Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, February 23, 2014

Hospital Kajang dan pilihanraya kecil

Sebuah hospital awam yang sakit mestilah diperbaiki. Ia tunggu keadaan yang luar biasa.
     Hospital Kajang berkeadaan buruk. Rakyat bersabar. Menjelang pilihanraya kecil Kajang, Kerajaan meluluskan RM10 juta untuk memperbetulkan Hospital Kajang. Pembinaan sebuah hospital baru memerlukan kira-kira RM1 bilion.
     Sebaliknya, Hospital Klang adalah uzur. Tidak ada peristiwa luar biasa seperti pilihanraya kecil di Klang. Kerajaan teragak-agak.

Dasar negara mestilah adil kepada semua kaum.

Di 'Dialog Perpaduan. Suara Akar Umbi', Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mencadangkan supaya ruang kaum dalam borang rasmi dibatalkan. Kita perlu memberhentikan sifat perkauman. Yang peri mustahaknya, dasar negara adalah adil kepada semua kaum.

Monday, February 17, 2014

Harga rumah berpatutan?

Rakyat hendak harga rumah yang berpatutan. Sekarang, Menteri Perumahan Datuk Abdul Rahman mengatakan bahawa beliau akan menguatkuasakan syarat untuk menghadkan syarikat besar membeli rumah baru secara pukal, lalu membuat spekulasi agar harga rumah melambung tinggi. Orang awam hendak langkah yang benar-benar berkesan.

Saturday, February 15, 2014

Penggarisan sempadan pilihanraya yang adil

Pada 1976. saya mendesak Suruhanjaya Pilihanraya supaya menggariskan sempadan pilihanraya dengan adil. Ini adalah kerana terdapat tanda-tanda tidak adil. Misalnya, bilangan pengundi di antara kawasan kampung dan kawasan bandar ada beza. Bilangan pe gundi di kampung mestilah kurang sedikit berbanding dengan bandar.
     Pada 1957, ketika Merdeka, perbezaan bilangan pengundi di kampung kurang tidak lebih daripada15% berbanding dengan bandar. Perlembagaan dipinda menjadi perbezaannya tidak lebih daripada 50%. Selepas itu, ia dipinda kepada perbezaan yand tidak terhad. Jika bilangan pengundi di kawasan kampung adalah 25, 000 orang, bilangan di bandar boleh jadi 125, 000 orang.
     Pada 2014, 38 tahun kemudian, saya mengulangi desakan tersebut agar penggarisan semula bahagian pilihanraya dilakukan dengan adil dan munasabah.

Sunday, February 09, 2014

Penagih dadah di Malaysia lebih 500000 pada 2015?

Sindiket dadah antarabangsa adalah besar dan wang yang terlibat adalah berbilion. Dengan wang yang banyak, rasuah berlaku dan pengedaran dadah berterusan.
     Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, pada  Malaysia mempunyai 350, 000 penagih dadah. Pada 2015,  ia mungkin bertambah kepada 500, 000.
     Sementara itu, tanaman poppy di Afghanistan adalah lebih 200, 000 hektar dan hasil candu meningkat 36%.

Saturday, February 08, 2014

Bolehkah Malaysia membuat bida untuk Sukan Olimpik dalam 15 tahun?

Rusia membelanja US $50 bilion untuk menganjurkan Olimpik Musim Sejuk di Sochi. Bolehkah Malaysia membuat percubaan untuk mengadakan Sukan Olimpik Musim Panas?
     Menurut setiausaha Kesatuan Perenang Amatur Malaysia Edwin Chong, negara ini boleh membuat bida yang serius untuk menganjurkan Olimpik dalam 15 tahun.  Apakah implikasinya?

Friday, February 07, 2014

SPRM nak jadi bebas perlu sokongan 148 ahli parlimen

Kami mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukarkan menjadi suruhanjaya perkhidmatan--benar-benar bebas. Akta SPRM mestilah dipinda untuk menjadikan lebih berkesan. Menteri Datuk Low mengulangi syor tersebut. Ini memerlukan sokongan lebih 148 ahli parlimen.

Tuesday, February 04, 2014

Penyakit denggi mengancam

Tahun lepas, Malaysia mencatat 46, 364 kes denggi dengan 92 kematian. Bilangan penyakit meningkat. Pewaba virus denggi, nyamuk Aedes, membiak dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah kediaman termasuk daun di pokok. Mereka menggigit manusia dengan mudah.
     Ribuan tuan punya rumah menerima kompaun dari majlis tempatan kerana Aedes didapati membiak di sekitar rumahnya. Lebih ramai lagi akan didenda.

Monday, February 03, 2014

Berapa bilion hilang kerana rasuah di Malaysia?

Menurut Suruhanjaya Dalam Negeri Kesatuan Eropah (EU), kesatuan itu hilang EU $162 bilion setiap tahun kerana rasuah. Tidak ada satu negara pun yang bebas dari jenayah ini. Berapa bilion kerugian yang dialami Malaysia setiap tahun ?