Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, December 31, 2015

سلامت تاهون بارو. Selamat Tahun Baru

سلامت تاهون بارو. Selamat Tahun Baru.

Labels:

Penjaja Kuala Lumpur dan kanopi. ڤنجاجا كوالا لومڤور دان كانوڤي

بندراي كوالا لومڤور اد ڤراتورن اونتوق ڤنجاجا. ڤد 1.1.16 ڤنجاجا ددسق ممبلي كانوڤي اتاو ڤايوڠ بسر. ڤنجاجا برموتورسيكل تيگ رودا مغهادڤي كسوسهن. راماي برهارڤ ديون بندراي ممڤرتيمبڠ ڤلباگاي سگي ترماسوق ڤرنياگاءن يڠ كورڠ باءيك.
Bandaraya Kuala Lumpur ada peraturan untuk penjaja. Pada 1.1.16 penjaja didesak membeli kanopi atau payung besar. Penjaja bermotosikal tiga roda menghadapi kesusahan. Ramai berharap Dewan Bandaraya mempertimbang pelbagai segi termasuk perniagaan yang kurang baik.

Labels:

رعيت هيدوڤ لبيه باءيك. Rakyat hidup lebih baik

منتري ڤرومهن داتوء عبدول رهمن هندق 2016 منجادي تاهون ڤنتيڠ ممڤرباءكي كهيدوڤن رعيت ترماسوق ڤنونجوق ڤريستاسي ڤماجو رومه. اورڠ راماي برهارڤ اد ڤنونجوق ڤريستاسي ڤغوروسن سمڤه سڤرتي ڤڠاسيڠن سمڤه دان ڤروجيق اينسينراتور بريڠين كڤوڠ.
Menteri perumahan Datuk Abdul Rahman hendak 2016 menjadi tahun penting memperbaiki kehidupan rakyat termasuk penunjuk prestasi pemaju perumahan. Orang ramai berharap ada penunjuk prestasi pengurusan sampah seperti pengasingan sampah dan projek insinerator Beringin, Kepong.

Labels:

Wednesday, December 30, 2015

SPRM dan panel bebas. SPRM دان ڤانيل بيبس

سوروهنجاي ڤنچگهن راسواه مليسيا (SPRM) اكن منوبوه سبواه ڤانيل بيبس اونتوق مپاست كيس راسواه اورڠ بسر سڤرتي SRC International دان RM2.6 بيليون ڤندرماءن. يڠ ترڤنتيڠ اداله منچاري كبنرن.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuh sebuah panel bebas untuk menyiasat kes rasuah orang besar seperti SRC International dan RM2.6 bilion pendermaan. Yang terpenting adalah mencari kebenaran.

Labels:

Monday, December 28, 2015

Pelbagai langkah menentang Daesh atau IS. ڤلباگاي لڠكه مننتڠ داءيش اتاو IS.

كيتا ڤرلو ڤلباگاي لڠكه اونتوق مڠاتاسي داءيش اتاو IS. تيندقءن كتنتراءن هاڽ ساتو لڠكه.

Labels:

رامادي دامبيل سمولا. Ramadi diambil semula

رامادي ددودوقءي IS ڤد مي 2015. هاري اين كراجاءن ايرق اشتهار بندراي ايت دتاون سمولا. جك اين دصحكن, تنترا ايرق اكن مپرڠ موصول يڠ ماسيه دكواساءي IS. سلاءين تنترا, ڤلباگاي لڠكه دڤرلوكن اونتوق مڠاتاسي ڤلمڤاو ترسبوت.
Ramadi diduduki IS pada Mei, 2015. Hari ini, Kerajaan Iraq isytihar bandaraya itu ditawan semula. Jika ini disahkan, tentera Iraq akan menyerang Mosul yang masih dikuasai IS. Selain tentera, pelbagai langkah diperlukan untuk mengatasi pelampau tersebut.

Labels:

Saturday, December 26, 2015

توليسن خط سمبوڠ ڤتيقءن دري سوڠيو 2400 تاهون.Tulisan khat sambung petikan dari Sungyu 2400 tahun

توليسن خط اين اداله ڤتيقءن بيدالن دري سوڠيو, زامن ڤرڠ, چينا, 2400 تاهون لالو. اي برارتي منوتوڤ كسالهن اتاو كبنرن. سماس موسيم مولدر راسول دان هاري ناتل, كيت برهارڤ مشركت تيدق ترلالو ممنتيڠكن كبنداءن. اورڠ راماي برهارڤ ڤيهق بركواس تيدق منوتوڤ حقيقت تنتڠ 1MDB.
Tulisan khat ini adalah petikan bidalan dari Sungyu, Zaman Perang, China, 2400 tahun lalu. Ia bererti menutup kesalahan atau kebenaran. Semasa musim Maulidur Rasul dan Hari Natal, kita berharap masyarakat tidak terlalu mementingkan kebendaan dan tidak menutup kebenaran. Orang ramai berharap pihak berkuasa tidak menutup hakikat tentang 1MDB.

Labels:

Thursday, December 24, 2015

Selamat Hari Natal.

Selamat Hari Natal.

Labels:

Wednesday, December 23, 2015

باجيت جۋون 2016. Bajet Jepun


باچت جۋون 2016 ادالە USD799 تريليون اونتوق ۋوۋوق ايكونومي, باير ھوتغ USD10.46 تريليون دان ممبري كباجيكن كۋد مشراكت يغ سماكين توا. ھرگ ميپق باوە USD10.46 تريليون ايلوۋ اونتوق جۋون.
Bajet Jepun 2016 adalah USD799 trilion untuk pupuk ekonomi, bayar hutang USD10.46 trilion dan memberi kebajikan kepada masyarakat yang semakin tua. Harga minyak bawah USD40 elok untuk Jepun.

Labels:

Salam Maulidur Rasul سالم مولدل راسول

سالم مولدل راسول.  Salam Maulidur Rasul

Labels:

Monday, December 21, 2015

كواس رڠ اوبدڠ-اوندڠ مجليس كسلامتن. Kuasa Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan

منتري داتوء سري شهيدن اولڠ دديون نگارا بهاوا كواس دالم رڠ اوندڠ-اوندڠ NSC يڠ دبري كڤد ڤردان منتري ترحد. يڠ دڤرتوا اگوڠ ماسيه اد كواس مڠاشتيهركن كاواسن كسلامتن. اين دڤرتيكايكن. كواس ترلالو بسر بوليه دسالهگون. 
Menteri Datuk Seri Shahidan ulang di Dewan Negara bahawa kuasa dalam Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara yang diberi kepada Perdana Menteri terhad. Yang di-Pertuan Agong masih ada kuasa mengisytihar kawasan keselamatan. Ini dipertikaikan. Kuasa terlalu besar boleh disalahguna.

Labels:

Sunday, December 20, 2015

Rancang serangan bom di Jakarta. رنچڠ سرڠن بوم دجاكرتا

ايندونيسيا مناهن ليم اورڠ يڠ دشكي مرنچڠ سرڠن بوم دجاكرتا كتيك ڤرايءن تاهون بارو. مليسيا مستيله بروسڤادا. ڤڠگانس مڠيندڤ.
Indonesia menahan lima orang yang disyaki merancang serangan bom di Jakarta ketika perayaan Tahun Baru. Malaysia mestilah berwaspada. Pengganas mengendap.

Labels:

Saturday, December 19, 2015

كومڤولكن ڤارا ڤميمڤين دنيا دستيسين اڠكاس لڤس ساتو بولن. Kumpulkan para pemimpin dunia di stesen angkasa lepas satu bulan

ڤارا اڠكاساوان ڤلباگاي نگارا وجود ڤرصحبتن دستيسين اغكاسا لڤس انتارابڠسا. سمالم دوا اڠكاساوان منچادڠكن سوڤاي ڤارا ڤميمڤين دنيا دكومڤولكن دستيسين ترسبوت سلام ساتو بولن. اين موڠكين داڤت مڠايلقءن درڤد برلاكوڽ ڤرڠ.
Para angkasawan pelbagai negara wujud persahabatan di stesen angkasa lepas antarabangsa. Semalam dua angkasawan mencadangkan supaya para pemimpin dunia dikumpulkan di stesen tersebut untuk selama satu bulan. Ini mungkin dapat mengelakkan dariada berlakunya perang.

Labels:

ستيسين اغكاس لڤس انتارابڠسا. Stesen angkasa lepas antarabangsa

دڠن ڤڠاتورن خاس، جورواچارا تيليۏيشين CNN امنڤور دلوندون برتموبوال دڠن اڠكاساوان روسيا كورنيءنكو دان اميريكا سكوت دستيسين اڠكاس لڤس انتارابڠسا. ستيسين ايت مڠليليڠي بومي دڠن كلاجوان 17000 باتو سجم. ڤارا اڠكاساوان دري ڤلباگاي نگارا ترماسوق يڠ تربارو تيم ڤيك دري بريتون تركندس درواڠ سڤرتي ساتو بيليك بسر سلام بربولن-بولن. مك مونچول ڤرصحبتن.
Dengan pengaturan khas, juruacara televisyen CNN Amanpour di London bertemubual dengan angkasawan Rusia Korniyenko dan Amerika Scott di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Stesen itu mengelilingi bumi dengan kelajuan 17,000 batu sejam. Para angkasawan dari pelbagai negara termasuk yang terbaru Tim Peake dari Britain  terkandas di ruang seperti satu bilik besar selama berbulan-bulan. Maka muncul persahabatan.

Labels:

ڤلن كاءمنن سيريا. Pelan keamanan Syria

Majlis Keselamatan PBB melulus resolusi dengan pelan keamanan Syria. Amerika Syarikat dan Rusia mestilah bekerjasama. Jika tidak, pelan tersebut susah mencapai kejayaan.
مجليس كسلامتن PBB ملولوس ريسولوسي دڠن ڤلن كاءمنن سيريا. اميريك شريكت دان روسيا مستيله بكرجاسام. جك تيدق, ڤلن ترسبوت سوسه منچاڤاي كجايءن.

Labels:

توليسن خط سمبوڠ,سياست دڠن تليتي دان منجلس ڤركارا يڠ بلوم دجلس. Tulisan khat sambung, siasat dengan teliti dan jelas apa yang belum jelas

توليسن خط سمبوڠ اداله ڤتيقءن بيدالن بوكو ڤروبهن، 2500 تاهون. اي برارتي كاجي دڠن مندالم اگر ممبوليهكن اورڠ كنل اڤ يڠ بلوم كنل.ڤد 17.12.15 جابتن اوديت نگارا منڠگوه ڤڠموكاءن لاڤورن تراچير 1MDB كڤد جابتن كيرا-كيرا واڠ نگارا, سوڤاي داڤت مپيمق ۏكتا دان اغك. سموگ لاڤورن تراخير مپاتاكن حقيقت.
Tulisan khat sambung adalah petikan bidalan Buku Perubahan, 2500 tahun. Ia bererti kaji dengan mendalam agar membolehkan orang kenal apa yang belum kenal. Pada 17.12.15, Jabatan Audit Negara menangguh pengemukaan laporan terakhir 1MDB kepada Jabatan Kira-Kira Wang Negara, supaya dapat menyemak fakta dan angka. Semoga laporan terakhir menyatakan hakikat.

Labels:

Friday, December 18, 2015

ڤرڠ ساودارا سيريا ليم تاهون. Perang saudara Syria lima tahun

Sejumlah17 negara di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju dengan usaha untuk mengakhiri perang di Syria. Dalam lima tahun, 250,000 orang Syria mati dan lebih empat juta menjadi pelarian.
سجومله 17 نگارا دمجليس كسلامتن بغسا-بغسا  برساتو برستوجو دڠن اوسها اونتوق مغاخيري ڤرڠ ساودارا دسيريا. دالم ليم تاهون، 250000 اورڠ سيريا ماتي دان لبيه امڤت جوتا منجادي ڤلاريان.

Labels:

سراماي 60 جوتا اورڠ ترڤقسا برڤينده ددنيا. Seramai 60 juta orang terpaksa berpindah di dunia

هورو-هارا دبومي ماءنسي مپببكن برڤولوه جوتا اورڠ ترڤقسا برڤينده. ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو كات ترداڤت 60 جوتا ترماسوق لبيه 4.2 جوتا ڤلاريان سيريا. اداله ڤري مستاحق باگي كيت ممستيكن مليسيا سنتياس امن.
Huru-hara di bumi manusia menyebabkan berpuluh juta orang terpaksa berpindah. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kata terdapat 60 juta termasuk lebih 4.2 juta pelarian Syria. Adalah peri mustahaknya bagi kita memastikan Malaysia sentiasa aman.

Labels:

Thursday, December 17, 2015

Jabatan Audit Negara جابتن اوديت نگارس

كرجا جابتن اوديت نگارا اداله سڠت سيبوق ترماسوق مغكاجي 1MDB بوات كالي يڠ كتيگ. باجيت 2016 تله دكورڠكن درڤد RM164.7 جوتا كڤد RM163.8 جوتا.
Kerja Jabatan Audit Negara adalah sangat sibuk termasuk mengkaji 1MDB buat kali yang ketiga. Bajet 2016 telah dikurangkan daripada RM164.7 juta kepada RM163.8 juta.

Labels:

ليگ ڤردان اڠگلند دان ڤڠوروس.Liga Perdana England dan pengurusnya

ڤڠوروس چيلسي موريپو دڤچت كران ڤريستادي ڤاسوقءن بوروق دالم ليگ ڤردان اڠگلند موسيم اين. تاهون لڤس, نليو ممباوا چيلسي جادي جوارا. ڤرساءيڠن ليگ هيبت.
Pengurus Chelsea Mourinho dpecat  kerana prestasi pasukannya buruk dalam Liga Perdana England. Tahun lepas, beliau membawa Chelsea jadi juara. Persaingan liga hebat.

Labels:

ايسو اوتام دسيريا ڤرداگڠن مينپق منته

Presiden Putin, Rusia, mengadakan sidang media tahunan di Moscow hari ini. Beliau mengatakan isu utama di Syria adalah perdagangan minyak mentah, masalah pengganas IS adalah kedua pentingnya. Politik dan perang di Timur Tengah adalah sangat rumit.
ڤريسيدن ڤوتين, روسيا, مڠاداكن سيدڠ ميديا تاهونن دموسكو هاري اين. بليو مڠاتاكن ايسو اوتام دسيريا اداله ڤرداگڠن ميپق منته؛ مسءله ڤڠگانس IS اداله كدوا ڤنتيڠڽ.ڤوليتيك دان ڤرڠ دتيمور تڠه اداله سڠت روميت.

Labels:

Wednesday, December 16, 2015

ڤرسيدڠن اينترنيت دچينا. Persidangan Internet Dunia di China

ڤرسيدڠن اينترنيت دنيا سدڠ برلغسوڠ دچينا. ڤريسيدن سيي جينڤيڠ منگسكن بهاوا چينا عمل كدولتن سيبر: ستياڤ نگارا مغگوبلكن داسر سنديري. چينا ممڤوپءي 650 جوتا ڤڠگون اينترنيت. اي مڠهالڠ لامن سيبر بارت سڤرتي ۏيسبوق.
Persidangan Internet Dunia sedang berlangsung di China. Presiden Xi Jinping menegaskan bahawa China mengamalkan kedaulatan siber: setiap negara menggubal dasar sendiri. China mempunyai 650 juta pengguna internet. Ia menghalang laman Barat seperti Facebook.

Labels:

جربو مپبب ايندونيسيا روگيUSD16.0 بيليون. Jerebu menyebab Indonesia rugi USD 16 bilion

بڠك دنيا مڠاڠگركن بهاوا جربو جون هيڠگ اوكتوبر 2015 مپببكن كروگيان ايدونيسيا سباپق USD16 بيليون. جربو مروسقءن كصيحتن برڤولوه جت اورڠ داسيا تڠگارا. كيت برهارڤ ڤرتوبوهن كصيهتن دنيا بوليه مڠكاجي كاءداءن كصيحتن ڤارا ڤندودوق درانتاو اين.
Bank Dunia menganggar bahawa jerebu Jun hingga Oktober 2015 menyebabkan kerugian Indonesia sebanyak USD16 bilion. Jerebu merosakkan kesihatan berpuluh juta orang di Asia Tenggara. Kita berharap Pertubuhan Kesihatan Dunia boleh mengkaji keadaan kesihatan di rantau ini.

Labels:

Monday, December 14, 2015

هرگ ميپق منته RM40 ستوغ. Harga minyak mentah RM49 setong

باجيت مليسيا 2016 اداله RM267.2 بيليون دان حاصيل داڠگركن RM225.7 بيليون ترماسوق RM31.5 Zبيليون حاصيل بركاءيتن دڠن ميپق ڤيترول. اين براساسكن كڤد هرگ ميپق RM50 ستوڠ. ككليروان ڤرتوبوهن نگارا-نگارا ايكسڤورت ڤيتروليوم (OPEC) دڠن كلبيهن ڤڠلوارن ميپق منجاديكن هرگ ميپق ترجاتوه كڤد ڤارس باوه RM40 ستوڠ.
Bajet Malaysia 2016 adalah RM267.2 bilion dan hasil dianggarkan RM225.7 bilion termasuk RM31.5 bilion hasil berkaitan dengan minyak petrol. Ini berasaskan kepada harga minyak RM50 setong. Kekeliruan Pertubuhan Negara-Negara Eksport Petroleum (OPEC) dengan kelebihan pengeluaran minyak menjadikan harga minyak terjatuh kepada paras bawah RM40 setong.

Labels:

Sunday, December 13, 2015

ڤرستوجوان اقليم ڤاريس.Persetujuan Iklim Paris

ڤرستوجوان اقليم ڤاريس 2015 برتوجوان مپكت كناءيكن سوهو بومي تيدق لبيه 1.5درجه سيلسيوس. اگينسي تناگ انتارابڠسا مڠاڠگر بهاوا USD16.5 تريليون دڤرلوكن اونتوق منچاڤاي متلامت.باگايمان 195 نگارا مماءينكن ڤراننڽ؟ دنيا منوڠگو تيندقءن ڤنچمر اوتام سڤرتي اميريكا شريكت, اينديا دان چينا.
Persetujuan Iklim Paris 2015 bertujuan menyekat kenaikan suhu bumi tidak lebih 1.5°C. Agensi Tenaga Antarabangsa menganggar bahawa USD16.5 trilion diperlukan untuk mencapai matlamat. Bagaimana 195 negara memainkan peranannya? Dunia menunggu tindakan pencemar utama Amerika Syarikat, India dan China.

Labels:

Bajet Ketua Audit Negara

كرجا كتوا اوديت نگارا اداله سينوق ترماسوق ڤپياستن 1MDB. باجيت 2016 دكورغكن درڤد RM1,254,000 كڤد RM766,000. كرجا تمبه،تاڤي واڠ مڠوروس كورڠ RM488,000. اين اداله تيدق واجر.
Kerja Ketua Audit Negara adalah sibuk termasuk penyiasatan 1MDB. Bajet 2016 dikurang dari RM1,254,000 kepada RM766,000. Krrja tambah, tapi wang mengurus kurang RM488,000. Ini adalah tidak wajar.

Labels:

Saturday, December 12, 2015

ڤرستوجوان اقليم ڤاريس.Persetujuan iklim Paris

سلڤس دوا ميڠگو واكيل 195 نگارا منچاڤاي ڤرستوجوان اقليم دڤاريس سڤرتي سكت سوهو بومي تيدق ناءيك لبيه 1.5°Celsius. اين اداله ڤريستيوا ڤنتيڠ. باگايمان سموا دكواتكواس؟
Selepas dua minggu, wakil 195 negara mencapai persetujuan iklim di Paris seperti sekat suhu bumi tidak naik lebih 1.5°Celsius. Ini adalah peristiwa penting. Bagaimana semua dikuatkuasa?

Labels:

ڤپلسايءن ڤرسيدڠن اقليم ڤاريس.Penyelesaian Persidangan Iklim Paris

Perancis dan COP21 (Conference of Parties) berikhtiar mencapai persetujuan dari wakil lebih 190 negara untuk mengurang suhu bumi. Semua mahu langkah yang boleh dilaksanakan kelak.
ڤرنچيس دانCOP21 (ڤرسيدڠن ڤرتي-ڤرتي) براختيار منچاڤاي ڤرستوجوان دري واكيل لبيه 190 نگارا اونتوق مڠورڠ سوهو بومي. سموا ماهو لڠكه يڠ بوليه دلقساناكن كلق.

Labels:

حق مڠوندي اونتوق وانيتا. Hak mengundi untuk wanita

ڤد 1915 وانيتا داغگلند مولا داڤت حق مڠوندي، 1920 داميريكا شريكت دان 1957 دمليسيا. ڤد 2015 وانيتا مولا مليهت حق دمكين دارب ساودي. ترداڤت ڤربيزاءن ددنيا.
Pada 1915 wanita di England mula dapat hak mengundi, 1920 di Amerika Syarikat dan 1957 di Malaysia. Pada 2015, wanita mula melihat hak demikian di Arab Saudi. Terdapat perbezaan di dunia.

Labels:

Friday, December 11, 2015

ڤارس ممڤو ديري اونتوق سايور دان بواه-بواهن.Paras mampu diri untuk sayur - sayuran dan buah-buahan

منتري داتوء سري اسمعل سبري كات مليسيا ايمڤورت 868 جوتا كيلوگرم سايور-سايورن دان بواه-بواهن ستياڤ تاهون. بليو سبوت تنتڠ داسر ڤارس ممڤو ديري. كيت توڠگو تيندقءن يڠ برارتي.
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri kata Malaysia import 868 juta kilogram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap tahun. Beliau sebut tentang Dasar Paras Mampu Diri. Kita tunggu tindakan yang bererti.

Labels:

سيدڠ اقليم ڤاريس چاري ڤپلسايءن.Sidang iklimParis cari penyelesaian

سلڤس 10 هاري، واكيل 200 نگارا دڤرسيدڠن اقليم دڤاريس براختيار منچاري ڤپلسايءن اونتوق مڠورڠ سوهو دنيا دڠن ڤڠگوناءن باهن باكر يڠ بوكن كاربون. كيت مرندهكن ڤڠگوناءن باهن سڤرتي باتو ارڠ دان ڤيترول.
Selepas 10 hari, wakil 200 negara di Persidangan Iklim Dunia di Paris berikhtiar mencari penyelesaian untuk mengurang suhu dunia dengan penggunaan bahan bakar yang bukan karbon. Kita merendahkan penggunaan bahan seperti batu arang dan petrol.

Labels:

توليسن خط سمبوڠ ڤتيقءن دري ۏو سوان.Tulisan khat sambung petikan bidalan dari Fu Xuan

توليسن خط سمبوڠ اين ڤتيقءن بيدالن دري بوكو ؤوسوان 1800 تاهون: اورڠ يڠ دكت دڠن يڠ باءيك نيه موڠكين منجادي باءيك دان يڠ دڤڠاروهي سواسان جاهت لبيه موڠكين منجادي جاهت. كراجاءن مليسيا مرنچڠ موجودكن سيستم ڤنديديقءن برتارۏ دنيا دان منجافاي نگارا ماجو ڤد 2020. ميثلڽ اونيۏرسيتي منديديق دان مپيمڤن باكت تنڤا مڠيرا قوم اتاو اگام. ڤيمڤينن منونجق تلادن, كتلوسن دان ڤرتڠگوڠجاوبن. لالو ڤنجاهيت, لالو كليندن.
Tulisan khat sambung ini petikan bidalan dari buku Fuxuan,1800 tahun. Orang yang dekat dengan yang baik lebih mungkin menjadi baik dan yang dipengaruhi suasana jahat lebih mungkin menjadi jahat. Kerajaan Malaysia merancang mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan mencapai negara maju pada 2020. Misalnya, universiti mendidik dan menyimpan bakat tanpa mengira kaum atau agama, menunjukkan teladan, ketelusan dan pertangggungjawaban. Lalu penjahit, lalu kelindan.

Labels:

Thursday, December 10, 2015

اسڤ دان كابوت دبيجيڠ.Asap dan kabut di Beijing

Terdapat amaran merah kerana asap dan kabut tebal di Beijing. Ia dapat USD300 juta untuk mengatasinya. Pencemaran di situ adalah lebih teruk berbanding dengan Malaysia. Api hutan dan tanah gambut di Indonesia wujud jerebu.
ترداڤت امرن ميره كران اسڤ دان كابوت تبل دبيجيڠ. اي داڤت USD300 جوتا اونتوق مڠاتاسيڽ. ڤنچمرن دسيتو اداله لبيه تروق بربنديڠ دڠن مليسيا.اڤي هوتن دان تانه گمبوت دايندونيسيا وجود جربو.

Labels:

ليگ جوارا-جوارا ايروڤه. Liga Juara-Juara Eropah

ريال مدريد ممڤراوندوڠكن مالمو:0:8. ارسينل 0:3اوليمڤياكوس؛ مانچيستر سيتي 1:3گليدباك دان چيلسي 0:2 ڤورتو. ارسينل، مانچيستر سيتي دان چيلسي مارا كڤريڠكت سوكو اخير.
Real Madrid memperundungkan Malmo 8:0. Arsenal 3:0 Olympiacos; Manchester City 3:1 Gladbach dan Chelsea 2:0 Porto. Para pemenang mara ke peringkat suku akhir.

Labels: ,

Wednesday, December 09, 2015

9 Disember, 2015, Hari Pencegahan Rasuah Antarabangsa هاري ڤنچگهن راسواه انتارابڠسا

كيت برعز ممرڠي راسواه. Kita berazam memerangi rasuah

Labels:

ليگ جوارا-نوارا ايروڤه. Liga Juara-Juara Eropah

مانچيستر اونايتد 3:2 ولۏسبورگ. مانچيستر دتندغ كلوار دري ليگ ايت. واۏسبورگ مارا كڤريغكت هيدوڤ ماتي.  ڤغوروس مانچيستر لويس ۏب گاعل مرنوغ.
Manchester United 2:3 Wolfsburg. Manchester ditendang keluar Liga itu. Wolfsburg mara ke peringkat hidup mati. Pengurus Manchester Lois van Gaal merenong.

Labels:

Tuesday, December 08, 2015

اودغ-اوندغ مجليس كسلامتن نگارا هيبت.Undang-undang Majlis Keselamatan Negara hebat

اوندغ-اوندغ مجليس كسلامتن نگارا ممبري كواس هيبت كڤد ڤردان منتري اونتوق مغهادڤي ڤغگانس. رعيت مستي سنتياس براوس-اوس اگر اي تيدق دسالهگون.
Undang-undang Majlis Keselamatan Negara memberi kuasa hebat kepada Perdana Menteri untuk menghadapi pengganas. Rakyat mesti sentiasa berawas-awas agar ia tidak disalahguna.

Labels:

درما ڤوليتيك Derma politik

ڤمبيايءن, درما, ڤوليتيك, سام اد RM2500 اتاو RM2.5 بيليون: اهلي ڤوليتيك, ماريله كيت تلوس.
Pembiayaan, derma, politik, sama ada RM2,500 atau  RM2.5 bilion:ahli politik, marilah kita telus.

Labels:

ڤغاساس مايكروسوۏت بيل گيت درما اونتوق ڤروبهن اقليم.Pengasas Micfosoft derma untuk perubahan iklim

ڤغاساس مايكروسوۏت بيل گيتس مندرما USD2 بيليون اونتوق ڤپليديقءن مغاتاسي ڤروبهن اقليم. سموگ اي ممباوا حاصيل.
Pengasas Microsoft Bill Gates menderma USD2 bilion untuk penyelidikan mengatasi perubahan iklim. Semoga ia membawa hasil.

Labels:

ڤروجيق ساليرن دكوالا لومڤور. Projek saliran di Kuala Lumpur

Dalam dua tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperuntukkan RM89.41 juta bagi memperbaiki 22 projek saliran. Sila pastikan setiap projek diberi kepada kontraktor yang boleh dipercayai.
دالم دوا تاهون اين, ديون بنداراي كوالا لومڤور ممڤراونتوقءن RM89.41 جوتا باگي ممڤرباءيكي 22 ڤروجيق داليرن. سيلا ملنتيق كونتركتور يغ بوليه دڤرچاءي اونتوو ستياڤ ڤروجيق.

Labels:

Monday, December 07, 2015

جربو، اسڤ دان كابوت منچمركن.jerebu, asap dan kabut mencemarkan

جربو بارو هيلغ سمنتارا دمليسيا. كينيـ، بيجيغ بري امارن ميره ترهافڤ اسڤ دان كابوت يغ تبل. جوسترو،واكيل 196 نگارا دڤرسيدغن اقليم دڤاريس منچاري چارا يغ داڤت دلقساناكن اونتوق مغورغ ڤنچمرن كاربون داودارا دنيا.
Jerebu baru hilang sementara di Malaysia. Kini, Beijing beri amaran merah terhadap asap dan kabut yang tebal. Justeru, wakil dari 196 negara di Persidangan Iklim di Paris mencari cara yang dapat dilaksanakan untuk mencegah pencemaran karbon di udara dunia.

Labels:

Sunday, December 06, 2015

اوتاماكن ڤنديديقءن دمليسيا. Utamakan pendidikan di Malaysia

داتوء سري ناجيب كات ڤنديديقءن داوتاماكن (دمليسيا). كيت اد ڤلان (ايندوق) دان ڤلان اين برجالن دغن باءيك.
سيلا كاجي چارا ملاتيه دان مميليهارا 420,000 گورو دان كممڤوان منمڤوغ كانق-كانق ڤلاريان دان ڤنداتغ دغن دان تنڤا ايزين.
Datuk Seri Najib kata pendidikan diutamakan (di Malaysia). Kita ada pelan (induk) dan pelan ini berjalan dengan baik.
Sila kaji cara melatih dan memelihara 420,000 guru dan kemampuan menampung kanak-kanak pelarian dan pendatang dengan dan tanpa izin.

Labels:

ڤرجنجيان ڤركوغسيان ترانس-ڤاسيۏي (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA

داتوء سري ناجيب كات ڤريسيدن اوباما تيدق ممڤوپاءي سبارغ مسءله دغن شارت مليسيا اونتوو ڤرجنجيان ڤركوغسيان ترانس-ڤاسيۏيك. كيت چوبا مماهمي 16 جيليد ڤرجنجيان ترسبوت.
Datuk Seri Najib kata President Obama tidak mempunyai masalah dengan syarat Malaysia untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Kita cuba memahami 16 jilid perjanjian tersebut.

Labels:

Saturday, December 05, 2015

توليسن خط سمبوغ, ڤتيقءن بيدالن دري بوكو ظواغزي. Tulisan khat sambung, petikan bidalan dari Buku Zhuangzi

توليسن خط اداله ڤيتيقءن بيدالن دري بوكو ظاوغزي, لبيه 2400 تاهون. اي برايرتي گنتيكن يغ بوروق دغن يغ باءيك. ميثلڽ, بواغكن تاتاكلولا 1MDBيغ تيدق سسواي دغن يغ سسواي, برتغگوغجاوب كڤد رعيت. مليسيا ڤرلو اوندغ-اوندغ بركسن اونتوق مغهاداڤي ڤغگانس, تتاڤي اوندغ-اوندغ اين تيدق ڤاتوت دسالهگون.
Tulisan khat adalah petikan bidalan dari Buku Zhuangzi, 2400 tahun. Ia bererti gantikan yang buruk dengan yang baik. Misalnya, buangkan tatakelola 1MDB yang tidak sesuai dengan yang sesuai, bertanggungjawab kepada rakyat. Malaysia perlu undang-undang berkesan untuk menghadapi pengganas, tetapi undang-undang ini tidak patut disalahguna.

Labels:

مليديا تاهن ليم اورغ سوسڤيق ڤغگانس. Malsysia tahan lima orang suspek pengganas

هاري اين, مليسيا تاهن ليم اورغ سوسڤيق ڤغگانس. كيت سنتياس بروسڤادا.
Hari ini, Malaysia tahan lima orang suspek pengganas. Kita sentiasa berwaspada.

Labels:

Friday, December 04, 2015

ڤربواتن ڤغگانس دقهيره دان كاليۏورنيا.Perbuatan pengganas di Kaherah dan California

ڤربواتن ڤغگانس دكاليۏورنيا, اميريكا شريكت, ممبونوه 14 اورغ. لتوڤن ريستورن دقهيره, مصير, قربان 15 انسان.تعزيت كڤد كلوارگ مغسا.
Perbuatan pengganasan di California, Amerika Syarikat, membunuh 14 orang. Letupan restoran di Kaherah, Mesir, mengorbankan 15 insan. Takziah kepada keluarga mangsa.

Labels:

كسلامتن مليسيا دان سيدغ انتارابغسا. Keselamatan Malaysia dan sidang antarabangsa

منتري سڤرتي داتوء خايري كات تيدق اد انچمن كسلامتن دمليسيا اونتوق مغاداكن سيدغ انتارابغسا دان كجوهنن ڤلباگاي سوكن. سكارغ ترداڤت كراگوان مغناي كجوهنن سكواش وانيتا دنيا يغ دجدوالكن دكوالا لومڤور ڤد 11 هيغگ 18 ديسيمبر 2015. ڤيهقڽ مستيله مپياست اڤ سبنر برلاكو. كراجاءن هاروس سنتياس ممستيكن ڤنچگهن بركسن ترهادڤ كگياتن ڤغگانس.
Menteri seperti Datuk Khairy kata tidak ada ancaman keselamatan di Malaysia untuk mengadakan sidang antarabangsa dan kejohanan sukan. Sekarang terdapat keraguan mengenai kejohanan skuasy wanita dunia yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 11-18 Disember, 2015. Kerajaan harus sentiasa memastikan pencegahan berkesan terhadap kegiatan pengganas.

Labels:

Thursday, December 03, 2015

ڤغاشتيهارن كاواسن كسلامتن. Pengisytiharan kawasan keselamatan

منتري داتوء سري شاهيدن منجلسكن بهاوا راغ اوندغ-اوندغ مجليس كسلامتن نگارا 2015 اداله براساسكن ڤركارا 74 ڤرلمباگاءن ڤرسكوتوان. اي ممبري كواسا كڤد ڤردان منتري اونتوق مغاشتيهركن كاواسن ترتنتو كاواسن كسلامتن. سام اد كاواسن ظرورت اتو كسلامتن, يغ ڤنتيغڽ جاغن سالهگون كواسا.
Menteri Datuk Seri Shahidan menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 adalah berasaskan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Ia memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan kawasan tdrtentu kawasan keselamatan. Sama ada kawasan keselamatan atau darurat, yang pentingnya jangan salahguna kuasa.

Labels:

رغ اوندغ-اوندغ مجليس كسلامتن نگارا 2015 Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara

ديوان رعيت ممڤربينچغكن راغ اوندغ-اوندغ مجليس كسلامتن نگارا 2015. اي مغشوركن ڤنونوهن مجليس كسلامتن نگارا اونتوق ممبري كواس كڤد ڤردان منتري مغاشتيهركن كاءداءن ظرورت دسسواتو كاواسن. راماي خواتير ڤردان منتري دبري كواس ترلالو بسر دان ملغگركن ڤركارا 150 ڤرلمباگاءن ڤرسكوتوان. كيت ڤرلو اوندغ-اوندغ ممرغي ڤغگانس. تتاڤي جاغن سالهگون اوندغ-اوندغ اين.
Dewan Rakyat membincangkan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015. Ia mengesyorkan penubuhan majlis keselamatan negara untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytihar keadaan darurat di sesuatu kawasan. Ramai khuatir Perdana Menteri diberi kuasa terlalu besar dan melanggar Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Kita perlu undang-undang berkesan bagi memerangi pengganas. Tetapi jangan salahguna undang-undang ini.

Labels:

Wednesday, December 02, 2015

گونوغ كينبالو يغ اوغگول. Gunung Kinabalu yang unggul:-D

سكارغ, ڤارا ڤغونجوغ دبنركن منداكي گونوغ كينبالو سلڤس گمڤا بومي ڤد 5 حون 2015. اداكه كتيغگيان ماسيه 4095 ميتر (13435 كاكي)؟ كامي ڤنجت كڤونچق لوو كيرا-كيرا 20 تاهون يغ لالو. كامي براس ڤنجاگاءن ڤرلو دڤرباءيكي. ڤستيكنله سگالا كگياتن ترماسوق سمڤه داوروسكن دغن بركسن.
Sekarang, para pengunjung dibenar mendaki Gunung Kinabalu selepas gempa bumi pada 5 Jun, 2015. Adakah ketinggian masih 4095 meter (13435kaki)? Kami panjat ke puncak Low kira-kira 20 tahun yang lalu. Kami berasa penjagaan perlu diperbaiki. Pastikanlah segala kegiatan termasuk sampah diuruskan dengan berkesan.

Labels:

كاجيان سمولا ڤرسمڤادانن ساراوق. Kajian semula persempadanan Sarawak

داتوء سري ناجيب كموكاكن اوسول كاجيان سمولا ڤرسمڤادانن ساراوق دديون رعيت. ميثلڽ, كوتا سماراهن 39029 ڤغوندي دان سادويهغ جاي 6752 ڤغوندي. جك ڤربيزاءنڽ كورغ دري 50%, رعيت مونكين تيدق منيمبولكن كراگوان.
Datuk Seri Najib kemukakan busul kajian semula persempadanan Sarawak di Dewan Rakyat. Misalnya, Kota Samarahan 39029 pengundi dan Sadong Jaya 6752 pengundi. Jika perbezaan kurang daripada 50%, rakyat mungkin tidak menimbulkan keraguan.

Labels:

Tuesday, December 01, 2015

بيل گاءيكس دان ڤروبهن اقليم. Bill Gates dan perubahan iklim

ڤغاساس مايكروسوۏت بيل گيتس سارن بهاوا چارا يغ ترباءيك اونتوق مغاتاسي ڤروبهن اقليم اداله تناگ برسيه يغ موره سڤرتي سوريا, اغين دان اير.

جك تيكنولوگي برتمبه چغغيه دان موره دان راماي مغگوناكنڽ, تناگ برديه اكن منجادي موره.
Pengasas Micosoft Bill Gates saran bahawa cara yang terbaik untuk mengatasi perubahan iklim adalah tenaga bersih yang murah seperti suria, angin dan air.

Jika teknologi bertambah canggih dan murah dan lebih ramai menggunakannya, tenaga bersih akan menjadi murah.

Labels: