Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, March 31, 2015

PATI: Pendatang Tanpa Izin & Kementerian

PATI menjadi isu berdekad-dekad. Pada 2014, Kementerian Dalam Negeri melancarkan operasi 5452 kali dan menangkap 37644 orang PATI yang bilangannya mungkin lebih 6 juta orang dan jalan tikus di sempadan adalah lebih 800.

Labels:

ڤاتي: ڤنداتغ تنڤا ايزين & اوڤيراسي كمنتريان

ڤاتي منجادي ايسو برديكد-ديكد. ڤادا تاهون 2014, كمنتريان دالم نگري ملنچركن اوڤيراسي 5452 كالي دان منغكڤ 37644 اورغ ڤاتي يغ بيلغنڽ لبيه 6 جوتا اورغ دان جالن تيكوس دسمڤادن اداله لنيه 800.

Labels:

Insinerator Beringin Kepong, Stesen Pemindahan dan bau

Stesen Pemindahan boleh memampat 1700 tan sehari. Tetapi, sampah dari Kuala Lumpur adalah lebih 2400 tan sehari. Kemudahan rosak dan kumbahan berbau. Kerajaan patut menambahbaikkan keadaan.

Labels:

اينسينيراتور بريغين كڤوغ: ستيسين ڤميندهن داب باءو

ستيسين ڤميندهن بوليه مممڤتكن 1700 تان سمڤه سهاري. تتاڤي, سمڤه دري كوالا لومڤور اداله لنيه 2400 تان سهاري. كمودهن روسق دان كومبهن برباءو. كراجاءن ڤاتوت منمبهناءيككن كاءداءن.

Labels:

ديون رعيت: كاكيتاغن هوسڤيتل

دالم ڤربلنجاءن تمبهن, 201 جوتا ريغگيت اداله باگي ايمولومن كاكيتاغن كمنتريان كصيحتن ڤد تاهون 2014. دغن ايكونومي تيدق ترتنتو, بيلغن ڤساكيت برتمبه دهوسڤيتل عوم دان سناراي منوغگو لنيه ڤنجغ. كيت ڤرلو ڤرخيدماتن لبيه باءيك دان سيكڤ يغ سوڤن دري كاكيتاغن هوسڤيتل دان كلينيك عوم.

Labels:

Dewan Rakyat: Hospital awam Malaysia

Dalam perbelanjaan tambahan RM201 juta adalah  bagi emolumen kakitangan Kementerian Kesihatan pada tahun 2014. Dengan ekonomi tidak tertentu, bilangan pesakit bertambah lebih baik dan sikap yang sopan dari kakitangan hospital dan klinik.

Labels:

Monday, March 30, 2015

هاري اين برمولا GST دمليسيا. برڤولوه ريبو كاكيتاغن كراجاءن دري كستم, لمباگ حاصيل دالم نگري دان كمنتريان ڤرداگغن دالم نيگري مستيله برسيكڤ مسرا دان منولوغ ڤارا ڤمباير چوكاي.

كاكيتاغن كراجاءن دان GST

هاري اين برمولا GST دمليسيا. برڤولوه ريبو كاكيتاغن كستم, كمنتريان ڤرداگغن دالم نگري دان لمباگ حاصيل دالم نگري مستيله برسيكڤ مسرا دان سغگوڤ منولوغ ڤارا ڤمباير چوكاي.

Labels:

GST dan kakitangan kerajaan

Hari ini bermula GST di Malaysia. Berpuluh ribu kakitangan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri mestilah bersikap mesra dan menolong para pembayar cukai.

Labels:

Banjir besar dan rumah kekal

Peruntukan bagi rumah kekal mangsa yang layak adalah RM145 nuta termasuk infrastruktor (RM30 juta). Projek ini haruslah dilaksanakan dengan  bagus.

Labels:

بنجير بسر مليسيا: رومه ككل

ڤرونتوقن باگي رومه ككل مغسا يغ لايق اداله 145 جوتا ترماسوق ايۏراستروكتور. ڤرونيك اين مستيله دلقساناكن دغن باگوس.

Labels:

Sunday, March 29, 2015

Dewan Rakyat

Hari ini, ahli parlimen diberi Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015. Kuasa penangkapan dan reman, lembaga pencegahan keganasan dan tahanan tanpa bicara adalah hebat. Jangan salahguna kuasa ini.

Labels:

ديون رعيت

ديون رعيت: هاري اين اهلي ڤرليمن دبري رغ اوندغ-اوندغ ڤنچگهن كگانسن 2015. كواس ڤنغكڤن دان ريمن, لمباگ ڤنچگهن كگاناسن دان تاهانن تنڤا بيچارا اداله هيبت. جاغنله سالهگون كواس اين.

Labels:

Saturday, March 28, 2015

Menggelapkan bumi sejam

Semalam, ramai di dunia menggelapkan banyak tempat untuk sejam sebagai tanda menginsafkan perubahan iklim bumi manusia.

Labels:

مغگلڤكن بومي سجم

سمالم, راماي ددنيا مغگلڤكن باپق تمڤت اونتوق سجم سباگاي تندا مغانصاڤكن ڤروبهن اقليم بومي ماءنسي.

Labels:

Jam bumi

Jam bumi adalah dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Sila padamkan lampu elektrik jika boleh sebagai tanda perhatian.

جم بومي

جم بومي اداله دري 8.30 مالم هيغگ 9.30 مالم. سيلا ڤادمكن لمڤو ايليكتريك جك بوليه سبگاي تندا ڤرهاتيان.

Labels:

جم نومي

جم بومي اداله دري 8.30 مالم هيغگ 9.30 مالم 29 مج 2015. سيلا ڤادمكن لمڤو ايليكتريك اونتوق ساتو جم سباگاي تندا ڤرهاتيان.

Labels:

Friday, March 27, 2015

Daun ketum: ubat tahan sakit?

Sekolah Menegah Sultan Mohamed Jiwa menerima anugerah kerana guna ekstrak daun itu sebagai ubat tahan sakit dengan galakan Universiti Sains Malaysia. Kita berharap eksperimen dapat diteruskan. Penilaian ambil masa. Sementara itu, banteraskanlah penyalahgunaan daun tersebut secara menyeluruh.

Labels:

Nahas Germanwings 9525

Pembantu juruterbang adalah disyaki menjatuhkan pesawat dan membunuhkan 149 mangsa. Suspek didapati sembunyi penyakit. Apakah jenisnya?

Labels:

نحس Germanwings 9525

ڤمبنتو جوروتربغ دشكي منجاتوهكن ڤساوت دان ممبونوه 149 مغسا. سوسڤيق دداڤتي سمبوپي ڤپاكيت. اڤاكه جنيسڽ؟

Labels:

نحس Germanwings 9525

Pembantu juruterbang adalah disyaki menjatuhkan pesawat dan membunuh 149 mangsa. Suspek didapati sembunyi penyakit. Apakah jenisnya?

Labels:

Pelaksanaan GST

Jabatan-jabatan berkenaan seperti kastam sedang wujudkan peraturan dan senarai bebas GST. Kita berharap semua ini madah difaham dan pegawai-pegawai adalah mesra dan sanggup membantu para pembayar cukai.

Labels:

ڤلوساءن GST

جابتن-جابتن بركناءن سڤرتي كستم وجودكن ڤراتورن دان سناراي بارغ- بارغ بيبس GST. كوت برهارڤ سموا اين اداله موداه دۏاهم دان ڤگاواي-ڤگاواي اداله مسرا دان سغگوڤ ممبنتو ڤارا ڤمباي چوكاي.

Labels:

Thursday, March 26, 2015

Nahas Germanwings A320

Pendakwa Marseille membongkar dari satu kotak hitam bahawa juruterbang bersama sengaja menjatuhkan pesawat terhempas, membunuhkan diri, 142 penumpang dan 5 anak kapal. Menggemparkan.

Labels:

نحس ڤنربغن 9525 جرمن ويغس A320

ڤندعوا مارسيعل, ڤرانچيس, ممبوغكر دري ساتو كوتق هيتم بهاوا جوروتربغ برسام سغاج منجاتوهكن ڤساوت ترهمڤس, ممبونوهكن ديري, 142 ڤنومڤغ دان 5 انق كاڤل. مغگمڤركن.

Labels:

Wednesday, March 25, 2015

Janji POTA dikota

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berjanji bahawa Akta Pencegahan Pengganas (POTA) tidak akan digunakan sebagai alat politik, hanya bagi keselamatan sahaja, menentang militan.

Labels:

جنجا ڤوتا دكوتا

ڤردان منتري داتوء سري ناجب برجنجي بهاوا اكتا ڤنچگهن ڤغگانس (POTA) تيفق اكن دگوناكن سباگاي الت ڤوليتيك, هاڽ باگي منجاگ كسلامتن سهاج, مننتغ ميليتان.

Labels:

Tuesday, March 24, 2015

Bolasepak Malaysia

Kementerian Sukan kata ada projek pembangunan bolasepak negara, initiatif-initiatif, pusat-pusat kecemerlangan dan ribuan pelatih untuk meningkatkan mutu bolasepak. Adakan Persatuan Bolasepak Malaysia akan menopang projek ini dengan berkesan.

Labels:

بولاسيڤق مليسيا

كمنتريان سوكن كات اد ڤروجيق ڤمباغنن بولاسيڤق نگارا, اينيشياتيۏ-اينيشياتيۏ, ڤوست-ڤوست كچمرلغن دان ريبوان ڤلاتيه. اداكه ڤرساتوان بولاسيڤق مليسيا اكن منوڤغ ڤروجيق اين دغن بركسن.

Labels:

Nahas pesawat Germanwings (Lufthansa)

Pesawat Airbus A320 dari Barcelona ke Dusseldorf terhempas di Gunung Alps, selatan Perancis, dengan 142 penumpang dan 6 kru. Tempat kejadian adalah bergunung dan bersalji tebal.

Labels:

نحس ڤساوت Germanwings د الڤس, ڤرانچيس.

ڤساوت Airbus 320 دري بارسيلونا, سڤاپول,ك دوسيلدوۏ, جرمن, ترهمڤس د گونوغ الڤس, ڤرانچيس دغن 140 ڤنومڤغ دان 6 كرو. تمڤت كجاديان اداله  برگونوغ دان برسلجي تبل.

Labels:

نحس ڤساوت د گونوغ الڤس, ڤرنچيس.

ڤساوت Airbus 320 دري Germanwings)Lufthansa) ڤنربزغن كوس رنده دري باسيلونا,سڤاپول ك ديسيلدوۏ, جرمن, ترهمڤس د گونوغ الڤس, سلاتن ڤرانچيس, دغن 142 ڤنومڤغ دان 6 كرو. تمڤت كجاديان اداله برگونوغ دان برسلجي تبل.

Labels:

Monday, March 23, 2015

Permata: 7 jenis projek

Tujuh jenis projek Permata dari Projek Perintis ke Hospital Kanak-Kanak. Ada 88 buah pusat Permata dengan 2317 kanak-kanak dan peruntukan RM575 juta. Jabatan Perdana Menteri mestilah menjelaskan tentang pembaziran dan pemantauan kurang berkesan.

Labels:

ڤرمات: 7 جنيس ڤروجيك

7 جنيس ڤروجيق ڤرمات دري ڤروجيق ڤرينتيس ك هوسڤيتل كانق-كانق. اد 88 بواه ڤوست ڤرمات دغن 2317 كانق-كانق دان ڤروتوقن 575 جوتا ريغگيت. جابتن ڤردان منتري مستيله منجلسكن تنتغ ڤمبازيرن دان ڤمنتسوءان كورغ بركسن.

Labels:

Tambang teksi

Media terus melaporkan para pemandu melawan arahan Kabinet dan tidak akan menangguh kenaikan tambang teksi. Kita menanti tindakan Kabinet.

Labels:

تمبغ تيكسي

ميديا تروس ملاڤوركن بهاوا ڤارا ڤمندو ملاون ارهن كابينيت دان تيدق اكن منغگوه كناءيكن تمبغ تيكسي. كيت مننتي تيندقن كابينيت.

Labels:

Pelaksanaan Penilaian Tingkat Tiga, PT3.

PT3 yang mula dilaksanakan untuk menilai pelajar tingkatan 3 secara menyeluruh. Timbalan Menteri Datuk Kamalanathan mestilah memastikan para guru yang mahir, para murid yang faham dan suasana yang sihat.

Labels:

ڤنيلايءن تيغكتن تيگ PT3

ڤلقساناءن PT3داغگڤ سباگاي لغكه يغ بوليه منيغكتكن كاوڤايءن ڤلاجر سچارا مپلوروه. تيمبالن منتري ڤنديديقن داتوء كامالاناطان مستيله منونجوقن كماهيرن گورو دان ڤماهمن ڤلاجراونتوق ڤنيلايءن اين.

Labels:

Sunday, March 22, 2015

Dewan Rakyat: Banjir

Menteri Datuk Seri Palanivel jawab soalan darihal kajian komprehensif banjir termasuk banjir lumpur Cameron Highlands. Semoga semua pihak menjaga alam sekitar.

Labels:

ديون رعيت: بنجير

منتري داتوء سري ڤالانيۏل جاوب سوالن ترماسوق كاجيان كومڤريهنسيۏ سبب-مسابب بنجير ترماسوق بنجير لومڤور دكيميرون هايلندس. سموگ سموا ڤيهق منجاگ علم سكيتر.

Labels:

Takziah kepada keluarga Lee Kuan Yew

تعزياه كڤد كلوارگ لي كوان ييو

Labels:

Tambang teksi naik?

Media melaporkan bahawa para pemandu akan menaikkan tambang teksi tanpa mengira arahan Kabinet untuk menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam. Kita tunggu Kabinet mengesahkan dan tindakan munasabah.

Labels:

تمبغ تيكسي ناءيك؟

ميديا ملاڤوركن بهاوا ڤارا ڤمندو اكن مناءيكءن تمبغ تيكسي تنڤا مغيرا ارهن كابينيت اونتوق منغگوهكن كناءيكن تمبغ ڤغاغكوتن عوم. كيت توغگو كابينيت مغصحكن حال اين دان تيندقن يغ مناسبه.

Labels:

Militan: serangan, pengeboman dan pembunuhan

Sensitiviti tentang hukum jenayah syariat seperti hudud politik parti bertambah dengan serangan muzium Tunisia yang mengakibatkan 25 kematian dan pengeboman masjid di Yemen dengan 124 orang terkorban. Ini dipercayai dilakukan oleh militan IS.

Labels:

ميليتان: سنسيتيۏيتي برتمبه

سنسيتيۏيتي تنتغ حكوم جنايه شريعت سڤرتي هودود ڤرتي ڤوليتيك برتمبه دغن ڤغگانسن سماچم سرغن موزيوم تونيسيا يغ  عقيبتكن 25 كماتيان دان ڤغبومن مسجيد دييمن دغن 124 اورغ ترقوربن. اين دڤرچايءي دلاكوكن اوليه ميليتان IS.

Labels: ,

Saturday, March 21, 2015

Selamat Hair Air Dunia.

Jagalah dengan baik dari pokok di kawasan tadahan, pencemaran kilang, sampah di longkang, sungai dan laut. Jimatkan air.

Labels: , ,

Tulisan khat: Fikirkanlah perasaan orang lain.

Malaysia mempunyai pelbagai agama. Setiap agama ada sensitiviti. Bukan Islam sangat peka kepada hukum jenayah syariat. Penganut Islam ada perasaan tertentu. Semoga setiap agama memahami sensitiviti agama lain.

Labels: ,

Thursday, March 19, 2015

Harga barang

Tambang teksi, keretapi dan bas ekspres naik lebih 40%. Pengerusi SPAD kata ini kerana kos naik. Pelaksanaan GST, nilai ringgit jatuh dan harga minyak surut merumitkan keadaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri menjalankan kempen kurangkan harga.

Labels:

هرگ بارغ ناءيك

تمبغ تيكسي, كريتاڤي دان باس ايكسڤريس ناءيك لبيه 40%. ڤغروسي SPAD كات اين كران كوس ناءيك. ڤلقساناءن GST, نيلاي ريغگيت جاتوه دان هرگ ميپق سوسوت مروميتكن كاءداءن. منتري ڤرداگغن دالم نگري سدغ منجالنكن كمڤين كورغكن هرگ.

Labels:

Insinerator Beringin Kepong: 3 penender

Timbalan Menteri Perumahan Datuk Halimah ujar di Dewan Rakyat bahawa projek ini berada di peringkat kedua tender terbuka antarabangsa. Apabila kita tunggu 3 penender sedang dinilai, kumbahan di Stesen Pemindahan Sampah menyinggung. Sila ambil tindakan.

Labels:

اينسينيراتور بريغين كڤوغ: 3 ڤنيندر سدغ دنيلاي.

تيمبالن منتري ڤرومهن داتوء هاليمه اوجر دديون رعيت بهاوا ڤروجيك اين براد دڤريغكت كدوا تيندر تربوك انتارابغسا. كيت توغگو 3 ڤنيندر سدغ دنيلاي. اڤبيلا كيت توغگو, باءو كومبهن دستيسين ڤميندهن مپيغگوغ. سيلا امبيل تيندقن.

Labels:

Wednesday, March 18, 2015

Dewan Rakyat: salahguna media sosial

Mesej buruk membanjiri media sosial. Militan IS guna media ini bagi merekrut remaja. Kita mestilah berusaha khasnya Kementerian Multimedia untuk membendung kegiatan ini.

Labels:

ديون رعيت: ميليتان دان ميديا سوسيال

ميسيج بوروق ممبنجيري ميديا سوسيال. ميليتان IS گوناڽ باگي ركروت رماج. كيت براوسها خاسڽ كمنتريان مولتيميديا ممبندوغ كگياتن اين.

Labels:

Dewan Rakyat: Isu keganasan keatas wanita

Saya membangkitkan isu keganasan ke atas wanita lebih 4000 kes dan rogol lebih 3000 setahun di Malaysia. Mungkin puluhan ribu kes setahun. Kerajaan mestilah mengambil tindakan menyeluruh termasuk jabatan khas di hospital untuk membantu mangsa.

Labels:

ديون رعيت: تاغني ايسو كگانسن كاتس وانيتا سچارا مپلوروه

ساي بغكيتكن ايسو كگانسن كاتس وانيتا لبيه 4000 كيس دان روگول لبيه 3000 كيس ستاهون. موغكين ڤولوهن ريبو كيس ستاهون. كراجاءن مستيله مغمبيل تيندقن مپلوروه ترماسوق جابتن خاس د هوسڤيتل.

Labels:

Tuesday, March 17, 2015

Dewan Rakyat: Pemandu jadi pemangkin perubahan

Pemandu diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan. Ia sebutkan 196 projek dengan sejumlah RM219.3 bilion pelaburan. Ia dikatakan memberi RM100 juta kepada sebuah syarikat bagi ujian klinikal stem sel dan sendi yang disifatkan inovatif. Adakah ujian ini cocok dengan standard antarabangsa? Adakah jaguh badminton Lee Chong Wei menerima rawatan dari syarikat itu?

Labels:

ديون رعيت: ڤروجيك ڤمندو

ڤمندو دبري مندت اونتوق منجادي ڤمغكين ڤروبهن. اي سبوتكن 196 ڤروجيك دغن سجومله 219.3 بيليون ڤلابورن. اي دكاتاكن ممبري 100 جوتا ريغگيت كڤد سبواه شريكت اونتوق اوجيان كلينيكل ستيم سيل دان سندي يغ دسيۏتكن اينوۏاتيۏ. اداكه اوجيان ترسبوت چوچوق دغن ستندرد انتارابغسا؟ اداكه لي چوغ ويي منريما راوتن دري شريكت ايت.

Labels:

Dewan Rakyat: ucapan

Semalam, saya berucap darihal akta menentang militan, penanganan penganiayaan ke atas wanita dan projek Pemandu di bawah Jabatan Perdana Menteri. Adalah perlu untuk menggubal akta bagi membanteras militan. Jangan salahguna akta tersebut.

Labels:

ديون رعيت: اوچاڤن

سمالم ساي براوچڤ دريحل اكتا مننتغ ميليتان, تاغنن ڤغانيايءان كاتس وانيتا دان ڤروجيك ڤمندو دباوه جابتن ڤردان منتري. اداله ڤرلو مغگوبل اكتا ممبنتزس ميليتان. جاغن مپلهگون اكتا ترسبوت.

Labels:

Militan: ASEAN bersatu menentang IS.

Sepuluh menteri pertahanan ASEAN bersatu untuk mengongsi maklumat dan menentang militan IS. Kita mestilah berpakat.

Labels:

ميليتان: اسيان ڤرغي IS.

سڤولوه منتري ڤرتاهنن اسيان برساتو اونتوق بركوغسي معلومت دان اوسها مننتغ انچمن IS درنتاو اين. كيت مستي برڤاكت.

Labels:

Monday, March 16, 2015

Insinerator Beringin Kepong:

Timbalan Menteri Perumahan Datuk Halimah memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek sisa ke tenaga ini adalah dalam peringkat tender terbuka dan kajian penilaian alam. Kita memantau sama ada ia ikut cara antarabangsa.

اينسينيراتور بريغين كڤوغ: ڤريغكت تندر تربوك.

تيمبالن منتري ڤرومهن ممبريتاهو ديون رعيت بهاوا ڤروجيت سيسا ك تناگ اين اداله دالم ڤريغكت تندر تربوك دان كاجيان ڤنيلاياءن علم. كيت ممنتاو سام اد اي ايكوت چارا انتارابغسا

Labels:

Sunday, March 15, 2015

Banjir besar 2014 akibat kerugian lebih RM2.8 bilion

Pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjawab soalan mengenai musibah banjir. Nahas sebesar itu mungkin berlaku 100 tahun sekali. Beliau bincang pelbagai segi seperti pengurusan, pemulihan, kelestarian alam sekitar dan tebatan. Semua projek pemulihan dan tebatan mestilah dilaksanakan dengan baik.

Labels:

بنجير بسر عقيبتكن كروگيان لنيه 2.8 بيليون ريغگيت

ڤاگي اين, ڤردان منتري داتوء سري ناجيب منجاوب سوءلن مغناءي موصيبت بنجير. نحس سبسر ايت موغكين برلاكو 100تاهون سكالي. بليو بينچغ ڤلباگاي سگي سڤرتي ڤغوروسن, ڤموليهن, كليستاريان علم سكيتر دان تبتن. سموا ڤروجيك ڤموليهن دان تبتن مستيله دلقساناكن دغن باءيك.

Labels:

بنجير بسر دمليسيا دان سيستم امارن

تيمنالن ڤردان منتري ملاوت جڤون يغ دتيمڤا باپق مالاڤتاك اونتوق بلاجر چارا مغهادڤي بنچان. بليو ماهو سيستم امارن سلوروه نگارا. كيت هندق سيستم يغ بنر-بنر بركسن.

Labels:

Selamat Hari Hak Pengguna Dunia

Selanat Hari Hak Pengguna Dunia.

Labels:

Rancangan Pendidikan Tinggi: graduan seimbang.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris ujar tentang graduan seimbang dengan CGPA Integrated Cumulative Grade Point (Poin Gred Kumulatif Bersepadu). Kita menggalakkan konsep ini. Tetapi, ada pelbagai masalah seperti pentadbiran universiti yang tembam, tidak berminat dan kadangkala bersabotaj. Sila menyelesaikannya.

Labels:

رنچغن ڤنديديقن تيغگي: ڤنتدبيرن تمبم دان سابوتج

منتري ڤنديديقن كدوا داتوء سري ايدريس اوجر تنتغ گرادوان يغ ساءيمبغ دغن(CGPA Integrated cumulative grade point) ڤوءين گريد  كومولاتيۏ برسڤادو. كيت مغگالقكن كونسيڤ اين. تتاڤي دري ڤلباگاي مسءله, ڤنتدبيرن اونيۏيرسيتي يغ تمبم, تيدق برمينت دان كادغكالا برسابوتج مستيله دبري ڤرهاتيان.

Labels:

Saturday, March 14, 2015

Akta Pencegahan Pengganas (POTA) dan Akta Pejuang Asing (FFA)

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid hendak bentang dua undang-undang baharu dan mminda lima akta di Dewan Rakyat  untuk membanteras militan. Akta Pencegahan Pengganas (POTA) dan Akta Pejuang Asing (FFA) adalah bagi mencegah pengganas dalam negara dan pejuang asing dari bersinggah di Malaysia. Apa sahaja yang dijanjikan, yang pentingnya akta ini tidak disalahguna.

Labels: ,

اكتا ڤنچگهن ڤغگان(POTA) دان اكتا ڤجواغ اسيغ(FFA)

داتوء سري زاحيد هندق بنتغ اوندغ-اوندغ بهارْق دان مميندا ليم اكتا اونتوق ممبنترسكن ميليتان. اكتا ڤنچگهن ڤغگانس (POTA) دان اكتا ڤجواغ اسيغ (FFA) اداله باگي منچگه ڤغگانس دالم نگارا دان ڤجواغ اسيغ دري برسيغگه دمليسيا. اڤ سهاج يغ دجنجيكن, يغ ڤبتيغڽ اكتا اين تيدق دسالهگون.

Labels: ,

KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Adalah penting bagi semua pihak termasuk media memperingatkan orang ramai di Malaysia bahawa lebih 70% ahli KWSP tidak boleh bergantung kepada simpanannya untuk hidup selepas bersara. Seorang ahli hanya boleh keluarkan kurang RM800 sebulan selepas bersara. Rakyat perlu merancang dan Kerajaan membantu.

Labels:

كومڤولان سيمڤانن ڤكرجا KWSP

اداله ڤنتيغ باگي ميديا سنتياس ممڤرايغتكن اورغ راماي بهاوا لبيه 70% اهلي KWSP تيدق داڤت برگنتوغ كڤد سيمڤاننڽ سلڤس برسارا. ساءورغ  اهلي هاڽ بولته كلواركن دري سيمڤانن كورغ دري RM800 سبولن. رعيت ڤرلو مرنچغ دان كراجاءن ممبنتو.ڤد 2030 داغگركن لبيه 17%رعيت مليسيا براومور 65 تاوهن كاتس.

Labels:

Tulisan khat erti pemimpin wanita, heroine.

Pemimpin wanita berkuasa di sesetengah negara adalah termasuk Perdana Menteri India Indira Gandhi, PM Pakistan Banazir Bhutto, Presiden Sri Lanka Srimavo Bandaranaiki. Kini, PM Jerman Angela Merkel, PM Norway Erna Solberg, Presiden Argentina Christina Fernandez dan Presiden Brazil Dilma Rouseff.
     WHO kata di kalangan 3.5 bilion wanita, ada 33% mangsa penganiayaan domestik dan 7% berisiko rogol. Di Brazil, 15 wanita di bunuh dalam keganasan domestik setiap hari. Malaysia mestilah menangani isu ini secara menyeluruh.

Labels:

Mutu pendidikan Malaysia:berbanding dengan Amerika Syarikat?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin kurang senang dengan mutu pendidikan negara ini, berbanding dengan negara seperti Amerika Syarikat. Kita belanja hampir RM40 bilion setiap tahun. Ada banyak faktor, misalnya peruntukan pembangunan profesionalisme bagi latihan guru telah dikurangkan dari RM1.5 bilion kepada RM960 juta. Kita mendesak supaya kualiti lebih 400,000 guru dipertingkatkan. Guru bijak, pelajar pandai. Pendidikan tidak boleh dicampurkan dengan politik.

Labels: ,

موتو ڤنديديقن كورغ باءيك؟

تيمنالن ڤردان منتري كورغ سنغ دغن موتو ڤنديديقن نگارا اين بربنديغ دغن پگارا سڤرتي اميريكا شريكت. كيت بلنجا همڤير 40  يليون ريغگيت ستياڤ تاهونن. اد باپق ۏكتور, ميثلڽ ڤرونتقن ڤمباغونن ڤروۏيسيونليسمي باگي لاتيهن گورو تله دكورغكن دري RM1.5 بيلتون كڤد كيرا-كيرا 960 جوتا. كيت مندسق سوڤاي موتو لبيه 400,000 گورو دڤرتيغكتكن. گورو بيجق, ڤلاجر ڤنداي. ڤنديديقن تيدق بوليه دچمڤوركن دغن ڤوليتيك.

Labels:

Friday, March 13, 2015

Mangsa kemalangan jalanraya

Mangsa kemalangan di jalanraya Malaysia menghadapi penipuan dan pemerasan oleh truk tunda yang kejar ke tempat kejadian. Kereta mangsa dibawa ke woksyop dan bayaran untuk servis paksa ini beribu-ribu ringgit. Kerajaan mestilah siasat kegiatan truk dan woksyop penghisap benak itu untuk memelihara orang ramai.

Labels:

مغسا كمالغن جالنراي مليسيا

مغسا كمالغن مغهادڤي ڤنيڤوان دان ڤمرسن تراق توندا يغ كجر ك تمڤت كجاديان. كريتا مغسا دباوا ك ووكشوڤ دان بايرن اونتوق سيرۏيس ڤقسا اين بريبو-ريبو ريغگيت. كراجاءن مستيله سياست كگياتن تراق دان ووكشوڤ ڤغهيسڤ بنق ايت اونتوق ممليهارا اورغ راماي.

Labels:

Thursday, March 12, 2015

ديون رعيت: جاوڤن مغناي 1MDB

منتري كواغن 11 جاوب سوالن 1MDB دان سبوتكن اسيت, ڤرنياگاءن دان كواغن سرتا مسءله اليرن توناي. جابتن اوديت دان جاوتنكواس كيرا-كيرا واغ اكن سياست كاءداءن سبنرڽ.

Labels:

Dewan Rakyat: jawapan mengenai 1MDB

Menteri Kewangan 11 Datuk Seri Husni sentuh aset, perniagaan dan kewangan mengenai 1MDB dan sebutkan masalah aliran tunai. Jabatan Audit dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang akan menyiasat keadaan sebenarnya.

Labels:

Wednesday, March 11, 2015

Dewan Rakyat: Komuniti ASEAN

Kementerian Luar Negeri janji akan laksanakan projek komuniti ASEAN sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. Kita berharap semua projek dapat dijayakan. Masalah para pengganas dari selatan Filipina dan isu di sempadan Malaysia dan Thailand mestilah diselesaikan.

Labels:

ديون رعيت: كومونيتي اسيان (ASEAN)

كمنتريان لوار نگري جنجي ملقساناكن ڤروجيق ۏيسي كومونيتي سباگاي ڤغروسي اسيان. كيت برهارڤ سموا رنچغن داڤت دجاياكن. مسءله ڤارا ڤغگانس دري سلاتن ۏيليڤينا دان ايسو د سمڤادن مليسيا دان ظايلند مستيله دسلسايكن.

Labels:

Dewan Rakyat: jawapan Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan memakai kriteria untuk pennubuhan universiti swasta (IPTS) seperti kewangan syarikat, kualiti kursus, kakitangan akademik, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan, penyelidikan dan pembangunan serta pengantarabangsaan. Setalat mana 21 IPTS perubatan mematuhi kriteria ini? Apakah keberkesanan pemantauan? Kerajaan ada moratorium (pembekuan) ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan selama 5 tahun mulai 1 Mei, 2011.

Labels:

ديون رعيت: جاوڤن منتري ڤنديديقن.

كمنتريان ڤنديديقن مماكاي كريتيريا اونتوق ڤنوبوهن اونيۏيرسيتي سوستا (IPTS) اداله كواغن شريكت, كواليتي كورسوس, كاكيتاغن اكاديميك, ڤغاجارن دان ڤمبلاجرن, ڤغوروسن, ڤپليديقن دان ڤمباغنن سرتا ڤغانتارابغساءن. ستاكت مان 21 IPTS ڤروبتن مماتوهي كريتيريا اين؟ اڤاكه كبركسنن ڤمنتاوءان؟ كراجاءن اد موراتوريوم (ڤمبكوءان) كاتس ڤناورن كورسوس بهارو بيدغ ڤروبتن سلام 5 تاهون مولاي 1 مي 2011.

Labels:

Tuesday, March 10, 2015

Hari Wanita Antarabangsa

Gambar ini memaparkan Maria Chin Abdullah, Tan Seng Giaw dan Wan Azizah membincang masalah wanita seperti keganasan keatas wanita. Pada 2012, terdapat 3488 kes penganiayaan wanita dan 2988 kes rogol di Malaysia. Bagi setiap kes rogol, dianggarkan ada 9 kes tidak dilaporkan. Ini bermakna, setiap tahun mungkin ada puluhan ribu kes penganiayaan wanita dan puluhan ribu kes rogol. Langkah-langkah menangani masalah ini perlu dipertingkatkan.

Labels:

هاري وانيتا انتارابغسا

گمبر مماڤركن ماريا چين عبدوله, تان سيغ گياو دان وان ازيزه ممبينچغ مسءله وانيتا سڤرتي كگانسن اتس وانيتا. اين برمعنا ستياڤ تاهون موغكين ترداڤت ڤولوهن ريبو كيس ڤغانيايءن وانيتا دان ڤولوهن ريبو كيس روگول. سموا لغكه اونتوق مناغني مسءله اين دڤرتيغكتكن.

Labels:

Monday, March 09, 2015

Dewan Rakyat:soalan?

Pagi ini, Menteri Datuk Seri Shahidan sebutkan punca banjir: hujan terlalu lebat, kawasan tadahan kurang pokok dan air pasang pada 14-24 Disember, 2014 di Pantai Timur, Semenanjung. Tetapi, beliau kurang menjawab tentang langkah mencegah penyelewengan dalam pemberian bantuan, nama kawasan tadahan yang kurang pokok dan tindakan selanjutnya.

Labels:

ديون رعيت: سوالن بنجير

ڤاگي اين, منتري داتوء سري شهيدن سبوتكن ڤونچا بنجير: هوجن ترلالو لبت, كاواسن تادهن كورغ ڤوكوق دان اير ڤاسغ ڤد 14-24 ديسيمبر 2014 دڤنتاي تيمور, سمننجوغ. تتاڤي, بليو كورغ منجاوب تنتغ لغكه منچگه ڤپليويغن دالم اوسها ڤمبريان بنتوان, نام كاواسن تادهن يغ كورغ ڤوكوق دان تيندقن سلنجوتڽ.

Labels:

Militan

Di Dewan Rakyat, Seri Paduka Baginda bertitah mengenai usaha memperkukuhkan kawalan keselamatan dan membendung fahaman pelampau. Kita perlu menentang militan seperti IS.

Labels:

ميليتان: اجارن سست.

دديون رعيت, سري ڤادوك باگيندا تيته مغناءي اوسها ممبندوغ ڤواق ڤلمڤاو دان فهامن سستڽ دان اوسها ممڤركوكوهكن كسلامتن.كيت ڤرلو مننتغ ڤلمڤاو سڤرتي IS.

Labels:

Sunday, March 08, 2015

Dewan Rakyat, titah Seri Paduka

Bantuan dan pemulihan dilaksanakan di kawasan banjir besar. Usaha ini perlu dikawal dengan rapi, cekap, adil, munasabah dan berkesan termasuk perumahan.

Labels:

ديون رعيت

بنتوان دان ڤموليهن دكاواسن بنجير بسر دلوساناكن. سموا اوسها ڤرلو دكاول دغن راڤي, چكڤ,عديل, موناسبه دان بركسن ترماسوق ڤرومهن. چگه ڤپليويغن.

Labels:

Saturday, March 07, 2015

سلامت هاري وانيتا انتارابغسا

سلامت هاري وانيتا انتارابغسا.

Happy International Women's Day

Happy International  Women's Day

Friday, March 06, 2015

1MDB, pengarah, auditor, Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mempercayai bahawa audit yang menyeluruh, bebas dan telus akan membersihkan nama dana miliki kerajaan (1MDB). Ini bermakna siasatan teliti mesti dilakukan  ke atas  semua akaun tulen, pengarah, auditor, Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia. Jabatan Audit wajib menatapi segalanya dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang mengkaji 1MDB dengan bersungguh-sungguh.

Labels:

1MDB:اكاءون تولين, ڤغاره, اوديتور, تون رازق ايكسچيءن داب بندر مليسيا

تيمبالن ڤردان منتري ممڤرچاي بهاوا اوديت يغ مپلوروه, بيبس دان تلوس اكن ممبرسيهكن دانا ميليكي كراجاءن (1MDB) دري ڤپلهگوناءن دان ڤپليقيغن. اين برمعنا ڤپستن تليتي سموا اكاوءن تولين, ڤغاره, اوديتور, تون رازق ايكسچيءن دان بندر مليسيا. جابتن اوديت واجيب مناتڤي دان جاوتنكواس كيرا-كيرا واغ مغكاجي دغن برسوغگوه-سوغگوه.

Labels:

Thursday, March 05, 2015

Majlis makan malam Hari Wanita Antarabangsa anjuran DAP kawasan Kepong akan diadakan pada 8.3.15 di Restoran HLT,Jinjang Utara, KL. Tan Seng Giaw sedang memperbetulkan sedikit kesilapan atas kain pemidang untuk tersebutm

Labels:

مجليس ماكن مالم هاري وانيتا

ديڤ كاواسن كڤوغ اكن اد مجليس ماكن مالم اونتوق هاري وانيتا انتارابغسا ڤد  8 مچ 15د رستورن HLT جينجغ اوتارا, كڤوغ, كوالا لومڤور.YB دوكتور وان ازيزا, YB ييو بي يين,YB گان بيي ني دان اكتيۏيس حق مانسي ماريا چين عبدوله اكن حضير.

Labels:

MH370 disappearance: di mana?

Setelah pesawat itu hilang satu tahun, usaha pencarian belum berhasil. Adakah bangkai terjatuh di kawasan 50000 km per segi di selatan Lautan Hindi? Bila usaha tersebut akan diberhentikan?

Labels:

كهيلغن غايب MH370: ڤنچاريان اكن دبرهنتي؟

ستله ڤساوت MH370 هيلغ ساتو تاهون,اوسها ڤنچاريان بلوم برحصيل. اداكه بغكايڽ ترجاتوه د كاواسن لواسڽ 50000 كيلوميتر ڤير سگي د سلاتن لاوتن هيندي؟ بيلا ڤيهقڽ اكن برهنتي اوسها ڤمچاريان؟

Labels:

Bolasepak EPL: Manchester United 1:0 Newcastle.

Manchester United bertungkus-lumus untuk mengatasi Newcastle dan masih berada di tangga 4 dalam liga.

بولاسيڤق EPL: منچيستر اونايتد 0:1 نتوكاسيل.

منچيستر اونايتد برتوغكوس-لوموس اونتوق مغاتاسي لاون دان ماسيه براد دتغگا ك4 دالم ليگ.

Labels:

Wednesday, March 04, 2015

1MDB: 1 Malaysia Development Berhad

Perdana Menteri Datuk Seri Najib memperdanakan 1MDB diaudit oleh Jabatan Audit dan seterusnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang. Semoga kita dapat kebenaran.

Labels:

ڤمباغونن ساتو مليسيا برحد: 1MDB

ڤردان منتري داتوء سري ناجيب ممڤرداناكن 1MDB داوديت اوله جابتن اوديت دان ستروسڽ جاوتنكواس كيرا-كيرا واغ. سموگ كيت داڤت كبنرن.

Labels:

Dewan Rakyat: permintaan Datuk Seri Anwar

Ketua Pesuruhjaya Penjara Datuk Sri Zulkifli menolak permintaan Datuk Seri Anwar untuk menghadiri Dewan Rakyat dari 9 Mac hingga 9 April 2015. Kita berharap Kementerian Dalam Negeri menimbang semula keputusannys dan meluluskan permintaan tersebut.

Labels:

ديون رعيت: ڤرمينتاءن داتوء سري انوار

داتوء سري انوار مينتا كبنرن اونتوق مغحضيري ديون رعيت دري 9 ماج هيغگ 9اڤريل 2015. كتوا ڤسوروهجاي ڤنجارا داتوء سري زولكيۏلي منولق ڤرمينتاءن ايت. كيت برهارڤ كمنتريان دالم نگري منيمبغ سمولا كڤوتوسنڽ دان ملولوسكن ڤرمينتاءن ترسبوت.

Labels:

Tuesday, March 03, 2015

Hutan dan banjir

Bukan semua banjir ada kena-mengena dengan pembalakan. Pemusnahan hutan menimbulkan pelbagai masalah khasnya banjir. Forum Media Khazanah Alam syorkan beku lesen balak lebih 10 tahun dan menanam semula di Malaysia. Kita mestilah mempertimbangkan cadangan ini dengan serius.

Labels:

هوتن دان بنجير

بوكن سموا بنجير اد كنا-مغنا دغن ڤمبالقن. ڤموسنهن هوتن منيمبولكن ڤلباگاي مسءله خاسڽ بنجير. ۏوروم ميسيا خازنه علم شوركن بكو ليسين بالق لبيه 10 تاهون دان منانم سمولا دمليسيا. كيت مستيله ممڤرتيمبغكن چادغن اين دغن سيريوس.

Labels:

Bulu muka

Pelajar Sikh hadapi masalah kerana ada bulu muka. Agama Sikh wajibkan lelaki pakai serban, gelang keluli tangan (kara) dan bulu muka untuk ratusan tahun. Kita menyeru supaya Kementerian Pendidikan keluarkan arahan membenarkan pelajar Sikh simpan bulu muka.

Labels:

بولو موك

ڤلاجر سيخ هاداڤي مسءله كران اد بولو موك. اگام سيخ واجبكن للاكي ڤاكاي سربن، گلغ كلولي تاغن دان بولو موكاونيوق راتوسن تاهون. كيت مپرو سوڤاي كمنتريان ڤنديديقن كلواركن ارهن ممبنركن ڤلاجر سيخ سيمڤن بولو موك.

Labels:

Monday, March 02, 2015

Militan: Golongan pelampau ambil kesempatan.

Ada yang percaya bahawa remaja tidak faham konsep jihad dan mudah terpengaruh dengan golongan pelampau. Bekas Panglima Medan Angkatan Tentera Datuk Seri Zaini mahu sistem pendidikan diperbaharui dengan konsep jihad sebenar. Remaja perlu penjelasan jihad yang berkesan.

Labels:

ميليتان: گولوغن ڤلمڤاو امبيل كسمڤاتن.

اد يغ ڤرچاي بهاوا رماج تيدق ۏاهم كونسيڤ جهاد دان موده ترڤغاروه دغن گولوغن ڤلمڤاو. بكس ڤغليما ميدن اغكتن تنترا داتوء سري زايني ماهو سيستم ڤنديديقن دڤرباهاروي دغن كونسيڤ جهاد سبنر. رماج ڤرلو ڤنجلسن جهاد يغ بركسن.

Labels:

Bolasepak EPL: Arsenal 2;0 Everton.

Arsenal bermain dengan lebih tersusun dan merangkul dua gol. Ia berada di tangga ketiga dalam liga.

Labels:

بولاسيڤق EPL: ارسعنال 0:2 ايۏيرتون.

ارسينال برماءين دغن لبيه ترسوسون دان مرغكول دوا گول. اي براد دتغگ كتيگ دالم ليگ.

Labels:

Sunday, March 01, 2015

Piala Liga Bolasepak Inggeris: Chelsea 2:0 Spurs.

Chelsea menyerang dengan berkesan dan dapat menjulang piala. Pengurus Morinho meraya kemenangan.

Labels:

ڤيالا ليگ ايغگريس: چيلسي 0:2 سڤورس

ڤاسوقن چيلسي مپرغ دغن بركسن دان داڤت منجولغ ڤيالا. ڤغوروس موريپو مراي كمنغن.

Labels:

Kehilangan ghaib MH370: di mana bangkainya?

Menteri Pengangkutan Australia Warren Truss kata Australia, Indonesia dan Malaysia sedang cuba kaedah baru mengesan pesawat setiap15 minit, bukan 30 minit. Apakah terjadinya dengan pencarian bagi bangkai MH370?

Labels:

كهيلغن غايب MH370

منتري ڤغعكوتن اوستراليا وارين تراس كات اوستراليا, ايندونيسيا دان مليسيا مولا چوبا كاءده بارو مغسن ڤساوت ستياڤ 15 مينيت, بوكن 30 مينيت. اڤاكه ترجادى دغن اوسها منچاري بغكسي MH370?

Labels:

Bolasepak EPL: Liverpool 2:1 Manchester City

Kadar permainan adalah cepat. Pada separuh masa kedua, Liverpool bermain dengan dorongan dan tenaga dengan penyerang  Cotinho menjaring gol yang hebat.

Labels:

بولاسيڤق EPL: ليۏيرڤول 1:2منچيستر سيتي

قدر ڤرماءينن اداله چڤت. ڤد سڤاروه ماس كدوا, ليۏيرڤول برماءين دغن دوروغن دان تناگ دغن ڤپرغ كوتينپو منجاريغ گول يغ هيبت.

Labels:

Bolasepak EPL: Manchester United 2:0 Sunderland

Permainan tidak rancak. Manchester United bermain dengan lebih baik. Ia masih berada di dalam empat tangga ke atas liga.

Labels: