Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, June 29, 2015

كباكرن هوتن دسومترا دان رياو Kebakaran hutan di Sumatra dan Riau

كبكرن هوتن تله برمولا دسومترا دان رياو دان درملكن اكن برتروسن سهيغگ سيڤتيمبر 2015. كراجاءن مليسيا مستيله مغمبيل تيندقءن اونتوق منغني مسءله جربو.
Kebakaran hutan telah bermula di Sumatra dan Riao and diramalkan akan berterusan sehingga September 2015. Kerajaan Malaysia mestilah mengambil tindakan untuk menangani masalah jerebu.

Labels:

ڤغاسيغن سمڤه دمليسيا Pengasingan sampah di Malaysia

ڤغاسيغن سمڤه اداله ڤنتيغ. جڤون بربوات دمكين سجق 1950هن دان تايون مغيكوت ججقڽ لبيه 20 تاهون. مليسيا اكن ملقساناكن ڤد سيڤتيمبر تاهون اين. جڤون اد 1200 بواه اينسينراتور يغ ممباكر سمڤه يغ تله داسيغكن.
Pengasingan dampah adalah penting. Jepun membuat demikian sejak 1950han. Taiwan mengikut jejaknya lebih 20 tahun. Malaysia akan melaksanakan pada September tahun ini. Jepun ada 1200 buah insinerator yang membakar sampah yang telah diasingkan.

Labels:

Saturday, June 27, 2015

ترانسيت لاجو ماسا MRT2

كتيك MRT1 دلقساناكن, Gamuda MMC برمولا دغن MRT2 يغ ملالوي جينجغ دان كڤوغ. ڤيهقڽ مستي ملاكوكن عديل دان سقسام كڤد رومه, كداي دان توكوغ يغ ترججس.
Ketika MRT1 dilaksanakan, Gamuda MMC bermula dengan MRT2 yang melalui Jinjang dan Kepong. Pihaknya mesti melakukan adil dan saksama kepada rumah, kedai dan tokong yang terjejas.

Labels: , ,

ميسين توناي دان كستم Mesin tunai dan kastam

ڤارا ڤنياگ دڤقسا ممبلي ميسين توناي GST يغ تيدق داڤت برهوبوغ دغن كستم. RM20000 سسيت. كراجاءن مستي سياست دان ممڤربتولكن.
Para peniaga dipaksa membeli mesin tunai  GST yang tidak dapat berhubung dengan kastam. RM20000 seset. Kerajaan mestilah siasat dan memperbetulkannya.

Labels:

Thursday, June 25, 2015

ڤروسهاءن كچيل دان سدرهان Perusahaan kecil dan sederhana

داتوء سري ناجيب سبوت مغناءي اينسينتيۏ باءيك اونتوق ڤراوسهاءن كچيل دان سدرهان سڤرتي ڤغچواليان چوكاي دان ريبيت. بلياو مستيله مغكاجي چارا باگي منچگه اورغ تغه دان نيات تيدق دايغيني.
Datuk Seri Najib sebut mengenai insentif baik untuk perusahaan kecil dan sederhana seperti pengecualian cukai dan rebate. Beliau mesti mengkaji cara bagi mencegah orang tengah dan niat tidak diingini.

Labels:

Wednesday, June 24, 2015

ڤروبهن ديموگراۏي مليسيا Perubahan demografi. Malaysia

كيت تيدق تاهو سام اد 8 اتاو 10 نوتا ڤنداتغ ماسوق ك نگارا اين ملالوي جالن تيكوس ترماسوق ڤمرداگغن ماءنسي. كاءداءن برتمبه بوروق. مك وجود كاواسن-كاواسن روهيغيا,بغلاخيش, نيڤل,ميانما, اچيه دان جاوا. كيت برهارڤ سموا ڤيهق تراوتام كراجاءن مغمبيل تيندقن بركسن.
Kita tidak tahu sama ada 8 atau 10 juta pendatang masuk ke negara melalui jalan tikus termasuk pemerdagangan manusia. Keadaan bertambah rumit. Kita  berharap semua pihak terutamanya Kerajaan mengambil tindakan berkesan.

Labels:

كيس لاڤورن كچورغن مارا kes laporan kecurangan Mara

اد لاڤورن تنتغ كچورغن RM14 جوتا بتلا مارا ممبلي اڤارتمين RM65 جوتا. كيس اين مليبتكن واغ رعيت. اي مستي دسياست.
Ada laporan tentang kecurangan RM14 juta bila Mara membeli apartmen RM65 juta. Kes ini mesti disiasat.

Labels:

Tuesday, June 23, 2015

ڤنچمرن اودارا وجود ڤروبهن اقليم pencemaran udara wujud prrunahan iklim

ڤنچمرن اودارا خاصڽ كربون داغگركن ممبونوه 7 جوتا اورغ ددنيا ستاهون. كيني سوهو ناءيك ك45 درجه سيلسيوس: بريبو دايديا دان براتوس دڤاكيستن ترقربان.
Pencemaran udara khasnya karbon dianggarkan membunuh 7 juta orang di dunia setahun. Kini suhu benua kecil India naik ke 45 darjah Selsius: beribu orang di India dan beratus di Pakistan terkorban.

Labels:

Monday, June 22, 2015

Demam denggi di Malaysia 2100 kes seminggu. دمم دغگي دمليسيا 2100 كيس سميغگو

سجق جنواري هيگ جون 2016, اد 2100 كيس ديغگي ستياڤ ميغگو. 138 اورغ ماتي. سلغور 31207 كيس, ڤيرق 5571, جوهور 3868, كوالا لومڤور 3383 دان ڤولاو ڤينغ 2630. جك دمم سيلا جومڤا دوقتور اونتوق مغصحكن سام اد ديغگي.
Sejak Januari hingga Jun 2015, ada 2100 kes denggi setiap minggu di Malaysia. 138 orang mati. Selangor 31207 kes, Perak 5571, Johor 3868, Kuala Lumpur 3383 dan Pulau Pinang 2630. Jika demam, sila jumpa doktor untuk mengesahkan sama ada denggi.

Labels:

گمڤا بومي مروسقءن Gempa bumi merosakkan

گونوغ كينابالو ترچالر. تانه رونتوه دان بنجير لومڤور مموسنهكن. كيت برهارڤ بكالن اير ڤوليه دغن سڤنوهڽ دراناو. كراجاءن مستيله موجود داسر دان لغكه يغ چوچوق دغن كگياتن سايسميك سڤرتي دراناو, كونداسن دان لاهد داتو.
Gunung Kinabalu tercalar. Tanah runtuh dan banjir lumpur memusnahkan. Kita berharap bekalan air pulih sepenuhnya di Ranau. Kerajaan mestilah wujud dasar dan langkah yang cocok dengan kegiatan seismic seperti di Ranau, Kundasan dan Lahad Datu.

Labels:

e Serahan Tukar Milik eSTM سرهن توكر ميليق

ڤارا ڤغگون جالن بيمپغ وجود كچورغن دجابتن ڤغغكوتن جالن(JPJ). جك دلولوس eSTM دكاتاكن بوليه ممودهكن ڤنجوال دان ڤمبلي كريتا ترڤاكاي ممنوهي ڤروسيس ڤميندهن تنڤا حظير JPJ. ڤستيكن تيدق اد ڤپليويغن.
Para pengguna jalan bimbang wujud kecurangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika dilulus, eSTM dikatakan boleh memudahkan penjual dan pembeli kereta terpakai memenuhi proses pemindahan tanpa hadir JPJ. Pastikan tidak ada penyelewengan.

Labels:

Sunday, June 21, 2015

ڤمرداگغن ماءنسي Pemerdagangan manusia

106 جنازه يغ برجاي دتموي دڤرليس اكن دكبوميكن دكده. ڤرتوبوهن بغسا-بغسا برساتو اغگر بهاوا كيرا-كيرا 900000 اورغ دڤرداگغكن ددنيا ستياڤ تاهون--ڤغعبديان مودين.
106 jenazah yang berjaya ditemui di Perlis akan dikebumikan di Kedah. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu anggar kira-kira 900000 orang diperdagangkan di dunia setiap tahun--pengabdian moden.

Labels:

باه بسر دان رومه اونتوق مغسا. Bah besar dan rumah untuk mangsa

كراجاءن برجنجي سياڤكن رومه اونتوق مغسا كتيك بولن ڤواسا. كيني, 12 كلوارگ دبري رومه دتانه ميره. لبيه 1900 كلوارگ سدغ توغگو.
Kerajaan brrjanji siapkan rumah untuk mangsa ketika bulan puasa. Kini, 12 keluarga diberi rumah di Tanah Merah. Lebih 1900 sedang tunggu.

Labels:

كنچيغ مانيس دان ڤواسا Kencing manis dan puasa

سماس برڤواسا ڤارا ڤساكيت كنچيغ مانيس مستيله داڤت ناصحت دوقتور. كندوغن گولا بوليه ناءيك اتاو تورون دغن بوروق.
Semasa berpuasa para pesakit mestilah dapat nasihat dari doktor. Kandungan gula dalam darah boleh naik atau turun dengan buruk.

Labels:

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa

Labels:

هيدوڤ ڤوڤوس ددنيا? Hidup pupus di dunia

مجاله Science Advances كات سجق 1900 سباپق 400 جنيس حيون برتولغ بلاكغ (ۏيرتيبرات) ڤوڤوس دري بومي. اين 114 كالي لبيه چڤت دري بياسا. ڤربواتن ماءنسي! اداكه هيدوڤ اكن ڤوڤوس ددنيا؟ 65 جوتا تاهون لالو, دينوساور هاڤوس.
Majalah Science Advances kata sejak 1900 sebanyak 400 jenis haiwan bertulang belakang (vertebrat) pupus dari bumi. Ini 114 kali lebih cepat dari biasa. Perbuatan manusia! Adakah hidup akan pupus di dunia? 65 juta tahun lalu, dinosaur hapus.

Labels:

Saturday, June 20, 2015

لاڤن لا.ون رمڤس كاڤل MT Orkim Harmony. Lapan lanun rampas

لاڤن لانون مرمڤس كاڤل MT Orkim Harmony يغ ممباوا 22 انق كاڤل دان ڤيترول برهرگ RM21 بيليون ڤد 11.6.15 تيدق جاءوه دري ڤنتاي سيغاڤورا. ڤلباگاي ڤيهق سڤرتي تنترا لاءوت,اودارا دان ڤوليس مغچام دان مغايكوري كاڤل يغ ناماڽ دتوكر كڤد Kim Harmon. ڤد 19.6.15 ڤارا لانون لاري دان دتاهن تنترا ۏيتنم دڤولاو ظو چو. ساتو انق كاڤل چدرا دان 21 يغ لاءين سرتا ڤيترول سلامت. كيت توغگو سياستن مپلوروه. 
Lapan lanun merampas kapal MT Orkim Harmony yang membawa 22 anak kapal dan petrol berharga RM21 juta pada 11.6.15 tidak jauh dari pantai Singapura. Pelbagai pihak seperti tentera laut dan udara serta polis mengesan dan mengekori kapal yang namanya ditukar kepada Kim Harmon. Pada 19.6.15 para lanun lari dan ditahan tentera Vietnam di Pulau Tho Chu. Satu anak kapal cedera dan 21 yang lain serta petrol selamat. Kita tunggu siasatan menyeluruh.

Labels:

Friday, June 19, 2015

Selamat Hari Cang.

Selamar Hari Cang.

Labels:

Thursday, June 18, 2015

كريسيس اير دراناو, سابه. Krisis air di Ranau, Sabah

گمڤا بومي دان بنجير لومڤور مموسنهكن. رعيت دراناو مغهاداڤي كريسيس. كراجاءن تراوتام جابتن اير هاروسله براوسها لاگي اونتوق مموليهكن كاءداءن.
Gempa bumi dan banjir lumpur memusnahkan. Rakyat di Ranau menghadapi krisis. Kerajaan terutama Jabatan Air haruslah berusaha lagi untuk memulihkan keadaan.

Labels:

ڤينجامن RM172 بيليون ترجامين كراجاءن مليسيا Pinjaman RM172 bilion terjamin Kerajaan Malaysias

ڤينجامن ترجامين كراجاءن مليسيا ڤد هوجوغ 2014 اداله RM172 بيليون اتاو 14.7% GDP اونتوق شريكت-شريكت بركاءيتن دغن كراجاءن سڤرتي ڤراساران. كراجاءن مستي سنتياس برهاتي-هاتي.
Pinjaman terjamin kerajaan Malaysia pada hujung 2014 adalah RM172 bilion atau14.7% GDP untuk syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan seperti Prasarana. Kerajaan mestilah sentiasa berhati-hati.

Labels:

Wednesday, June 17, 2015

توليسن خط دغن بيدلن يغ دڤتيق دري سجاره نگري-نگري برڤرغ چينا ل يه 2300 تاهون يغ لڤس

توليسن خط برارتي خبر جاءوه ددغر-دغركن, خچبر دكت دۏيكير-ۏيكيركن--سليديقي ستياڤ خبر دغن سقسام سوڤاي تيدق ترتيڤو. ميديا مودن مپياركن خبر-خبر يغ ڤرلو دصحكن.
Tulisan khat bererti khabar jauh didengar-dengarkan, khabar dekat difikir-fikirkan--selidiki setiap khabar dengan saksama supaya tidak tertipu. Media moden termasuk media sosial menyiarkan khabar yang perlu disahkan.

Labels:

Monday, June 15, 2015

باجيت 2016 دان ستاتوس نگارا ماجو Bajet 2016 dan status negara maju

ڤردان منتري داتوء سري ناجيب اوجر بهاوا باجيت 2016 اكن دبنتغ ڤد 23 اوكتوبر 2015 دان متلامتڽ منچاڤاي ستاتوس نگارا ماجو دغن كلوارن دالم نگارا كاسر ڤركاڤيتا (AS$15000(RM56375 ڤد 2020. تولوغ جاگ نيلاي ريغگيت, هرگ بارغ دان كباجيكن رعيت كسلوروهنڽ.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib ujar bahawa Bajet 2016 akan dibentang pada 23 Oktober, 2015 dan matlamatnya mencapai status negara maju dengan Keluaran Dalam Negara Kasar perkapita AS$15000 (56375) pada 2020. Tolong jaga nilai ringgit, harga barang dan kebajikan rakyat keseluruhannya?

Labels:

هرگ بارغ SST لبيه ماحل دغن GST? اداكه harga barang SST lebih mahal dengan GST

تيمنالن منتري كاءواغن داتوء احمد مزلن ڤرنه كات بارغ SST تيدق لبيه محل جك دكناكن GST. دلاڤوركن بهاوا اد ڤغگون يغ باير لبيه دغن GST. بليو مستيله منجلسكن كاءداءنڽ.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Mazlan pernah kata barang SST tidak lebih mahal jika dikenakan GST. Dilaporkan bahawa ada pengguna yang bayar lebih dengan GST. Beliau mestilah menjelaskan keadaannya.

Labels:

Sunday, June 14, 2015

هوسڤيتل-هوسڤيتل كورغ واغ.Hospital-hodpital kurang wang

هوسڤيتل-هوسڤيتل مغهادڤي ككورغن واغ كران كراجاءن ڤوتوغ ڤراوتوقن مغوروس 5%. ميثڽ هوسڤيتل اونيۏرسيتي كوالا لومڤور دسبوتكن سباگاي دڤوتوغ RM20 جوتا (كمدين دبري RM35 جوتا) سدغ مغعلمي كسوسهن.
Hospital-hospital menghadapi kekurangan wang kerana Kerajaan potong peruntukan mengurus 5%. Misalnya, Hospital Universiti Kuala Lumpur disebutkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan sebagai dipotong RM20.27 juta (kemudian diberi RM35 juta) sedang mengalami kesusahan.

Labels:

Saturday, June 13, 2015

نيلاي ريگيت مليسيا Nilai ringgit Malaysia

نيلاي US$1 سام RM3.8. اد ڤلباگاي سبب سڤرتي دولر اميريكا كوات دان هرگ ميپق رنده. كراجاءن مستي منجلسكن مغاڤ نيلاي ريغگيت تيدق كوكوه.
Nilai US$1 sama RM3.8. Ada pelbagai sebab seperti dolar Amerika kuat dan harga minyak rendah. Kerajaan mestilah menjelaskan mengapa nilai ringgit tidak kukuh.

Labels:

Bah besar Malaysia 2014 & RM750 juta. باه بسر مليسيا دان ڤراونتوقن

كراجاءن ڤوست ممڤراونتوءن RM750 جوتا باگي ممڤرباءيكي كمودهن اساس يغ روسق سڤرتي جالن دان جمبتن. تگه ڤپليويغن.
Kerajaan Pusat memperuntukkan RM750 juta bagi memperbaiki kemudahan asas yang rosak seperti jalan dan jambatan. Tegah penyelewengan.

Labels:

Friday, June 12, 2015

قدر تول جالنراي Kadar tol jalanraya

رعيت بيمبغ تول جالنراي باءيك ڤد تيمڤوه هاري. ڤردان منتري سدغ مرنوغ ساماد ممباير RM0.5 بيليون كڤد شريكت بركناءن اتاو ممبنركن قدر تول ملمبوغ..
Rakyat bimbang kadar tol jalanraya Malaysia akan naik pada tempuh hari. Perdana Menteri sedang merenung sama ada membayar RM0.5 bilion kepada syarikat berkenaan atau membenarkan kadar tol melambung.

Labels:

Thursday, June 11, 2015

باه بسر 2014: سباپق 1985 بواه رومه ككل ڤرلو دديريكن Bah besar

Menurut Menteri Dato' Seri Shahidan,1985 buah rumah kekal perlu dibina. Setakat ini, 21 buah siap, 266 sedang didirikan dan 79 hendak dimula. Ada pelbagai sebab. Semua pihak mesti berusaha.
منوروت منتري داتوء سري شحيدن, 1985 بواه رومه ككل ڤرلو دبينا. ستاكت اين, 21 بواه سياڤ, 266 سدغ دديريكن دان 79 هندق دمولا. اد ڤلباگاي سبب. سموا ڤيهق مستيله براوسها.

Labels:

مسءله 607 كمڤوغ بارو چيما Masalah 607 kampung baru Cina

منتري دوكتور ويي سبوت سكيم ڤينجمن RM100 جوتا, سكيم ناءيك تارۏ ايۏراستروكتور RM239 جوتا, سكيم ڤراوسهاءن كچيل دان سدرهان RM50 جوتا دان سكيم ڤنجاج RM30 جوتا دغن جومله RM419 جوتا. كراجاءن ڤرلو عملن عديل دان تياد ڤپليويغن. بريبو-ريبو كمڤوغ تراديسيونل جوگ مغهاداڤي ڤلباگاي مسءله.
Menteri Dr Wee sebut Skim Pinjaman RM100 juta, Skim Naik Taraf Infrastruktur RM239 juta, Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana RM50 juta dan Skim Penjaja RM30 juta dengan jumlah RM419 juta. Kerajaan perlu amalan adil dan ketiadaan penyelewengan.

Labels:

Wednesday, June 10, 2015

اوديت چوكاي GST Audit cukai

لمباگ حصيل دالم نگري مغاغگڤ ديري سباگاي براينتيگريتي. كيت برهارڤ اي منولوغ ڤارا ڤمباير چوكاي درڤد مسءله سڤرتي ڤمبليءن ڤاكيج كومڤوتر GST لبيه RM20000 ساءونيت.
Lembaga Hasil Dalam Negeri menganggap diri sebagai berintegriti. Kita berharap ia menolong para pembayar cukai daripada masalah seperti pembelian pakej komputer GST lebih RM20000 seunit.

Labels:

ايسو 1MDB

هارا اين, شريكت اوديت ديلويتتي جاوب سواءلن جاوتنكواس كيرا-كيرا واغ نگارا. كيت چاري بوكتي دان كبنرن.
Hari ini, syarikat audit Deloitte jawab soalan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Kita cari bukti dan kebenaran.

Labels:

Tuesday, June 09, 2015

لتق كريتا دان ناءيك ڤغغكوتن عوام Letak lereta dan naik pengangkutan awam

Aلتق كريتا دان ناءيك ڤغغكوتب عوام سباگاي عملن مميرلوكن تمڤت لتق كريتا دڤيغگير كوتا دغن بايرن يغ مناسبه. كراجاءن ترڤقسا مغاتاسي ككغن سڤرتي  بادن حرام مغواساي تمڤت لتق كريتا.
Amalan letak kereta dan naik pengangkutan awam memerlu tempat letak kereta di pinggir kota dengan bayaran munasabah. Kerajaan terpaksa mengatasi kekangan seperti badan haran menguasai tempat letak kereta.

Labels:

رنچغن مليسيا ك11 دان 260 بيليون ريغگيت.Rancangan Malaysia K-11 dan RM260 bilion.

رنچغن مليسيا ك11 ممڤراونتوقءن 260 بيليون ريغگيت اونتوق ڤمباغنن دري 2016 هيغگ 2020. اداله ڤرلو مغكاجي سمولا سيستم كاولن كواغن ترماسوق كمنتريان كواغن اگر تيدق برلاكو كبوچورن دان ڤپليويغن.
Rancangan Malaysia Ke-11 memperuntukkan RM260 bilion untuk pembangunan dari 2016 hingga 2020. Adalah perlu mengkaji semula sistem kawalan kewangan termasuk Kementerian kewangan agar tidak berlaku kebocoran dan penyelewengan.

Labels:

Monday, June 08, 2015

ڤي تي ڤي تي عين PTPTN

تيمنالن منتري ڤنديديقن داتوق كامالاناتن كات 25000 ڤمينجم سوده دكچواليكن بايرن باليق كران كڤوتوسن گيلغ. تۏصيرن مستي عديل. ڤارا ڤمينجم دگالقءن بكرجا دغن كوات اونتوق منداڤت كڤوتوسن چمرلغ.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Kamalanathan kata 25000 peminjam sudah dkecualikan bayaran balik kerana keputusan gilang. Tafsiran mesti adil. Para peminjam digalakkan bekerja dengan kuat untuk mendapat keputusan cemerlang.

Labels:

Sunday, June 07, 2015

GST: Masalah peniaga. مسءله ڤنياگ

منتري ڤرداگغن دالم نگري داتوء سري حاسن ممبريتاهو ديون رعيت بهاوا ڤيهقڽ تله ممريقسا 597833 ڤريميس دالم اوڤيراسي چاتوت. چگه چاتوت. تيندقن مستي عديل. اداله ڤرلو منيمبغ جوگ مسءله ڤارا ڤنياگ سڤرتي ڤمبليان ڤاكيج كومڤوترGST لبيه RM20000 ساءونيت.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dato' Seri Hasan Malek memberitahu Dewan Rakyat bahawa pihaknya telah memeriksa 597833 premis dalam Operasi Catut. Cegah catut. Tindakan mesti adil. Adalah perlu menimbang juga masalah para peniaga seperti pembelian pakej komputer GST lebih RM20000 seunit.

Labels:

Saturday, June 06, 2015

كاڤل بينتغ تيمور تغگلم دسوغاي چغ جياغ, چينا.Kapal Bintang Timur tenggelam di Sungai Chang Jiang:(Yangtze), ChinaJ

تعزيت كڤد كلوارگ 406 مغسا كاڤل بينتغ تيمور يغ تغگلم دسوغاي چغ جياغ. سموگ 36 يغ ماسيه هيلغ داڤت دتموي دان سموا واريث دلاين دغن باءيك.
Takziah kepada keluarga 406 mangsa Kapal Bintang Timur yang tenggelam di Sungai Chang Jiang. Semoga 36 yang masih hilang dapat ditemui dan semua waris dilayan dengan baik.

Labels:

Tulisan khat dari Syarahan Negeri-Negeri di China 3000 tahun yang lampau

Tulisan khat ini bererti bukan semua orang pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan. Di zaman moden, media sosial memaparkan pelbagai cerita, berita dan data. Bukan ramai yang menyelidiki perkara-perkara dengan saksama.

Labels:

توليسن خط دري شرحن-شرحن نگري-نگري دچينا 3000 تاهون يغ لمڤاو

توليسن خط(دري شرحن نگري-بگري دچينا 3000 تاهون يغ لمڤاو) برارتي بوكن سموا اورغ ڤندغ جاءوه دلايغكن, ڤندغ دكت دتوكيقءن. زمان اين ميديا سوسيال مماڤركن چريتا, بريتا دان داتا. سياڤ مپليديقي ڤركارا-ڤركارا دغن سقسام؟

Labels:

گمڤا بومي راباو سابه.Gempa bumi Ranau Sabah

سكورغ-كورغڽ دوا اورغ قربان دان 10 چدرا. لبيه 100 يغ ترڤرغكڤ دگونوغ كينابالو دسلامتكن. ڤد 1989, ساي براد د ڤونچق تليغا كلداي گونوغ ايت. كيني, ڤونچق ترسبوت هيلغ.
Sekurang-kurangnya 2 orang korban dan 10 cedera; lebih 100 yang terperangkap di Gunung Kinabalu diselamatkan. Semoga para penduduk Ranau selamat. Pada 1989, saya berada di puncak telinga keldai gunung itu. Kini, puncak tersebut hilang.

Labels:

Friday, June 05, 2015

ڤمبرسيهن راسواه سجاگت. Pembersihan rasuah sejagat

ڤردان منتري بريتون كيميرن هندق بغكيتكن كنسر راسواه دسيدغ كمونچق G7 (كراجاءن تركاي ددنيا). اين اداله ايكورن كريسيس واغ سوگوق Fifa, گابوغن ڤرساتوان-ڤرساتوان بولاسيڤق اينترناسيونل. راسواه وجود دمليسيا. رعيت سنتياس بيمبغ.
Perdana Menteri Britain Cameron hendak bangkitkan kanser rasuah di sidang kemuncak G7 (7 kerajaan terkaya di dunia). Ini adalah ekoran krisis wang sogok Fifa, gabungan persatuan-persatuan bolasepak internasional. Rasuah wujud di Malaysia. Rakyat sentiasa bimbang.

Labels:

Thursday, June 04, 2015

Rumah mampu milik in KL. رومه ممڤو ميليق دكوالا لومڤور

داتوء بندر كوالا لومڤور داتوء سري ۏيصل مغاولغي بهاوا متلامتڽ اونتوق ممبينا 27000 اونيت (اخيرڽ 50000 اونيت). سيلا ڤستيكن تيفق وجود ڤپليويغن سڤرتي بايرن باوه ميجا.
Datuk Bandar Muala Lumpur Datuk Seri Phesal mengulangi bahawa matlamatnya untuk membina 27000 unit (akhirnya 50000 unit). Sila pastikan tidak wujud penyelewengan seperti bayaran bawah meja.

Labels:

Wednesday, June 03, 2015

ڤپكيت MERS سيندروم ڤارو-ڤارو تيمور تغه penyakit MERS, sindrom paru-paru Timur Tengah

ڤپكيت اين منولر دكوريا سلاتن. ڤارا ڤلنچوغ مستيله برهاتي-هاتي. كراجاءن ڤرلو تيغكتكن لغكه ڤنپگهن سڤرتي كاولن دان ساريعن دسموا ڤينتو ماسوق انتارابغسا.
Penyakit ini menular di Korea Selatan. Para pelancong mesti berhati-hati. Kerajaan perlu tingkatkan langkah pencegahan seperti kawalan dan saringan di semua pintu masuk antarabangsa.

Labels:

Tuesday, June 02, 2015

نيلاي ريغگيت سوسوت Nilai ringgit susut

نيلاي ريغگيت سوسوت 1 هيغگ 11.2% بربنديغ دغن دولر اميريكا شريكت. ميثلڽ  US$1 سام دغن RM3.69. سببڽ ترماسوق دولر اميريكا كوات دان هرگ ميپق رنده.اداكه اوسها كراجاءن سڤرتي ممباغن ڤاسرن ڤرتوكارن اسيغ دالم نگري بركسن؟
Nilai ringgit susut 1 hingga 11.2% berbanding dengan dolar Amerika Syarikat. Misalnya US$1 sama dengan RM3.69. Sebabnya termasuk dolar Amerika Syarikat kuat dan harga minyak rendah. Adakah usaha Kerajaan seperti membangun pasaran pertukaran asing dalam negeri berkesan?

Labels:

Monday, June 01, 2015

ترنسيت لانو باسBRT سانويي 5.4 كيلوميتير Transit laju bas Sunway 5.4 kilometer

ڤردان منتري داتوء سري ناجيب اكوي بهاوا سيستم ڤغغكوتن عوم لام گگل. بليو ڤرچاي باس ايليكتريك BRT اكن برجاي. كيت صبر مليهت سمبوتن رعيت, ڤغوروسن دان مپلغگاراءنڽ.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib akui bahawa sistem pengangkutan lama gagal. Beliau percaya bas elektrik BRT akan berjaya. Kita sabar melihat sambutan rakyat, pengurusan dan penyelenggaraannya.

Labels: