Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, June 30, 2012

Dua panel

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Suhakam, akan bermula siasatanya pada 5.7.2012 terhadap penggunaan kuasa yang berlebihan oleh pihak berkuasa ke atas perhimpunan Bersih 3.0 pada 28.4.2012. Sementara itu, Tun Hanif Omar, Mantan Ketua Polis mengetuai sebuah panel bebas Putrajaya untuk tujuan yang sama. Jika penemuan kedua-dua panel adalah berbeza, siapa akan rakyat percaya?

Masalah Jerebu

Dengan musim kemarau ini, jerebu akan berterusan di negara-negara Asean seperti Malaysia. Para pemimpin Asean termasuk Perdana Menteri YAB Najib perlu meminta Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberi nasihat kepadanya mengenai cara-cara yang akan digunakan untuk menyelesaikan perkara tidak baik ini.

Friday, June 29, 2012

Jabatan Tanah dan Galian patutlah mengatasi kes-kes penipuan tanah - Local politics - CARI English Forum

Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Datuk Azmi Kassim mengakui bahawa penipuan tanah melibatkan orang-orang dalaman dan luaran. Ada juga faktor-faktor seperti kekurangan fahaman terhadap fungsi pejabat tanah. Walau apapun, Jabatan patutlah mempertingkatkan kawalan, agar ia dapat mencegah dan mengatasi kes-kes penipuan tanah.

Najib mestilah menerangkan Projek Sistem Transit Rel Ringan

Kementerian Kewangan mempunyai Jawatankuasa pengambilalihan Tanah yang dipengerusi oleh Perdana Menteri YAB Najib. Di bawah kementeriannya terdapat Syarikat Prasarana Nasional Berhad, SPNB, yang memiliki Projek Sistem Transit Rel Ringan. Adalah dianggarkan bahawa projek ini berharga RM960 juta. YAB Najib mestilah menerangkan betapa terbukanya tender projek itu serta betapa adilnya pemberian projeknya kepada kontraktor yang membuat tender. Kita bimbang kerana pengalamannya lebih 10 tahun lepas tentang Projek Jejambat MRR2, Kepong. Kontraktornya menimbulkan masalah sehingga sekarang.

Thursday, June 28, 2012

Alternatif kepada Puspakom

Malaysia mempunyai satu-satunya syarikat, Puspakom, untuk memeriksakan kenderaan. Monopoli perkhidmatan ini menimbulkan masalah. Kerajaan menandatangani perjanjian konsesi dan perjanjian konsesi tambahan dengan syarikat itu untuk memastikan perkhidmatan yang baik tanpa kecurangan. Kita terus menerima aduan mengenai penyelewengan. Kerajaan mestilah mempertimbangkan secara serius alternatif kepada Puspakom. Para pemilik kenderaan boleh memilih syarikat yang lain untuk memeriksa kenderaannya. Ini boleh menggalakkan saingan yang sihat, ketelusan dan perkhidmatan yang lebih sempurna.

Perlu pelan strategik berkesan untuk menangani masalah trafik

Dewan Rakyat membahas Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (pindaan) untuk menstrukturkan semula denda kesalahan jalan serta membenarkan basikal elektrik, kenderaan untuk orang kurang upaya dan belok kiri di sesetengah simpang jalan.

Wednesday, June 27, 2012

Laporan SPRM 2011

Hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, menyerahkan Laporan 2011 kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, JKMR. JKMR akan memberi pandangannya terhadap laporan itu serta setakat mana keberkesanan SPRM.

Tuesday, June 26, 2012

Perlu integriti dalam sistem bekalan makanannya

Dewan rakyat telah diberitahu bahawa Malaysia mengimport jumlahnya RM221。8 bilion makanan dalam 10 tahun ini. Oleh itu, Kerajaan memajukan rangkaian sistem bekalan makanannya seperti industri akuakultur dan pusat ternakan lembu, NFC. Adalah perimustahaknya sistem tersebut mempunyai integriti. Ia haruslah mengelakkan skandal seumpama NFC.

Monday, June 25, 2012

Datuk Bandar Kuala Lumpur Baru

Setiausaha Agung Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Ahmad Phesal akan menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru mulai 18.7.12. Tahniah. Semoga beliau dapat memberi perkhidmatan yang berkesan di semua sektor.

Sunday, June 24, 2012

Mengambil berat aduan terhadap polis

Sejak 1.4.11 Suruhanjaya Integriti menerima 120 aduan terhadap polis: sembilan telah dirujuk kepada SPRM dan 15 kepada Lembaga Disiplin Polis. Semua pihak mestilah mengambil berat aduan-aduan tersebut.

Menentang perkauman

PM YAB Najib menasihatkan belia supaya jangan menghirau sebutan seperti pendatang. Beliau mestilah diperlihatkan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan sifat perkauman. Ini akan menunjukkan keazamannya untuk menentang pelampau perkauman.

Saturday, June 23, 2012

Najib mengatakan perbahasan atau perdebatan bukan kebudayaan Malaysia

Nampaknya, PM YAB Najib mengatakan perbahasan atau perdebatan bukan kebudayaan Malaysia. Setiap kaum di negara ini mempunyai perkataan yang bererti perbahasan. Kita mengharapkan beliau mempertimbang semula apa yang dimaknakan sebagai perbahasan di antara pemimpin yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Najib mengatakan perbahasan atau perdebatan bukan kebudayaan Malaysia

Nampaknya, PM YAB Najib mengatakan perbahasan atau perdebatan bukan kebudayaan Malaysia. Setiap kaum di negara ini mempunyai perkataan yang bererti perbahasan. Kita mengharapkan beliau mempertimbang semula apa yang dimaknakan sebagai perbahasan di antara pemimpin yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Kita menggalakkan perhimpunan aman

Kononnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB, mengutuk cara-carayang digunakan
untuk mencegahperhimpunan Bersih 3.0 pada 28.4.2012. Diharapkan Kerajaan mengambil perhatian.Kita menggalakkan perhimpunan aman.

Sunday, June 17, 2012

Apakah makna doktor pakar di Malaysia?

Parlimen membincang penubuhan Jawatankuasa Kelayakan Perubatan di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk mendaftar doktor-doktor pakar di negara ini. Akedemi Perubatan sudah mendaftar lebih 5,000 doktor pakar. Adalah dianggarkan bahawa negara ini memerlukan 13,000 doktor pakar. Kini, MMC akan mempunyai satu pendaftaran doktor pakar dan Akademi sudah ada satu pendaftaran. Apakah sebab sebenarnya? Apakah kriteria untuk menafsirkan kepakaran seorang doktor?

Suasana yang sesuai untuk perhubungan yang baik di kalangan orang ramai

Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin mengatakan Kerajaan mewujudkan suasana yang sesuai untuk perhubungan yang baik di kalangan orang ramai. Jika itulah yang dijanjikan, maka beliau mestilah memastikan tindakannya adil untuk semua pihak termasuk pertubuhan yang berkaitan dengan Umno terutamanya perkara sensitif dari segi agama dan kaum.

Masalah Tahunan Jerebu

Jabatan Alam Sekitar mestilah memberitahu Perdana Menteri butiran mengenai jerebu di Malaysia, agar Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib boleh menghubungi Presiden Indonesia dengan cepat untuk memperbincangkan cara-cara yang berkesan bagi mengatasi masalah tahunan yang berlaku di Sumatera.

Friday, June 15, 2012

Menambahkan kuasa Majlis Perubatan Malaysia


Semalam, Menteri Kesihatan mengemukakan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan), termasuk menambahkan kuasa Majlis Perubatan Malaysia. Ia melulus kolej perubatan, mengiktiraf serta mendaftarkan doktor. Kini, terdapat 33 buah kolej perubatan di negara ini, berbanding dengan 20 di Australia. Bagaimana ia memastikan standard semua kolej perubatan dan kualiti lebih 30,000 orang doktor?

Transformasi perkhidmatan awam

Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Khas untuk mengkaji transformasi perkhidmatan awam. Ia mengumumkan empat terma rujukan hari ini, seperti peningkatan kecekapan sistem kerja. Kami menyusul kepada kegiatan suruhanjaya tersebut. Pada praktisnya, bagaimana 1.4 juta kakitangan awam berubah menjadi lebih baik?

Thursday, June 14, 2012

Botol dan garam sebagai senjata?

Revolusi berdarah adalah tidak sesuai untuk Malaysia. Pada 28.3.2008, pengundi memilih PR di lima negeri. PR mempercayai kepada cara yang aman untuk mendapat kuasa. Semalam, Menteri YB Datuk Seri Nazri menjawab soalan YB Lim Kit Siang di Parlimen mengenai kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang mengesyaki perhimpunan Bersih 3.0 pada 28.4.12 adalah untuk mengguling Kerajaan. Sambil bersenyum, beliau mengatakan bahawa jika rakyat tidak sokong Kerajaan, botol dan garam boleh menjadi senjata untuk menggulingnya.

Tuesday, June 12, 2012

Peguam Negara & kes untuk siasatan

Nampaknya, Peguam Negara boleh mengguna Kod Prosedur Jenayah, CPC, untuk mengenepikan kes untuk siasatan yang penting. Kita tidak tahu sama ada beliau pernah berbuat demikian. Jika ya, beliau perlu menjelaskan kes-kes yang berkenaan serta keadaannya.

Sunday, June 10, 2012

44.3% penganiaya kanak-kanak ialah ibu dan bapa

Menurut Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, 25.4% penganiaya kanak-kanak adalah ibunya dan 18.9% bapanya. Kita perlu mengkaji dengan teliti angka-angka ini serta mencari penyelesaian yang berkesan.








Saturday, June 09, 2012

Revolusi berdarah adalah tidak sesuai untuk Malaysia

Revolusi berdarah adalah tidak sesuai untuk Malaysia. PM YAB Najib sebutkan evolusi dan transformasi. Tetapi, negara ini dilanda  pelbagai masalah seperti birokrasi, korupsi, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa. Bagaimana beliau mengesyor menghapuskan masalah-masalah yang berakarumbi ini? Bolehkah beliau membantu memastikan pilihan raya yang bebas dan adil?

Najib sebut mengenai RM32.9 bilion Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia pada 2011

PM YAB Najib sebut mengenai RM32.9 bilion Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia pada 2011. Berapa syarikat sebenarnya melabur di sini? Bagaimana program transformasi beliau dapat mewujudkan suasana yang sesuai untuk pelaburan?

Friday, June 08, 2012

Najib mengatakan Kerajaan sudah mengotakan semua janji

Hari ini, YAB Najib mengatakan bahawa Kerajaan sudah mengotakan semua janji dalam Bajet 2012. Beliau boleh memberitahu rakyat dengan lebih teliti benda-benda yang ditunaikan termasuk setakat mana perkhidmatan awam adalah lebih bersih dan lebih cekap. Pengeluaran pasport adalah lebih cepat. Tetapi, rakyat berasa bahawa kekangan di jabatan-jabatan kerajaan tidak berubah dengan banyak.

PTPTN menarik balik tindakan membeku pinjaman kepada para pelajar Unisel

Selepas bantahan awam, PTPTN menarik balik tindakan untuk membeku pinjaman kepada para pelajar Unisel. Ia harus memperbaiki pengurusan tabungnya, agar tidak ada penyelewengan. Para peminjam tidak sepatutnya dilanda dengan tanggungan yang terlalu berat.

Peruntukan pendidikan perlu diurus dengan baik

PTPTN telah membayar RM43 bilion untuk memberi pinjaman kepada para pelajar. Hanya RM3.1 bilion telah dipungut balik. Kini, ia membeku pinjaman kepada para penuntut di Unisel, kononnya kerana Pakatan Rakyat hendak mewujudkan pendidikan percuma.
Adakah pembekuaan ini akan ditarik balik? Yang terpentingnya, kita mesti mengurus peruntukan pendidikan dengan cekap dan beramanah.

Monday, June 04, 2012

Pilihan Raya Umum mestilah aman.

4。6。2012


Menteri Penerangan Datuk Rais menyokong nilai-nilai menentang keganasan ketika pilihan raya umum akan datang. Pakatan Rakyat menyertai PRU secara aman. Menteri mestilah membantu untuk memastikan parti memerintah tidak membenarkan keganasan, termasuk tidak menggalakkan sesiapa sahaja untuk melakukan keganasan.

Tan Seng Giaw

Sunday, June 03, 2012

Timbalan Perdana Menteri menganggarkan bahawa syak wasangkan terhadap sistem pilihan raya adalah persiapan untuk mewujudkan pemberontakan seperti Musim Bunga di dunia Arab

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menganggarkan bahawa syak wasangkan terhadap sistem pilihan raya adalah persiapan untuk mewujudkan pemberontakan seperti Musim Bunga di dunia Arab. Sebelum ini PM dan TPM pernah mengatakan bahawa keadaan di negara ini adalah tidak serupa dengan dunia Arab. Kini, beliau mengubah pendapat. Ini membayangkan kontradiksi di dalam UMNO-BN. Sistem pilihan raya mempunyai kelemahan-kelemahan seperti kecurangan. Kita perlu mengatasi kelemahan-kelemahan ini untuk memastikan daftar pemilih adalah benar-benar bersih. Ini merupakan salah satu cara asas untuk mengelakkan kekacauan.