Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, April 30, 2014

Keselamatan KLIA2 di semua aspek?

Hari ini, Datuk Seri Hisham melancarkan ERL,  kereta api laju, di KLIA2.  Ini memberi para penumpang satu pilihan. Kami tidak tahu sama ada beliau melihat dengan teliti keselamatan KLIA2 di semua aspek.

Pencarian MH370 bertambah rumit

Pencarian pesawat hilang ghaib MH370 bertambah rumit: sebuah syarikat cari gali Australia mendakwa bahawa ada bangkai kapal terbang di Teluk Bengal dan seorang ahli strategi menyeru supaya Tentera Laut Amerika Syarikat mengambil alih usaha mencari MH370 dan perbelanjaannya dibayar oleh Malaysia. Selagi MH370 tidak ditemui, pencariannya bertambah rumit.

Monday, April 28, 2014

Hujan lebat, banjir kilat, catuan air dan empangan

Semalam, hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Tetapi, catuan air berterusan kerana paras air di empangan-empangan seperti Empangan Sungai Selangor adalah hanya 40%. Kita berdoa.

Asas kesederhanaan dan penghormatan agama masing-masing

Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama, kita mempertahankan asas kesederhanaan dan penghormatan agama masing-masing.  Kita tidak menerima perkara yang merosakkan asas ini.

Fasa baru pencarian untuk MH370

Perdana Menteri Australia Tony Abbott menjelaskan bahawa kawasan pencarian untuk MH370 telah diperluaskan dari 300 kepada 60000 kilometer persegi. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) sedang menimbangkan kemungkinan melantik kontraktor swasta untuk menggunakan kepakaran mencari gali di dasar lautan bagi mencari bangkai dan kotak hitam MH37O. Perbelanjaan fasa ini adalah dianggarkan sebagai US $60 juta.

Sunday, April 27, 2014

Apakah tindakan Hisham memastikan keselamatan KLIA2?

Datuk Seri Hisham mengatakan bahawa KLIA2 akan beroperasi dengan sepenuhnya pada 2 Mei, 2014. Kami hendak beliau memastikan ia adalah selamat dalam semua aspek. Apakah tindakan Hisham?

Di manakah MH370 mengembara?

Presiden Obama mengatakan bahawa Amerika Syarikat tersebut menyokong mencari MH370 yang hilang dengan ghaib. Di manakah pesawat MAS mengembara?  Selatan Lautan Hindi terus bergelora.

Saturday, April 26, 2014

Bluefin-21 masuk ke fasa dua mencari MH370?

Selatan Lautan Hindi yang berbahaya menghalang usaha udara dan muka laut untuk mencari pesawat MH370 yang hilang dengan ghaib. Tetapi,  kapal selam dron, Bluefin-21, terus menggeledah dasar lautan dan memasuki kawasan fasa kedua. Di manakah MH370?  Ke mana kita pergi?

Persaingan sihat dan servis baik

Monopoli dalam satu perusahaan boleh membawa kesusahan. Misalnya, kita menerima banyak aduan mengenai servis Astro. Satu penyelesaiannya adalah mematahkan monopoli, menggalakkan persaingan dan mempertingkatkan servis.

Pertubuhan mengurangkan jenayah

Jenayah adalah rumit. Pelbagai faktor seperti keadaan sosioekonomi adalah berkaitan dengannya. Kita berharap semua usaha termasuk Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia akan membantu mengurangkan jenayah.

Friday, April 25, 2014

Laporan kehilangan ghaib MH370 mestilah benar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberitahu CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan ghaib MH370 tidak membingungkan. Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hisham merasa ia tidak mengghairahkan.
     Kita mahu laporan kehilangan ghaib pesawat MH370 yang benar dan tidak memihak.

Langkahnya selepas Bluefin-21 habis menggeledah untuk MH370

Kapal selam kecil dron, Buefin-21, sudah menggeledah 95% kawasan yang dirancangkan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi. Datuk Seri Hisham, apakah langkah yang selanjutnya?

Thursday, April 24, 2014

Pastikan KLIA2 Selamat

Hari ini, Datuk Seri Hisham visited KLIA2 and promised that it would be in full operation on May 2 this year. The public hope that he will ensure that KLIA2 is safe in all aspects.

Wednesday, April 23, 2014

Pasukan menyiasat MH370 mesti profesional

Jemaah menteri Malaysia memutuskan untuk menubuhkan Pasukan Penyiasatan Antarabangsa bagi menyiasat pesawat MH370. Misteri menimpa kehilangan pesawat itu. Semoga pasukan tersebut adalah benar-benar kompeten, telus, kredibel dan profesional.

Monday, April 21, 2014

Misteri menimpa MAS

Misteri menimpa MAS. Pada 8 Mac 2014,  pesawat MH370 hilang. Usaha mencarinya berterusan. Pada 21 April, 2014, tayar pesawat MH192 pancit; ia mendarat dengan selamat. Walaupun puting beliung siklon melanda selatan Lautan Hindi, kapal selam keciL dron, Bluefin-21, masih mencari bangkai MH370 di dasar lautan. Apakah terjadi dengan tayar MH192?

Satu misteri lagi menimpa pesawat MAS MH 192 ?

Puting beliung, siklon, boleh menjejas usaha mencari bangkai dan kotak hitam pesawat MAS MH370 di selatan Lautan Hindi. Sementara, hari ini pesawat MH192 mengalami tayar pancit dalam perjalanan dari KLIA ke Bangalore,  India. Ia mematah balik dan mendarat di KLIA dengan selamat. Ini adakah satu lagi misteri menimpa MAS?

Sunday, April 20, 2014

Setiap negara membantu mencari MH370 membayar sendiri

Pelbagai negara membantu mencari pesawat MH370, termasuk Australia, China , Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Adalah difahamkan bahawa mereka masing-masing membayar perbelanjaan sendiri.

Saturday, April 19, 2014

Teknologi selam siapa yang hebat menemui MH370? .รท

Ketika kapal selam kecil dron buatan Amerika Syarikat,  Bluefin-21, menggeledah mencari bangkai dan kotak hitam MH370 di dasar selatan Lautan Hindi, Datuk Seri Hisham menyebut teknologi Deftech dan Boustead. Teknologi siapakah yang boleh berjaya menemui MH 370 di dasar lautan yang dalamnya lebih daripada 4500 meter?

Friday, April 18, 2014

Rekod menyelam Bluefin dan pencarian MH370

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia mengatakan bahawa kapal selam kecil Bluefin-21 menyelam lebih daripada 4500 meter di dasar selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370. Penyelaman ini memecah rekod. Semoga ia dapat menemui bangkai dan kotak hitam pesawat itu.

Wednesday, April 16, 2014

Takziah kepada keluarga Karpal Singh

Kepada keluarga Karpal Singh kami mengucapkan takziah.

Pencarian MH370 dan teknologi moden

Sekatan Lautan Hindi adalah lebih 4500 meter dalamnya dan lumpur di dasar berapa meter tebalnya.  Usaha mencari bangkai dan kotak hitam MH370 memang menghadapi kesukaran.
Kapal Australia Ocean Shield menggunakan kapal selam kecil, drone atau berrobot, Bluefin-21, untuk menggeledah dasar lautan mencari MH370. Ia menyelam ke setengah perjalanan, tiba-tiba muncul ke permukaan. Semalam ia menghadapi masalah yang sama.

Tuesday, April 15, 2014

Kerja Dron Bluefin-21 Memakan Masa

Semalam, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia menghantar dron kapal selam kecil, Bluefin-21, ke dasar selatan Lautan Hindi untuk menggeledah mencari bangkai dan kotak hitam pesawat MH370. Ia mengembali ke permukaan selepas hanya enam jam. Ia mengambil masa dua jam untuk menurunkan ke dasar lautan dan dua jam untuk mengembalikannya. Jika ia sampai ke had dalamnya 4500 meter, ia naik ke permukaan secara automatik.
     Ketua JACC menyifatkan kerja Bluefin-21 sebagai memakan masa dengan perhatian sepenuhnya. Kita meneruskan usaha yang menggeletar ini.

Monday, April 14, 2014

Kapal selam robot kecil dan pesawat MH370

Pencarian bangkai dan kotak hitam pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi menyambung dari 12 pesawat dan 14 kapal kepada kapal selam kecil atau drone (kapal robotik). Drone menggeledah lumpur lautan berapa meter tebalnya di dasar lautan untuk mencari pesawat itu dengan dalamnya 4500 meter atau hampir 3 batu. Kerja ini adalah menggentarkan. Semoga nasib menyebelahi kita.

Kebebasan untuk tebusan?

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia sedang melancarkan pencarian besar-besaran untuk pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. Tiba-tiba, seorang pelancong China dan seorang rakyat Filipina telah diculik dari sebuah pulau peranginan di Sabah. Kedua-dua wanita berada di selatan Filipina.
     Penculik menuntut wang lebih US36 juta dari keluarga pelancong itu. Bagaimana Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina menangani perkara ini?
     Terdapat pelbagai faktor yang menjejaskan keselamatan di Sabah termasuk pantai yang panjang dan pulau-pulau peranginan yang terpencil. 
     Kerajaan Malaysia mestilah berikhtiar untuk menyelamatkan tebusan tersebut.

Saturday, April 12, 2014

Belas kasihan, keadilan dan MH370

Sebaik sahaja Perdana Menteri Australia Tony Abbott menyifatkan usaha mencari pesawat MAS MH370 sebagai besar-besaran, Peguam Negara Tan  Sri Gani Patail berada di UK untuk membincangkan hak menjaga perakam kotak hitam pesawat itu. Kami menitikberatkan belas kasihan untuk keluarga mangsa dan keadilan.

Usaha mencari pesawat MH370 adalah mencabar

Usaha mencari perakam kotak hitam pesawat MAS MH370 adalah mencabar kerana dasar selatan Lautan Hindi 4500 meter atau hampir 3 batu dalamnya, lumpurnya berapa meter tebal dan keadaannya bergelora.

MH370 dan Perdana Menteri yang telus dan professional

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berjanji agar usaha mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi tidak akan dikurangkan. Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mestilah benar-benar telus dan profesional.

Denggi, Nyamuk Aedes dan air jernih

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Nor Higham menjelaskan bahawa dari Januari hingga 5 April, 2014, terdapat 26249 kes denggi termasuk 14654 di Selangor; 63 kematian. Pembawa virus nyamuk Aedes membiak dalam air jernih yang didapati di celah pokok, bumbung, longgokan sampah,  tempat binaan dan sebagainya.

Thursday, April 10, 2014

KWSP mesti telus dan akauntabel

Pada Disember 2013, jumlah caruman tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah RM50. 58 bilion dan jumlah pengeluaran tahunan RM35. 35 bilion. Maka, jumlah aliran masuk setiap tahun ialah RM15. 23 bilion. Kita memerlukan ketelusan dan akuantabiliti.

KWSP mesti telus dan akauntabel

Pada Disember 2013, jumlah caruman tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah RM50. 58 bilion dan jumlah pengeluaran RM35. 35 bilion. Maka jumlah aliran masuk ialah RM15. 23 bilion. Kita perlu ketelusan dan akauntabiliti.

Tempat rehat terakhir pesawat MH370

Semalam kapal Australia Ocean Shield terdengar isyarat ping dua kali lagi. Justeru itu, Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) Australia Angus Houston berkata, " Diharapkan dengan transmisi (isyarat ping) banyak, kita akan ada kawasan pencarian (bangkai MH370) lebih kecil dan dalam beberapa hari, kita akan boleh menemui sesuatu di dasar (lautan) yang mungkin mengesahkan tempat rehat terakhir MH370.

Wednesday, April 09, 2014

Dari isyarat ping ke bangkai MH370

Kapal dan pesawat dari banyak negara menumpukan pencarian di selatan Lautan Hindi untuk mengesan bangkai MH370. Kapal Haiwan 01 dan Ocean Shield pernah terdengar isyarat ping yang dipercayai berpunca dari kotak hitam MH370.
     Adakah Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) akan menggunakan kenderaan robot untuk mencari bangkai MH370 di dasar lautan yang dalamnya hampir tiga batu?

Tuesday, April 08, 2014

Harap bateri kotak hitam MH370 masih hidup

Bateri kotak hitam MH370 dijangka habis tempohnya. Kapal Australia dan China pernah terdengar isyarat mungkin dari kotak hitam. Mereka tidak lagi menerima isyarat itu. Kita berharap bateri tersebut masih hidup.

Kenderaan robot dan bangkai MH370

Pesawat MH370 hilang 31 hari. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia menggunakan pesawat, kapal, kapal selam dan kenderaan robot untuk mencari bangkainya. Di dasar selatan Lautan Hindi sedalam lebih 4500 meter, kenderaan robot boleh meronda. Di kawasan inilah kapal Australia dan China terdengar isyarat mungkin dari kotak hitam MH370.

Monday, April 07, 2014

GST membawa kesan besar

Malam ini, belah bahagian Dewan Rakyat untuk Rang Undang-Undang Barang dan Perkhidmatan (GST) mencatatkan 118 undi menyokong dan 81 menentang. Kelulusan undang-undang ini membawa kesan besar. Pada 1954, Perancis merupakan negara yang pertama yang melaksanakan GST. Sekarang, hampir separuh daripada jumlah hasil negara itu berpunca daripada GST.

Mengesahkan denyut akustik dari MH370?

Hari ini, kapal Australia Ocean Shield terdengar denyut akustik dua kali lagi yang mungkin datang dari kotak hitam pesawat MH370. Kita mestilah mengesahkannya dan cuba mendapatkan bangkainya. Selatan Lautan Hindi adalah sedalam lebih 4,500 meter.

Sunday, April 06, 2014

Lautan Hindi, 'ping' akustik dan MH370

Kapal rondaan Australia dan China terdengar 'ping' akustik di selatan Lautan Hindi. Justru, usaha ditumpukan juga kepada  denyut ini. Kita perlu mengesahkan puncanya. Terdapat pelbagai denyut dan detik akustik di lautan.

Saturday, April 05, 2014

Di mana terjatuh MH370 di Lautan Hindi?

Kerajaan Malaysia menubuhkan tiga jawatankuasa berperingkat menteri dan melantik wakil bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis. Ini adalah untuk bersedia mencari bangkai dan kotak hitam pesawat itu secara jangka panjang. Di manakah terjatuh MH370 di selatan Lautan Hindi yang dalam, gelap dan ganas? Kita berdoa.

Friday, April 04, 2014

Di manakah kotak hitam MH370 bawah Lautan Hindi?

Bateri Kotak hitam MH370 boleh tahan hanya tiga hari lagi. Pusat Koordinasi Agensi Bersama di Australia menggunakan pelbagai cara untuk mengesannya, seperti kapal, pesawat dan sonar dron. Di manakah letaknya kotak itu di bawah selatan Lautan Hindi yang dalam, gelap dan ganas? Kita memerlukan keajaiban.

Thursday, April 03, 2014

Implikasi Cukai Barang dan Perkhidmatan adalah besar

Hari ini, Dewan Rakyat mula membahas Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ia membolehkan Kerajaan mengutip cukai ke atas nilai barang atau perkhidmatan dalam sesuatu transaksi (jualan atau belian). Penjual mengutip cukai ini. Implikasinya adalah besar.
     Pada 1954, Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST. Sekarang hampir separuh daripada hasil negara berpunca dari GST.

Wednesday, April 02, 2014

Adakah maklumat polis akan membantu pencarian MH370?

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid mengatakan bahawa polis mempunyai 'clues' terhadap kehilangan MH370. Beliau tidak memberi maklumat lanjut. Adakah maklumat ini akan membantu usaha untuk mencari pesawat itu?