Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, December 30, 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru

Saturday, December 28, 2013

Bayaran bas sekolah & beban ibu bapa

Berjuta kanak-kanak pergi sekolah yang akan bermula pada 2 Januari, 2014. Kebanyakannya naik bas sekolah.
     Pasaran berubah dan harga barangan melambung. Bayaran bas sekolah akan meningkat. Ini akan menambah beban ibu-bapa. Kerajaan mestilah mengkaji keadaan, lalu mengurangkan beban ibu-bapa.

Tuesday, December 24, 2013

Selamat Hari Natal

Selamat Hari Natal.

Sunday, December 22, 2013

Tender terbuka untuk menjalan stesen pemindahan sampah di Kepong

Sampah atau sisa pepejal adalah sumber keburukan atau keemasan. Ada stesen pemindahan sampah di Taman Beringin,  Kepong, lebih lapan tahun. Pelbagai syarikat merebut untuk menjalan stesen itu.  Kontraknya dipercayai berharga RM100 juta. Kerajaan perlu mengumumkan angka yang sebenarnya.
     Sekarang, kontrak Syarikat Umpan Jaya akan tamat pada Mac, 2014.  Pada akhir ini, lori-lori sampah berbaris dan meletakkan sampah berselerak. Nampaknya, masalah ini sengaja dibuat.
     Kerajaan mestilah mengadakan tender terbuka untuk memilih syarikat yang boleh diharapkan bagi menjalankan stesen tersebut. Janganlah timbulnya kongkalikung.

Tuesday, December 10, 2013

Ramai di bumi ingat Mandela

Hari ini, Afrika Selatan mengadakan upacara peringatan. Ini menarik perriatian ramai di bumi manusia kerana Mendiang Mandela adalah seorang negarawan dunia yang murah hati.

Monday, December 09, 2013

Pelajar memerlu nilai sejagat

Dunia melihat keledakan teknologi maklumat. Para pelajar dipengaruhinya.  Sekolah memerlukan nilai-nilai sejagat, yang boleh melengkapkan para pelajar untuk menghadapi masa hadapan.
     Kita tidak boleh menerima sebarang bentuk ekstremisme di sekolah. Semangat kesederhanaan mestilah disemaikan.
    

Friday, December 06, 2013

Negarawan dunia

Nelson Mandela (1918-2013) pernah dipenjara selama 27 tahun kerana menentang apartheid. Kemudian Mendiang memaafkan mereka yang  memenjarakanya. Mendiang adalah seorang negarawan dunia yang berkemanusiaan dan berintegriti.