Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, January 29, 2016

ۏيروس سيكا دان دڠگي. Virus sika dan denggi

ۏيروس زيكا دكنلڤستي داۏريكا ڤد 1947. اي منولر. وابق برلاكو دڤاسيۏيك دان كيني داميريكا سلاتن سڤرتي برازيل. اي دشكي مپببكن كچاچتن اوتق بايي (كڤالا ترلالو كچيل). پاموق ايديس ممباوا زيكا دان دڠگي. اڤاكه لڠكه ڤنچگهن مليسيا؟
Virus zika dikenalpasti di Afrika pada 1947. Ia menular. Wabak berlaku di pasifik dan kini di Amerika Selatan semacam Brazil.
Ia disyaki menyebabkan kecacatan otak bayi (kepala terlalu kecil). Nyamuk Aedes membawa zika dan denggi. Apakah langkah pencegahan Malaysia?

Labels:

Thursday, January 28, 2016

ڤوتوڠ باجيت 2016 Potong bajet

داتوء سري ناجيب ڤوتوڠ باجيت 2016 دڠن 3.6%، دري RM267.2 بيليون كڤد RM257.7 بيليون. جك جاگ كباجيكن رعيت، جاڠن كورڠكن ڤرونتوقءن ڤنديديقءن, كصيحتن, جابتن اوديت دان سوروهنجاي ڤنچگهن راسواه.
Datuk Seri Najib potong bajet 2016 dengan 3.6%, dari RM267.2 bilion kepada RM257.7 bilion. Jika jaga kebajikan rakyat, jangan kurangkan peruntukan pendidikan, kesihatan, Jabatan Audit dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Labels:

InvestKL dan Pemudah. ڤلابورن د كوالا لومڤور

داتوء بندر داتوء امين كات InvestKL مناريق 50 شريكت مولتيناشاونل دڠن جومله RM5 بيليون. ڤموده دري جابتن ڤردان منتري بنتو كورڠكن بيروكراسي سڤرتي ڤرموهونن ليسين. كيت برهارڤ مسءله كوالا لومڤور سماچم كسسقءن لالولينتس داڤت دسلسايكن.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Amin kata InvestKL menarik 50 syarikat multinasional dengan jumlah RM5 bilion. Pemudah dari Jabatan Perdana Menteri bantu kurangkan birokrasi seperti permohonan lesen. Kita berharap masalah Kuala Lumpur semacam kesesakan lalulintas dapat diselesaikan.

Labels:

Wednesday, January 27, 2016

راتيۏيكاسي ڤرجنجيان ڤركوڠسيان ترنس-ڤاسيۏيك. Ratifikasi Perjanjian Perkongsian Trans--Pasifik

كراجاءن كات ستله مراتيۏيكاسيكن دان مڠگوناڤاكاي TPPA, جك ماهو كلواركن اي امبيل ماس هاڽ 6 بولن. كيت ڤرچاي اي بوكن بگيتو موده. داتوء سري موستاۏا مستي كاجي حل اين.
Kerajaan kata setelah meratifikasikan dan menggunapakai TPPA, jika mahu keluarkan ia ambil masa 6 bulan. Kita percaya ia bukan begitu mudah. Datuk Seri Mustapha mesti kaji hal ini.

Labels:

Monday, January 25, 2016

ڤرجنجيان ڤركوڠسيان ترن-ڤاسيۏيك Trans-Pacifik Partnership Agreement TPPA

هاري اين دان بيسوق ديون رعيت ممبينچڠ  اوسول TPPA يڠ اد كسن بسر ترهادڤ ڤرداگڠن, ايندوستري داب ڤرنياگاءن. كيت ڤرلو مڠكاجي دان ممستيكن اي تيدق مروسقءن مليسيا.
Hari ini dan besok, Dewan Rakyat membincang usul TPPA yang ada kesan besar terhadap perdagangan, industri dan perniagaan. Kita perlu mengkaji dan memastikan ia tidak merosakkan Malaysia.

Labels:

Sunday, January 24, 2016

سرڠن IS اتاو داءيش. Serangan IS atau Daesh

گولوڠن IS منايڠ ۏيديو يڠ منونجوقءن 9 ڤنجنايه يڠ مپرڠ ڤاريس تاهون لالو.  كيت ممهمي بهاوا اي مرنچڠ ڤلباگاي سرڠن ترماسوق يڠ اونتوق مليسيا.
Golongan IS atau Daesh menayang video yang menunjukkan 9 penjenayah yang menyerang Paris tahun lalu. Kita memahami bahawa ia merancang pelbagai serangan termasuk yang untuk Kuala Lumpur.

Labels:

Saturday, January 23, 2016

Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ جابتن ڤڠڠكوتن جالن

JPJ mahu mengambil tindakan terhadap lori hantu kerana dua pelajar wanita mati dilanggar kereta jenis ini di Kajang baru-baru ini. Kita hendak tahu bilangan keteta seperti ini dan cara JPJ bertindak dengan berkesan.
جابتن JPJ ماهو مڠمبيل تيندقءن ترهادڤ لورى هنتو كران دوا ڤلاجر وانيتا دلڠگر كريتا جنيس اين دكاجڠ بارو-بارو اين. كيت هندق تاهو بيلڠن كريتا سڤرتي اين دان چارا JPJ برتيندق دڠن بركسن.

Labels:

ڤموسنهن بندر ڤوربا. Pemusnahan bandar purba

ڤڠگانس IS اتاو داءيش مموسنه بندا ڤوربا سڤرتي بندر كونو ڤلميرا, سيريا. ايرينا بوكوۏا, كتوا ڤڠاره UNESCO, مپيۏتكن ڤربواتن اين سباگاي جنايه ڤرڠ.
Pengganas IS atau Daesh memusnah benda purba seperti bandar kuno Palmyra, Syria. Irina Bokova, Ketua Pengarah UNESCO, menyifatkan perbuatan ini sebagai jenayah perang.

Labels:

Thursday, January 21, 2016

Tulisan khat, tangani masalah dari punca.

Tulisan ini dari bidalan Babad Zuo Qiuming, lebih 2400 tahun. Ia bererti menghapus masalah mesti dari puncanya. Misalnya, peristiwa 1MDB menjejaskan imej Malaysia. Kita harus banteras puncanya untuk memulihkan imej.

توليسن خط اين دري بيدالن بابد زو چيوميزڠ, ل يه 2400 تاهون.اي برارتي مڠهاڤوسكن مسءله مستي دري ڤونچاڽ. ميثلڽ ڤرايستيوا منججسك ايميج مليسيا. كيت هاروس بنترس ڤونچاڽ اونتوق مموليهكن ايميج.

Labels:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ulang bahawa PPPM hendak pelajar Malaysia  berkemahiran tinggi  dan bertaraf dunia. Jagalah 420,000 guru dan jangan kurangkan peruntukan pendidikan ketika menyemak bajet 2016 kerana ekonomi tidak tentu dan harga minyak bawah USD30 setong.
منتري ڤنديديقءن داتوء سري مهظير اولڠ بهاوا PPPM هندق ڤلاجر مليسيا بركماهيرن تيڠگي دان برتارۏ دنيا. جاگاله 420000 گورو دان جاڠن كورڠكن ڤرونتوقءن ڤنديديقءن كتيك مپيمق باجيت 2016 كران ايكونومي تيدق تنتو دان هرگ ميپق باوه USD30 ستوڠ.

Labels:

Polis dan tentera meronda

Datuk Seri Najib kata polis dan tentera akan meronda bersama tempat yang ada ramai pelancong. Kita berharap mereka benar-benar menjaga rakyat.
داتوء سري ناجيب كات ڤوليس دان تنترا اكن مروندا برسام دتمڤت يڠ اد راماي ڤلمچوڠ. كيت برهارڤ مريك اكن بنر-بنر منجاگ رعيت.

Labels:

Tuesday, January 19, 2016

كلبيهن ميپق منته. Kelebihan minyak mentah

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) kata pasaran minyak mungkin mati lemas dengan kelebihan pengeluaran. Pengeluar utama seperti Arab Saudi, Iran dan Rusia masih pam lebih minyak walaupun pengeluaran mengatasi permintaan dan harga jatuh ke USD28-30 setong. Ini merugikan Malaysia dan menguntungkan negara import minyak semacam China dan Jepun.
اگينسي تناگ انتارابڠسا(IEA) كات ڤاسارن ميپق موڠكين ماتي لمس دڠن كلبيهن ڤڠلوارن. ڤڠلوار اوتام سڤرتي ارب ساءودي, ايرن دان روسيا ماسيه ڤام لبيه ميپق والاوڤون ڤڠلواران مڠاتاسي ڤرمينتاءن دان هرگ جاتوه ك USD28-30 ستوڠ. اين مروگيكن مليسيا دان مڠونتوڠكن نگارا ايمڤورت ميپق سماچم چينا دان جڤون.

Labels:

.ڤرتومبوهن ايكونومي چينا 6.9%. Pertumbuhan ekonomi China 6.9%

    ڤرتومبوهن 6.9% اداله ترنده دالم 25 تاهون. اد يڠ كات اڠك موڠكين لبيه رنده. اين منججسكن دبيا ترماسوق مليسيا.
Pertumbuhan 6.9% adalah terendah dalam 25 tahun. Ada yang kata angka mungkin lebih rendah. Ini menjejaskan dunia termasuk Malaysia.

Labels:

Monday, January 18, 2016

ڤريسيدن جاكووي ماهو چگه كبكرن هوتن. President Jakowi mahu cegah kebakaran hutan

Presiden Jakowi mahu mencegah kebakaran hutan, ladang dan tanah gambut agar jerebu tidak berulang di rantau ini. Kita berharap beliau berjaya dalam keadaan yang rumit.
ڤريسيدن جاكووي ماهو منچگه كبكرن هوتن, لادڠ دان تانه گمبوت اگر جربو تيدق براولڠ درنتاو اين. كيت برهارڤ بليو برجاي دالم كاءداءن يڠ روميت.

Labels:

Sunday, January 17, 2016

سرڠن گانس دكوالا لومڤور.Serangan ganas di Kuala Lumpur

كتوا ڤوليس كوالا لومڤور داتوء تاجودين كات," جاڠن بيمبڠ كران اد لڠكه كسلامتن يڠ چوكوڤ مننتڠ سرڠن گانس." سموگ ڤوليس سنتياس ممڤوپاءي ڤريسيكن دان تيندقءن يڠ مماداءي.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin kata, "jangan bimbang kerana ada langkah keselamatan cukup menentang serangan ganas." Semoga polis sentiasa mempunyai perisikan dan tindakan yang memadai untuk menangani ancaman.

Labels:

بولاسيڤق Bolasepak EPL

مانچيستر 0:1 ليۏيرڤول. ليۏيرڤول برماءين دڠن راجين. تتاڤي ڤپرڠ مانچيستر روني منجارڠ گول يڠ هيبت.
Manchester United 1:0 Liverpool. Liverpool bermain dengan rajin. Tetapi, penyerang MU, Rooney, menjaring goal yang hebat.

Labels:

Perjanjian nuklear Iran

Iran, Amerika dan Kesatuan Eropah kuatkuasakan perjanjian nuklear. Mereka mansuh sekatan ekonomi. Tetapi, Korea Utara ada ujian nuklear yang keempat, kononnya bom hidrogen.
ايرن, اميريكا دان كساتوان ايروڤه كواتكواس ڤرجنجيان نوكليار. مريك منسوخ سكاتن ايكونومي. تتاڤي, كوريا اوتارا اد اوجيان نوكليار يڠ ك امڤت، كونونڽ بوم هيدروگين.

Labels:

Saturday, January 16, 2016

خبر 1500 سوسڤيك IS مليسيا دسيريا.Khabar 1500 suspek IS Malaysia di Syria

خبر تنتڠ 1500سوسڤيك IS اتاو داءيش مليسيا دسيريا مناكوتكن. كيت تيدق تاهو بيلڠن ددالم دان لوار نگارا. ڤوليس كات لبيه 100 اورڠ يڠ دشكي IS دتاهن دان لبيه 80 دسيريا.
Khabar tentang 1500 suspek IS atau Daesh Malaysia di Syria menakutkan. Kita tidak tahu bilangan di dalam dan luar negara. Polis kata lebih 100 orang yang disyaki IS ditahan dan lebih 80 di Syria.

Labels:

Friday, January 15, 2016

برصيه ڤنچمرن باوكسيت. Bersih pencemaran bauksit

كمنتريان كسجهتراءن بندر, ڤرومهن دان كراجاءن تمڤتن ممبرصيحكن ڤنچمرن باوكسيت. اوسها ڤمبرصيحهن مستي مليبت سموا ڤريڠكت ترماسوق اوندڠ-اوندڠ, چارا ملولوسكن كيلڠ باوكسيت دان ڤڠواتكواساءن.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan membersihkan pencemaran bauksit di Kuantan. Usaha pembersihan mestilah melibatkan semua peringkat termasuk undang-undang, cara meluluskan kilang dan penguatkuasaan.

Labels:

Thursday, January 14, 2016

ليگ ڤردان اڠگليس، مانچيستر اونايتيد 3:3 بيوكاسيلEPL Manchester United 3:3 Newcastley

مانچيستر اونايتيد منداهولوءي نيوكاسيل. ڤڠوروس ۏان گاعل اولس، "...كيت ممبري دوا مات كڤد لاون...كيت بوات سنديري..."
Manchester United mendahului Newcastle. Pengurus van Gaal ulas, "...kita memberi dua mata kepada lawan...kita buat sendiri..."

سرڠن ڤڠگانس دجاكرتا. Serangan pengganas di Jakarta

سرڠن IS اتاو داءيش برلاكو دجاكرتا: 2 اورڠ تيدق بردوسا ماتي(1 ورگ كانادا)، 3 ڤعڠگانس تربونوه دان 20 اورڠ چدرا. تعزيت كڤد كلوارگ مڠسا تيدق بردوسا.
Serangan IS atau Daesh berlaku di Jakarta: 2 orang tidak berdosa mati, 3 pengganas terbunuh dan 20 orang cerdera.

Labels:

Wednesday, January 13, 2016

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

Tulisan khat makna yang mendalam seperti TPPA, 16 jilid. TPPA dianjur Amerika Syarikat. China ada 'Satu Tali Satu Jalan' dan strategi selepas perubahan ekonominya termasuk di Asia Tenggara. Keputusan Malaysia tentang TPPA tidak boleh menjejaskan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.

Labels:

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Menteri Datuk Seri Mahdzir kata kementerian mempertimbang perubahan UPSR: 40% penilaian sekolah dan 60% peperiksaan. Kita tanya sekali lagi bagaimana guru dan murid disediakan untuk menghadapi perubahan ini?
منتري داتوء سري محظير كات كمنتريان ممڤرتيمبڠ ڤروبهن UPSR ايءتو 40% ڤنيلايءن سكوله دان 60% ڤڤريكساءن. كيت تاپ سكالي لاگي باگايمان گورو دان موريد دسدياكن اونتوق مڠهاداڤي ڤروبهن اين؟

Labels:

Monday, January 11, 2016

نام كمنتريان ڤڠڠكوتن. Nama Kementerian Pengangkutan

كمنتريان ڤڠڠكوتن بربينچڠ دڠن سوروهنجاي ڤنچگهن راسواه مليسيا (SPRM) اونتوق اد اينتيگريتي دان ايتيكا دسموا ڤريڠكت. كيت سيبوق ممنتاو تيندقءن كمنتديان. كاءجايبن؟
Kementerian Pengangkutan berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ada integriti di semua peringkat. Kita sibuk memantau tindakan kementerian. Keajaiban?

Labels:

Sunday, January 10, 2016

Semakan bajet 2016

Kita berharap Datuk Seri Najib elak daripada mengurangkan peruntukan jabatan seperti Jabatan Audit Negara RM163.8 juta dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia RM251.8 juta yang telah dikurangkan RM42 juta daripada RM294 juta. Jabatan-jabatan ini memainkan peranan penting untuk mewujudkan ketelusan dan akauntabiliti.
كيت برهارڤ داتوء سري ناجيب ايلق درڤد مڠورڠكن ڤراونتوقءن جابتن سڤرتي جابتن اوديت نگارا RM163.8 جوتا دان سوروهنجاي ڤنچگهن راسواه مليسيا RM251.8 جوتا يڠ تله دكورڠكن RM42 جوتا درڤد RM294 جوتا. جابتن-جابتن اين مماءينكن ڤرانن ڤنتيڠ اونتوق وجودكن كتلوسن دان اكاونتابيليتي.

Labels: ,

La Liga, Sepanyo. بولاسيڤق لا ليگا, سڤاپو

ريال ميدريد 0:5 كورونا. اين اداله ڤرلاونن ڤرتام باگي ڤڠوروس بارو ريال ميدريد, زيدان (زيزو): باءيل منجاريڠ 3 گول دان بنزيما 2. زيزو برگمبيرا دان برهارڤ سماڠت برتروسن.
Real Madrid 5:0 Coruna. Ini adalah perlawanan pertama bagi pengurus baru Real Madrid, Zidane (Zizuo): Bale menjaring 3 gol dan Benzema 2. Zizuo bergembira dan berharap semangat berterusan.

Labels:

منارا تيليكوم. Menara telekom

گمبر تونجوق منارا يڠ دديريكن دڠن تيبا-تيبا دحالن بنتيڠ اوتارا, جينجڠ اوتارا. تان سيڠ گياو (ديري دتڠه) دان ڤارا ڤندودوق تيدق داڤت منموي نام شريكت يڠ مميليكيڽ. منارا يڠ سروڤ مونچول دجالن ڬڤوڠ بارو دان لامن ريمبونن, كڤوڠ.
ديون بندراي كوالا لومڤر اد ڤراتورن اونتوق منارا. كيت برهارڤ اي داڤت منرڠكن اڤ سبنرڽ برلاكو دان كسن سينرن ماگنيت ترهادڤ بادن ماءنسي.
Gambar tunjuk menara yang didirikan dengan tiba-tiba di Jalan Benteng Utara, Jinjang Utara. Tan Seng Giaw (diri di tengah) dan para penduduk tidak dapat menemui nama syarikat yang memilikinya. Menara yang serupa muncul di Jalan Kepong Baru  dan Laman Rimbunan, Kepong.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada peraturan untuk menara. Kita berharap ia dapat menerangkan apa sebenarnya berlaku dan kesan sinaran magnet terhadap badan manusia.

Labels:

Friday, January 08, 2016

حاصيل نگارا كورڠ. Hasil negara kurang

ايكونومي تيدق چره. حاصيل نگارا كورڠ. داتوء سري ناجيب اوبهسواي باجيت 2016 دان هندق بلنجا دڠن چارا ترباءيك. كيت برهارڤ ڤميمڤين تونجوق تلادن دان مموليهكن ايميج يڠ ترججس كران ڤرايتيوا 1MDB دان سومبڠن RM2.6 بيليون.pp
Ekonomi tidak cerah. Hasil negara kurang. Datuk Seri Najib ubahsuai bajet 2016 dan hendak belanja dengan cara terbaik. Kita berharap pemimpin tunjuk teladan dan mmulihkan

Labels:

حصيل مليسيا كورڠ لاگي. Hasil Malaysia kurang lagi

حصيل مليسيا اكن كورڠ لاگي كران هرگ ميپق منته تورن كباوه USD34 ستوڠ. اد ڤلباگاي سبب. ڤڠايكسڤورت بسر ارب ساودي دان ايرن برگادوه.
Hasil Malaysia akan kurang kerana harga minyak mentah turun ke bawah USD34 setong. Ada pelbagai sebab. Pengeksport besar Arab Saudi dan Iran bergaduh.

Labels:

Thursday, January 07, 2016

Pengawal keselamatan haram

Media melapor bahawa ada kira-kira 40,000 pengawal keselamatan haram di Malaysia. Datuk Seri Zahid beri jaminan menyiasat perkara ini. Kita berharap beliau menjelaskan berapa pengawal dilatih dan sama ada Kerajaan mewujud peluang untuk syarikat keselamatan.
ميديا ملاڤوركن بهاوا اد كيرا-كيرا 40000 ڤڠاول كسلامتن حارم دمليسيا. داتوء سري زاحيد جنجي سياست دريحل اين. كيت برهارڤ بهاوا بليو منجلس براڤ ڤڠاول دلاتيه دڠن چارا يڠ بتول؟ اداكه مريك بوليه گنتي ڤوليس؟ اتاو كراجاءن وجود ڤلواڠ اونتوق شريكت كسلامتن؟

Labels:

Wednesday, January 06, 2016

Kuantan dimerahkan kilang bauksit. كوانتن دميدمير

اد اورڠ يڠ ملولوسكن كيلڠ بوكسيت دكوانتن. كيلڠ ايت مميرهكن ستڠه تمڤت  بندر ايت ترماسوق سوڠاي. كراجاءن كات اي سدڠ امبيل تيندقءن. سمبيل توڠگو كراجاءن ممبرصيهكن ڤنچمارن, كيت مندسق سوڤاي اي تومڤو كڤد اورڠ يڠ برتڠگوڠجاوب.
Ada orang yang meluluskan kilang bauksit di Kuantan. Kilang itu memerahkan setengah tempat di bandar itu, termasuk sungai.  Kerajaan kata ia sedang ambil tindakan. Sambil menunggu ia membersihkan pencemaran, kita mendesak supaya ia tumpu kepada orang yang bertanggungjawab.

Labels:

كوريا اوتارا دان بوم هيدرهگين.Korea Utara dan bom hidrogen

كوروا اوتارا كات اي ملتوڤكن بوم هيدروگين باوه تانه. براڤ نگارا سڤرتي كوريا سلاتن چوبا صحكن. جك بنر, كيت كوتوق ڤربواتن كوريا اوتارا.
Korea Utara kata ia meletupkan bom hidrogen bawah tanah. Berapa negara seperti Korea Selatan cuba sahkan. Jika benar, kita kutuk perbuatan Korea Utara.

Labels:

Tuesday, January 05, 2016

ڤڠوروس بارو ريال ميدريد زينيدين زيدان. Pengurus baru Real Madrid Zenedine Zidane

ريال ميدريد اداله سبواه كلب بولاسيڤق يڠ ترمشهور دسڤاپول دان دنيا. ۏلورينتينو ڤيريز ڤگڠ جاوتن ڤريسيدن كلب ايت سلام 12 تاهون دان بليو ممچت 10،ڤڠوروس: يڠ تراخير راۏاعل بينيتيز. سكارڠ, بليو ملنتيق زينيدين زيدان (زيزو) سباگاي ڤڠوروس بارو.
    زيزو اداله ڤماءين ڤرنچيس يڠ تركموك دان ڤرنه برخيدمت دڠن ريال ميدريد سباگاي ڤماءين دان ڤڠوروس ڤاسوقن رماج. ڤاسوقن لاون بارسيلونا منجواراءي ليگ. بوليهكه زيجو ممبوات ريال ميدريد منڠ؟
Real Madrid adalah sebuah kelab bolasepak yang termasyhor di Sepanyol dan dunia. Florentino Perez pegang jawatan presiden kelab itu selama 12 tahun. Beliau memecat 10 pengurus pasukan termasuk yang terakhir Rafael Benitez. Sekarang beliau melantik Zenedine Zidane (Zizou) sebagai pengurus baru.
     Zizou adalah pemain Perancis yang terkemuka dan pernah berkhidmat dengan Real Madrid sebagai pemain dan pengurus pasukan remaja. Pasukan lawan Barcelona menjuarai liga. Bolehkah Zizou membuat Real Madrid menang?
     

Labels:

Monday, January 04, 2016

باس شريكت تويشين. Bas syarikat tuisyen

مليسيا ڤاكاي ڤلن ڤنديديقءن. لبيه ليم جوتا موريد برسكوله. شريكت تويشين بسر اتور باس دان ۏان باگي ممباوا ڤلاجر. ڤوست كچيل گون چارا يڠ لاءين.براڤ ڤلاجر برگنتوڠ كڤد تويشين؟
Malaysia pakai Pelan Pendidikan. Lebih lima juta murid bersekolah. Syarikat tuisyen besar atur bas dan van membawa pelajar. Pusat kecil guna cara lain. Berapa pelajar bergantung kepada tuisyen?

Labels:

Lebih 5 juta murid pergi sekolah.

Hari ini, lebih 5 juta murid pergi sekolah. Kita mengikuti kesan pelan pendidikan baru terhadap pelajar dan guru. Misalnya, ada kerja murid yang berumur 8 tahun yang susah difaham orang dewasa. Ibu-bapa hantar anak ke sekolah kedua: pusat tuisyen. Bilangan pusat seperi ini bertambah.
هاري اين, لبيه 5 جوتا موريد ڤرگي سكوله. كيت مڠيكوتي كسن ڤلن ڤنديديقءن بارو ترهادڤ ڤلاجر دان گورو. ميثلڽ اد كرجا موريد يڠ براومور 8 تاهون يڠ سوسه دۏاهم اورڠ ديواس. ايبو-باڤ هنتر انق كسكوله كدوا: ڤوست تويشين. بيلڠن ڤوست سڤرتي اين برتمبه.

Labels:

Sunday, January 03, 2016

بولاسيؤق ليگ اغگريس. Bolasepak Liga Inggeris, Chelsea 3,0 Chrystal Palace

چيلسي برماءين دڠن كوات سڤرتي يڠ دلاكوكن توجوه بولن لڤس كتيك مريك منجواراي ليگ. مريك موڠكين باليق كڤرماءينن يڠ باءيك. ڤڠوروس هيدينك كات مريك كبلاكڠ دوا لڠكه دان كهادڤن تيگ لڠكه.
Chelsea bermain dengan kuat seperti yang dilakukan tujuh bulan lepas ketika mereka menjuarai liga. Mereka mungkin balik ke permainan yang baik. Pengurus Hiddink kata mereka ke belakang dua langkah dan ke hadapan tiga langkah.

Labels: ,

Saturday, January 02, 2016

اميريكا هدڤي كگانسن سنجات اڤي. Amerika hadapi keganasan senjata api

اميريكا شريكت مڠهدڤي كگانسن سنجات اڤي يڠ تروق. اورڠ ممبلي سنجات دڠن موده. لوبي سنجات كوات. كوڠگريس تيدق ملولوسكن اوندڠ-اوندڠ مڠاولكن سنجات. ڤريسيدن اوباما هندق مڠگون كواس ايكسيكوتيۏ اونتوق منچگه كگانسن سنجات اڤي.
Amerika Syarikat menghadapi keganasan senjata api yang teruk. Orang membeli senjata dengan mudah. Lobi senjata kuat. Kongres tidak melulus undang-undang mengawalkan senjata. Presiden Obama hendak mengguna kuasa eksekutif untuk mencegah keganasan senjata.

Labels: