Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, November 27, 2013

Dialog cukai pintu:DBKL akan berdialog dengan berapa orang sehari?

Sejak dua minggu yang lalu, Dewan Bandaraya (DBKL) telah mengeluarkan lebih setengah juta naskhah notis semak semula penilaian harta, yakni cadangan kenaikan cukai pintu. Para penerima notis boleh mengemukakan bantahan bertulis sebelum 17 Disember, 2013.
     Hari ini, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga memberitahu Dewan Rakyat bahawa DBKL akan berdialog dengan wargakota tentang cadangan tersebut selama tiga bulan, iaitu Januari 2014 hingga Mac 2014. Berapa orang akan ditemui setiap hari?

Tuesday, November 26, 2013

SPRM bebas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah dijadikan sebuah suruhanjaya perkhidmatan, yang hanya bertanggungjawab kepada Parlimen. Negara memerlukan SPRM yang bebas.

Tuesday, November 19, 2013

Menteri Wilayah Persekutuan dan cukai pintu Kuala Lumpur

Sekarang, Jabatan Penilaian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penilaian semula dengan cadangan penilaian tahunan. Kadar kenaikan adalah lebih 100 peratus. Para wargakota adalah tidak puas hati dengan kadar cukai pintu yang merupakan 6% dari nilaian.
      Dalam hampir 20 tahun, DBKL tidak menilai semula harta di bandaraya. Penilaian semula mestilah mengambil kira pelbagai faktor termaduk keadaan ekonomi.
     Menteri Wialayah Persekutuan Tengku Adnan bersetuju menemui ahli-ahli parlimen WP pada 21 November, 2013. Kami akan mengemukakan aduan para wargakota mengenai kenaikan cukai pintu. Semoga beliau mengambil perhatian aduan ini.
    

Saturday, November 16, 2013

Bau setahun pelayaran di Taman Beringin, Kepong.

Bau busuk menyelubungi Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong, lebih 30 tahun. Sekarang, stesen pemindahan di situ ditimbuni sampah yang mengeluarkan bau setahun pelayaran. Para penduduk tidak terlepas dari busuk bangar.
     Dua puluh bulan yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib membuat keputusan untuk membina sebuah insinerator di Taman Beringin. Dampaknya besar.

Tuesday, November 05, 2013

Kehijauan dan kawasan hutan Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyarankan iltizam Malaysia ke arah mencapai keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi mapan. Lazimnya, para pemimpin sesebuah negeri bercakap demikian. Penguatkuasaannya adalah penting.
     Peristiwa yang berkaitan dengan pemusnahan alam sekitar sering berlaku. Walaupun kami membangkitkan masalah di Cameron Highlands untuk bertekad, keadaan di kawasan itu bertambah buruk. Baru-baru ini, bencana banjir lumpur di tanah tinggi itu, memaksa Kerajaan menubuhkan pasukan penguatkuasaan untuk memulihkan alam sekitarnya.
     Najib mengulangi mengekalkan kehijauan Malaysia 74 peratus dan kawasan hutan 56.4 peratus. Angka ini telah digunakan bertahun-tahun. Kerajaan mestilah mengkaji semula.
    

Monday, November 04, 2013

Selamat menyambut Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah

Saturday, November 02, 2013

Adakah Model Ekonomi Baru membawa manfaat kepada Malaysia?

Dasar Ekonomi Baru telah bermula pada tahun 1970. Kami mendesakkan supaya dasar ekonomi berteraskan kepada merit dan keperluan. Kita mestilah merapatkan jurang di antara yang berada dan yang tidak berada. Bantuan dan projek haruslah diberikan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukan bantuan.
     Dalam lebih 40 tahun, Kerajaan hanya mengikut kehendaknya. Kita jarang nampak tender terbuka. Berlakulah ketirisan, pembaziran dan penyelewengan termasuk rasuah yang berleluasa.
     Tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah melancarkan Model Ekonomi Baru. Ia menawar bantuan dan projek sejumlah RM31 bilion. Siapa akan mendapat manfaat? Adakah Model ini akan memperbaiki eksport Malaysia kepada dunia?