 مچ 2016. اين منچتوسكن ڤراساءن دان ۏيكيرن.
Tulisan khat adalah petikan dari sebuah novel, Ru Lin Wai Shi, Qing dynasty. Ia bermakna tindakan dan laungan mencetuskan perasaan orang awam. Tun Mahathir mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib, lalu berganding bahu dengan barisan pembangkang dalam kempen seperti Deklarasi Rakyat pada 4 Mac, 2016 dan Kongres Orang Awam 2016 pada 27 Mac, 2016. Ini mencetuskan perasaan dan fikiran.

Labels:

Saturday, March 12, 2016

تناگ هيجاو مليسيا. Tenaga hijau Malaysia

بوليهكه تناگ مليسيا منجادي هيجاو؟ يڠ دڤرتوس اگوڠ برتيته تنتڠ ڤرتومبوهن هيجاو. كراجاءن مستي ممبري اڠك سبنر. اداكه بتول, دري ڤنجاناءن نگارا لبيه 19000 MW ڤونچا 63% دري گاس, 21 باتو ارڠ, 10% هيدرو دان 1% تنازگ بوليه بهارو. ساسرن تناگ بوليه بهارو 2015اداله 5%. 
Bolehkah tenaga Malaysia menjadi hijau. Yang di-Pertuan Agong bertitah tentang pertumbuhan hijau. Kerajaan mesti memberi angka yang sebenar. Adakah betul, dari penjanaan negara lebih 19000 MW, punca kira-kira 63% dari gas, 21% batu arang, 10% hidro dan 1% tenaga boleh baharu. Pada 2015, sasaran tenaga boleh baharu adalah 5%.

Labels:

Thursday, March 10, 2016

ڤرجنجيان ڤركوڠسيان ترانس-ڤاسيۏيك TPPA Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik

بوليهكه مليسيا سنتياس ممڤرتاهنكن كڤنتيڠن نگارا؟ يڠ دڤرتوان اگوڠ برتيته بهاوا مليسيا تنداتاڠن TPPA اونتوق ڤاسرن لبيه لواس دان كلوارن نگارا كاسر (GDP) لبيه USD27 تريليون. كيت ڤرلو كچكڤن، كتلوسن دان اكاءونتابيليتي.
Bolehkah Malaysia sentiasa mempertahankan kepentingan negara? Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Malaysia tandatangan TPPA untuk pasaran lebih luas dan Keluaran Dalam Negara Kadar (GDP) lebih RM27 trilion. Kita perlu kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti.

Labels:

اد 18 ڤرتوبوهن ڤڠگانس دمليسيا. Ada 18 pertubuhan pengganas di Malaysia

كراجاءن مليسيا تله مڠنلڤستي 18 ڤرتوبوهن دان كومڤولن سباگاي كومڤولن ڤڠگانس ترماسوق IS (داءش)، بوكو هارم دان ابو ساءياڤ. سموا اورڠ ڤرلو سنتيس بروسڤادا.
Kerajaan Malaysia telah mengenalpasti 18 pertubuhan dan kumpulan sebagai kumpulan pengganas termasuk IS (Daesh), Boko Haram dan Abu Sayyap (ASG). Semua orang perlu sentiasa berwaspada.

Labels:

Wednesday, March 09, 2016

كمنتريان ڤرداگڠن دالم نگري دان هرگ بارڠ. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kenaikan harga

تيمبالن منتري ڤرداگڠن دالم نگري تيدق منجاوي دڠن جكس دديون رعيت سام اد كناءيكن هرگ دتاڠن توهن. كيت برهارڤ بهاوا كيرا-كيرا 2000 ڤڠواتكواس ممڤوڽاءي اينتيگريتي دان ديسيڤلين كتيك برتوگس.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri tidak menjawab dengan jelas di Dewan Rakyat sama ada kenaikan harga di tangan Tuhan. Kita berharap kira-kira 2000 pegawai penguatkuasa mempunyai integriti dan disiplin semasa bertugas.

Labels:

Monday, March 07, 2016

سلامت هاري وانيتا انتارابڠسا. Selamat Hari Wanita Antarabangsa

سلامت هاري وانيتا انتارابڠسا. Selamat Hari Wanita Antarabangsa

Labels:

ڤنچيڤتر eميل. Pencipta emel

هاري اين, ڤنچيڤتا eميل, ري توملينسين، منيڠگل دنيا. اوسيا 74 تاهون. اد لبيه 200 بيليون ميسيج eميل د دبيا ستياڤ هاري.
Hari ini, pencipta emel, Ray Tomlinson, meninggal dunia. Usia 74 tahun. Ada lebih 200 bilion mesej emel di dunia setiap hari.

Labels:

كتتكن اوندڠ-اوندڠ كسلامتن. Ketatkan undang-undang keselamatan

هاري اين, يڠ دڤرتوان اگوڠ برتيته بهاوه مليسيا ممڤركتتكن اوندڠ-اوندڠ دان منمبهكن كلڠكاڤن كسلامتن اونتوق كاءمنن. كيت جاگ كسلامتن. جاڠن سالهگون اوندڠ-اوندڠ.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Malaysia memperketatkan undang-undang dan menambahkan kelengkapan keselamatan bagi memelihara keamanan Malaysia. Kita menjaga keselamatan. Jangan salahguna undang-undang.

Labels:

Saturday, March 05, 2016

ڤڠاول كسلامتن نيڤل Pengawal keselamatan Nepal

سموگ داتوء سري زاحيد ممبريتاهو ورگ مليسيا ڤرانن يڠ دماءينكن ڤوليس دالم مونوڤولي ڤڠاول كسلامتن نيڤل. اداكه مريك دلاتيه؟ اداكه مريك بنر-بنر مڠورڠكن جنايه؟ اداكه مريك اكن مڠگنتيكن ڤوليس؟
Semoga Datuk Seri Zahid memberitahu warga Malaysia peranan yang dimainkan polis dalam monopoli pengawal keselamatan Nepal. Adakah mereka dilatih? Adakah mereka benar-benar mengurangkan jenayah? Adakah mereka akan mengganti polis?

Labels:

توليسن خط، سواسان دهشت يڠ مڠنچمكن.Tulisan khat, suasana dahsyat yang mengancamkan.

توليسن خط اداله ڤتيقءن دري بوكو چي ييڠ بو اوليه ڤنوليس يڠ نام تيدق دكتاهوي ددينستي يوان. اي برارتي سواسان دهشت يڠ مڠنچمكن. بيلا مماكاي واڠ عوام, كيت ڤرلو تلوس دان برتڠگوڠجاوب كڤد رعيت. جك
تيدق, سوارا مننتڠ موڠكين گموروه.
نمڤقڽ, كران ايسو اين تون محظير گاگل مڠگوليڠكن داتوء سري ناجيب دالم Umno, لالو كلوار دري ڤارتي ايت. كيني, بليو برگنديڠ باهو دڠن ڤمبڠكڠ سباگاي باريسن اونتوق منجاتوهكن ناجين دالم سواسان دهشت يڠ مڠنچمكن.
Tulisan khat adalah petikan dari buku Qi Ying Bu oleh penulis yang nama tidak diketahui di Dinasti Yuan. Ia bererti suasana dahsyat yang mengancamkan. Bila memakai wang awam, kita perlu telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Jika tidak, suara menentang mungkin gemuruh.

Nampaknya, kerana isu ini Tun Mahathir gagal menggulingkan Datuk Seri Najib dalam Umno, lalu keluar dari parti itu. Kini, beliau berganding bahu dengan pembangkang sebagai barisan untuk menjatuhkan Najib dalam suasana dahsyat yang mengancamkan.

Labels:

Friday, March 04, 2016

كوريا اوتارا دان اوجياب نوكليار. Korea Utara dan ujian nukliar

كوريا اوتارا هندق بينچڠ دڠن اميريكا شريكت سچارا لڠسوڠ. اين تيدق برلاكو. كوريا اوتارا تروس اوجي بوم نوكليار دان لنچر ڤلورو برڤندو. ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو تمبه سكاتن ايكونومي ترهادڤ كوريا اوتارا.
Korea Utara hendak bincang dengan Amerika Syarikat secara langsung. Ini tidak berlaku. Korea Utara terus uji bom nukliar dan lancar peluru berpandu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tambah sekatan ekonomi terhadap Korea Utara.

Labels:

تون محظير ممڤركچيلكن داتوء سري ناجيب. Tun Mahathir memperkecilkan Datuk Seri Najib

سجق تون محظير برهنتي سباگاي ڤردان منتري ڤد 2003, ساي جارڠ مڠولس تيندقءن ڤوليتيكڽ. كالي اين بليو ممڤركچيلكن كبوليهن داتوء سري ناجيب, گاگل مڠگوليڠكن دان كلوار دري UMNO كالي يڠ كدوا. ناجيب بلاجر درڤد ڤميمڤين-ڤميمڤين داهولو دان مماڤركن كلبيهنڽ. كيت برهارڤ ناجيب داڤت منونجوقءن كتلوسن دان تڠگوڠجاوب كڤد رعيت بيلا مماكاي واڠ عوام.
Sejak Tun Mahathir berhenti sebagai Perdana Menteri pada 2003, saya jarang mengulas tindakan politiknya. Kali ini, beliau memperkecilkan Datuk Seri Najib, gagal menggulingkan dan keluar daripada Umno kali kedua. Najib belajar daripada pemimpin-pemimpin dahulu dan memaparkan kelebihannya. Kita berharap Najib dapat menunjukkan ketelusan dan tanggungjawab kepada rakyat bila memakai wang awam.

Labels:

Thursday, March 03, 2016

اداكه هرگ بارڠ دالم تاڠن توهن. Adakah harga barang dalam tangan tuhan

اداكه هرگ بارڠ دتاڠن توهن؟ سكارڠ ايكونومي تيدق تنتو دان هرگ بارڠ ملمبوڠ. كيت دڠر سبب-سبب سڤرتي چوكاي ايكساءيس دان چوكاي جوالن دان ڤرخيدماتن مناءيككن هرگ. كراجاءن مستي مڠمبيل ڤرهاتيان.
Adakah harga barang di tangan tuhan?  Sekarang ekonomi tidak tentu dan harga barang melambung  Saya dengar sebab-sebab seperti cukai eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan menaikkan harga barang. Kita berharap Kerajaan mengambil perhatian.

Labels: