Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, May 31, 2014

Kehilangan MH370: Selamat imej negara, MAS & pelancongan

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyebut tentang kehilangan ghaib MH370 yang tidak pernah berlaku. Ia menguji hubungan di antara Malaysia dan China. Kerajaan telah berikhtiar dengan sedaya upaya untuk terus mencari pesawat itu.
     Kehilangan ghaib MH370 menjejaskan imej negara, syarikat penerbangan nasional,  MAS, dan industri pelancongan. Apakah usaha Najib untuk menyelamatkannya?

Friday, May 30, 2014

Kehilangan ghaib MH370 berterusan

Bunyi akustik ping di selatan Lautan Hindi memberi alasan bagi Australia menghantar kapal selam kecil dron, Bluefin-21,  menggeledah dasar lautan seluas lebih 800 kilometer per segi. Tetapi,  ia tidak menemui bangkai MH370. Maka, tercetus huru-hara, kemarahan dan lebih banyak spekulasi waris mangsa 239 penumpang pesawat itu. Kehilangan ghaib MH370 berterusan.

Wednesday, May 28, 2014

Angkat sembah takziah kepada DYMM Tuanku Bainun

Kami mengangkat sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, dan ahli kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak,  Sultan Azlan Shah. Almarhum pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Hakim Negara serta menganjurkan sukan hoki.

Tuesday, May 27, 2014

Aset pelaburan KWSP RM597 bilion

Aset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertambah daripada RM536.55 bilion kepada RM597. 05 bilion pada 31 Mac,2013. KWSP mestilah menguruskan wang para pekerja dengan baik: telus, akauntabel dan benar-benar professional.

Monday, May 26, 2014

Alam media lebih terbuka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berucap di upacara penganugerahan Kelab Media Kebangsaan. Beliau memberi komitmen yang teguh untuk memelihara Internet sebagai pengantar untuk perbahasan bebas dan perbincangan terbuka. Beliau mengatakan bahawa negara ini memerlukan alam media yang lebih terbuka.

Kita memerlukan komitmen yang teguh untuk memastikan cakap serupa dengan bikin.

Sunday, May 25, 2014

Piala Thomas

Di New Delhi, pasukan badminton Malaysia berusaha sedaya upaya, tetapi kalah kepada Jepun dengan nipis 2:3. Tahniah pasukan Jepun.

Saturday, May 24, 2014

Pencerobohan terang-terangan terhadap Dewan Undangan

Pada Rabu yang lalu, 21Mei, 2014, segolongan pembantah menyerang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ini adalah Hari Kelam. Rakyat Malaysia tidak mentoleransi pencerobohan terang-terangan ini.

2623 sekolah kurang murid (SKM)

Malaysia mempunyai 7714 buah sekolah rendah, termasuk 2623 sekolah kurang murid (SKM), 1294 sekolah Cina dan 592 sekolah Tamil. 2623 SKM menghadapi kesusahan. Semua pihak mestilah memberi perhatian kepadanya seperti infrastruktur dan guru.

Friday, May 23, 2014

Piala Thomas

Dua belas tahun yang lepas, pasukan badminton Malaysia memasuki peringkat final pertandingan Piala Thomas di Guangzhou. Semalam, pasukan negara mencapai peringkat final semula di New Delhi. 22 tahun yang lalu piala itu berada di Kuala Lumpur. Kita berharap piala tersebut dapat dikembalikan ke negara pada 25 Mei,  2014.

Thursday, May 22, 2014

Sungai Hidup

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan berteriak kepada sahabatnya tentang projek 'Sungai Hidup' (Rivers of Life) yang berharga RM3 bilion. Beliau menyebut darihal sungai yang jernih dan bersih, misalnya di Sg Klang, Sg Batu,  Sg Gombak, Sg Jinjang dan Sg Keroh.  Ada yang fikir mengenai 'Sungai Bohong' (Rivers of Lies). Tengku Adnan mungkin akan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa projek ini adalah benar-benar 'Sungai Hidup"(Rivers of Life) yang berbaloi dengan harganya.

Wednesday, May 21, 2014

Umumkan jumlah subsidi kepada Proton sejak 1983

Sebelum Proton Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983, kami memberitahu Kerajaan bahawa adalah sukar untuk mengekalkan kereta nasional itu. Tujuan utama syarikat tersebut disebutkan sebagai membantu sebahagian masyarakat di industri hiliran motokar seperti alat ganti.

Kita tidak tahun berapa bilion wang awam telah digunakan untuk menopang Proton dalam 31 tahun ini. Hanya 'grant untuk penyelidikan dan pembangunan' sahaja adalah RM200 juta setahun. Pada 2013 'RM74 bilion' wang rakyat diberi kepada syarikat itu. Perbendaharaan sebutkan sebagai RM18. 8 bilion. Kerajaan mestilah menjelaskan jumlah wang rakyat yang sebenarnya.

Tuesday, May 20, 2014

Polis mesti cari dan tangkap pembunuh biarawati

Dua biarawati, Julianna Li Nyo Nya  (69 tahun) dan Marie-Rose Teng (79) telah diserang dan dirampas di depan sebuah gereja Katolik di Seremban pada 14 Mei, 2014. Semalam, Julianna Lim meninggal dunia akibat kecederaan parah.
     Polis mestilah mencari dan menangkap pembunuh.

Saturday, May 17, 2014

Muzium, ikatan dan warisan

Hari ini ialah Hari Muzium Antarabangsa dengan tema Koleksi Muzium Mewujudkan Pertalian. Muzium ada perkaitan dengan ikatan dan kebudayaan. Ia memperoleh, memulihara, menyelidik, berkomunikasi dan mempamer warisan yang nyata dan tak nyata manusia dan alam sekitarnya untuk tujuan pendidikan, pengajian dan keseronokan (Majlis Muzium Antarabangsa).

Mengatasi kemiskinan, masalah kaum dan agama, rasuah dan birokrasi

Di pilihanraya umum India, BJP Narendra Modi memenangi 282 kerusi parlimen dan Parti Congress 44. Kami mengucapkan tahniah kepada BJP dengan harapan bahawa ia dapat mengatasi kemiskinan, konflik kaum dan agama, rasuah dan birokrasi.

Friday, May 16, 2014

Cerita panjang sisa pepejal

Terdapat cerita panjang sisa pepejal (sampah) di Malaysia. Misalnya empat insinerator kecil, yakni di Pulau Langkawi, Pangkor, Tioman dan Cameron Highlands terlewat disiapkan lebih dua tahun sehingga 966 hari. Projek insinerator di Labuan masuk ke tribunal; tapaknya menjadi belukar. Kerajaan belanja hampir RM200 juta. Tender berbincang, teknologi dan pengurusan menimbulkan soalan. Belukar menjadi rimba.

Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru.

Sunday, May 11, 2014

Pusat Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin mesti ada Kilang Kumbahan

Pendudukan Kepong dan Jinjang menghadapi pencemaran dan kebusukan sampah lebih 40 tahun. Ini bermula dengan tapak pelupusan sampah dan diikuti dengan Pusat Pemindahan Sisa Pepejal dengan kumbahannya di Taman Beringin. Pusat ini memerlukan kilang rawatan kumbahan yang berkesan.

Pada 2002, pihak berkenaan melantik Pollution Engineering Sdn Bhd untuk mendirikan Kilang Rawatan Kumbahan di sebelah pusat tersebut bagi membersihkan 200 meter padu kumbahan setiap hari. Kilang ini tidak berkesan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melantik Worldwide Engineering Sdn Bhd untuk membina Kilang Rawatan Kumbahan untuk memproses 300 meter padu kumbahan sehari. Ini juga tidak berfungsi dengan efektif.

Tahun lepas, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil alih pusat dan kilang tersebut. Adalah wajar bagi kementerian untuk memastikan kedua-duanya berfungsi dengan baik.

Saturday, May 10, 2014

Selamat Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu.

Teringin kemudahan cukup di balai polis & sistem kenaikan pangkat adil

SAC Saiful dari markas polis, Bukit Aman, mengatakan bahawa pihaknya teringin pasukannya diwakili semua kaum secara adil. Setakat ini,  terdapat 3314 pemohon keturunan Cina.
     Kita juga teringin kemudahan yang cukup di balai polis dan sistem kenaikan pangkat yang berdasarkan kepada merit serta adil untuk semua.

Thursday, May 08, 2014

Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Mestilah Sanitari

Pagi ini, kami melawat Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Tagar. Ia melupuskan 2500 tan sampah dari Kuala Lumpur sehari. Setakat ini, ia nampaknya sanitari.
     Ada orang yang mengatakan negara ini mempunyai 3 pusat pelupusan sanitari. Ada yang membilang 8. Kerajaan mestilah memastikan semua haruslah sanitari. 

Wednesday, May 07, 2014

Unsur agama dan kaum dalam permainan politik

Dalam masyarakat majmuk Malaysia, kita menggalakkan asas kesederhanaan dan penghormatan kepada agama masing-masing. Ada orang yang terus menggunakan unsur agama dan kaum untuk permainan politik.
     Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik menyatakan bahawa 'kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan. '
     Bilakah nenek moyang Orang Asli datang ke Semenanjung? Bilakah nenek moyang Abdullah Zaik tiba di sini?  Nenek moyang saya berada di Kelantan sebelum 1820.

Monday, May 05, 2014

Kesesakan di LCCT (Terminal untuk pesawat kos rendah)

Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Jabatan Imigresen, Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) dan AirAsia menyelesaikan kesesakan di LCCT dan mewujudkan perkhidmatan yang cepat,cekap dan selamat.

MAHB mempunyai pendapat yang berbeza dengan AirAsia terhadap KLIA2. Oleh itu, AirAsia hanya akan berpindah dari LCCT ke KLIA2 pada 9 Mei, bukan 2 Mei, 2014.

Terlalu ramai penumpang menggunakan LCCT. Pada 4 Mei, 2014, keadaan sesak berlaku di 17 kaunter imigresennya. Ada banyak aduan. 

Ketua Pengarah Imigresen mengatakan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada keengganan AirAsia berpindah pada 2 Mei dan ramai kakitangannya telah dipindahkan ke KLIA2. Pengurus Kanan MAHB Datuk Azmi Murad menyebutkan bahawa semua dijalankan seperti biasa. Kesibukan berlaku masa kemuncak dengan banyak pesawat mendarat.

Kehilangan ghaib pesawat MH370 menjejaskan imej Malaysia. Jika suasana di LCCT atau KLIA2 menyusahkan para penumpang, ia akan memburukkan imej lagi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hisham menyifatkan KLIA2 sebagai lapangan terbang yang terbesar di dunia untuk pesawat kos rendah. Sekiranya perkhidmatan termasuk imigresen adalah tercepat, tercekap dan terselamat, maka imej yang punah itu boleh dipulihkan dengan lebih cepat.

Sunday, May 04, 2014

Kerajaan tempatan dan pokok berbahaya

Penanaman pokok adalah penting. Penyelenggaraan berkala adalah wajib. Sesetengah majlis atau dewan bandaraya bertindak dengan perlahan apabila menerima aduan mengenai pokok. Misalnya, dua minggu yang lepas para penduduk di Jalan 24/62B; Taman Menjalara, memberitahu dengan acapkali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) bahawa terdapat pokok senget. Mereka menunggu. Dua hari yang lalu, puting beliung menumbangkan pokok itu dan merosakkan wayar dan tiang elektrik. DBKL memotong pokok di atas jalan.
       Tidak jauh dari Bandar Menjalara, seorang wanita (41) mati terhempap pokok di Taman Kepong. Cuaca tidak boleh diramal dengan tepat. Tetapi, pokok-pokok
boleh diselenggarakan.

Saturday, May 03, 2014

Emosi keluarga mangsa kehilangan MH370

Sejak 8 Mac, 2014, keluarga mangsa kehilangan ghaib MH370 menunjukkan pelbagai reaksi. Ini adalah pengalaman dahsyat. Kerajaan mestilah mengkaji semula langkah-langkah yang telah diambil untuk membantu mereka.

Thursday, May 01, 2014

Undang-undang Buruh Malaysia yang lebih adil

Hari ini adalah Hari Buruh. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengatakan bahawa beliau adalah komited kepada memodenkan undang-undang buruh Malaysia cocok dengan zaman sekarang. Kita hendak menyaksikan tindakan yang konkrit dan undang-undang yang lebih adil.

Condolences to the family of Seah Leong Peng

We offer condolences to the family of the late Seah Leong Peng, MP for Teluk Intan.

Selamat Hari Buruh

Selamat Hari Buruh