Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, September 29, 2014

Pencegahan kebocoran kertas peperiksaan dengan efektif?

Kebocoran kertas peperiksaan UPSR : Hari ini, hampir setengah juta murid mengambil semula peperiksaan Sains. Kira-kira satu juta ibu bapa berasa tersinggung.  kita mestilah mencegah dengan efektif di peringkat sekolah rendah dan menengah serta universiti.

Keadaan kehidupan rakyat jelata?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata, "Ucapan (Presiden) Obama sedikit sebanyak menggambarkan pengiktirafan Amerika terhadap usaha kita untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara maju."
     Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi ekonomi termasuk dasar adil dan efektif, hutang negara 54.8% GDP, defisit bajet 3.5%, pergantungan kepada minyak dan gas 30% jumlah hasil, inflasi 3.3%, subsidi lebih RM20 bilion setahun dan keadaan kehidupan rakyat.
     Najib mestilah menjelaskan bagaimana dengan kematangan dan ketenangan beliau dapat mengatasi bilangan masalah tersebut.

Saturday, September 27, 2014

Tindakan berkesan terhadap para pelampau di Malaysia?

Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke -69, Presiden Obama menyebut nama Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib hendak mengalahkan pelampau IS dan gagasan-gagasannya. Beliau menekankan bahawa Islam yang tulen adalah berdasarkan kepada prinsip - prinsip keamanan, toleransi dan penghormatan. Apakah tindakan berkesan terhadap para pelampau dan gagasan-gagasannya di Malaysia?

Usia emas: Bilangan rumah untuknya dalam negera?

Orang Malaysia yang berumur lebih 60 tahun adalah hampir 10 % kependudukan. Seperti rumah anak yatim piatu, Kita tidak tahu bilangan rumah untuknya? Berapa terdaftar? Adakah penyelewengan semacam eksploitasi? Kementerian Kebajikan? Kementerian Kesihatan?

Friday, September 19, 2014

Pemungutan suara Scotland : 55% menolak Kemerdekaan

Rakyat sudah membuat keputusan yang betul, 55% menolak kemerdekaan dan 45% menyokong. Dalam sebuah persekutuan, layanan yang adil mestilah diberi kepada semua negeri atau provinsi di bawahnya.

Wednesday, September 17, 2014

Kebocoran kertas peperiksaan UPSR: Kebenaran?

Setakat ibi, 12 orang telah ditahan. Mereka adalah dari Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Apa sebenarnya berlaku?

Malaysia: Pertumbuhan ekonomi, inflasi dan GST

Satu ramalan pertumbuhan ekonomi Malaysia 2014 adalah 5.2 % atau 4.8 % dan inflasi 3.3 %. Adakah pelaksanaan GST tahun depan akan menambahkan kos kehidupan?

Tuesday, September 16, 2014

Ranking Universiti: mesti berikhtiar

2014 Universiti Ranking Dunia QS: UM151, UKM 259, UTM 294 dan USM 309. Empat universiti Malaysia ini adalah baik sedikit. Nombor satu ialah MIT (Amerika Syarikat). Universiti - universiti kita mestilah berikhtiar.

Monday, September 15, 2014

Selamat Hari Malaysia.

Selamat Hari Malaysia.

Sunday, September 14, 2014

Menjelang Hari Malaysia, kaji segala bidang

Menjelang Hari Malaysia, marilah kita mengkaji segala bidang termasuk politik, pendidikan. ekonomi, royalti minyak & keadaan di Sabah dan Sarawak.

Thursday, September 11, 2014

Kebocoran kertas peperiksaan UPSR: penjenayah

Lembaga Peperiksaan mengumumkan kebocoran kertas peperiksaan Sains 018 untuk semua sekolah dan juga Bahasa Inggeris I dan II  014 terbocor di kalangan sekolah kebangsaan. Berapa kertas lagi? Ini adalah perbuatan penjenayahan.
     Penyiasatan berkesan dan menyeluruh mestilah dilancarkan untuk mencari punca seperti orang-orang yang membocorkannya.
    

Wednesday, September 10, 2014

UPSR dikkekalkan

Tmbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengatakan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan bagi membolehkan penilaian prestasi dan tahap pencapaian pelajar selama enam tahun di sekolah rendah.
     Adakah keadaan sekolah kini dapat mendidik pelajar cemerlang dan berfikiran kritis? Tan Sri Muhyiddin mestilah mengkaji sistem tuisyen yang wujud di seluruh negara. Apakah peranan tuisyen swasta dalam pendidikan kebangsaan?
    Adakah Kementrian Pendidikan sanggup mengkaji semula semua aspek di sekolah termasuk kualiti guru-guru di pelbagai subjek?

Tuesday, September 09, 2014

Nahas MH17 : terkena benda bertenaga tinggi

Lembaga Keselamatan Belanda mengumumkan laporan awal mengenai bencana ini
Ia menjelaskan bahawa pesawat itu terkena benda bertenaga tinggi. Lembaga mesti membuat penyelidikan lanjutan termasuk siasatan di tempat kejadian.  Ada perang di Ukraine Timur

Sunday, September 07, 2014

Kehilangan ghaib MH370: pencarian berterusan

Enam bulan selepas kejadian itu, usaha pencarian adalah diteruskan di dasar selatan Lautan Hindi. Keluarga mangsa sedang menunggu.

Saturday, September 06, 2014

Sejarah Merdeka yang sebenar

Satu laporan media mencatat mantan Ketua Hakim Negara sebagai mengatakan bahawa orang Melayu berjuang untuk Merdeka dan orang Cina ikut serta untuk kepentingan diri. Jika laporan ini adalah benar, maka Tun Hamid mewujudkan imaginasi. Dari 1939 Perang Dunia Kedua hingga 1999 Komunis meletakkan senjata, berapa orang dari pelbagai kaum terkorban?  British bersama dengan Komunis menentang Jepun. Selepas Perdamaian pada1945, mengapa British mula merancang untuk berundur?

Kebebasan bercakap di semua media?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjelaskan bahawa selagi terdapat akauntabiliti, Kerajaan tidak akan menarik balik kebebasan bercakap dalam media sosial.
     Kita hendak melihat beliau memastikan kebebasan bercakap dalam media sosial dan lain.

Semua bukan angkuh

Sebahagian besar orang semua kaum adalah tidak angkuh. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid menafikan pernah menuduh bukan Islam angkuh. Beliau mencela seorang pemberita. Marilah kita mendengar perakaman ucapan yang berkenaan.

Friday, September 05, 2014

Semua dasar mestilah diperlihatkan adil

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengatakan bahawa di bawah matahari Malaysia, setiap warga mempunyai tempat.
     Kita menekankan bahawa semua dasar mestilah diperlihatkan adil. Kerajaan haruslah berusaha dengan sedaya upaya untuk mencegah segala bentuk ekstremisme.

Wednesday, September 03, 2014

Wajib lulus Bahasa Inggeris di universiti awam

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan menyatakan bahawa selain Bahasa Malaysia adalah wajib bagi pelajar melulus Bahasa Inggeris di universiti awam. Kita menunggu pelan beliau yang membolehkan pelajar menguasai BI di sekolah & universiti dengan berkesan.

Nahas MH17: cari 115 jenazah mangsa lagi

Semalam, tujuh lagi jenazah mangsa Malaysia dan dua Belanda tiba di KLIA dengan Istiadat Penghormatan. Takziah kepada keluarga semua mangsa. 115 jenazah mangsa termasuk 11 rakyat Malaysia belum dikenalpasti. Diharapkan penyiasatan di lokasi bencana di Timur Ukraine  terus diadakan.

Monday, September 01, 2014

Penstrukturan MAS : Keutamaan?

Kerajaan mestilah diberi kepada sistem serupa perkhidmatan awam dalam MAS,  semangat (morale) kakitangan dan langkah - langkah keselamatan.

Perkhidmatan baik kereta api bererti tepat pada masanya

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow hendak menambahbaikkan sistem kereta api. Perkhidmatan baik adalah termasuk tiba di stesen tepat pada masanya seperti di Jepun. Kita menunggu.