Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka

Monday, August 26, 2013

Semua ahli parlimen KL dan insinerator sampah

Hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan menemui 11 ahli parlimen Kuala Lumpur (ahli parlimen Taman Tun Razak adalah diwakili oleh seorang pembantu) dan 1 ahli dari Labuan. Beliau menunjukkan profesionalismenya.                                  Kita membincangkan pelbagai isu seperti jenayah, ,kesesakan lalulintas, taman-taman awam dan rumah untuk rakyat.
     Sampah atau sisa pepejal adalah masalah yang rumit. Terdapat lebih dari 3000 tan sampah di Kuala Lumpur. Ia perlu ditangani. Pada 16 Ogos, 2013, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman mengumumkan projek pembinaan insinerator sampah di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong. Timbalannya Datuk Halimah memberitahu Dewan Rakyat pada Julai lepas bahawa Kerajaan mestilah mendapat pandangan dan keselesaan rakyat tentang projek ini.
      YB Tengku Adnan mengesyorkan bahawa Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan menemui semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah insinerator sampah.

Wednesday, August 21, 2013

Takziah kepada keluarga mangsa nahas bas Genting Highlands

Nahas bas Genting Highlands menyebabkan 37 orang terkorban. Kepada keluarga mangsa kami mengucapkan takziah untuk menyatakan rasa dukacita

Saturday, August 17, 2013

Kita mesti memastikan standard doktor di Malaysia

"Saya berharap mendapat kira-kira 50,000 sukarelawan dan sukarelawati untuk memerangi penyakit bukan berjangkit seperti kencing manis, penyakit jantung dan kanser," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam. "Kajian Kesihatan Nasional dan Mobiditi 2011 menunjukkan lebih 15 % orang dewasa Malaysia mengidap kencing manis, " tambah beliau.
     Kita perlu mencegah kencing manis, penyakit jantung dan kanser. Tetapi, kita juga hendak memastikan standard doktor. Misalnya, setiap tahun Kerajaan melantik 4000 hingga 6000 doktor baru.

Friday, August 16, 2013

Pungut pendapat rakyat mengenai insinerator di Kepong

Kami menarik ramai orang untuk memberi pendapat tentang cadangan Kerajaan untuk membina sebuah insinerator moden di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong, Kuala Lumpur. Para penduduk mengerumuni gerai DAP di pasar malam di Taman Kok Doh, untuk mencatat pandangannya.
     Bulan lepas, Kementerian Kesejahteraan Nasional, Perumahan & Kerajaan Tempatan memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebelum melaksanakan projek pembinaan insinerator, Kerajaan mestilah mendapat pandangan dan keselesaan rakyat. Rakyat menunggu.


Tuesday, August 13, 2013

Orang Malaysia mempelajari cara mengatasi ketagihan digital

Teknologi maklumat (IT) ada baiknya dan juga buruknya. Ia memasuki pelbagai bidang kehidupan manusia. Kanak-kanak ketagih permainan komputer, iPad dan smartphone--ketagihan digital-- boleh melupakan ibu-bapa.  Orang Malaysia mestilah mempelajari cara untuk mengatasi penyakit IT ini.

Thursday, August 08, 2013

Jalan kota senyap sunyi

Perayaan Aidilfitri membawakan keistimewaan: kereta-kereta dari kota berada di desa. Jalan-jalan kota senyap sunyi. Biasanya, orang desa berhijrah ke kota untuk bekerja. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia sudah berhijrah ke kota. Inilah kecenderungannya.

Wednesday, August 07, 2013

Berkunjung dan bertegur sapa Aidilfitri

Hari ini, kami bangun awal, berjalan di taman, mandi, makan pagi, memakai pakaian terbaik dan bersedia berkunjung rumah terbuka dan bertegur sapa Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday, August 05, 2013

Musim cuti: Orang Malaysia memandu dengan berhati-hati

Menjelang musim cuti Aidilfitri, orang Malaysia balik ke kampung. Jalan-jalan bersesak.                       Semoga semua orang berhati-hati, polis berikhtiar dalam Op Selamat, kemalangan lalulintas dapat dikurangkan dan rakyat sampai ke rumah dengan selamat.

Friday, August 02, 2013

Menara Telco, jalur lebar dan pandangan penduduk

Berjuta-juta pelajar Malaysia mestilah mahir dalam Internet dan lain aspek teknologi maklumat. Kerajaan mestilah mewujudkan suasana yang baik, misalnya kemudahan yang maju.
     Tahun lepas, Kementerian Pendidikan melantik Telco sebagai kontraktor untuk menyediakan kemudahan broadband dan 4G. Perbelanjaannya dianggar RM668 juta.  Adakah tender terbuka?
     Setakat ini, Telco sudah mendirikan menara di 1784 buah sekolah. Para penduduk bimbang mengenai radiasi dari
menara tersebut.
     Kerajaan haruslah berunding dengan para penduduk berhampiran dengan sekolah bermenara serta ibu-bapa dahulu. Ia patut membuat kajian tentang kesan menara terhadap pelajar dan penduduk seperti radiasi.