Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, November 26, 2012

Usaha mesti dipertingkatkan untuk mencegah kanser

Usaha mestilah dipertingkatkan untuk mencegah kanser
 
Semalam para Menteri Kesihatan dari 10 anggota ASEAN bermesyuarat di Jakarta untuk membincangkan ancaman kanser di sektor-sektor kesihatan dan ekonomi. Misalnya, di ASEAN, pada 2008 ada 700,000 kes baru kanser dan 500,000 orang mati akibat kanser. Ini bermakna negara-negara ASEAN kehilangan 7.5 juta tahun hidup produktif penduduknya. Untuk rawatan kanser, keluarga di ASEAN membelanja 30 peratus pendapatannya setahunya. Ada yang menjadi miskin dan menanggung hutang.

Semua pihak yang berkenaan mestilah mempertingkatkan usaha untuk mencegah kanser, misalnya rajin bersenam dan menjauhi rokok.

Sunday, November 25, 2012

Pinda semua undang-undang yang tidak adil terhadap wanita

Adalah betul untuk memperjuangkan persamaan (equality) bagi gender. Ketidakadilan menimpa kaum wanita dengan lebih dasyat seperti kelaparan, penyakit, keletihan kerja, kemiskinan, deprivasi dan diskriminasi. Dalam kes-kes penceraian dan warisan, wanita adalah sangat rugi.
70% orang buta huruf di dunia adalah wanita.

Nasib baik, di Malaysia wanita mempunyai peluang yang lebih baik di bidang pendidikan. Di Institutes Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lebih 50% pelajar adalah wanita. Di IPTS, bilangan wanita dan lelaki adalah hampir sama. Tetapi, peluang bagi graduan wanita mendapat kerja adalah kurang daripada lelaki.

Equality gender dalam undang-undang dan dalam kehidupan. Ini akan mengambil masa. Misalnya, Akta (Perkahwinan dan Penceraian) Reformasi Undang-Undang dan Akta Warisan. Ia haruslah dipindakan agar ianya adil untuk lelaki dan wanita.

Adalah perlu untuk mewujudkan persamaan gender pada teori dan praktisnya. Adalah perlu untuk melantikkan wanita yang pandai di semua bidang. Seorang wanita adalah dipilih bukan kerana dia wanita, tetapi kerana kebolehannya.

Selain Bahasa Kebangsaan, kami menekankan dasar berbilang bahasa

Pagi ini, kami menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Dong Zong untuk menuntut dasar yang adil bagi pendidikan bahasa ibunda. Dalam lebih 40 tahun, kami mengikuti Perlembagaan Persekutuan: Selain Bahasa Kebangsaan, kami menekankan dasar berbilang bahasa. Kami berasa bahawa Kerajaan Pusat adalah tidak mempunyai dasar yang adil terhadap pendidikan bahasa ibunda, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah bantuan. Sejak tahun 1957, jikalau Kerajaan menggubalkan dasar berbilang bahasa yang adil, pelbagai masalah tidak akan timbul seperti kekurangan guru dan kontroversi tentang kurikulum. Jikalau Kerajaan bijak,beribu-ribu rakyat tidak seharusnya berhimpun bawah mentari yang panas ini dengan seruan untuk mengkaji Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Kami terus memperjuangkan untuk dasar berbilang bahasa yang adil. Kami mempercayai kepada kempen tanpa kekerasan.

Saturday, November 24, 2012

Now many people have confidence in PR

Now, many people have confidnce in PR

Today, a profesor redicts that if the general elections are held now, BN will win 120 seats and will continue to rule. We do not know the outcome of the coming elections. Only when voting boxex are open, will we know the results. PR continues to try her best to seek the support of the majority of the voters.

Sekarang ramai mempercayai PR

Sekarang ramai orang memercayai PR

Hari ini, seorang profesor meramal jika pilihan raya umum diadakan saat ini, BN akan menang 120 kerusi dan terus mentadbir. Kita tidak mengetahui BN atau PR akan berjaya. Hanya bila peti undi dibuka, barulah kita akan dapat keputusan pengundi. Kini, ramai mempunyai keyakinan terhadap PR. Kita akan berikhtiar agart majoriti pengundi akan menyokong PR.



Bolehkah BN melakukan erubahan yang sebenar?


Bolehkah BN melakukan perubahan yang sebenar?

PM YAB Najib berkata BN boleh melakukan perubahan & pentadbiran belaiu adalah 'diiri hati' orang. Orang awam boleh melihat apa yang dibuat oleh BN di semua bidang & sistem kini termasuk birokrasi, kekurangan ketelusan dan rasuah yang serius. Para pengundi akan akan menentukan sama ada BN boleh berubah. PR bersedia mengambil alih.





Friday, November 23, 2012

Tiada negara akan menerima sisa Lynas

Hari ini, Menteri Kesihatan YB Tan Sri Leow mengatakan bahawa Lynas harus menghantar sisanya ke negara yang lain dan janganlah simpan di sini. Orang ramai hendak memberi peringatan kepada menteri: Kerajaan mengeluarkan lesen kepada Lynas untuk memproses nadir bumi. Tetapi, ia tidak pernah mengumumkan laporan kajian impak alam (EIA). Rakyat, terutamanya yang dekat dengan kilang tersebut, nescaya bimbang terhadap sisanya. Kerajaan Australia mengizinkan bijih nadir bumi dieksport ke Kuantan. Ia tidak pernah menyetujui mengambil balik sisanya. Tidak ada negara lain yang sanggup menerima bahan itu. Sama ada sisa ini radioaktif atau radioaktif secara perlahan, rakyat berprihatin.

Langkah pencegahan kemalangan jalan mestilah adil

Kementerian Pengangkutan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melalui penswastaan. Ini menimbulkan kucar-kacir. Mantan Ketua Polis Tan Sri Musa Hassan mempercayai ia tidak seharusnya diswastakan. Adalah perlu untuk mencegah kemalangan jalan. Tetapi semua langkahnya mestilah adil dan munasabah. Ramai tidak akan setuju bahawa dwi syarikat yang dilantik untuk AES adalah hanya untuk memberi perkhidmatan semata-mata tanpa motif keuntungan.

Saturday, November 17, 2012

Laman Web Sains Malaysia

TPM YAB Muhyiddin berharap melalui laman web meningkatkan hubungan dengan para saintis di seberang laut dan tujuan memujuk mereka mengembali ke tanahair. Terdapat halangan-halangan bagi mereka yang hendak balik bekerja di negara, termasuk bureaucracy, sekap orang-orang yang tidak tinggal negara ini dan keadaan tempat kerja. YAB mestilah melihat masalah-masalah ini dengan serius.

Tindakan yang tegas terhadap perogol

Indonesia tidak mahu hantar pekerja ke Malaysia kerana kes-kes seperti tiga ahli polis merogol seorang wanita Indonesia yang menimbulkan ketidaksenangan di negara itu. Pedatang tanpa izin (PATI) masih datang. Selain daripada menghadapkan tiga polis yang disyaki merogol, langkah-langkah tegas tentang jenayah seumpama ini mestilah dikuatkuasakan.

Tuesday, November 13, 2012

Buangkan sistem lapuk

Buangkan sistem lapuk

Hari ini, Perdana Menteri YAB Najib menyeru rakyat Malaysia supaya mengingati bahawa 'Malaysia adalah negara kita dan kita bersama-sama berusaha membawanya ke hadapan'. Negara ini adalah untuk semua orang Malaysia yang hendak melihat dengan teliti sistem pentadbiran yang lapuk, sama ada ianya reput relai dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Selepas 55 tahun, Kerajaan menggubal banyak undang-undang dan dasar. Ada yang tidak adil seperti dasar untuk industri kecil dan sederhana. Rakyat meneliti dengan mendalam sama ada sistem lapuk ini dapat menghapuskan akta dan dasar yang tidak adil.



Dasar-dasar adil

Dasar-dasar adil

Ketika menjelang Pilihan Raya Umum, YAB Tan Sri Muhyiddin pergi ke Australia untuk memuji para pedagang keturunan Cina sebagai 'orang-orang yang bermoral yang bila berkehendakkan harta, mendapatkannya secara halal dan membelanjakannya dengan sederhana'. Sebenarnya, terdapat saudagar baik dan saudagar yang buruk di kalangan semua kaum. Selain daripada sanjungan, Kerajaan Malaysia mestilah menggubal dasar-dasar yang adil dan saksama.

Ahli-ahli politik memilih isu untuk mendapat undi. Ada yang moral. Ada yang kurang bermoral: asalkan mendapat undi, semua terjadi. Pada satu ketika, YAB Muhyiddin menegaskan Melayu pertama. Kemudian, beliau menyebutkan saudagar Cina beretika. Kerajaan mestilah mengkaji undang-undang dan dasar-dasar yang tidak adil dengan matlamat untuk menghapuskannya.



Pastikan 1MOCC adalah berkesan

YAB Najib telah melancarkan Pusat Satu Panggilan 1 Malaysia (1MOCC). Beliau berkata, "Prinsip di sebelah 1MOCC ialah untuk mencapai matlamat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan melalui 1MOCC. Ia menjadikan para pelanggan lebih senang." Bagi orang yang pernah menghadapi kesusahan berhubung dengan jabatan kerajaan, pusat seumpama ini adalah munasabah. Terdapat pengacau yang mengganggu telefon kecemasan dan mungkin 1MOCC. Prinsip yang utama mestilah memastikan pusat tersebut bermesra dan berkesan.

Monday, November 12, 2012

BN bimbang mengenai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13

Banyak telah disebut tentang tarikh & peluang BN di Pilihan Raya Umum Ke-13. Walaupun ada gula-gula, subsidi-subsidi & keangkuhan, YAB Najib berlengah-lengah kerana beliau tidak pasti keputusan Pilihan Raya Umum akan memihak BN.

Sunday, November 04, 2012

Indeks Kebahagiaan di Malaysia

Bhutan adalah sebuah negara yang dianggap mempunyai indeks kebahagiaan yang tinggi dan pendapatan per kapita yang rendah. YAB Najib berkata di negara ini indeks kebahagiaan adalah 7.55 dari jumlah 10. Kita tidak tahu kriteria yang beliau mengguna. Selain pendapatan per kapita, keluarga yang bahagia adalah penting. Adalah perlu untuk mengkaji perjuangan hak-hak rakyat dan pengejaran kebahagiaan sebagai cita-cita and prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketelusan projek landasan berkembar di Laos

PM YAB Najib akan menyaksikan upacara tandatangan projek landasan berkembar dari Savannakhet ke Lao Bao, Laos, yang bernilai RM15 bilion. Ini adalah di antara Kerajaan Laos dengan sebuah syarikat Malaysia, Giant Consolidated Ltd. Ini adalah peluang bagi Malaysia untuk menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti.

Saturday, November 03, 2012

Pemantauan berkesan ke atas tadika

Adalah baik untuk menggalak wanita bekerja. Ini bermakna kita memerlukan kemudahan seperti taska dan tadika.

PM Datuk Seri Najib menyebut tentang tabung RM10 juta dan hasrat untuk mempercepatkan pendaftaran taska tanpa kelulusan agensi teknikal, selagi ia mematuhi standard minima Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut Najib, 372 buah taska akan didaftarkan di bawah inisiatif baru. Jumlah taska di negara akan menjadi 1,767.

Usaha memperbaikan prosedur permohonan mungkin akan membantu. Apa yang peri pentingnya ialah pemantauan yang berkesan untuk mencegah kejadian yang tidak diingini serta memastikan kualiti penjagaan kanak-kanak.