Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, October 29, 2012

Penswastaan Lebuhraya Utara-Selatan 25 tahun lalu

Dua puluh lima tahun yang lepas, Kerajaan Barisan Nasional menahan 107 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pelbagai faktor. Selain konflik dalaman Umno, penswastaan Lebuhraya Utara-Selatan kepada United Engineers Malaysia (UEM) adalah satu faktor. Orang  ramai berasa terperanjat. Kini, Transit Cepat Massa (MRT) telah diswastakan dengan anggaran kos lebih RM40 bilion. Rakyat prihatin terhadapnya.

SKMM yang adil dan berkesan

SKMM yang adil dan berkesan

Pada 2011, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 1675 laman sesawang (website) dalam Internet dan menyiasat 74 kes. Laman-laman ini mengandungi tulisan yang tidak diingini termasuk fitnah terhadap pemimpin negara. Dunia maya susah bagi SKMM bermaya untuk memantau. Kami berharap SKMM adalah benar-benar berkesan dan mengambil tindakan tanpa ketakutan atau pilih kasih, sama ada ianya mencaci YAB Najib, YB Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang atau YB Hadi Awang. Ia mestilah mewujudkan keseimbangan di antara pemantauan dengan kebebasan bersuara.



Saturday, October 27, 2012

Pengurusan yang cekap dan bersih untuk kawasan tadahan pelaburan

Rakyat mahu pembangunan. Tetapi, ia mestilah bersih dan cekap serta mempertimbangkan alam sekitar. Sama ada Pengerang, Iskandar atau lain-lain tempat, Kerajaan tidak seharusnya melayan para penduduk dengan buruk. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Johor sebagai kawasan tadahan pelaburan kerana ia dapat menarik pelaburan berbilion-bilion ringgit, yang akan memberi manfaat kepada rakyat.  Semoga tidak adanya kecurangan dalam pengurusan tempat-tempat ini. Semoga kita boleh melihat pengurusan yang cekap dan bersih serta pembangunan yang seimbang.

Undi pos mestilah adil

Orang ramai adalah prihatin terhadap undi pos. Dalam beberapa pilihan raya umum yang lepas, setengah-setengah pengundi mempercayai bahawa wujudnya kongkalikong. Kementerian Luar Negeri dilaporkan bersedia untuk menguruskan pengundian pos di seberang laut. Kami berharap kementerian itu akan benar-benar menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat Malaysia dengan adil dan saksama. Suruhanjaya Pilihan Raya haruslah telus. Ia mestilah menunjukkan kebersihannya dalam pindaan ke atas peraturan-peraturan untuk undi pos. Marilah kita melihat pilihan raya umum yang bersih dan adil.

Friday, October 26, 2012

Kerajaan Pusat mestilah mempertimbang semula penggunaan AES

Rakyat adalah tidak puas hati dengan desakan Kementerian Pengangkutan untuk terus melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ia meletakkan kamera di tempat-tempat strategik untuk mendendakan para pemandu. Sistem itu telah diswastakan. Tetapi, perletakkan kamera di jalan negeri perlu mendapat izin dari Kerajaan Negeri. Sebab itu, Kelantan dan Pulau Pinang telah meminta Kerajaan Pusat supaya menangguhkan AES. Kerajaan Pusat haruslah menggunakan cara-cara yang adil untuk menangani para pemandu di Malaysia.

Thursday, October 25, 2012

Elakkan isu-isu sensitif agama dan kaum

Sekarang, ada orang yang menyebarkan mesej di bandar-bandar bahawa jika Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan, rakyat akan hilang kaki dan tangan. Sebaliknya, di kampung-kampung, mereka menghasutkan bahawa sekiranya PR memerintah di Persekutuan, umat Islam akan menjadi Kristian. PAS sudah mentadbir Kelantan selama 22 tahun, negeri itu bukan negeri orang-orang kudung; PR menguruskan Pulau Pinang selama kira-kira empat tahun, tidak ada umat Islam dipaksa menjadi Kristian. Kita ada tanggungjawab menasihat orang jangan menyalahgunakan isu-isu sensitif agama dan kaum. Kita juga ada tanggungjawab untuk menolak pemimpin-pemimpin yang mengekspoitasikan isu-isu tersebut.

Saturday, October 20, 2012

Sila lihat penerangan PR di 4 negeri

Tan Seng Giaw (@Senggiaw) tweeted at 5:04 PM on Sat, Oct 20, 2012: YAB Najib mengulangi bahawa PR tak mampu menerajui kerajaan pusat. Sila lihat penerajuan PR di Selangor, Pulau Pinang, kedah & Kelantan.
Rakyat Malaysia memerlukan pilihanraya yang benar-benar bersih dan adil. Mereka mempunyai pilihan.
(https://twitter.com/Senggiaw/status/259580832841363456) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

Friday, October 19, 2012

Lebih perhatian meningkatkan kualiti guru

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya kerajaan menggandakan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan mencukupi supaya mereka dapat ditempatkan di pedalaman dan luar bandar.

Malaysia mempunyai 410,000 orang guru. Ada yang berkaliber dan ada yang kurang. YAB Muhyiddin telah mengakui bahawa usaha seperti kursus penambahbaikan kualiti guru telah dilaksanakan. Memang rumit untuk mencapai matlamat. Semua pihak mestilah mengambil perhatian. Misalnya, kursus-kursus di institusi-institusi perguruan haruslah ditambahbaikan cocok dengan zaman kini. Keberkesanan kursus khas untuk guru yang sedang berkhidmat perlu dikaji semula. Kita memerlukan guru yang berkualiti di bandar dan luar bandar.

Wednesday, October 17, 2012

Gangsterism, a national issue.

Tan Seng Giaw (@Senggiaw) tweeted at 0:29 PM on Thu, Oct 18, 2012: Today, a roundtable conference in parliament discusses gangsterism. The police say 45 percent of serious crimes are committed by Indians.

Gangsterism is a deep-rooted socio-economic issue. It occurs among races. It is a national issue. We continue to raise it in parliament. We need an all-embracing policy and short- and long-term measures.

(https://twitter.com/Senggiaw/status/258786763231870976) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

Isu gengsterisme

Tan Seng Giaw (@Senggiaw) tweeted at 11:40 AM on Thu, Oct 18, 2012: Hari ini, sidang meja bulat di parlimen membincangkan Isu Gangsterisme di Kalangan Belia India. Ini adalah isu negara yang perlu ditangani.

Gengsterisme adalah rumit. Isu sosial dan ekonomi ini memerlukan dasar dan langkah jangka-jangka pendek dan panjang.
(https://twitter.com/Senggiaw/status/258774653529649152) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

Sunday, October 14, 2012

Kebaikan hati pemimpin yang berani

Saya telah ditanya dari semasa ke semasa mengenai kebaikan atau kemuliaan hati para pemimpin terhadap orang yang melakukan salah atau musuh politik. Kami mestilah melihat seseorang dan perbuatannya. Jika jenayah yang dilakukan adalah jijik,maka ini terserahlah kepada mahkamah.

Pemimpin yang berani mestilah sanggup memaafkan untuk keamanan negara. Inilah merupakan salah satu ciri pemimpin yang bertaraf dunia.

Nelson Mandela telah dipenjara di Pulau Robben, Afrika Selatan, oleh Rejim Apartheid selama 27 tahun. Beliau memaafkan musuh politiknya. Ini adalah salah satu ciri kebudayaan Afrika. Beliau berkata: Courageous people do not fear forgiving for the sake of peace. Find a way to forgive without forgetting.

Saturday, October 13, 2012

Mestilah adil bila melaksanakan Sistem Penguatkuasa Automatik(AES)

Kami berendapat bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Kong Cho Ha mestilah mempertimbang kesan penguatkuasaan AES ke atas para pemandu. Beliau mengingatkan orang ramai yang menerima notis atau saman terus merayu kepada  mahkamah, bukan kementeriannya. Beliau belum lagi memastikan cara pelaksanaannya boleh mengurangkan kadar kemalangan dan operasinya adalah adil dan munasabah. Ini memang menimbulkan ketidakpuasan.

Menteri haruslah menerangkan sama ada penswastaan AES merangsangkan syarikat berkaitan memilih tamat yang boleh mendapat gambar pelanggara peraturan yang paling banyak. Ia boleh beruntung lebih banyak jika jumlah denda meningkat.

Kami berharap para pemandu jangan melanggar peraturan termasuk lampu merah. Jika melanggar, dendanya RM300. Tetapi, sekiranya pihak berkuasa mewujudkan peluang bagi syarikat meraih keuntungan ke atas orang yang tidak bernasib baik, maka rakyat mestilah berasa gelisah.

Tuesday, October 09, 2012

Kementerian mesti membuat persiapan yang cukup untuk kanak-kanak berumur 5 tahun masuk sekolah

民主行动党全国署理主席兼甲洞区国会议员陈胜尧博士,坚持大马教育部必须做出充分的准备,才可以实行五岁入学的制度。




给与幼童早一点到学校,好让他,她们适应学校的环境,是改善教育的其中一个步骤。



2012年6月5日,陈医生针对今日报载,教育部正在拟定2015年五岁入学和强制教育至中学三年级的报道,发表文告。



今年初,我曾经在国会里,问副首相兼教育部长丹斯里慕希丁有关《2010至2020年教育部策略计划中期检讨报告书〉。既然我国有拉萨报告书,拉曼达立报告书,阿兹报告书,马哈迪报告书,这部新报告书是否叫着慕希丁报告书?他还不敢肯定,只是说,这是全面性检讨大马的教育,符合时代的发展。



报载上述报告书将强制教育到中学,并从2015年起,五岁入学。我们还不知道详情。我们将在国会里追问。



在一些国家如英国,小孩五岁就进学校了,甚至于学校有准备学前的班级,让四岁孩子适应学校的环境。



我们的经验是,概念是一件事,实行起来是一件事。例如,英语教数理,教育部花了超过60亿令吉,结果由于各种因素如不足够好的教师,该部取消英语教数理。



如果要在2015年实行新的教育策略,许多弱点包括师资问题和学校的数目必须获得改善。此种策略需要彻底改善各种方面,包括减少每班的学生人数,提高教师的素质,和提供各种设备。



陈胜尧

Monday, October 08, 2012

Projek-projek dengan nilai sebenar

Projek-projek dengan nilai sebenar

Dalam tempoh 4 tahun ini, PM YAB Najib melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi. Setakat ini jumlah 138 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jangkaan pelaburan sebanyak RM203.1 bilion. Keadaan ekonomi Malaysia adalah dianggarkan mencapai pertumbuhan antara 4 hingga 5peratus bagi tahun 2012.

Projek-projek tersebut adalah termasuk KUala Lumpur Mass Transit (MRT), LRT Sambungan, Pembangunan tanah RRI, KLIA 2, Projek Petronas Rapid dan Tun Razak Exchange(TRX) dan Projek Perumahan 1Malaysia. Yang peri pentingnya, kita mestilah mencegah ketirisan ya. Adalah dianggarkan bahawa ketirisan ialah lebih daripada 30 peratus.

Misalnya projek KLIA 2 telah dirancangkan di KLIA Utara dengan anggaran perbelanjaan RM1.7 bilion dan dijangka siap pada 2011. Kini, ia dibina di KLIA Barat dan kos projek dianggarkan RM4 bilion. Ia adalah dijangka siap pada 2013.

Perdana Menteri menekakan CTI, cepat, tepat dan integriti. Kita mestilah mengikut nilai ini dalam pelaksanaan, terutamanya dengan 103 projek tersebut. Kita berharap YAB Najib dapat menunjalkan pada hal ini untuk menepati janji.

Kita mestilah menumpu perhatian kepada ketelusan yang termasuk tender terbuka. Kita mahu projek-projek dilaksanakan dengan harga yang sebenarnya. Daripada RM203.1 bilion, berapa puluh bilion boleh dijimatkan?

Sunday, October 07, 2012

Bayangkan keadaan yang sebenar untuk para pakar mengembali ke Malaysia


Bayangkan keadaan yang sebenar untuk para pakar mengembali ke Malaysia

Terdapat beribu-ribu rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut. Bila Korporation Bakat (TalentCorp) melawat luar negara untuk menarik mereka mengembali ke tanahair, laporannya menggalakkan. Misalnya, semalam TalentCorp berada di Melbourne. Berita Bernama adalah termasuk 'TalentCorp telah menjalankan programnya untuk menarik para pakar di Melbourne dengan kejayaan cemerlang. Beribu-ribu orang Malaysia melihat kebaikan untuk balik ke negara untuk menikmati peluang pekerjaan dan kesejahteraan dalam ekonomi yang berkembang dengan pesat.

Satu tanda yang baik ialah kehadiran lebih 60 doktor dan ahli farmasi keturunan Malaysia yang bekerja di Melbourne untuk mendengar penjelasan Timbalan Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai kosep 1 Care. Ia melibatkan integrasi kesihatan awam dan swasta untuk mencapai hasil yang lebih baik dan universal.

Beliau mmberi jaminan kepada doktor dan pakar yang muda terhadap pendapatan yang bagus. Mereka akan bekerja di hospital-hospital bertaraf antarabangsa.'

Kerajaan mestilah menerangkan bilangan ahli profesional yang balik ke negara dalam tempoh empat tahun ini, termasuk jenis ahli pakar yang berbuat demikian. Adalah perlu untuk pihak berkuasa mengkaji semula keadaannya. Contohnya, mengapa pakar yang balik diberi pelbagai insentif walhal yang tetap ada dalam negara tidak? Mereka mungkin tidak berasa gembira dengan si pengembalinya. Apakah kerja yang boleh diisi? Kerja dalam hospital-hospital kerajaan biasanya penuh diisi. Apakah terjadi dengan kerja di hospital-hospital GLC seperti Hospital-Hospital Pantai dan Gleneagles di bawah Khazanah?

Marilah kita dapat tahu keadaan yang sebenarnya mengenai para pakar yang ingin mengembali ke negara ini. Mereka mungkin mestilah mengatasi kekangan-kekangan seumpama birokrasi dan jawatan-jawatan yang boleh didapati.


Saturday, October 06, 2012

Bagaimana kita mewujudkan demokrasi yang matang & vibrant?

PM YAB Najib berkata bahawa Malaysia sedang menuju ke demokrasi yang matang dan vibrant. Beliau membenarkan bantahan dan penegakkan hak asasi. Tetapi, cara-cara yang digunakan untuk mengatasi bantahan menimbulkan syak wasangka terhadap dakwaannya. Marilah kita melihat bagaimana beliau menangani demonstrasi baru. Malaysia memerlukan daftar pemilih yang bersih serta pilihanraya umum yang adil dan saksama.

Friday, October 05, 2012

Menambahbaikkan status SPRM menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan

Timbalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Perdana Menteri mempertimbangkan dengan masak-masak syor untuk menambahbaikkan status Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan. Ini memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan. SPRM akan bertanggungjawab hanya kepada Parlimen. Kini, Ketua Pesuruhjaya adalah setaraf dengan setiausaha agung setiap kementerian. Mereka mestilah melihat muka Ketua Setiausaha Negara.

Pada 4 Oktober, 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan usaha memerangi gejala rasuah dalam negara terus kekal menjadi keutamaan kerajaan dan meletakkannya sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Perdana Menteri berkata, pelbagai pendekatan yang diambil dalam membanteras gejala rasuah termasuk aspek rangka kerja sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cukup menggambarkan keseriusan gejala tersebut pada pandangan kerajaan.

Bajet 2013 memperuntukkan hanya RM176 juta untuk SPRM, walhal ia memerlukan lebih RM350 juta. Ia juga berkhendakkan lebih 3,000 kakitangannya.

Selain daripada etika dan peruntukan kewangan, faktor-faktor seperti kedudukan SPRM adalah peri penting. Kini, status SPRM haruslah ditambahbaikkan. YAB Najib patut mempertimbangkan syor untuk menjadikan SPRM sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan. Dengan sedemikian SPRM hanya akan bertanggungjawab kepada Parlimen semata-mata.

Wednesday, October 03, 2012

Pengawalan ketat ke atas 506 buah institut pengajian tinggi swasta (IPTS)

Kini, terdapat 506 buah IPTS di Malaysia, termasuk 34 buah universiti dan 32 buah kolej kurang aktif. Ada IPTS yang mempunyai bilik kuliah yang tidak didaftar dan kualiti pendidikan yang rendah. Kami menekankan bahawa Kerajaan mestilah mengadakan kawalan yang ketat terhadap IPTS, terutamanya yang mengambil pelajar asing. Kita mahu para pelajar asing yang tulen.

Perubahan sikap sosial terhadap graduan wanita.

PM YAB Najib mahu menggalak banyak taska untuk graduan wanita. Satu kajian menunjukkan 65 hingga 68% pelajar universiti adalah wanita. Tetapi, hanya 46% graduan wanita dapat kerja. Selain taska, faktor-faktor yang lain seperti sikap sosial mestilah berubah.

Tuesday, October 02, 2012

Polis di sana sini

Pagi ini, YB Hisham mengulas di Dewan Rakyat mengenai peruntukan bajet untuk polis, gajinya & kemudahannya termasuk bertambahnya 1000 buah motosikal. Beliau hendak anggota polis sentiasa berada di merata-rata tempat untuk mencegah jenayah.






Jenayah Serius


Jenayah Serius

Kami berbahas dalam Dewan Rakyat dengan Menteri Dalam Negeri YB Hishamuddin mengenai keseriusan jenayah di negara ini. Kami juga membincang dengan pihak polis termasuk Balai Polis Kepong. Saya menemui mangsanya seperti Datuk Norisan, Pemuda Umno Kepong. Beliau telah dirompak dan dicederakan.





Monday, October 01, 2012

Kawalan ketat terhadap para pelajar asing di Malaysia

Adalah betul menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi. Walaupun pihak berkuasa menegaskan bahawa terdapat kawalan ke atas pelajar asing, masalah seperti pelajar palsu dan kualiti pendidikan timbul dari semasa ke semasa. Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengadakan strategi yang berkesan untuk mengawal berpuluh ribu pelajar asing dan kualiti pendidikan tinggi.

Pastikan semua peruntukan Bajet 2013 sampai ke sasaran

Dalam Bajet 2013, YAB Najib memberi banyak peruntukan termasuk BR1M. Rakyat mempercayai semua ini adalah gula. Segalanya mestilah sampai ke sasaran. Kerajaan dapat wang dari para pembayar cukai.