Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, August 31, 2012

Kita perlu dasar adil & terbuka

Dalam ucapan Hari Merdeka, Perdana Menteri YAB Najib menyebutkan perpaduan dalam kepelbagaian & keharmonian. Semua mestilah berusaha. Kerajaan haruslah melaksanakan dasar yang adil dan terbuka.

Thursday, August 30, 2012

Perlu masa untuk menilai Op Selamat

Op Selamat 1




Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengatakan dalam dua minggu

Aidilfitri Op Selamat 1 berjaya: kemalangan 17,937 kes (19,606 kes Ops

Sikap 2011), kes kematian 243 (289 kes 2011). Semua pihak mestilah

bekerjasama untuk mengurangkan kemalangan lalulintas. Kita perlu

memantau Op Selamat semasa Tahun Baru Cina dan seterusnya sebelum kita

boleh mengesahkan keberkesanannya.




Wednesday, August 29, 2012

Memansuhkan Perkara 114A Akta Keterangan

Perkara 114A Akta Keterangan 2012 mewujudkan kontroversi. Ia memerlukan yang dituduh mengeluarkan bukti, bukan pendakwa. Ini menentang prinsip undang-undang. Kerajaan Pusat mempertahankannya. Diharapkan bahawa ia mempertimbangkan semula.

Sunday, August 26, 2012

Berhentikan pembaziran

Malaysia memperuntukkan berbilion ringgit untuk yang miskin, yang kurang peluang dan yang kurang upaya. Tetapi, ramai mengkhuatiri bahawa kurangnya adil dalam pengagihannya. Negara ini mestilah berusaha untuk memberhentikan pembaziran.

Saturday, August 25, 2012

Pengagihan royalti dan pendapatan dari minyak di luar pantai.

Malaysia mempunyai rizab minyak di Terengganu, Kelantan, Pahang, Sabah and Sarawak. Dalam beberapa dekad ini, minyak ini diambil. Royalti dan pendapatan minyak haruslah diagih dengan adil dan rizab diuruskan dengan hemat. Pada akhir ini, Kerajaan Pusat menyebut terhadap Jawatankuasa Khas untuk mengadakan kajian yang adil dan telus mengenai isu ini. Para pengundi Malaysia mengkhuatiri langkah ini dilakukan sekarang bukan dahulu.

Tempat yang sesuai untuk perhimpunan anti-sianida

Para penduduk Bukit Koman, Raub, sangat bimbang tentang kesan perlombongan emas cara sianida. Pihak berkuasa mestilah mempertimbangkan tempat yang sesuai untuk perhimpunan secara aman.

SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M'sia,SPRM, perlu lebih RM360j untuk 2013 (RM212j pada 2012). SPRM mesti ada lebih peruntukan & keberkesanan.

Friday, August 24, 2012

Para Pekerja Bangladesh

Malaysia mempunyai berjuta-juta pekerja asing. Ramai adalah tanpa izin. Bangladesh hendak negaranya diiktirafkan sebagai punca pekerja. Kementerian Dalam Negeri telah melancarkan kempen untuk mendaftar pekerja asing. Tetapi, ramai masih tidak menampil ke hadapan. Di Sabah ada pengumuman wujudnya Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji masalah ini. Adalah perlu langkah-langkah yang berkesan untuk menangani isu yang kompleks ini.

RM500 BR1M bantuan sekeluarga

Pada 28 September, 2012, Bajet 2013 akan diumumkan. Menteri Kewangan YAB Datuk Seri Najib mestilah menjelaskan bagaimana adilnya bantuan RM500 kepada keluarga miskin diagihkan sebelum beliau memperuntukkan berbilion ringgit lagi untuk tujuan yang sama.

Thursday, August 23, 2012

Kerajaan Pusat mengabai prinsip undang-undang

Kerajaan Pusat mengekalkan Seksyen 114A, Akta Keterangan, kerana ada perkara-perkara yang lebih serious seperti pengganasan. Seksyen ini memerlukan yang tertuduh mengeluarkan bukti. Prinsip undang-undang berkehendakkan pendakwa mencari bukti.

Monday, August 20, 2012

Penduduk Bukit Koman, Raub, bimbang kesan lombong emas

Para penduduk Bukit Koman, Raub, adalah sangat bimbang mengenai kesan lombong emas berdekatan. Perlombongan mestilah menjaga alam sekitar dan kesihatan orang ramai. Kerajaan haruslah memastikan para penduduk tersebut adalah selamat.

Op Selamat 1, rumah & jalan

Polis melancarkan Op Selamat 1 dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri. Statistik kemalangan jalan dan jenayah rumah akan diumumkan kelak. Kami berharap operasi tersebut boleh menjadikan rumah dan jalan lebih selamat.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir & batin. PM YAB Najib berjanji untuk mewujudkan perasaan aman & selamat di kalangan rakyat. Beliau hendak kawasan kejiranan dan jalannya bebas jenayah. Semoga semua pihak memberi sumbangan yang berkesan.

Saturday, August 18, 2012

Pengangkutan Awam adakah selamat?

Pengerusi SPAD, Tan Sri Hamid Albar, mahu audit diadakan untuk dua kejadian kerosakan Monorail di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau mestilah mengemukakan laporan yang lengkap serta langkah untuk memastikan sistem pengangkutan awam adalah selamat dinaiki.

Kejohanan Dunia Ping Pong untuk acara perseorangan lelaki & wanita

Kejohanan Dunia Ping Pong untuk acara perseorangan lelaki & wanita akan dilangsungkan di Beijing. Juara dunia Zhang Jike & jaguh dari Jerman, Korea, Singapura, Taipei China, Ukraine, Danmark, Jepun & UK. Selepas Olimpik London,adalah menarik untuk melihat jaguh mana yang dapat mengekalkan tahap permainannya.

Friday, August 17, 2012

Puncak Niaga mestilah telus

Media melaporkan bahawa Puncak Niaga yang memiliki Syabas mengalami kerugian RM75 juta tahun lepas & para pengarahnya dibayar RM17.2 juta. Kerajaan Pusat harus mengesahkan sama ada angka-angka ini betul serta tindakan yang telah diambil.

Elak menahan orang tanpa bicara

YB Hisham menyebut bahawa 12 tahanan ISA telah dibebaskan. Kini, ISA sudah dimansuhkkan & digantikan dengan Akta Anti-Pengganasan, beliau mestilah menjelaskan langkah yang diambil untuk mengelakkan penahanan tanpa bicara.

Kerosakan Monorail

Pada  11.8.12 & 17.8.12, Monorail mengalami kerosakan di Brickfields & Imbi masing-masing. Pihaknya mestilah memberitahu punca kerosakan dan langkah untuk memastikan ianya selamat.

Thursday, August 16, 2012

Meningkatkan kecekapan memerangi jenayah



Meningkatkan kecekapan memerangi jenayah
 
Nampaknya, YB Hisham mengakui Kerajaan Pusat tidak pernah menampak keperluannya untuk menumpu perhatian kepada memerangi jenayah. Beliau harus menjelaskan strategi kementeriannya untuk membanteraskan penjenayahannya. Semoga beliau dapat meningkatkan kecekapan untuk mengatasi jenayah.
 

 

Perkara 114A Akta Keterangan masih wujud



 
YB Rais mengata Perkara 114A Akta Keterangan kekal. Ini bermakna berjuta-juta pengguna Internet adalah berisiko. Jika dihadap ke mahkamah, yang dituduh mesti kemukakan bukti, bukan pendakwa. Ini adalah bertentangan dengan prinsip undang-undang.
 
Kedaulatan undang-undang bererti dalam kes mahkamah, pendakwaan harus menyediakan bukti untuk mengesahkan yang dituduh melanggarkan undang-undang. 

Monday, August 13, 2012

Kawalan berkesan ke atas harga barang-barang keperluan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail mengumumkan pengawalan terhadap harga 20 jenis barang keperluan ketika musim Hari Raya. Kami berharap beliau dapat menggunakan langkah-langkah yang berkesan untuk memantau harga barang-barang tersebut.

Persiapan untuk Olimpik Rio

Semalam, Olimpik London berakhir. 15,000 atlet dan pelatih mengembali ke negara masing-masing. Sebahagian besar akan mula melatih untuk Olimpik Rio pada 2016. Para atlet Malaysia mestilah bermula sekarang.

Akta Keterangan tentang prinsip undang-undang

Kami membangkang Akta Keterangan di parlimen seperti Perkara 114A yang menggalaskan tanggungjawab mengemukakan bukti ke atas bahu yang dituduh. Kami menyokong kempen Blackout Internet pada 14-15.8.2012. Tanggungjawab mengesahkan bukti mestilah di bahu pendakwaan.

Friday, August 10, 2012

DAP tidak setuju dengan Islamic State

Isu Negara Islam (Islamic State) dan Hudud timbul menjelang pilihanraya umum. Sesetengah media menuduh DAP tanpa asas. DAP tidak setuju dengan Islamic State. PM YAB Najib tidak mahu Hudud di negara ini. Perlembagaan Persekutuan mestilah dipinda untuk melaksanakan Islamic State. Ini memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Di Malaysia, ini adalah mustahil.

Pandelela pungut gangsa

Pandelela memungut pingat gangsa di acara terjun platform 10 meter Olimpik London. Ia merupakan pingat yang pertama untuk wanita Malaysia. Kita berharap atlet-atlet wanita akan melatih dengan lebih kuat.

Usain Bolt mempertahankan kejuaraan

 Usain Bolt dari Jamaica berjaya mempertahankan kejuaraan di acara perlumbaan 100 dan 200 meter . Beliau mempunyai keistimewaan; latihan & disiplinnya hebat.

Thursday, August 09, 2012

Bekalan air & elektrik: adil kepada rakyat

Ada yang mengesyaki wujudnya krisis bekalam air di Selangor. Syarikat air, Syabas, mengakui bahawa bekalan adalah cukup. Sekarang, ada pihak yang bimbang mengenai kemungkinan berlakunya krisis bekalan elektrik. Kita perlu mengkaji faktanya. Kerajaan harus memastikan bekalan air dan elektrik yang cukup.

Pandelela di peringkat akhir

Di Olimpik London, Pandelela sudah masuk ke peringkat akhir dalam acara terjun platform10 meter. Beliau berusaha. Diharapkan beliau berjaya. Ahli sukan yang unggul menjalani latihan yang hebat dengan disiplin yang tegas.

Tuesday, August 07, 2012

Kriteria memberi royalti minyak kepada Terengganu, bukan Kelantan juga.

Terdapat telaga-telaga minyak di luar pantai Kelantan dan Terengganu. Jawatankuasa Khas Kerajaan Pusat mestilah mengemukakan kriteria untuk mengagih royalti kepada Terengganu berdekad-dekad, tetapi bukan untuk Kelantan.

Monday, August 06, 2012

Berjuang untuk keadilan & kemunasabahan tanpa kekerasan

民主行动党全国署理主席兼甲洞区国会议员陈胜尧博士坚持,华人社会在荣宗耀祖的同时,继续以非暴力的和平方式,
争取公平合理的社会。

2012年8月5日陈博士在吉隆坡天后宫陈氏书院116周年宴会上,作出上述谈话的。

我们将要进入陈氏书院时,可以看到德星堂,其下一幅对联:德星光耀远,颍水派流长。院内有一匾牌刻着光宗耀祖(荣宗耀祖:为宗族与祖先,争取荣耀)•

荣宗耀祖这句的来源是700多年前,文学家石君宝在元曲"曲江池"写到:今幸得一举登科,荣宗耀祖。当时,荣宗耀祖是在科举考得举人状元做官。116年前,大马华人在事业上,在商场上,在矿业上成功,没有忘记为社会作出贡献,诸如陈秀莲和陈新禧等兴建陈氏书院(现在需要修复)。

今日,首相拿督斯里纳吉畅谈,国家经济成长是所有种族的功劳。同样地,大马的建国是依靠各种族:马来人,华人,印度人,达雅人,卡达山人等。

吉隆坡原本只是一个沼泽地带,没有华人也不能够产生今天的吉隆坡。

各种族如华人,在各领域里,有贡献。除了荣宗耀祖,我们所要看到的是公平合理的政策。我们所要看到的是公平合理的制度,我们所要看到的是公平合理的待遇。

我们必须通过非暴力方式,争取公平合理的目标。我们必须通过和平的手段,迈向太平盛世。让大家为修复陈氏书院作出努力。让我们为和平的马来西亚作出贡献。

Saturday, August 04, 2012

Pengagihan royalti minyak dengan adil

PM YAB Najib berjanji untuk mengagih dengan adil pendapatan petroleum untuk Kelantan, Pahang dan Terengganu. Minyak dan gas adalah didapati di luar pantai Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. Semua sudah diberi royalti berdekad-dekad kecuali Kelantan. Kelantan mestilah dapat royalti yang sama. Kita hendak melihat keadilan dan kemunasabahan.

Suasana baik untuk menyertai Perkhidmatan Awam

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam mengatakan bahawa menyertai perkhidmatan awam hanya perlu lulus SPM. Semoga beliau dapat mewujudkan suasana untuk menarik bukan Melayu menjadi kakitangan kerajaan.

Latihan bertahun-tahun perenang berbakat

US, Australia, Holland dan lain negara membolot acara renang. Di Olimpik London, setakat ini tiga perenang China menggapai emas, iaitu Sun Yang 400 meter gaya bebas, Jiao Liuyang 200 meter kuak kupu-kupu dan Ye Shiwen 200 & 400 rampaian individu. Seperti perenang dari Amerika, mereka berbakat & melatih untuk bertahun-tahun.

Besok Lee Chong Wei menemui Lin Dan

Besok Lee Chong Wei menemui Lin Dan. Kami mengucapkan selamat. Chong Wei ada harapan besar.

Friday, August 03, 2012

Lee Chong Wei lawan Chen Long

Malam ini, Lee Chong Wei bermain Chen Long & Koo dan Tan menghadapi Chai Bin and Fu Haifeng. Semoga mereka bermain dengan baik.

Perenang terkemuka, Amerika Syarikat, Michael Phelps

Perenang terkemuka Amerika Syarikat, Michael Phelps(27), telah mengungguli 16 emas, 2 perak & 2 gangsa di beberapa Olimpik. Beliau masih berikhtiar di London. Tidak ada orang yang mendakwa bahawa beliau memakan ubat larangan.

Akauntabiliti untuk peruntukan persekutuan bagi penyelenggaraan jalan


Akauntabiliti untuk peruntukan persekutuan bagi penyelenggaraan jalan

PM YAB Najib sebut mengenai kegagalan negeri menggunakan peruntukan persekutuan RM2,591.3 juta untuk penyelenggaraan jalan. Laporan tahuan Ketua Audit Negara biasanya menyentuh perkara ini. Usaha yang tulen mestilah diadakan untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.






Thursday, August 02, 2012

Perenang China melatih lima jam sehari

Perenang dari China Ye Shiwen memenangi sekali lagi iaitu di acara rampaian individual Olimpik London. Beliau mempamerkan kebolehannya di hadapan orang yang mengesyakinya memakan ubat larangan. Sejak usia 7, beliau melatih lima jam sehari.

Perenang China melatih bertahun-tahun

Ye Shiwen dari China memperolehi pingat emas di satu acara lagi, rampaian individu 200 meter di Olimpik London. Beliau menunjukkan kebolehannya di hadapan segelintir orang yang mengesyakinya memakan ubat larangan. Sejak usia 7, Shiwen mengalami latihan lima jam sehari.

Olimpik tidak membenarkan atlet mengatur

Olimpik London memecatkan empat pasangan bergu dari China, Indonesia dan Korea kerana bermain untuk kalah. Mereka berbuat demikian untuk bermain dalam keadaan lebih selesa di peringkat kumpulan. Semangat Olimpik mahu setiap atlet berusaha dengan bersungguh-sungguh. Persatuan Badminton Dunia mengadakan format baru di temasya sukan ini. Hal ini perlu dipertimbangkan semula.

Tender terbuka untuk projek mengindahkan KL

Datuk Bandar baru Kuala Lumpur Datuk Hj. Ahmad Phesal mengatakan projek mengindahkan KL di sekitar Jalan Silang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ia akan menelan belanja RM30 juta. Jika usaha mempercantikkan bandaraya boleh dilakukan dengan baik, ia adalah menggalakkan. Yang pentingnya tender projek tersebut mestilah terbuka. Hanya kontraktor yang mampu hendaklah dilantik.

Wednesday, August 01, 2012

Duta inovasi mestilah berintegriti


Duta inovasi mestilah berintegriti

PM YAB Najib hendak melantik 5,000 belia sebagai duta inovasi daalam projek Genovasi. Para belia mestilah diberi peluang untuk berinovasi. Semoga nilai-nilai seperti integriti disemaikan.

Syak wasangka terhadap erenang China Ye Shiwen


Syak wasangka terhadap perenang China Ye Shiwen

Ye Shiwen, perenang berusia 16 tahun dari China, menjuarai 400 meter medley dengan pecahan rekod dunia di Olimpik London.. Sejak umur 6 tahun, beliau tinggalkan rumah dan menyertai latihan. Tingginya 5 kaki 8 inci dan berat badan 141 paun. Kaki dan tangannya adalah sangat besar. Ada yang mengesyaki beliau memakan ubat larangan. Persatuan Renang British menegaskan bahawa Shiwen adalah bersih. Setiap orang atlet terpaksa menjalani ujian.

Perenang Amerika Syarikat Missy Franklin Tidak Mahu Jadi Profesional


Perenang Amerika Syarikat Missy Franklin Tidak Mahu Jadi Profesional

Di Olimpik London, perenang Amerika Syarikat Missy Franklin, yang berusia 17 tahun, memenangi kuak melintang 100 meter. Sejak umur 7 tahun, beliau berlatih di bawah Todd Schmidt. Setakat ini, beliau enggan menjadi profesional yang tawarannya lumayan. Latihan dan keazamannya adalah peri penting.