Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, October 31, 2015

ايكونومي كتيتيل دان باجيت.Ekonomi ketetel dan bajet

باجيت مليسيا 2016 اداله RM267.2 بيليون دان حاصيل RM225.79 بيليون. كران ايكونهمي كتيتيل سڤرتي هرگ ميپق جاتوه باوه USD50 ساتو توغ, دان ڤروبهن ايكونومي سڤرتي دچينا, حاصيل اكن ترججس. ڤرونتوقءن باجيت موغكين دكورغكن.
Bajet Malaysia 2016 RM267.2 bilion.dan hasil RM225.7 bilion. Kerana ekonomi ketetel seperti harga minyak jatuh bawah USD50 setong dan perubahan ekonomi semacam di China, hasil akan terjejas. Peruntukan bajet mungkin dikurangkan.

Labels:

كڤيالو دان تندس Kepialu dan tandas

وابق كڤيالو برڤونچا دري كومن سالمونيلا يغ دداڤتي دالم كنچغ دان ناجيس ڤساكيت. سالا منجاگ كبرسيهن ترماسوق تندس دا ڤرسياڤن ماكنن.
Wabak kepialu berpunca dari kuman Salmonella yang didapati dalam kencing dan najis pesakit. Sila menjaga kebersihan termasuk tandas dan persiapan makanan.

Labels:

چكراوالا كچيل. (Cakerawala kecil (asteroid

هاري اين, چكراوالا كچيل 600 مترلواس,(TB145 (asteroid
ملڤسي 300,000 باتو دري بومي. اي تيدق اكن ملغگرڽ. ڤاكر ۏلك ممڤوپءي ڤلواغ مغكاجي علموڽ.
Hari ini, cakerawala kecil 600 meter luas (asteroid) TB145 melepasi 300000 batu dari bumi.Ia tidak akan melanggarnya. Pakar falak mempunyai peluang mengkaji ilmunya.

Labels: ,

Friday, October 30, 2015

ڤروگرام دويبهاس. Program Dwibahasa

داتوء سري دوقتور خاير كات 300 سكوله ترليبت دغن ڤروگرام دوي بهاس, .مغاجر دالم بهاس مليسيا دان بهاس ايغگليس, مستي ممنوهي تيگ كريتيريا, سومبر تڤت, گورو ماهير دان سوكوغن ايبو-باڤ. كمنتريان ڤنديديقءن هاروس ممبنتو ڤارا گورو.

Labels:

Wednesday, October 28, 2015

1759 رومه اونتوق مغسا بنجير 2014. 1759 rumah untuk mangsa banjir

داتوء سري موستۏا كات 1759 رومه اونتوق مغسا باه بسر 2014 اكن ددياڤكن دانتارا مچ دان جون 2016. سموا ڤيهق مستيله براوسها.
Datuk Seri Mustapa kata 1759 rumah untuk mangsa bah besar 2014 akan disiapkan di antara Mac dan Jun 2016. Semua pihak mestilah berusaha.

Labels:

باجيت 2016 كورغ ڤرونتوقءن ڤنديديقءن تيغگي RM2.4 بيليون. Bajet 2016 kurang peruntukan pendidikan tinggi RM2.4 bilion

باجيت 2016 سياڤكن RM13.378 بيليون اونتوق ڤنديفيقءن تيغگي بربانديغ دغن RM15.785 تاوهن 2015. اونيۏرسيتي ترڤقسا منچاري كواغن دري سواستا. اين تركندوغ دالم ڤلن ڤمباغونن ڤنديديقءن 2015-2025 (ڤنديديقءن تيغگي):اونتوق ملاهيركن باكت يغ ددوروغ اوليه نيلاي دغن منتاليتي كلس ڤرتام. كيت ممبري ڤرهاتيان كڤد اڤ يغ دلقسانكن. اداكه اونيۏرسيتي سواستا اكن مناريق لبيه راماي ڤلاجر؟ ادكه ستندارد اونيۏرسيتي عوام اكن تورون؟
Bajet 2016 sediakan RM13.378 bilion untuk pendidikan tinggi berbanding dengan RM15.785 bilion tahun 2015. Universiti terpaksa mencari kewangan tambahan dari swasta. Ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025 (Pendidikan Tinggi): untuk melahirkan bakat yang didorong oleh nilai dengan mentaliti kelas pertama. Kita memberi perhatian kepada apa yang dilaksanakan. Adakah universiti swasta akan menarik lebih ramai pelajar? Adakah standard universiti awam akan turun?

Labels:

Tuesday, October 27, 2015

Jerebu dan darurat di Indonesia. حربو دان ظرورت دايدونيسيا

ڤريسيدن جاكوءي ڤنديقءن لاوتن كاءميريك شريكت دان ناءيب ڤريسيدن جوصوه كالا سبوت مغناءي ڤغايشتيهارن ظرورت اونتوق مغاتاسي جربو كران اڤي هوتن مريبق. كونونڽ, تيندقءن اكن دامبيل ترهادڤ سسياڤ سهاج يغ ممباكر هوتن.
Presiden Jakowi pendekkan lawatan ke Amerika Syarikat dan Naib Presiden Yusoh Kalla sebut mengenai pengisytiharan darurat kerana api hutan merebak. Kononnya, tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang membakar hutan.

Labels:

موسيم تغكوجوه دان رومه اونتوق مغسا بنجير. Musim tengkujuh dan rumah untuk mangsa banjir

Musim tengkujuh bermula. Rakyat  berhati-hati terutamanya di Pantai Timur, Semenanjung. Semua berharap bah besar seperti tahun 2014 tidak akan berulang. Ramai mangsa masih tinggal di kem-kem. Kita minta Kerajaan mengumumkan keadaan 2600 unit rumah untuk mangsa 2014.
موسيم تغكوجوه برمولا. رعيت برهاتي-هاتي تروتاماڽ دڤنتاي تيمور, سمننجوغ. سموا برهارڤ باه بسر سڤرتي تاهون 2014 تيدق اكن براولغ. راماي مغسا ماسيه تيغگل دكيم-كيم. كيت مينتا كراجاءن مغومومكن كاءداءن 2600 اونيت رومه اونتوق مغسا 2014.

Monday, October 26, 2015

كاءوتاماءن كباجيكن دان كڤنتيغن رعيت.Keutamaan kebajikan dan kepentingan rakyat

داتوء سري ناجيب مغولغي ڤريحل كباجيكن دان كڤنتيغن رعيت سباگاي كاءوتاماءن دالم باجيت 2016. اين تركندوغ دالم رنچغن مليسيا ك-11 دان ڤرلو دڤرليهتكن. رعيت بوليه تيغوق اڤ يغ دلقساناكن سڤرتي سام اد ڤرونتوقءن باجيت RM267.2 بيليون دگون دغن باءيك.
Datuk Seri Najib mengulangi perihal kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam bajet 2016. Ini terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan perlu diperlihatkan. Rakyat boleh tengok apa yang dilaksanakan seperti sama ada peruntukan bajet RM267.2 bilion diguna dengan baik.

Labels:

كمنتريان ڤرتاهنن دان RM17.3 بيليون دري باجيت 2016. Kementerian Pertahanan dan RM17.3 bilion dari bajet

باجيت مليسيا 2016 ممڤرونتوقءن RM17.3 بيليون باگي كمنتريان ڤرتاكنن اونتوق ممبلي, انتاراڽ, 6 بواه كاڤل  Littoral Combatant Ship,  سيستم ڤرسنجاتاءن Very Short Range Air Defence, كريتا ڤريساي دان ڤساوت Airbus A-400M. موتو سنجات مستيله بربالوي دغن هرگ تمڤا كچورغن.
Bajet Malaysia 2016 memperuntukkan RM17.3 bilion bagi Kementerian Pertahanan untuk membeli, antaranya, 6 buah karpal Littoral Combatant Ship, sistem persenjataan Very Short Range Air Defence, kereta perisai dan pesawat Airbus A-400M. Mutu senjata mestilah berbaloi dengan harga tanpa kecurangan.

Labels:

Sunday, October 25, 2015

ڤغوروسن بنچان بنجير دان گمڤا بومي. Pengurusan bencana banjir dan gempa bumi

باجيت 2016 سدياكن RM180 جوتا اونتوق ڤنوبوهن اگينسي ڤغوروسن بنچان نگارا, RM730 جوتا باگي ڤروجيق رنچغن تبتن بنجير دان RM60 جوتا اونتوق ڤروگرام رامالن دان امارن بنجير دان سوب-ڤوست گمڤا بومي دان سونامي ناسيونل سابه. كيت برهارڤ واغ اين دگوناكن دغن تڤت دان ڤرسيس. سياڤكنله 2600 اونيت رومه يغ دجنجيكن اونتوق مغسا باه بسر 2014.
Bajet 2016 sediakan RM180 juta untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir dan RM60 juta untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta pembangunan Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah. Kita berharap wang ini digunakan dengan tepat dan persis. Siapkanlah 2600 unit rumah yang dijanjikan untuk mangsa bah besar 2014.

Labels:

توليسن سمبوغ خط،, ۏيكيرن دان سينتيمن مورني.Tulisan sambung khat, fikiran dan sentimen murni

توليسن خط اداله ڤتيقءن دري سجاره دينستي جين اوليه تاغ سوانليغ دان لاءين (1300 تاهون): ڤميمڤين دغن ۏيكيرن دان سينتيمن يغ مورني. سواسان ڤوليتيك مليسيا كران ڤريستيوا 1MDBممرلوكن ڤميمڤين دغن ۏيكيرن دان سينتيمن مورني.
Tulisan khat adalah petikan dari Sejarah Dinasti Jin oleh Tang Xuanling dan lain (1300 tahun): pemimpin dengan fikiran dan sentimen murni. Suasana politik Malaysia kerana peristiwa 1MDB memerlukan pemimpin dengan fikiran dan sentimen murni.

Labels: ,

Hubungan antara kaum

Datuk Seri Jahid minta semua pihak supaya sentiasa bermuhasabah dan berusaha memperbaiki hubungan antara kaum ke tahap yang lebih baik. Kerajaan perlu diperlihatkan adil untuk mencegah perbuatan yang menjejas sensitiviti kaum dan agama.
داتوء سري جاحيد مينتا سموا ڤيهق سوڤاي سنتياس برمحاسبه دان بروسها ممڤرباءيكي هوبوغن انتارا قوم كتاهڤ يغ لبيه باءيك.كراجاءن ڤرلو دڤرليهتكن عديل اونتوق منچگه ڤربواتن يغ منججسكن سنسيتيۏيتي قوم دان اگام.

Labels:

Saturday, October 24, 2015

كصيجتن دان باجيت 2016 Kesihatan dan bajet

ڤرونتوقءن كصيحتن باجيت 2016 ادله RM23.031 بيليون، كورغ RM281 j جوتا بربنديغ دغن 2015. اد 7 ڤروجيق سڤرتي ڤمبيناءن 5 هوسڤيتل بارو. والاوڤون ڤرونتوقءن كصيحتن روميت, رعيت برهارڤ موتو ڤرخيدماتن برتمبه باءيك.
Peruntukan kesihatan bajet 2016 adalah RM23.031 bilion, kurang RM281 juta بربنديغ دغن 1
2015. Ada 7 projek seperti pembinaan 5 hospital baru. Walaupun peruntukan kesihatan rumit, rakyat berharap mutu perkhidmatan bertambah baik.

Labels:

ڤروگرام رومه ممڤو دميليك. Program rumah mampu dimilik

باجيت مليسيا 2016 ممڤوپءي 10 ڤروگرام ڤميليقءن رومه دغن ڤرونتوقءن لبيه RM3 بيليون. ميثلڽ, RM1.6 بيليون باگي 175000 اونيت رومهPR1MA. ڤستيكن ڤلقساناءن بركسن دان ڤغاگيهن عديل.
Bajet Malaysia 2016 mempunyai 10 program pemilikan rumah dengan peruntukan lebih RM3 bilion. Misalnya, RM1.6 bilion bagi 175000 unit rumah PR1MA. Pastikan pelaksanaan berkesan dan pengagihan adil.

Labels: ,

Friday, October 23, 2015

Buat kebajikan tanpa jemu

Datuk Seri Najib ujar bahawa Kerajaan tanpa jemu membuat kebajikan kepada rakyat  seperti  RM 5.9 billion untuk BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia ). Ini melibat jutaan orang. Jangan  melakukan  pembaziran. Pastikan orang yang perlu pertolongan mendapatkannya.

داتوء سر ناجيب اوجر بهوا كراجاءن تنڤا جمو ممبوات كباجيكن كڤد رعيت سڤرتي RM5.9 بيليون اونتوق BR1M (بنتوان رعيت 1 مليسيا). اين مليبتكن جوتاءن اورغ. جاغن ملاكوكن ڤمبازيرن. ڤستيكن اورغ يغ ڤرلو ڤرتولوغن منداڤتكنڽ.

Labels:

باجيت 2016 Bajet

جومله باجيت باگي تاهون 2016 اداله RM267 بيليون. حاصيل داغگركن RM226 بيليون. ديۏيسيت RM41 بيليون. دالم كاءداءن ايكونومي يغ تيدق تنتو كيت برهارڤ اغگارن حاصيل بوليه دچاڤاي دان
ديۏيسيت تيدق اكن برتمبه.
Jumlah  ajet bagi tahun 2016 adalah RM267 bilion. Defisit RM 41 bilion. Dalam keadaan ekonomi yang tidak tentu kita berharap anggaran hasil boleh dicapai dan defisit tidak akan bertambah.

Labels:

Thursday, October 22, 2015

باجيت 2016 Bajet

ڤد جم 4 ڤتغ 23  اوكتوبر 2015, منتري كاءواغن ممبنتغكن باجيت 2016. كيت توغگو ڤرونتوقءن دان لغكه  اگي ڤرمولاءن رنچغن مليديا ك11دان كاءده اونتوق ملگاكن ڤلباگي مسءله ترماسوق كوس هيدوڤ زعيت.
Pada 4 petang, 23 Oktober, 2015, Menteri Kewangan membentangkan bajet 2016. Kita tunggu peruntukan dan langkah permulaan Rancangan Malaysia Ke-11 dan kaedah untuk melegakan pelbagai masalah termasuk kos hidup rakyat.

Labels:

Wednesday, October 21, 2015

ميموراندوم ڤرسۏاهمن اونتوق جربو. Memorandum persefahaman untuk jerebu

منتري علم سكيتر داتو سري وان جونايدي كسل كران سجق جولاي 2015, ايندونيسيا براگق-اگق مغناي مموراندوم ڤرسۏاهمن باگي ممباوا اورغ ملغگر ڤرجنجيان منچگه جربو كمهكامه. كيت برهارڤ نگارا ايت مننداتغني مموراندوم ترسبوت.
Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi kesal kerana Indonesia beragak-agak mengenai memorandum persefahaman untuk membawa orang yang melanggar perjanjian jerebu ke mahkamah. Kita berharap negara itu menandatangani memorandum tersebut.

Labels:

ۏريم, اينستيتوت ڤپليديقءن هوتن مليسيا FRIM

تيمبالن منتري برگمبيرا دغن ۏيريم دجاديكن واريسن دان اينوۏاسيڽ سڤرتي بركناءن ايندوستري ڤرابوت. سيلا كاجي ڤپلغگاراءن دان ڤموليهاراءن.
Timbalan Menteri bergembira dengan FRIM dijadikan warisan dan inovasinya seperti berkenaan industri perabot. Sila kaji penyelenggaraan dan pemuliharaan.

Labels:

Tuesday, October 20, 2015

دمم كڤيالو. Demam kepialu

سكارغ, ترداڤت 94 كيس كڤيالو دتوجوه نگري مليسيا. كيت چاري ڤونچا كومن اين. سموا ڤرلو ايكوت عملن صيحت سڤرتي ڤرسياڤن ماكنن دان مينومن, تندس دان چوچيان تاغن.
Sekarang, terdapat 94 kes kepialu di tujuh negeri Malaysia. Kita cari punca kuman ini. Semua perlu ikut amalan sihat seperti persiapan makanan dan minuman, tandas dan cucian tangan.

Labels:

Monday, October 19, 2015

جربو, كصيحتن, ڤرسكولهن دان ايكونومي ترججس.Jerebu, persekolahan dan ekonomi terjejas

جربو وجود ڤلباگاي مسءله ترماسوق مروسقءن كصيحتن: باتوق, ساكيت تكق دان سسق ناۏس. هوسڤيتل دان كلينيك مستيله مراوت ڤارا ڤساكيت دغن باءيك.
Jerebu wujud pelbagai masalah termasuk merosakkan kesihatan: batuk, sakit tekak dan sesak nafas. Hospital dan klinik mestilah merawat para pesakit dengan baik.

Labels:

نگارا ترانسيت اونتوق ڤغگانس. Negara transit untuk pengganas

ڤوليس ممڤرچاي مليسيا هاڽ نگارا ترانسيت اونتوق ممبوليهكن ڤارا ڤغگانس ڤرگي كنگارا لاءين. كيت ڤرلو برسديا منچگه مريك  يرتاڤق دمليسيا.
Polis mempercayai bahawa Malaysia hanya negara transit untuk membolehkan para pengganas pergi ke negara lain. Kita perlu bersedia mencegah mereka bertapak di Malaysia.

Labels:

Sunday, October 18, 2015

كوتيڤن چوكاي بارغن دان ڤرخيدمتن 2015. Kutipan cukai GST

كمنتريان كاءواغن اغگر جومله كوتيڤن چوكاي بارغن دان ڤرخيدمتن (GST) باگي تاهون 2015 سجومله RM23.2 بيليون. حاصيل اين هاروسله دگون دغن باءيك اونتوق رعيت.
Kementerian Kewangan anggar jumlah kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi tahun 2015 sejumlah RM23.2 bilion. Hasil ini haruslah diguna dengan baik untuk rakyat.

Labels:

ڤغگانس دان كسلامتن نگارا. Pengganas dan keselamatan negara

داتوء سري جاحيد مغغگڤ كاءداءن كسلامتن دمليسيا باءيك دان 123 سوسڤيك IS تله دتاهن. ڤغگاناسن اداله چابرن يغ بسر. لغكه-لغكه مننتغ ايكستريميسمي مستيله بركسن.
Datuk Seri Jahid menganggap keadaan keselamatan di Malaysia baik dan 123 suspek IS telah ditahan. Pengganasan adalah cabaran yang besar. Langkah-langkah menentang ekstremisme mestilah berkesan.

Labels:

مليسيا نگارا رحمت. Malaysia negara rahmat

ڤردان منتري ناجيب سبوت مليسيا سباگاي نگارا رحمت. كيت ڤرلو ڤرڤادوان,تيفق اد ساكهگون واغ عوام, تيدق اد ڤلمڤاو اگام دان قوم دان ايميج يغ باءيك.
Perdana Menteri sebut Malaysia sebagai negara rahmat. Kita perlu perpaduan, tidak ada salahguna wang awam, tidak ada pelampau agama dan kaum dan imej yang baik.

Labels: , , , ,

Friday, October 16, 2015

جالور ليبر لاجو دان هرگ موناسبه. Jalur lebar laju dan harga munasabah

منتري مولتيميديا داتوء سري صالح تيمبغ اونتوق منجادي اينترنيت جالورليبر لاجو يغ ممڤو دباير ڤارا ڤغغگون سهيغگ 100Mbps. كيت برهارڤ اين داڤت دلقسان.سمنتارا ايت, كوريا سلاتن مغجر كلاجوان 1Gbsp.
Menteri Multimedia Datuk Seri Salleh timbang untuk menjadi internet jalur lebar laju sehingga 100Mbps yang mampu dibayar para pelanggan. Kita berharap ini dapat dilaksana. Sementara itu, Korea Selatan mengejar kelajuan 1Gbps.

Labels:

مليسيا ديگيتل ڤد 2020 Malaysia Digital

داتوء سري ناجيب هندق باغن ايكونومي ديگيتل ڤد 2020. كيني اي دسبوتكن سومبغ RM295 بيليون كڤد حصيل نگارا. كيت برهارڤ منتري كومونيكاسي دان مولتيميديا ممبريتاهو لغكه ممڤربتولكن كلمهن-كلمهن ترماسوق باگايمان بليو ممستيكن رعيت مليسيا داڤت ڤاكيج دغن جالور ليبر لاجو دان هرگ موناسبه. قدر ڤينيتراسي جالور ليبر دمليسيا دكاتاكن 72.2% ستياڤ 100 كلوارگ دان كلاجوان 5.93Mbps (ظايلند 20.83Mbps).
Datuk Seri Najib hendak bangun ekonomi digital pada 2020. Kini ia disebutkan sumbang RM295 bilion kepada hasil negara. Kita berharap Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu langkah memperbetulkan kelemahan-kelemahan termasuk bagaimana beliau memastikan rakyat Malaysia dapat pakej dengan jalur lebar laju dan harga munasabah. Kadar penetrasi jalur lebar di Malaysia dikatakan 72.2% setiap 100 keluarga dan kelajuan 5.93 Mbps (Thailand 20.83Mbps).

Labels:

Thursday, October 15, 2015

هديه نوبيل ڤروبتن 2015 Hadiah Nobel untuk perubatan

هدياه نوبيل اونتوق ڤروبتن 2015 دمنغ اوليه تيگ سايءنتيس. كمبيل لاهير دايرلند تتاڤي بكرجا داميريكا شريكت دان اومورا دري جڤون منموي Ivermectin باگي مراوت ڤاراسيت River blindness دان Filariasis. تو دري چينا سليديق Artemisinin ايكوت توليسن ڤروباتن 1600 تاهون. اوبت ايت مجرب اونتوق مالاريا.
Hadiah Nobel untuk perubatan 2015 di menang oleh tiga saintis. Campbell lahir di Ireland tetapi bekerja di Amerika Syarikat dan Omura dari Jepun menemui Ivermectin bagi merawat parasit River blindness dan Filariasis. Tu dari China selidik Artemisinin ikut tulisan perubatan 1600 tahun. Ubat itu mujarab untuk malaria.

Labels: , , , ,

توليسن خط, ڤتيقءن بيدالن دري سجاره اوليه سي ما چيان.Tulisan khat, petikan bidalan dari Sejarah oleh Si Ma Qian

تولين خط دري سجاره اوليه سي ما چيان لبيه 2200 تاهون برارتي مندالمي ڤركارا يغ ڤوكوق دالم ساتو ڤريستيوا سڤرتي 1MDB.كمودين ممبنتغكن لاڤورن دديون رعيت.
Tulisan khat dari Sejarah oleh Si Ma Chian lebih 2200 tahun bererti mendalami perkara pokok dalam satu peristiwa seperti 1MDB. Kemudian membentangkan laporan di Dewan Rakyat.

Labels:

Wednesday, October 14, 2015

سالم معال هجره. Salam Maal Hijrah

سالم معال هجره. Salam Maal Hijrah

Labels:

Tuesday, October 13, 2015

نحس MH17 دتيمبق ڤلورو (ميسيل). (Nahas MH17 ditembak peluru (misil

هاري اين, لاڤورن لمباگ كسلامتن بلندا مغصحكن بهقا ڤسوت MH17 دتيمبق ڤلورو (ميسيل) بوك بواتن روسيا. روسيا كات ميسيل ايت ترلالو توا دان تيدق دگون لاگي اوليه روديا. چاري ڤارا ڤساله دان دعوا دمهكامه.
Hari ini, laporan Lembaga Keselamatan Belanda mengesahkan bahawa pesawat MH17 ditembak peluru (misil) Buk buatan Rusia. Rusia kata misil itu tetlalu tua dan tidak diguna oleh Rusia. Cari para pesalah dan dakwa di mahkamah.

Labels:

تول جالن ناءيك. Tol naik

دمليسيا، ستغه جالن دتولكن لبيه 30 تاهون. اد ڤرجنجيان دانتارا كراجاءن دغن شريكت سوستا. قدر تول دناءيككن سكالي لاگي ڤد 15 اوكتوبر 2015. ايكونومي تيدق تنتو. هرگ بارغ-بارغ اكن ملمبوغ. سموگ كراجاءن ممڤرتيمبغ سمولا.
Di Malaysia, setengah jalan ditolkan lebih 30 tahun. Ada perjanjian di antara Kerajaan dengan syarikat swasta. Kadar tol dinaikkan sekali lagi pada 15 Oktober, 2015. Ekonomi tidak tentu. Harga barang-barang akan melambung. Semoga Kerajaan mempertimbang semula.

Labels:

Sunday, October 11, 2015

داتوء سري ناجيب منموي ڤريسيدن جاكووي. Datuk Seri Najib منموي ڤريسيدن جامووي.

داتوء سري ناجيب مغونجوغي ڤريسيدن جاكوءي دجاۏا. كرجاسام دانتارا دوا نگارا ڤرلو دتيغكتكن خاسڽ هنترن ڤاسوقءن ماهير دان الت دري مليسيا اونتوق ممادم اڤي هوتن سڤرتي كاڤلتربغ بومباردير دان تغكي اير هركيوليس سرتا شور ڤريگي تيوب باگي تانه گمبوت.
Datuk Seri Najib mengunjungi Presiden Jakowi di Java. Kerjasama di antara dua negara peu ditingkatkan, khasnya hantaran pasukan mahir dan alat dari Malaysia untuk memadam api hutan seperti kapal terbang  bombardier dan tangki air Hercules serta syor perigi tiub bagi tanah gambut.

Labels:

Saturday, October 10, 2015

ڤرغ دسيريا، ايرق دان يمن روميت. Perang di Syria, Iraq dan Yemen rumit

اميريكا شريكت منچروبوه ايرق دان مننتغ اسد دسيريا سمبيل ممبري واغ بربيليون كڤد ڤواق ڤمبغكغ. روسيا مپوكوغ اسد دغن ڤغبومن ساسرن ترتنتو.دالم كاءداءن كوچ-كاچير, ڤلباگاي گولوغن سڤرتي IS تومبوه دعن ڤست. ڤورق-ڤرنداءن: ڤلاريان دان لتوڤن بوم دستغه تمڤت ددنيا.
Amerika Syarikat menceroboh Iraq dan menentang Assad di Syria sambil memberi wang berbilion  kepada puak pembangkang. Rusia menyokong Assad dengan pengeboman sasaran tertentu. Dalam keadaan kucar-kacir, golongan seperti IS tumbuh dengan pesat. Porak-perandaan: pelarian dan letupan di setengah tempat di dunia.

Labels:

Friday, October 09, 2015

توليسن خط, بيدالن دڤتيق دري بوكو ظواغزي. Tulisan khat bidalan dipetik dari buku Zhuangzi

توليسن خط اداله ڤتيقءن بيدالن دري بوكو ظواغزي لبيه 2300 تاهون. اي برارتي كرجا دلاكوكن دغن لنچر.كيت برهارڤ بنتوان يغ دمينتا ايدونيسيا دبوات دغن كنچغ اوليه مليسيا، سيغاڤورا, جڤون دان روسيا. اينتهله رنتاو اين دتيمڤا جربو برتاهون-تاهون.
Tulisan khat adalah petikan bidalan dari buku Zhuangzi lebih 2300 tahun. Ia bererti kerja dlakukan dengan lancar.Kita berharap bantuan yang diminta Indonesia dibuat dengan kencang oleh Malaysia, Singapura, Jepun dan Rusia. Entahlah rantau ini ditimpa jerebu bertahun-tahun.

Labels:

بولاسىڤق ليگ ڤردان ايغگليش Bolasepak Liga Perdana English EPL

ليگ ايغگليش برگلورا. ڤغوروس ديۏيد موءتس دڤچت دري منچيستر ايونايتيد دان بريندون رودزيرس دتندغ دري ليۏرڤول. لويس ۏان گاعل مغگنتي موءيس دان كيني ايورگين كلوڤ مغمبيل اليه دري رودزيرس: چابرن تربسر.
Liga English bergelora. Pengurus David Moyes dipecat dari Manchester United dan kini Brendon Rodgers ditendang dari Liverpool. Louis van Gaal mengganti Moyes dan Jurgen Kloop mengambil alih dari Rodgers: cabaran besar.

Labels:

Selamat Hari Sukan Malaysia. سلامت هاري سوكن مليسيا

Selamat Hari Sukan Malaysia. سلامت هاري سوكن مليسيا

Labels:

جربو، ايندونيسيا مينتا بنتوان. Jerebu, Indonesia minta bantu.

ايندونيسيا مينتا تولوغ دري مليسيا, سيغڤاڤورا,روسيا دان جڤون. مليسيا مستيله هنتر ڤاسوقءن دان الت بركسن دغن سگرا اونتوق ممادمكن اڤي دسوماترا سڤدتي ڤاليمبغ.اسيان بوليه مماءين ڤرانن يغ برارتي دالم تكا-تكي جربو اين.
Indonesia minta tolong dari Malaysia, Singapura, Rusia dan Jepun. Malaysia mestilah hantar pasukan dan alat berkesan dengan segera untuk memadamkan api di Sumatera seperti Palembang. ASEAN boleh memain peranan yang bererti dalam teka-teki jerebu ini.

Labels:

Thursday, October 08, 2015

سوروهنجاي ڤغغكوتن جالن دارت دان تمبغ LRT دانSPAD dan tambang MR.

اگينسي SPAD ممبنركن ترنسيت ريل ريغن LRT دان مونوريل. Monorail ناءيك تمبغ ڤد 30 اوكتوبر 2015. ڤرخيدمتن دجنجيكن لبيه باءيك. سيلا تيمبغكن كاءداءن ايكونومي يغ دهاداڤي رعيت.
Agensi SPAD membenarkan LRT dan Monorail naik tambang pada 30 Oktober 2015. Perkhidmatan dijanjikan lebih baik. Sila timbangkan keadaan ekonomi yand dihadapi rakyat.

Labels:

اوجيان كنچيغ اونتوق سرغن جنتوغ. Ujian kencing untuk serangan jantung

اد اوجيان كنچيغ اونتوق مغصحكن ڤپكيت سرغن جنتوغ. جك بوليه دڤرچاءي, اي داڤت ممبنتو ڤارا ڤساكيت. يغ بوكن ساكيت جنتوغ بوليه باليق كرومه.
Ada ujian kencing untuk mengesahkan penyakit serangan jantung. Jika boleh dipercayai, ia dapat membantu para pesakit. Yang bukan sakit jantung boleh balik ke rumah.

Labels: , ,

Wednesday, October 07, 2015

تكا-تكي جربو.Teka-teki jerebu.

دوتا بسر ايندونيسيا ڤق هرمن منرغكن بهوا نگاراڽ سدغ منچوبا ممادمكن اڤي هوتن. جك گاگل، باروله مپلارسكن دغن اسيان. تكا-تكي جربو برتاهون-تاهون.
Duta besar Indonesia Pak Herman menerangkan bahawa negaranya sedang mencuba memadamkan api hutan. Jika gagal, barulah menyelaraskan dengan ASEAN. Teka-teki jerebu bertahun-tahun.

Labels:

Tuesday, October 06, 2015

جربو تركنا مليسيا, سيغاڤورا دان جوگ طايلند. Jerebu terkena Malaysia, Singapura dan juga Thailand

ڤمباكرن هوتن دايندونيسيا مپببكن جريو مپلوبوغي مليسيا, سيغاڤورا دان طايلند. كتيگ-تيگ نگارا مغلوه سرتا منوغگو موسيم تغكوجوه.
Pembakaran hutan di Indonesia menyebabkan jerebu menyelubungi Malaysia, Singapura dan juga Thailand. Ketiga-tiga negara mengeluh serta menunggu musim tengkujuh.

Labels:

ايكونومي, كاءيقينن دان ايميج. Ekonomi, keyakinan dan imen

ايكونومي مليسيا اداله دڤغاروهي ۏاكتور سڤتي ڤراليهن ايكونومي چينا, اميريكا شريكت دان كساتوان ايروڤه. داتوء سري ناجيب كات اين اكن جادي ڤرتومبوهن دميليسيا كورغ دري 5%. كيت ڤرلو مموڤوق كاءيقينن دان ممڤرباءيكي ايميج.
Ekonomi Malaysia adalah dipengaruhi faktor seperti peralihan ekonomi China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Datuk Seri Najib kata ini akan jadi pertumbuhan di Malaysia kurang 5%. Kita perlu memupuk keyakinan dan memperbaiki imej.

Labels:

,توليسن خط, ڤتيكن دري بوكو شغ شو, لبيه 2000 تاهون

بيدالن اين برارتي ممرهاتي دغن سڤنوهڽ سڤرتي حل ڤرجنجيان ڤركوغسيان رنتس-ڤاسيۏيك يغ دتنداتاغني مليديا سمالم. دمڤقڽ ترهادڤ ڤرداگغن لواس.
Bidalan ini beterti memerhati dengan sepenuhnya hal seperti Perjanjian Perkongsian Rentas-Pasifik yang ditandatangani Malaysia semalam. Dampaknya terhadap perdagangan luas.

Labels:

Monday, October 05, 2015

ڤرجنجيان ڤركوغسيان رنتس ڤاسيۏيك Perjanjian Perkongsian Rentas-PasifikTPPA

سمالم 12 نگارا ترماسوق مليديا، اميريكا شريكت دان جڤون مننداكن TPPA. كيت هندق تاهو مغناءي ڤلباگاي ڤلواغ سڤرتي ايمڤورت, ايكسڤورت دان ڤاتين اوبت. كيت ماهو مليهت بوتيرن ڤرجنجيان ايت دان ستاكت مان حق دان كڤنتيغن رعيت دڤيليهارا.
Semalam, 12 negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan Jepun menandakan TPPA. Kita hendak tahu mengenai pelbagai peluang seperti import, eksport dan paten ubat. Kita mahu melihat butiran perjanjian itu dan setakat mana hak dan kepentingan rakyat dipelihara.

Labels:

Sunday, October 04, 2015

جربو, مليسيا هندق بركرجاسام. Jerebu, Malaysia hendak bekerjasama

ڤريديدن جاكووي كات ايندونيسيا ڤرلو '3' تاهون اونتوق معاتاسي جربو. مليسيا دان سيغاڤورا هندق نركرجاسام دغن نگارا ايت. اداكه كموغكينن تاورن  اين داڤت دتريم؟
President Jakowi kata Indonesia perlu '3' tahun untuk mengatasi jerebu. Malaysia dan Singapura hendak bekerjasama dengan negara itu. Adakah tawaran ini dapat diterima?

Labels:

بولاسيڤق EPL: منچيستر سيتي 1:6 نيوكاسيل. Boladepak EPL: Manchester City 6:1 Newcastle

ساي مپقسيكن اگويرو منجاريغ ليم گول دالم براڤ ميني. ڤغوروس ڤاسوقءن مغگنتيكنن دغن چڤت. تاكوت ترچدرا.
Saya menyaksikan Aguera menjaring lima gol dalam berapa minit. Pengurus pasukan menggantinya dengan cepat. Takut tercedera.

Labels:

Saturday, October 03, 2015

دينيس هيلي 98 تاهون منيغگل دنيا.Denis Healey 98 tahun meninggal dunia

ساي منموي دينيس هيلي سماس براد داونۏرسيتي ليدس ڤد 1963. مندياغ اداله اهلي ڤرليمن ليدس (1952-1992)، منتري ڤرتاهنن (1964-1970)، منتري كواغن (1970-1974) دان تيمبالن ڤميمڤين ڤرتي بوروه 1980. بليو اداله ساءورغ گرگاسي ڤوليتيك بريتيش.
Denis Healey (1917-2015): saya menemui Denis Healey semasa berada di Universiti Leeds pada 1963. Mendiang adalah ahli parlimen Leeds (1952-1992), menteri pertahanan (1964-1970), menteri kewangan (1970-1974) dan timbalan pemimpin parti buruh 1980. Beliau adalah seorang gergasi politik British.

Labels:

Friday, October 02, 2015

Tighten cyber law

Minister in the Prime Minister's Department Nancy says the Government is considering to tighten cyber law. Whatever action taken must safeguard freedom of Internet.

Labels:

Thursday, October 01, 2015

ڤغاسيغن سمڤه. Pengasingan sampah

ڤد 1 سيڤتيمبر 2015, كمنتريان كسجهتراءن بندر, ڤرومهن دان كراجاءن تمڤتن ملقساناكن ڤروجيق ڤغاسيغن سيسا ڤڤجل دبراڤ نگري سڤرتي كوالا لومڤور دان سلاغور. اي ممبري معلومت كڤد ڤارا ڤندودوق سماچم 1.7 نوتا دكوالا لومڤور. ڤد جون 2016 برمولا ڤغواتمواساءن سبنر.
Pada 1 September 2015, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melaksanakan projek pengasingan sisa pepejal di berapa negeri seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Ia memberi maklumat kepada para penduduk semacam 1.7 juta wargakota KL. Pada Jun 2016, bermula penguatkuasaan sebenar.

Labels:

روديا بوم IS اتاو ڤمبرونتق مننتغ الساءد.Rusia bom IS atau pemberontak menentang Assad

دغن جمڤوتن سيريا, روسيا گون ڤساوت تنترا سوخوي 24 دان 25 اونتوق مغبوم IS دسيريا. اميريكا دان ڤرنچيس سغك ڤمبرونتق مننتغ الساءد جوگ دسرغ. اميريك, ارب ساودي, جوردن دان توركي مغبوم IS. اميريكا دان روسيا ممبينچغ باگي مغايلق ڤريستيوا يغ تيدق دايغيني. اڤاكه كاءداءن ڤارا ڤغگانس؟
Dengan jemputan Syria, Rusia guna pesawat tentera Sukhoi 24 dan 25 untuk mengebom IS di syria. Amerika dan Perancis sangka pemberontak menentang Assad juga diserang. Amerika, Arab Saudi, Jordan dan Turki mengebom IS. Amerika dan Rusia membincang bagi mengelak peristiwa yang tidak diingini. Apakah keadaan para pengganas?

Labels:

سيسي خس ڤردان منتري جاوب سوالن.Sesi khas Perdana Menteri jawab soalan

Setengah parlimen seperti di England dan Australia menjadualkan sesi khas untuk Perdana Menteri menjawab soalan dari para ahli parlimen. Jika Dewan Rakyat adakan sesi seumpama ini, Perdana Menteri boleh menanganinya.
ستغه نگارا سڤرتي اغگلند دان اوستراليا منجادوالكان سيسي خس اونتوق ڤردان منتري منجاوت سوالن دري اهلي ڤرليمن. جك ديون رعيت اداكن سيسي ساءومڤام اين, ڤردان منتري بوليه مناغني.

Labels: