Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, October 31, 2014

Islam:keamanan, harmoni dan kebaikan untuk semua

Perdana Menteri Dauk Sri Najib kata Islam adalah untuk keamanan, harmoni dan kebaikan bagi masyarakat Islam dan bukan Islam. Kita hendak melihat usaha-usahanya untuk mencapai matlamat ini.

اسلام: كامنن، هرموني دان كباءيكن اونتوق سموا.

ڤردان منتري داتوء سري ناجيب كات بهوا اسلام اداله اونتوق كامنن، هرموني دان كباءيكن باگي مشراكت اسلام دان بوكن اسلام. كيت هندق مليهت اوسها-اوسهاڽ اونتوق منچاڤاي متلامت اين. 

Bolasepak EPL: Liverpool dan penyerang tengkarah

Liverpool adalah nombor 7 dalam liga itu. Pasukan ini punya seorang penyerang, Mario Balotelli, yang menimbulkan perbalahan. Mario mendapat hanya 2 gol dari 12 perlawanan. Para peminat hendak dia menjaring banyak gol.

Thursday, October 30, 2014

هاسوتن دمليسيا: برتيندق تنڤا كتاكوتن اتو ڤيليه كاسيه؟

ڤگوام نگارا تن سري عدول گهني منيكنكن بهاوا اورغ يغ چاكڤ ملمڤاوي باتس ڤرلو دهادڤ ك مهكامه. كيت براس بهاوا تن سري مستيله برتيندق تنڤا كتاموتن اتو ڤيليه كاسيه.

Hasutan di Malaysia: Bertindak tanpa ketakutan atau pilih kasih?

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani menekankan bahawa orang yang cakap melampaui batas perlu dihadap ke mahkamah. Kita berasa beliau mestilah bertindak tanpa ketakutan atau pilih kasih.

Wednesday, October 29, 2014

Ranking universiti dunia: Universiti Makaya 423!

Ranking universiti bukan sempurna. Ada perbezaan dari pelbagai punca. U S News melaporkan bahawa dari 500 universiti,  di Malaysia hanya Universiti Malaya mencapai ranking 423. Soal?

تمبغ مناسبه اونتوق باس سكوله؟

ايبو باڤ دمليسيا برهارڤ SPAD دان ڤارا ڤغوروس باس سكوله برستوجو اونتوق منتڤكن تمبغ مناسبه باگي باس سكوله. اي مليڤوتي براتوس ريبو ڤلاجر.

Tambang munasabah untuk bas sekolah

Ibu bapa di Malaysia berharap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan para pengurus bas sekolah bersetuju untuk menetapkan tambang munasabah. Ia akan melibatkan beratus ribu pelajar.

Tuesday, October 28, 2014

سوبسيدي BR1M: ڤغوروسن عاديل دان ايفيسيسان

ڤد 2012، كراجاءن ممبري RM2.1 بيليون اونتوق 4.2 جوتا اورغ مليسيا، ڤد 2013 RMl2.9 بيليون اوتوق 6.1 جوتا اورغ دان ڤد 2014 RM3.7 بيليون اوتوق 7 جوتا اورغ. سوبسيدي اين برتمبه ستياڤ تاهون. ڤغوروسنڽ مستيله عاديل دان ايفيسيان. كيت هاروس منچگه ڤپليويغن.

Subsidi BR1M: pengurusan adil dan efisien?

Pada 2012. Kerajaan memberi RM2.1bilion untuk 4.2 juta orang Malaysia, pada 2013 RM2.9 bilion untuk 6. 1 juta orang dan pada 2014 RM3.7 bilion untuk 7 juta orang. Subsidi ini bertambah setiap tahun. Pengurusannya mestilah efisien dan adil. Kita mencegah penyelewengan.

كيس داتوء سري انوار

كيس داتوء سري انوار:ْ: مهكامه مستيله دڤرليهتكن عاديل.

Kes Datuk Seri Anwar

Kes Datuk Seri Anwar: Mahkamah mestilah diperlihatkan adil.

Monday, October 27, 2014

Subsidi minyak: urus tadbir baik?

Menteri Kewangan II Datuk Sri Husni kata bahawa hanya orang Malaysia yang pendapatannya kurang dari RM10,000 sebulan boleh menerima subsidi minyak. Kita perlu urus tadbir yang baik termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal ehwal Pengguna.

كراجاءن دان بايرن دهوسڤيتل سوستا

منتري كسيهتن داتوء سري دوكتور سوبرامانيام كات دالم ديون رعيت بهوا  كچوالي بايرن ڤرونديغ،كراجاءن تيدق اد كواس اونتوق مغحدكن بايرن دكلينيك دان هوسڤيتل سوستا. ڤارا ڤساكيت مغهادڤي كسوسهن.

Kerajaan dan kos di klinikdan hospital swasta

Menteri Kesihatan Dato' Sri Dr Subramaniam kata dalam Dewan Rakyat bahawa kecuali kadar fi perunding, Kerajaan tidak ada kuasa untuk menghadkan kos yang lain di klinik dan hospital swasta. Para pesakit menghadapi kesusahan.

Sunday, October 26, 2014

بولاسيڤق EPL: ۏان گاءل اداله گورو كڤد مورينيو

منچيستراونايتد 1:1 چيلسي. قادر ڤرماءينن اداله ڤانتس. ڤارا ڤمينت تراوجا. دروبا دري چيلسي ماسوق 1 گول، دايكوتي 1 گول اوله ۏان ڤرسي دري منچيستر اونايتد. كڤوتوسن مونسبه. ڤغوروس منچيستر اونايتد، ۏان گاءل، اداله گورو كڤد ڤغوروس چيلسي، مورينيو.

BolasepakEPL:van Gaal adalah guru Mourinho

Manchester United1:1Chelsea. Kadar permainan adalah pantas. Para peminat teruja. Droba dari Chelsea masuk1gol & van Persie dari MU 1.Keputusan munasabah.Van Gaal, Pengurus MU, adalah guru Mourinho, Pengurus Chelsea.

Finals Tenis WTA (Wanita): Serena berjuara

Serena mengalahkan Halep 6-3,6-0 dan muncul sebagai juara tiga tahun berturut - turut. Empat hari lalu Halep mengatasi Serena 6-3,6-2.

Saturday, October 25, 2014

ايسو ڤرقومن: منتري دالم نگري مغمبيل تيندقءن؟

اد يڠ تروس ممبغكيت ايسو ڤرقومن سڤرتي سكوله چينا. منتري دالم نگري داتوء سري زاهيد بوليه مغمبيل تيندقءن تنما مغيرا قوم.

Isu perkauman: tindakan tanpa mengira kaum

Ada yang terus membangkitkan isu perkauman seperti sekolah Cina. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid boleh mengambil tindakan tanpa mengira kaum.

تينيس WTA فينل( وانيتا) دسيغاڤورا.

ڤتغ اين. سيرينا منغ ‍نيڤيس ملاوان ووزنياكي 2-6.6-3.7-6. ڤارا ڤمينت تراوجا دان ترهيبور. سيرينا اداله ماسيه نومبور ساتو ددنيا.

Tenis WTA Finals (Wanita) di Singapura: Serena memang

Petang ini, Serena menang nipis melawan Wozniacki 2-6,6-3,7-6 di peringkat semifinal. Para peminat teruja dan terhibur. Serena masih menjadi nombor satu dunia.

Friday, October 24, 2014

معال هجرة برمعنا

معال هجرة برايرتي اونتوق دونيا اسلم. نيلاي-نيلاي باءك اداله برسجاگت.

Dana-Dana untuk PKS mesti dipantsu dengan berkesan

Menteri Kewangan II cakap mengenai betapa pentingnya dana-dana seperti The Capital Market Development Fund-Bursa Research Scheme (CBRS) dan the Investment Account Platform (IAP). Dana-dana ini  boleh bantu penyelidikan. Mereka mestilah dipantau dengan berkesan.

ڤنتاو دانا اونتوق PKS دغن بركسن

منتري كواغن اا كات دانا-دانا سڤرتيCapital Market Development Fund-Bursa Research Scheme Investment Account Platform اداله ڤنتيغ. دانا-دانا ايني مستيله دڤنتاو دغن نركسن.

بوك ريكود دان بوات ڤروجيق عوام لبته اول

داتوء سري ناجيب كات كراجاءن بوك سستغهريكود اونتوق بوات ڤروجيك عوام دغن چڤت. اداكه ايني ترماسوق ڤروجيك لبوهراي ڤين بورنيو RM27 بيليون؟

Buka rekod untuk projek awam?

Datuk Sri Najib kata Kerajaan hendak membuka sesetengah rekod untuk membuat projek awam dengan lebih cepat. Adakah ini termasuk projek Pan Borneo Highway RM27 billion. MRT2 RM23 billion andLRT3 RM9 billion?

Thursday, October 23, 2014

مليسيا ترماسوق ڤرليمن مستيله بروسڤادا

ڤد 22 اوكتوبر. 2014. ساءورڠ ڤغگانس دان ساءورغ عسكر تله دتيمبق ماتي دڤرليمن كانادا. اوتاوا. اف سهاج بوليه برلاكو. مليسيا ترماسوق ڤرليمن مستيله بروسڤادا.

ن

Malaysia termasuk Parlimen mestilah berwaspada

Pada 22 Oktober, 2014, seorang pengganas dan seorang askar telah ditembak mati di Parlimen Kanada, Ottawa. Apa saja boleh berlaku. Malaysia termasuk Parlimen mestilah berwaspada.

Wednesday, October 22, 2014

Jerebu masih ada.

Seorang pemandu teksi Singapura kata Perdana Menterinya bercakap dengan Presiden Indonesia mengenai jerebu. Perdana Menteri buat yang serupa. Tetapi, para petani Indonesia terus membakar benda sebelum menanam. Jerebu masih ada.

Tuesday, October 21, 2014

Selamat Deepavali

Selamat Deepavali

سلات ديڤاۏالي.

سلامت ديڤاۏالي.

كومڤولن سيمڤنن ڤكرجا ڤرلو كاجي عمور معلوار سيمنن

كومڤولن سيمڤنن ڤكرجا ڤرلو مغكاجي عمور اهلي55تاهون دبنر مغلواركن سيمڤنن. اد اهلي مغهابيسكن سيمڤنن دالم 10 تاهون. عمور برسارا د مليسيا اداله 60.كيرا-كيرا 10% اورع نگارا اين برعمور لبه 60 دان دالم 10تاهون مليسيا موغكين منجادي نگارا براوسيا امس.

KWSP perlu kaji umur 55 untuk keluar simpanan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu mengkaji peraturan umur ahli 55 tahun dibenar mengeluarkan simpanan. Ada ahli menghabiskan simpanannya dalam 10 tahun. Sekarang, umur bersara di negara ini adalah 60. Hampir 10% orang Malaysia adalah lebih 60 dan, dalam 10 tahun, negara ini mungkin akan menjadi negara berusia emas.

ڤراساءن ترهادڤ ڤڠوكوتكواس سڤرتي ڤهليس؟

بيلا اد سكاتن جالن اتو ڤغگلدهن. رعيت براس ڤڠواتكواس سڤرتي ڤهليس اد نيات. مريك مراب-راب ساكو. ماچم مان ڤڠواتكواس سماچم ڤوليس دان كستم منوكر ڤراساءن اين؟. ڤوليس.كستم دان س.ڤ.ر.م چوبا. منوبوه لبيه جباتن دان جواتنكواس؟.

Monday, October 20, 2014

Perasaan terhadap penguatkuasa seperti polis?

Bila ada sekatan jalan atau penggeledahan, rakyat berasa polis ada niat. Mereka meraba-raba saku. Macam mana Kerajaan dapat menukar perasaan ini? Penguatkuasa semacam Polis, Kastam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berusaha?  Tubuh lebih jabatan dan jawatankuasa?

جوكوۏي. ڤريسيدن ايندونيسيا ك-7

هاري اين. جوكوۏي تله دطبلكن ڤريسيدن ايندونيسيا يع ك-7. كيت برهارڤ نگارا ايت اكن ماجو دان هوبوعن دعن مليسيا سرتا اسيان باءيك.

Presiden Jokowi, Indonesia

Hari ini,  Jokowi telah dbatalkan sebagai Presiden Indonesia Ke-7 Kita berharap negara itu maju dan hubungan dengan Malaysia dan ASEAN baik.

Akta Anti-pengganasan ( Anti-terrorism)?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid mencadangkan supaya adakan Akta Anti-pengganasan untuk mengatasi pengganas seperti militan termasuk yang mengambil ahli untuk sertai perang di Iraq dan Syria.
     Kerajaan mestilah meneliti undang-undang yang sedia ada, sama ada mencukupi bagi menghadapi keadaan sekarang.  Jika tidak boleh, jangan menyalahgunakan akta yang baru digubalkan.

Sunday, October 19, 2014

اوندع-اوندع انتي-ڤعىاناسن(تيروريسم)؟

منتري دالم نىري داتوء سري زهيد منچادعكن اگر معاداكن اوندع-اوندع انتي-ڤعگاناسن (تيروريسم) اونتق معاتاسي ڤعگانس سڤرتي ميليتن ترماسوق يع معمبيل اهلي اونتوق سرتاي ڤرع د سيريا.
     كراجاءن مستيله منيليتي اوندع-اوندع يع سديا ادا سام اد منچوكوڤي اونتوق معهادڤي كاداءن. اوندع-اودع يع بارو تيدق بوله دسالهگوناكن. 

ڤميمڤين ڤرقومن دڤچت؟

منتري دالم نىري داتوء سري زهيد منىسكن بهوا ڤميمڤين يع دداڤتي ساله كران معلواركن كباتاءن ڤرقومن هاروسله دڤچت. جك اينيله يع دبوات. اي اداله مناسبه.

ڤروجيق اينسينيراتور بريعين. كڤوع: معورعي جنجي كمنتريان ڤرومهن.

ڤد 15اوكتوبر 2014. ساي معولعي دڤرليمن جنجي كمنتريان ڤرومهن: سمڤه داسيعكن. كاجيان الم سكيتر. كيلع سسواي. تندر تربوك دان نيلاي بربالوي دعن بلنجا.

Insinerator Beringin: Mengulangi janji Kementerian Perumahan

Pada 15 Oktober, 2014, saya mengulangi di parlimen janji Kementerian Perumahan: sampah diasingkan. Kajian alam sekitar ( DEIA ), kilang sesuai untuk Malaysia, tender terbuka & nilai berbaloi dengan belanja.

Saturday, October 18, 2014

تامن سلامت دان برسيه.

ايبو ڤجابت ڤوليس. بوكيت امن. داڤت مليهت تامن بوتاني ڤردان.تامن تاسيق.كوالا لومڤور.ماتاهاري تربيت دعن ايده. انق بولن ترىنتوع د لعيت. دان لمڤو نيون دتبيع تاسيق برچهاي ورنا-ورني. اودارا سىر. سلڤس بلنجا RM35جوتا اونتق ممڤرباءيكي تامن. ڤلستيك دان كرتس اءيسكريم برسليرق. كيت تاكوت برجالن دسيتو سبلوم ازان صبح كران جنايه سڤرتي ڤرومڤق.كيت هندق تامن سلامت دان برسيه.

Taman selamat dan bersih

Ibu pejabat polis, Bukit Aman, dapat melihat Taman Botani Perdana (Taman Tasik), Kuala Lumpur. Matahari terbit dengan indah, anak bulan tergantung di langit dan lampu neon di tebing tasik bercahaya warna-warni. Udara segar. Selepas belanja RM35 juta untuk memperbaiki taman, plastik dan kertas aiskrim berselerak. Kita takut berjalan di situ sebelum azan subuh kerana jenayah seperti perompak. Kita hendak taman selamat dan bersih.

كونتراىتور بايك اونتوق لبوهراي ڤان بورنيو

كيت برهارڤ داتوه سري ناجيب بنر-بنر معكاجي ڤروجيق لبوهراي ڤان بهرنيو اىر كونتراىتور  بايك دلنتك اونتوق سمڤرناكن ڤروجيق.

Kontraktor baik untuk Lebuhraya Pan Borneo

Kita berharap Datuk Seri Najib benar-benar mengkaji projek Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM27 bilion agar kontraktor baik dilantik untuk menyempurnakan projek.

بنجيركيلت: چارا منچىه

كيت معىالقكن سموا ڤيهق ترماسوق ديوان بندراي. ڤماجو.كونتراكتور.ڤنجاج دان ورىاكوتا براوسها ممستيكن تيدق ادا سمڤه دالم لوعكع دان ڤاريت.

وابق ايبولا: مليسيا ممبوات ڤرسياڤن

مليسيا ڤرلو ممكاجي سمولا ڤرسياڤن دهوسڤيتل سڤرتي هوسڤيتل سوعاي بولوه. اداكه بيليق دان لعكه ڤعاسيعن سسواي اونتوق ڤساكيت ايبولا؟

Wabak Ebola:Malaysia membuat persiapan

Kita tidak tahu bilangan orang yang mengidap Ebola di Afrika Barat. Satu anggaran adalah 12,000 orang dengan kadar kematian 60 hingga 70%. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu mengesahkan bilangan yang sebenarnya.
     Negara mestilah berusaha untuk mencegah wabak ini. Tempat masuk ke Malaysia seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah rumit. Kementerian Kesihatan cuba memeriksa pelancong yang tiba.
     Kita tidak ada pengalaman dengan Ebola. Kerajaan mestilah mengkaji semula persiapan di hospital seperti Hospital Sungai Buloh. Adakah bilik dan langkah pengasingan sesuai untuk pesakit Ebola?

Thursday, October 16, 2014

Bila bermula amalan pengasingan sampah?

Amalan mengasing sampah adalah penting. Jabatan Sisa Pepejal Negara boleh mengesahkan sama ada amalan ini akan dibuat sebelum September 2015.

Bajet Malaysia 2015:kita mahu doktor yang baik

Di Dewan Rakyat, saya seru Kerajaan supaya memantau dengan berkesan terhadap 21 buah kolej perubatan swasta dan 10 buah kolej perubatan awam. Tahun lepas, kolej-kolej swasta keluar 1115 orang doktor baru, 659 wanita dan 456 lelaki. Di universiti,  wanita adalah lebih ramai daripada lelaki. Kita mahu doktor yang baik.

Wednesday, October 15, 2014

Bajet Malaysia 2015 :ucapan di parlimen pada 14 dan 15 Oktober, 2014

Pada 14 dan 15 Oktober, 2014,  saya berucap di parlimen mengenai jata negara, perpaduan, projek infrastruktur. orang militan, GST, SME, insinerator untuk sampah, mutu doktor dan sebagainya. Misalnya, projek-projek Lebuhraya Pan Borneo RM27 bilion, MRT 2 RM23 bilion dan LRT3 RM9 bilion mestilah dibuka tendernya, nilai berbaloi dengan belanja dan siap ikut jadual.

Tuesday, October 14, 2014

Guru bahasa Inggeris (BI): mutu tinggi?

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin kata di Dewan Rakyat bahawa beliau mahu lebih banyak kursus untuk melatih sejumlah 60,000 guru BI. Beliau hendak semua graduan universiti di Malaysia fasih dalam BI. Kita mestilah memantau dengan berkesan mutu kursus - kursus dan kebolehan guru.

Bajet 2015: Layan 13 negeri dengan adil

Dalam ucapan di Dewan Rakyat, saya seru Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya mengkaji semula 1 Malaysia dan sebab ada suara hendak memisah dari persekutuan di sesetengah negeri. Kita mestilah melayan 13 negeri dengan adil. Jata negara mewakili 13 negeri: Bersekutu Bertambah Mutu.

Monday, October 13, 2014

Kebebasan media dan tindakan adil

Menteri Dato' Sri Ahmad Shabery bercakap di Dewan Rakyat bahawa ada 19.5 pengguna Internet dan 15 juta pemegang akaun Facebook. Tahun ini,  pihaknya telah menerima lebih 2000 aduan terhadap Facebook dan membawa11 kes ke mahkamah kerana disyaki menghina. Kita memelihara kebebasan media dan menekankan tindakan yang adil dan munasabah.

Bajet 2015: Program MyBrain15 dan 60,000 pemegang PhD

Program MyBrain15 mahu mewujudkan 60,000 pemegang PhD (kedoktoran) di Malaysia pada tahun 20 23 . Jumlah perbelanjaan karang dianggarkan RM498 juta. Sekarang seramai 34,525 pelajar sedang mengejar ijazah Sarjana dan PhD.Yang terpenting ialah kualiti PhD.Misalnya, ranking nombor satu di kalangan universiti dunia adalah Caltech, Amerika Syarikat. Ijazah PhDnya bertaraf tinggi. Apakah tahap PhD dari Malaysia?

Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015:9 projek bernilai RM 117.9 bilion ? Tender terbuka

Terdapat sembilan projek dengan anggaran jumlah nilai RM117.9 bilion untuk mempercepatkan pelaburan awam dan swasta. Misalnya, projek Transit Laju Massa ( MRT 2 )adalah berharga RM23 bilion dan Transit Rel Ringan (LRT3 ) RM9 bilion. Kita sangat memerlukan tender terbuka bagi melantikan kontraktor - kontraktor yang baik dan mengelakkan pembaziran sewenang - wenangnya.

Bajet 2015: dasar pendidikan cocok dengan matlamat negara maju?

Daripada jumlah bajet RM273.9 bilion, sebanyak RM56 bilion (20%) adalah diperuntukkan bagi pendidikan. Ini adalah munasabah. Tetapi, janganlah membazir dan melaksanakan dasar yang salah. Misalnya, adakah sistem perlantikan naib-canselor universiti cocok dengan matlamat negara maju?

Saturday, October 11, 2014

Bajet Malaysia 2015:GST, birokrasi dan sikap kakitangan kerajaan

Bajet 2015 mengandungi tindakan untuk melaksanakan GST dengan senarai barang bebas GST seperti buah-buahan, petrol, pakai elektrik kurang dari 300 unit, penurunan harga 532 barang sampai 4.1%,  kekurangan cukai perseorangan dan isi rumah serta membantu para peniaga menghadapi GST.
     Kita mestilah mengatasi birokrasi dan memperbaiki sikap kakitangan kerajaan.

Bajet Malaysia 2015. Tingkat sumbangan PKS ke KDNK dari 33 % hingga 41 % pada 2020?

Tindakan ke-13 bajet tahun depan bertujuan meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK dari 33 % hingga 41 % pada tahun 2020. Maka, peruntukan adalah termasuk Dana PKS Investment Partner RM375 juta, Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan PKS RM80 juta, tambahan dana TEKUN RM500 juta, pinjaman mudah RM50 juta bagi PKS kaum Cina dan RM30 juta untuk penjaja dan peniaga kecil.
     Kita sangat memerlukan efisiensi tinggi, keikhlasan dan keadilan. Janganlah membazir.

Bajet Malaysia 2015. Bila ada Internet 5G?

Datuk Seri Najib menegaskan bahawa kita sedang melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan. Dalam tempoh tiga tahun, sebanyak RM2.7 bilion akan dibelanjakan untuk membina seribu menara pencawang telekomunikasi baru dan menyediaan kabel dasar laut. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,  empat daripada lima orang mendapat akses Internet 3G. Bilakah ada 5G?

Friday, October 10, 2014

Bajet 2015: Malaysia memerlukan efisiensi tinggi

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib membentangkan bajet 2015: RM273. 9 billion, RM223. 4 bilion mengurus dan RM50.5 bilion pembangunan. Matlamatnya mejadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju.
     Negara ini memerlukan efisiensi tinggi untuk mengatasi pembaziran dan amalan yang tidak cocok dengan negara maju.

Wednesday, October 08, 2014

Kebocoran kertas peperiksaan UPSR : Kucar - kacir!

Ketika Kerajaan mengkaji bagaimana sarung dan karung plastik dan guni yang menyimpan kertas peperiksaan boleh dikoyakkan, para murid tahun 6 mengambil semula kertas matematik dan sebahagiannya Tamil: Kucar-k!acir!

Monday, October 06, 2014

Kehilangan ghaib MH370:: pencarian optimis tapi hati-hati

Kapal - kapal pencarian seperti GO Phoenix dan Fugro Discovery membuat persiapan tahap baru untuk mencari pesawat itu di kawasan keutamaan baru di selatan Lautan Hindi. Pihaknya adalah optimis tetapi berhati-hati.

Sunday, October 05, 2014

Undang-undang mesti diperlihatkan adil

Malaysia memerlukan akta yang efektif untuk memperlindung negara. Tetapi, Akta Hasutan 1948 sering disalahgunakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib berulang hasrat untuk memansuhkan Akta itu dan menggantikannya dengan Akta Harmoni. Akta mestilah adil dan penguatkuasaan haruslah tidak berat sebelah.

GST membawa kesan ke negara:ada ubat ajaib?

Rayat Malaysia berhati-hati mengenai kesan besar GST. Kenaikan harga petrol dan diesel, inflasi sekurang kurangnya 3.3% dan birokrasi jabatan kerajaan membimbangkan.  Khabarnya, Kerajaan mempunyai ubat ajaib untuk membantu rakyat.

Selamat Hari Guru Dunia

Selamat Hari Guru Dunia

Saturday, October 04, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha

Penilaian Impak Alam Sekitar untuk projek insinerator Taman Beringin yang disyorkan!

Sesuatu kilang insinerator sisa pepejal memerlukan kajian penilaian impak persekitaran (DEIA ) untuk memastikan tidak akan ada pencemaran. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kajian dampak alam sekitar akan dilaksanakan untuk projek kilang insinerator Taman Beringin yang dicadangkan. Kementerian mestilah menjelaskan setakat mana DEIA dilaksanakan.

Syor Persatuan IKS Jinjang: Pelaksanaan GST diatur 2 tahun

Persatuan Pengusaha - Pengusaha Dan Peniaga - Peniaga Kecil Jinjang menyarankan supaya pelaksanaan GST diatur 2 hingga 3 tahun,  kadar elektrik dikurangkan, cukai perseorangan dan syarikat diturunkan, sumber manusia diuruskan dengan baik (? 5 juta pekerja pendatang) dan gaji minimum dikaji semula (? ditetapkan oleh pasaran).

Friday, October 03, 2014

Ubat ajaib bajet 2015: kurang beban rakyat?

Ubat ajaib Kerajaan dalam bajet 2015 mestilah mengurangkan beban rakyat termasuk Industri Kecil dan sederhana (IKS) yang menghadapi pelbagai kesusahan termasuk GST,  pekerja dan kos.

Thursday, October 02, 2014

Adil dan munasabah terhadap IKS

645,136 buah syarikat industri kecil dan sederhana di Malaysia: Kerajaan memperuntukkan jumlah RM150 juta wang bantuan untuk menggalakkan mereka memohon bagi daftar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST). Sebuah syarikat yang memperolehi hasil tahunan lebih RM5000,000 didorong berbuat demikian. Syarikat yang sudah mendaftar mendapat e-baucar RM1000 untuk software GST.
     Kerajaan mestilah adil dan munasabah terhadap IKS.