Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, August 31, 2011

Bersatu untuk menyambut Merdeka

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan kaum dan agama. Bersama-sama kita menyambut Hari Merdeka ke-54.

Seperti yang terdapat di negara-negara lain, Malaysia mempunyai pelbagai masalah seumpama ekonomi, kaum, agama dan wilayah. Misalnya, isu agama timbul yang mewujudkan ketegangan. Apakah sikap Kerajaan? Adakah semua pihak yang berkenaan sanggup mengurangkan publisiti di dalam media?

Marilah kita menyambut Hari Merdeka Ke-54.

Tan Seng Giaw

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri. Selamat Hari Raya.

Timbalan Pengerusi Kebangsaab dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengucapkan Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Raya kepada semua.

Semoga segala selamat di jalan raya dan rumah di kampung dan bandar.

Tan Seng Giaw

Salam Aidilfitri. Selamat Hari Raya.

Timbalan Pengerusi Kebangsaab dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengucapkan Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Raya kepada semua.

Semoga segala selamat di jalan raya dan rumah di kampung dan bandar.

Tan Seng Giaw

Wednesday, August 24, 2011

Program biometrik terhadap birokrasi & kecurangan di jabatan kerajaan.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekakan bahawa Kerajaan Pusat mestilah membanteraskan birokrasi dan penyelewengan termasuk rasuah di jabatan-jabatan misalnya Jabatan Imigresen. Ini adalah penting untuk mengatasi masalah berjuta-juta pendatang asing tanpa izin, PATI.

民主行动党全国署理主席兼甲洞区国会议员陈胜尧博士,强调中央政府必须拟定有效的策略,杜绝政府部门包括移民厅处理外劳的繁文缛节和贪污舞弊。这样才能符合漂白指纹登记,接着想方设法解决上几百万的非法外劳。

就是内阁决定从今年9月1日起全国调高制造、建筑、服务、农业和园丘业五大领域外劳及女佣的人头税,一律50令吉,增加政府收入上亿令吉,也没有解决问题。这样可能使非法管道更加活跃。

2011年8月24日,陈医生针对移民厅总监拿督阿列斯谈到增加外劳人头税50令吉,发表文告。

这数年来,大马社会变化,许多工作让外劳做。在此不讲本国人为何不做这些工。此种现象也发生在其它国家。

在6P计划下,现在已有208万8358名外劳登记,其中非法外劳是113万5499人。由于大马的海岸线很长,非法入口处超过7百个,到底有几百万非法外劳已经在我国?我国需要漂白合法与非法外劳 。合法的外劳说是1百90多万,非法的是不得而知。这方面,当局必须做出更大的努力,加以克服。

我们希望,中央政府不要只热衷于鸠收人头税而已。例如,现在的外劳人头税,服务业1800令吉,建筑业、制造业和度假岛1200令吉,福利院600令吉。服务领域包括餐厅、清洁公司、货运、洗衣店、理发室、批发及零售业、纺织业和酒店。

内政部包括移民厅需要彻底检讨,要如何克服繁文缛节和贪污舞弊。新的人头税,可能使贪污舞弊变本加厉。许多雇主,有苦无处诉,诸如中间人与部门一些人士的内应,同流合污,使外劳和人头税的问题显得更加错综复杂。中央政府必须考虑如何漂白部门的繁文缛节和贪污舞弊。

陈胜尧

Thursday, August 18, 2011

Penguatkuasa perlu bersih & bereksan untuk mengawal harga barangan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan benar-benar bersih, berkesan & adil di dalam penguatkuasaannya terhadap harga barangan terkawal.

Para peniaga haruslah mematuhi kepada harga barangan terkawal yang telah ditetapakan.

Pada 18.8.2011, Dr Tan mengulas kenyataan kementerian tersebut mengenai senarai harga siling 20 jenis barangan harga terkawal mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Harga barangan adalah dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk harga dunia dan keberkesanan penguatkuasaan. Bagi musim tersebut, Kerajaan telah menentukan harga maksimum bagi 20 jenis barangan , misalnya daging lembu, kubis, tomato, kelapa biji dan bawang.

Kita berharap rakyat boleh menikmati harga barangan terkawal. Sambil merayu kepada para peniaga supaya menjaga kepentingan orang awam, semua pihak berkuasa termasuk kementerian itu mestilah memastikan penguatkuasaannya adalah bersih, berkesan dan adil.

Tan Seng Giaw


Wednesday, August 03, 2011

Apakah hakikat tentang kes Dawama?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyeru supaya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin mengumumkan jumlah wang yang dibayar kepada Dawama Sdn Bhd, syarikat konsesi percetakan dan pemasaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 2002. Apakah sebenarnya berlaku dengan syarikat itu?

Pada 3.8.2011 Dr Tan Seng Giaw memberi perhatian kepada kes syarikat konsesi Dawama yang mencetak buku teks di negara ini.

Syarikat yang mencetak dan memasar buku-buku teks merupakan satu misteri kepada saya. Tiba-tiba 400 kakitangan Dawama diberi cuti tanpa gaji.

Berita yang dikeluarkan mengenai buku teks, Dewama dan DBP adalah termasuk Kerajaan membayar RM100 juta kepada syarikat itu untuk tujuh tahun, syarikat itu terhutang banyak, Kementerian Pelajaran hendak mencari syarikat lain dan buku-buku teks untuk 2012 mungkin menimbul masalah.

Rakyat mengharapkan semua pihak mempunyai integriti. Syarikat konsesi mestilah benar-benar mampu mencetak dan memasarkan buku-buku teks cocok dengan amalan antarabangsa. Kita tidak mengetahui hakikatnya.

Kementerian Pelajaran melantik Dawama, membayar beratus juta ringgit kepadanya serta memantau prestasinya. Mengapa tujuh tahun kemudian baharulah hendak memberhenti kontrak perjanjian dan melantik sysrikat yang lain. Jika tahun perjanjian 2002 diambil kira, tempohnya sembilan tahun. Apakah kritieria perlantikan syarikat?

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Parlimen mengambil perhatian terhadap kes Dewama ini. Ketua Audit Negara haruslah menyiasatnya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin patut mengumumkan hakikat mengenai kes Dewama.

Dr Tan Seng Giaw

Monday, August 01, 2011

Semoga PM Najib terus berazam membaharui sistem pilihanraya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengharapkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib kekal dengan hasratnya untuk membaharui sistem pilihanraya di negara ini.

Pada 1.8.2011, Dr Tan mengulas komitmen Najib untuk memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia.

Semalam, PM Najib menonjolkan kewajipannya untuk reformasi pilihanraya dan memastikan demokrasi berparlimen untuk selama-lamanya.

"Saya adalah komited untuk membaharui pilihan raya. Kami akan buat.

"Jangan khuatirkan komitmen kami untuk memperbaiki sistem ini. Demokrasi berparlimen wujud dan pilihanraya adalah adil di negara ini."

Sejak bermulanya pilihannraya di negara ini pada 1956, perkara-perkara seperti undi hantu dan persempadanan tidak adil sering timbul. Pihak Kerajaan menafikannya. Tetapi, pembangkang menunjukkan buklti seumpama undi hantu, perbezaan bilangan pengundi di antara bahagian-pilihanraya dan persempadanan yang tidak munasabah.

Najib mengakui timbulnya kekurangan, tetapi tidak ada orang yang boleh menafikan wujudnya demokrasi berparlimen. Sistem biometrik akan diadakan.

Bebarapa tahun ini, Bersih 1.0 dan 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihanraya di semua aspek. Pakatan Rakyat menyokong tuntutan ini. Barisan Nasional menentang. Suruhanjaya Piliharaya menegaskan ianya tidak mempunyai kuasa untuk pembaharuan, cuma untuk menguruskan pilihanraya.

Apabila Brsih 2.0 mengadakan perhimpunan, Kementerian Dalam Negeri dan polis bertindak dan mengharamkannya. Pengharaman ini adalah termasuk warna kuning.

Kewajipan Najib ialah untuk membaharui sistem pihanraya dan mengekalkan demokrasi berparlimen. Beliau menekankan bahawa komitmennya tidak boleh disangsikan.

Semoga komitmennya dikekalkan. Jangan kerap berubah. Misalnya, pada satu ketika, PM Najib mengizinkan perhimpunan Bersih di stadium. Kemudian, Kementerian Dalam Negeri menentang berhabis-habisan.

Dr Tan Seng Giaw