Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, March 31, 2014

Falsafah pokok untuk subsidi

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Nasib mengulangi di Dewan Rakyat bahawa sekarang jumlah subsidi dan bantuan setahun adalah RM 43.3 bilion berbanding dengan perbelanjaan pembangunan RM 46 bilion. Kami mengambil penuh perhatian terhadap perkara ini--pembaziran dan ketirisan. Kita memerlukan falsafah pokok yang adil untuk menguruskan subsidi di semua aspek.
--

Sunday, March 30, 2014

MH370, Bangkai dan Kotak Hitam.

Menurut laporan media, sebuah kapal Australia telah bermula mencari kotak hitam dari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang bergelora. Yang terdesak sekali ialah pencarian bangkai pesawat itu.

MH370, simpati, kesabaran dan profesionalisme

Krisis MH370 boleh berlaku di negara lain. Ia mempunyai implikasi yang besar. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mestilah menunjukkan simpati, kesabaran dan profesionalisme kepada keluarga mangsanya.

Pengurusan air yang baik

Ada hujan di Lembah Klang dua petang berturut-turut. Kita berharap kawasan tadahan dapat air dan catuan berakhir. Kita memerlukan pengurusan air yang baik seperti mengurangkan kebocoran, pencurian dan penyalahgunaan.

Saturday, March 29, 2014

Implikasi krisis MH370 dan pencarian bangkainya

Krisis MH370 melibatkan pelbagai aspek seperti implikasi undang-undang. Matlamat utama Kerajaan Malaysia dan rakan-rakan antarabangsa adalah pencarian bangkainya di selatan Lautan Hindi.

Friday, March 28, 2014

Berkeinginan benar kepada sebab MH370 terhempas

Dunia khasnya keluarga penumpang dan anak kapal terbang MAS MH370 serta syarikat insurans berkeinginan benar kepada sebab pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi. Pasukan-pasukan antarabangsa menggunakan teknologi terkini untuk mencari bangkai pesawat di lautan bergelora. Kerajaan Malaysia dan Pasukan-pasukan antarabangsa mestilah terus berusaha.

Thursday, March 27, 2014

Lautan tenang, teknologi dan bangkai MH370

Analisa maklumat satelit menunjukkan pesawat MAS MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Para keluarga penumpang dan kakitangan pesawat tersebut menunggu bukti dari lautan itu. Laut bergelora menjejaskan pencarian udara antarabangsa. Kita perlu teknologi dan laut yang tenang.

Wednesday, March 26, 2014

Kaji semula keadaan lebuhraya bertol

Kerajaan Malaysia telah menandatangan perjanjian dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya dan membenarkan mereka menaikkan kadar tol. Jika tidak, Kerajaan terpaksa membayar pampasan. Dari 2008 hingga 2012, pampasan kepada 15 konsesi lebuhraya adalah RM 709. 07 juta. Bagi 2013, pampasan adalah dianggarkan RM 343.7 juta. Kita haruslah mengkaji semula keadaan lebuhraya bertol.

Tuesday, March 25, 2014

Tunggu keadaan sebenar loji sampah di Taman Beringin Kepong

Malam ini, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman memberitahu Dewan Rakyat bahawa syarikat antarabangsa yang terbaik akan dilantik melalui tender untuk loji sampah yang dicadangkan di Taman Beringin, Kepong, Harganya belum diketahui. Kajian Penilaian Alam Sekitar akan diadakan mengikut piawaian dunia.
     Loji tersebut akan mempunyai teknologi terbukti, mesra alam dan berbaloi dengan harga. Hanya masa sahaja akan membuktikan keadaan yang sebenarnya.

Monday, March 24, 2014

Takziah kepada keluarga penumpang MH370

Kepada keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 kami mengucapkan takziah untuk menyatakan rasa dukacita.

MH370 berakhir di Selatan

Malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyatakan pada jam 10 bahawa pesawat MAS MH307 berakhir di selatan Lautan Hindi. Maklumat ini telah diberikan kepada waris penumpang pada 9.30, setengah jam sebelum kenyataan Nasib.

Sunday, March 23, 2014

Rakyat berhati-hati hadapi masalah

Semalam, para pengundi membuat keputusan untuk memilih calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizhah. Tetapi,  masalah seperti kehilangan pesawat MH370 dan kenaikan harga barangan berterusan. Rakyat mestilah berhati-hati.

Pencarian MH370, tekanan dan spekulasi

Usaha mencari pesawat MAS MH370 memasuki minggu ketiga. Ia belum ditemui. Tekanan bertambah dan spekulasi wujud. Semoga Kerajaan memberikan maklumat yang sebenarnya.

Saturday, March 22, 2014

Sokong calon PR Datuk Seri Dr Wan Azizah

Berdasarkan kepada dasar Pakatan Rakyat adalah lebih sesuai untuk Malaysia, kita berharap para pengundi Kajang menyokong calon PR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Saturday, March 15, 2014

Lebih maklumat telus mengenai MH370.

Pada Hari ke-8 pencarian pesawat MAS MH370, Perdana Menteri Datuk Seri Nasib mengatakan ada seseorang yang sengaja memberhentikan alat komunikasi pesawat dan mengubah haluan penerbangannya. Pencarian antarabangsa sedang menumpu perhatian ke dua koridor, Utara dan Selatan Lautan Hindu. Kita tunggu lebih maklumat yang telus mengenai MH 370.

Wednesday, March 12, 2014

Maklumat benar dan kehilangan MH370

Pada 9 March, 2014, pesawat MAS MH300, Boeing B777-200, hilang dari radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ia membawa 239 penumpang.
     Menurut laporan selepas enam hari pencariannya, 12 negara menggunakan 42 buah pesawat dan 39 buah kapal terbang untuk menyertai usaha tersebut.  Kawasan pencariannya adalah berpuluh ribu kilometer per segi.
     Kita memerlukan maklumat yang benar mengenai kehilangan MH370.

Saturday, March 08, 2014

Kebebasan Kehakiman

Perlembagaan Malaysia mengandungi kebebasan kehakiman, pentadbiran dan perundangan. Kita berikhtiar untuk mencapai matlamat ini.
     Kita menyuarakan kebebasan kehakiman termasuk perlantikan hakim berdasarkan kepada merit. Kita terus berbual demikian. 

Saturday, March 01, 2014

Pertandingan pilihanraya kecil Kajang hangat

Pada 23 Mac, 2014, pilihanraya kecil Kajang adalah di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Pertandingan ini mestilah sangat hangat. Kita akan mengemukakan matlamatnya. Kita berharap calon PR Datuk Seri Anwar akan berjaya.

Jangan bahagikan FRIM DI kepong

Institut Penyelidikan Hutan (FRIM) di Kepong mempunyai lebih 550 hektar hutan. Menurut Ketua Pengarah Datuk Abdul Latif, terdapat segolongan yang mencadangkan pembinaan sebuah lebuhraya yang akan membahagikan FRIM kepada dua. Kita membantah cadangan ini dengan sekeras-kerasnya. Malahan, hutan yang sekitarnya seperti Bukit Tagar mestilah dipelihara dengan berkesan.