Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 26, 2013

Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan

Kami menyampaikan ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Tuesday, September 17, 2013

Berhati mulia dan pemaaf

     Di Afrika Selatan, Mandela menentang aparteid--pengasingan kaum. Kerajaan aparteid memenjarakan beliau 27 tahun dan membunuh warisnya serta beribu-ribu orang. Apabila Mandela menjadi Presiden, beliau berhati mulia dan pemaaf lalu mengampunkan musuhnya.
     Di Malaysia, semasa Peramg Dunia pendudukan Jepun diikuti dengan Darurat, askar Jepun, tentera British dan pejuang Komunis mengorbankan beribu-ribu rakyat. Komunis membunuh pengetua sekolah saya.
     Bekas setiausaha agung Parti Komunis Chin Peng meninggal dunia pada 16 September 2013. Semoga Perdana Menteri YAB Najib membenarkan mendiang disemadi di Malaysia.