Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, August 30, 2014

Hari Merdeka:kenang tahun 1957 dan Perlembagaan

Pada Hari Merdeka, kita mengenang balik tahun 1957 dan Perlembagaan yang mengandungi hak - hak asasi dan kebebasan beragama. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mestilah mengkaji hak-hak asasi dan langkah - langkah untuk mencegah segala bentuk ekstremisme.

Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka

Penstrukturan MAS : Rakyat sangat bimbang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata, " Ini ( RM6 bilion ) adalah satu pelaburan, bukan penyelamatan. " Rakyat Malaysia sangat bimbang kerana berbilion ringgit (?4 ?5 ?6 billion ) telah digunakan untuk menopang MAS.

Friday, August 29, 2014

Penstrukturan MAS: patuhi semua syarat?

Pengurus Besar Tan Sri Azman membentang pelan untuk memulihkan MAS dalam tiga tahun dengan kos RM6 bilion, pembuangan 6000 pekerja, pindaan ke atas kontrak-kontrak pembekal dengan MAS, penubuhan syarikat baru dengan lambang MAS lama dan sebagainya. Semoga semua syarat penstrukturan dapat dipatuhi. SIA dan Cathay Pacific berjaya.

Thursday, August 28, 2014

Kehilangan ghaib MH370 : MOU--di mana pesawat itu?

Malaysia dan Australia menandatangani memorandum persefahaman untuk melanjutkan pencarian pesawat MH370. Spekulasi dan buku tentang misteri ini bertambah banyak. Di manakah rangkai pesawat tersebut dalam Lautan Hindi?

Wednesday, August 27, 2014

Di Maria ke Manchester United.

Bolasepak English Football League Cup: Manchester United 0: 4 MK Dons ( Division 4). MU membayar £59.7 juta untuk midfielder Argentina Angel Di Maria dari Real Madrid. Adakah ini akan mengubah keadaan?

Tuesday, August 26, 2014

Penstrukturan MAS: adakah perlu RM5 bilion?

Terdapat laporan media yang menganggar bahawa kos penstrukturan MAS memerlukan RM5 bilion dalam tiga tahun. Adakah Khazanah National Berhad, yang memiliki majoriti saham MAS, akan mengumumkan pelannya dalam minggu ini?

Monday, August 25, 2014

Tadika sesuai untuk pekerja wanita

Menteri Wanita Datuk Seri Rohani menjelaskan bahawa, pada 2015, dari jumlah tenaga kerja di Malaysia, 55% adalah terdiri dari wanita. Kita sangat perlu taska dan tadika yang sesuai seperti di tingkat bawah bangunan tinggi.

Sunday, August 24, 2014

Penstrukturan MAS : kita tunggu strategi Khazanah?

Kita bersimpati dengan keluarga mangsa MH370 dan MH17. Syarikat Kerajaan Khazanah National Berhad mencurah berbilion ringgit untuk MAS. Kita tunggu strategi Khazanah.

Saturday, August 23, 2014

Dasar Ekonomi: Merit dan Keperluan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Najib mengatakan bahawa dasar ekonomi bersaing (termasuk merit) adalah berdasarkan kepada keperluan, bukan mengiakan. Adakah ini ditujukan kepada abangnya Datuk Seri Najib?

Pemantauan standard kolej perubatan di Malaysia?

Ada kolej perubatan di Malaysia yang lebih baik berbanding dengan yang lain seperti Universiti Malaya dan Universiti Sains. Standard kolej perubatan di dalam dan luar negara berbeza. Kualiti doktor adalah tidak serupa. Tetapi, Kerajaan belum menunjukkan keberkesanan untuk memantau standard 32 atau 34 kolej perubatan di dalam negara dan beratus yang diikhtiraf dari luar negara. Adakah kita sanggup melihat doktor yang keluar dari kolej mencari sara hidup dengan memandu teksi di masa hadapan?

Friday, August 22, 2014

Nahas MH17 : negara bertafakur 1 min untuk mangsa

20 jenazah mangsa diterbang dari Amsterdam ke KLIA1 oleh Boeing 777 dan  singgah di sebelah Bangunan Bunga Raya. Setiap jenazah adalah diberi istiadat angkatan tentera. Pada 10.55 pagi, negara bertafakur satu minit.

Monday, August 18, 2014

Bolasepak EPL : Kualiti Chelsea dan Profesionalisme Burnley

Chelsea 3 : 1 Burnley. Chelsea menunjukkan kualitinya dan Burnley ( kelab yang tidak ada banyak wang ) memaparkan profesionalismenya. Pengurus Chelsea Jose Mourinho meyakinkan.

Jiran baik boleh mengurang risiko serangan jantung?

Hubungan erat dengan jiran mungkin boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung seseorang.  Ini adalah penemuan awal segolongan penyelidik di Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Golongan ini mengkaji 5276 orang berusia lebih 50 tahun.
     Marilah kita mempereratkan hubungan dengan jiran.

Bolasepak EPL:Liverpool ada tradisi.

Liverpool 2: 1 Southampton. Bekas penyerang dan juga penggigit Liverpool telah pergi ke Barcelona. Bagaimana Liverpool mengekalkan kekuatannya?

Sunday, August 17, 2014

Kematian dalam tahanan: penyelesaian?

Kejadian orang mati dalam tahanan mewujudkan kegemparan. Sejak 2005, kita mendesak supaya ditubuh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku (IPCMC). Pada 2009, Kerajaan mengadakan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk 21 agensi penguatkuasaan termasuk polis dan kastam. Tetapi, salah laku dan kematian dalam tahanan berterusan.

Saturday, August 16, 2014

Bolasepak EPL:MU perlu masa

Manchester United 1 : 2 Swansea. Pelatih van Gaal kalah dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris di gelanggang sendiri. Pelatih van Gaal sudah menjelaskan bahawa pasukannya perlu masa untuk dipulihkan.

Friday, August 15, 2014

Universiti bertaraf dunia?

Ranking: Universiti Harvard 1, Universiti Malaya 377, Universiti Sains Malaysia 487 dan  Universiti Kebangsaa dan  Universiti Putra lebih 500.
     Ranking 2014 tersebut adalah diumumkan oleh pusat penyelidikan universiti terkemuka di dunia, Universiti Pengangkutan, Shanghai. Walaupun setiap pusat penilaian, termasuk The Times, mempunyai kriteria yang berbeza, 20 universiti awam di Malaysia mestilah berikhtiar menjadi universiti bertaraf dunia.
     Dua tahun yang lepas, UM mencatat ranking lebih 400. USM yang dianggap 'istimewa' oleh Kerajaan masih ketinggalan berbanding dengan UM. Mengapa ramai pensyarah tinggalkan USM?

Adakah pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2014 lebih 5.5%?

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi untuk 2014 telah disemakkan dari 4.5-5.5% kepada lebih 5.5%. Tetapi, keadaan sektor perniagaan adalah tidak membayangkan anggaran ini. Para peniaga menghadapi kesusahan.

Facebook: kebaikan atau keburukan?

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery menjelaskan bahawa kerana lebih 15 juta pengguna di Malaysia berdaftar dengan Facebook, Kerajaan tidak pernah berhasrat untuk mengharamkannya.
     Apa yang kuat untuk kebaikan adalah juga kuat untuk keburukan.

Thursday, August 14, 2014

Nahas MH17 : 22 Ogos Hari Perkabungan Nasional

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan 22 Ogos sebagai Hari Perkabungan Nasional. Hari itu, 15 jasad mangsa rakyat Malaysia dan satu rakyat Belanda akan dikembalikan. Rakyat mestilah menunjukkan rasa hormat dan maruah.

Wednesday, August 13, 2014

Nahas MH17 : Berapa persetujuan lagi?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengatakan bahawa beliau telah mendapat persetujuan sekali lagi dengan Ukraine untuk membolehkan pasukan penyiasatan mencari jasad di kawasan bencana. Berapa persetujuan lagi?

Denggi: kabinet lulus RM27 juta

Hari ini, Jemaah Menteri meluluskan RM27 juta untuk memerangi penularan denggi yang serius di Malaysia.  Diharapkan langkah - langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan adalah berkesan dan tidak ada pembaziran.

Projek Insinerator Beringin: EIA?

Sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan projek insinerator, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal mestilah mengadakan penilaian alam sekitar ( EIA ). Kajian ini boleh memberitahu rakyat kesan projek ke atas alam sekitar Kepong.

Monday, August 11, 2014

Nahas MH17 : keluarga mangsa menunggu

Pertempuran sengit di kawasan bencana di Timur Ukraine menghalang pasukan Australia,  Belanda & Malaysia menyiasat dan menemui jasad 298 mangsa. Diharapkan usaha untuk mengecamkan jasad mangsa berjalan dengan lancar di Belanda. Para keluarga menunggu.

Pencegahan rasuah : suruhanjaya perkhidmatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah bebas seperti dijadikan sebagai suruhanjaya perkhidmatan,  bertanggungjawab hanya kepada Dewan Rakyat. Ini memerlukan pindaan perlembagaan kebangsaan.

Sunday, August 10, 2014

Darurat Ebola : kemudahan pengasingan pesakit?

Sambil menghadapi Denggi, Kementerian Kesihatan Malaysia memeriksa orang masuk ke negara seperti di pusat imigresen dan lapangan terbang. Rakyat bimbang tentang langkah, amalan & kemudahan pengasingan pesakit.

Saturday, August 09, 2014

Darurat Ebola : Malaysia perlu langkah pencegahan

Ada banyak sebab kematian dan kecederaan di masyarakat. Misalnya, setiap tahun terdapat kira-kira 6000 pengguna jalan maut di Malaysia.
     Virus Ebola adalah amat bisa: hampir 60% pesakit meninggal. Dalam empat bulan ini, kira-kira 1000 pesakit Ebola mengembali ke rahmatullah di Afrika Barat. Negara kita memerlukan langkah - langkah pencegahan.

Darurat Ebola : Kementerian Kesihatan Malaysia teragak-agak.

Virus Ebola adalah sangat bisa. Sejak Februari tahun ini, lebih 900 pesakit dari Afrika Barat sudah mengembali ke rahmatullah: perdarahan, strok dan kejutan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengiytiharkan darurat kesihatan antarabangsa. Nigeria mengikut jejaknya. Muslimin dan Muslimat termasuk dari Liberia, Nigeria dan Sierra Leone melawat Mekah, Saudi Arabia, terutamanya semasa musim haji. Dalam keadaan ini, Ebola mudah berjangkit.

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dalam suasana teragak-agak untuk menghadapi darurat Ebola, seolah-olah memimpi dalam kepuasan diri. Apakah persiapan yang telah dibuat?

Wednesday, August 06, 2014

Wabak Ebola:930 orang maut di Afrika Barat

Wabak Ebola menular ke Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone sejak Februari 2014. 50 hingga 60% pesakit meninggal kerana perdarahan, strok dan kejutan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sedang mempertimbangkan sama ada wabak ini sudah menjadi ancaman bumi manusia.

Tuesday, August 05, 2014

Kehilangan ghaib MH370: Di mana dan bagaimana?

Kehilangan ghaib MH370 : Petronas akan menyediakan RM67 juta untuk membeli kelengkapan dasar lautan seperti sonar bagi mencari pesawat MH370 yang hilang ghaib. Dalam Keadaan ini, di mana dan bagaimana?

Monday, August 04, 2014

Kenaik tambang bas sekolah: Dipertahankan?

Kenaikan tambang bas sekolah: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia ( SPAD ) Tan Sri Syed Hamid sedang mempertimbangkan mengizin kenaikan tambang bas sekolah. Terdapat 18,000 buah bas sekolah di Semenanjung. Diharapkan beliau boleh mempertahankan kenaikan ini.

Saturday, August 02, 2014

Wabak Ebola: Akibat padahnya?

Wabak Ebola: virus ini mula dinampak di Congo. Ia mewujudkan perdarahan, strok dan kejutan pesakit. Tidak ada rawatan.
     Wabak di Afrika Barat kali ini telah mengorbankan lebih 700 nyawa. Dua orang sukarelawan Amerika telah dijangkiti, satu di Liberia dan satu lagi di Nigeria. Kedua-dua telah dibawa oleh pesawat khas ke Atlanta, pusat penyakit berjangkit Amerika Syarikat.

Labels:

Nahas MH17 : Pasukan siasatan Malaysia?

Nahas MH17 : Pasukan Australia dan Belanda menemui lebih jasad mangsa di lokasi. Di manakah pasukan Malaysia? Adalah para penyiasat memainkan peranan yang berlainan?

Nahas MH17 : Pasukan siasatan mula menemui jasad mangsa di lokasi

Nahas MH17 : Daripada 298 mangsa, kira-kira 80 masih berada di kawasan bencana. Pasukan siasatan Australia dan Belanda mulai menemui jasad mangsa di lokasi.

Friday, August 01, 2014

Nahas MH17 : periuk api di lokasi tragedi?

Nahas MH17 : Adakah periuk api di kawasan bencana? Pertempuran berlaku di sekitarnya. Pasukan siasatan antarabangsa mestilah berhati - hati mencari jasad yang masih berada di kawasan kejadian di Timur Ukraine.

Nahas MH17:Berapa jasad lagi di kawasan kejadian?

Nahas MH17:Kebanyakan jasad mangsa telah dibawa ke Belanda. Berapa lagi berada di kawasan bencana?