Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, April 20, 2010

Pelaksanaan Program IKS dengan lebih berkesan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi seruannya supaya memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan terhadap program-program pembangunan insustri atau enterpris kecil dan sederhana (IKS)diseluruh negara.

Pada 19.4.2010, Dr Tan berucap di dalam Dewan mengenai IKS ketika perbahasan bekalan tambahan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa yang meminta RM350 juta diluluskn selepas ia digunakan untuk 17 program seperti pinjaman untuk latihan kemahiran. Timbalan Menteri YB Dato' Mukhriz menjawab. Beliau mengatakan bahawa kementerinnya menyusul kepada para peserta program-program tersebut.

IKS memainkan peranan yang penting dalam ekonomi. Syarikat-syarikat IKS merupakan 99.2% dari syarikat-syarikat yang terdaftar. Bancian Pertubuhan 2005 oleh Jabatan Statistik menunjukkan 548,267 syarikat IKS. Ia menyumbangkan 31.4% kepada Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) pada 2008. Kita memerlukan statistik terkini.

Pada 2009, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM2.68 bilion bagi program-program utama IKS. Kita haruslah menentukan peruntukan ini digunakan dengan tepat.

Bumi manusia sentisa mewujudkan jurang termasuk yang miskin dan yang kaya. Adalah perimustahaknya bagi kita untuk berikhtiar merapatkan jurang, tanpa mengira ras dan daerah. Ini memang diperlihatkan di IKS. Pelaksanaan dan susulan yang efektif mestilah diadakan.

Walaupun Mukhriz menyebutkan bahawa kementeriannya sudah membelanjakan RM226.6 juta untuk Skim Kluster Latihan Kemahiran Sumber Manusia;665 peserta telah dilatih dan sekian peratusan melanjutkan pelajaran, bekerja dengan syarikat dan membukakan syarikat sendiri. Susulan jangka panjang patutlah diadakan untuk mengetahui bilangan peserta progrom-program tersebut berjaya dan bilangan yang tidak dan cara-cara untuk mempertingkatkan keberkesanannya.

Dr Tan Seng Giaw

Thursday, April 15, 2010

Lantik pegawai kanan untuk menyiasat kes penderaan kanak-kanak.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa pegawai inspektor keatas dilantik untuk menyiasat kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Pada 15.4.2010, Dr Tan mengulas tentang satu kes lagi kematian kanak-kanak perempuan yang disyaki didera bapa tiri.

Di Malaysia, kita akan terus melihat kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembuangn bayi. Semua rakyat mestilah perihatin.

Pada 15.4.2010, Dr Tan merujuk kepada laporan media mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati disyaki didera bapa tirinya. Bonda dan bapa tirinya telah ditahan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lee Swee Hui, dari Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang di sini, dipercayai didera lelaki berusia 27 tahun itu.

Lee atau panggilan manjanya, Jasmine, dibawa ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini pada jam 7.45 pagi semalam oleh bapa tirinya.

Laporan media mencatatkan bahawa pada 25 Februari lalu, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Seminggu selepas itu, K Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia juga akibat didera dipercayai oleh suami pengasuhnya di Kayu Ara, Damansara dekat sini.

Jika penderaan kanak-kanak di ketahui orang yang tidak bersedia untuk mengambil tindakan, maka mangsa akan terus menderita. Kalau dinampak oleh orang yang sanggup mengamil tindakan, maka mangsa akan diselamatkan.

Sekiranya, penderaan tidak menyebabkan kematian dan tidak disedari oleh orang yang sungguh prihatin, maka mangsa akan terus menangis entah berapa lama. Apakah bilangan kes yang tidak diketahui?

Kerajaan haruslah melantik pegawai kanan, inspektor ke atas, untuk menyiasat kes-kes penderaan. Pengarah Jabatan Kebajikan Msyarakat Seri Kembangan wajib mengambil bahagian di dalam siasatan ke atas kematian tersebut bersama-sama dengan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak.

Pendera yang disyaki patut dihadap ke mahkamah. Jika didapati bersalah, ia perlu dijatuhkan hukuman yang berat. Kemudian, nama pendera dimasukkan ke dalam Senarai Pendera Kanak-kanak. Mereka haruslah dilarangkan dari kegiatan yang mendekati kanak-kanak, termasuk anak-beranak sendiri.

Semua rakyat Malaysia mestilah prihatin kepada penjenayahan penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Dr Tan Seng Giaw

Sunday, April 11, 2010

Laporan program bekerja dari rumah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan Pusat mengumumkan laporan Program Bekerja Dari Rumah secara percubaan yang melibatkan 39 kakitangan Kementerian Kerja Raya.

Sesetengah negara dan korporasi antarabangsa sudah mengamalkan program tersebgut. Mereka mempunyai cara yang tertentu. Apakah cara atau model yang sesuai untuk alam sekitar Malaysia?

Pada 12.4.2010, Dr Tan menanya soalan tambahan mengenai program itu. YB Dungun Matulidi Jusoh membangkitkan soalan asal. Menteri Kerja Raya YB Tampin, Shaziman Abu Mansor, menjawab. Idea ini digalakkan oleh Perdana Menteri YAB Najib.

Shaziman berkata bahawa program ini bermula dari 1.1.2010 hingga 31.3.2010. Dengan kawalan ketat, produktiviti telah dinaikkan dari 30% kepada 85%. Nampaknya dua atau tiga orang berasa bosan dan satu isteri tidak mahu suami bekerja dari rumah.

Adalah baik jika menteri tersebut boleh mengumumkan laporan program ini dengan secepat mungkin. Terdapat lebih 1.2 juta kakitangan kerajaan di Malaysia. Bilakah program ini dapat dilaksanakan cocok dengan suasana negara ini?

Satu kelebihan dari program ini ialah penjimatan sewaan ruang kerja. Jika seorang pekerja memerlukan ruang kerja seluas 5 meter per segi dengan RM40 wang sewa setiap meter per segi, maka seseorang membelanjakan RM200 sebulan. Jumlah untuk 39 orang adalah RM 7,800.

Kakitangan yang beerja dari rumah boleh dipantau melalui pelbagai cara. Semoga cara yang sesuai bagi negara ini dilaksanakan.

Dr Tan Seng Giaw

Tambah stesen bergerak, rondaan & keberkesanan polis.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulang seruannya supaya Kementerian Dalam Negara menambahkan bilangan stesen bergerak, rondaan dan anggota yang cekap di tempat-tempat yang sering berlaku jenayah, termasuk Jinjang dan Kepong, Kuala Lumpur. Pastilah keselamatan untuk rakyat. Ini memang memerlukan masa.

Pada 11.4.2010, Dr Tan menyentuh soal penjenayahan ketika melawat Jinjang Utara.

Pada tempoh hari, polis menambahkan rondaan termasuk di Metro Prima, Kepong. Ini adalah baik. Tetapi, terdapat banyak tempat yang berkehendakkan lebih rondaan and stesen bergerak. Misalnya, di Jinjang Utara yang terletaknya Balai Polis. Ada bangunan balai yang cantik selepas projek pembinaan semula dilaksanakan. Kita tidak boleh mengizinkan kelancangan para penjenayah untuk melakukan jenayah di depan balai.

Menurut Menteri Dalam Negara Datuk Seri Hishamuddin, indeks jenayah jalanan negara telah turun sebanyak 20% pada awal tahun 2010. Dalam tiga tahun ini, keturunan indeks adalah 5% setiap tahun. Saya tidak tahu apalah erti sebenar indeks ini. Yang pentingnya, rakyat mestilah berasa selamat.

Minggu lepas, saya bangkitkan soalan penjenayahan negara khasnya JInjang dan Kepong, Kuala Lumpur, dalam Dewan. Kementerian Dalam Negara tidak menjawab dengan sepenuhnya.

Kami akan terus memberi perhatian kepada masalah jenayah. Polis haruslah mengadakan lebih banyak stesen bergerak, rondaan dan anggota yang cekap, terutamanaya di tempat-tempat hitam. Bilakah orang ramai boleh berasa lebih selamat?

Dr Tan Seng Giaw

Wednesday, April 07, 2010

Kes penderaan kanak-kanak disiasatkan oleh orang berpengalaman

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya setiap kes penderaan kanak-kanak mestilah disiasatkan oleh orang-orang berpengalaman seperti Inspektor Detektif atau Chief Inspector Polis.

Ketua-ketua perkhidmatan sosial seumpama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat wajib terlibat dengan siasatan setiap kes secara langsung.

7.4.2010, Dr Tan menyahut jawapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai soalan pembuangan dan penderaan bayi yang dibentangkan oleh YB Dato' Haji Ismail Haji Abd Muttalib , YB Maran.

Menurut menteri, angka penderaan dari 2005-2010 ialah 10,758 kes. Pada sesi ini, jawapan yang sama telah diulangi tiga kali. Misalnya, usaha untuk menghindar ibu-ibu muda dari membuang bayi adalah termasuk perkhidmatan kaunseling, bengkel interaktif, jawatankuasa kebajikan kanak-kanak daerah, kursus keibubapaan, dan pusat remaja kafe@teen.

Semua pihak haruslah bekerjasama secara terus-menerus. Adalah susah bagi mendapat bukti dan saksi penderaan dan pembuangan kanak-kanak. Setakat ini, tiada orang yang disyaki membuang bayi dibawa ke mahkamah.

Kami sudah menyentuh mengenai penubuhan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di semua peringkat. Kami mengesyorkan Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak. Nampaknya YB Shahrizat belum menjawab tentang senarai seumpama ini. Berdasarkan kepada senarai ini, para pesalah dilarangkan dari mendekati kanak-kanak termasuk anak-beranak sendiri.

Masalah penderaan dan pembuangan bayi akan terus berlaku. Hanya orang-orang yang berpengalaman patut terlibat dengan pemyiasatan kes-kes ini. Contohnya, Inspektor Detektif ke atas menceburkan dalam siasatan kes-kes. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat mestilah terbabit dengan kes-kes ini secara langsung.

Dr Tan Seng Giaw

Monday, April 05, 2010

RM4.5j untuk kerangka, tiang dan padang rumput-rampai.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen DAP Dr Tan Seng Giaw meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) menjelaskan mengapa setelah membelanjakan RM4.5 juta untuk Projek Gelanggan Kereta Radio Antarabangsa, projek terbengkalai. Ia tinggal kerangka, tiang-tiang dan padang rumput-rampai.

Pada 4.4.2010,Dr Tan, rakan-rakan dan para penduduk melawat tapak projek gelanggang tersebut di satu sudut Taman Metropolitan Kepong.

Taman seluas 120 ekar itu merupakan yang terbesar di bawah DBKL. Para peminat layang-layang sering berkumpul di taman ini.

Pada awal 2007, DBKL melantik K Wisdom sebagai kontraktor projek. Seorang subkontraktor melaksanakannya. Kononnya, subkontraktor tidak mendapatkan wang. Maka, hanya pagar, kerangka bangunan dan tiang didirikan. Projek terbengkalai.

Pada 2009, pagar runtuh,kerangka dan tiang terbiar, rumput-rampai dan sisa pembinaan dengan nyamuk Aedes.

Sejak 21.8.2010, kami melawat tapak dan menyoal DBKL tentang projek terbengkalai ini. Kunjungan kami ke tapak itu diulangi pada 1.4.2008 dan 19.4.2009. Pada 4.12.2009, kami menimbulkan perkara ini semasa menemui Datuk Bandar. Pada 15.3.2010, Datuk Bandar mengatakan RM4.5juta telah dibelanjakan untuk projek itu. Kontraktor baru dilantik pada bulan Mac, 2010 dan kerja akan mengambil masa empat bulan. Setakat ini, kami belum nampak kerja bermula di tapak itu. Adakah RM5juta lagi diperlukan?

Adalah munasabah bagi DBKL untuk menerangkan sebab-musabab projek tersebut menghadapi masalah.

Dr Tan Seng Giaw

Sunday, April 04, 2010

Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan Pusat mendaftar para pesalah yang mendera kanak-kanak sebagai Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak (Child Offenders' List), melarang mereka dari merapatkan dengan kanak-kanak termasuk anak beranak sendiri.

Pada 4.4.2010, Dr Tan membuat syor tersebut kerana permasalahan penderaan dan pembunuhan kanak-kanak serta pembuangan bayi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, dari 2000 hingga 2009, dilaporkan 15,968 kes penderaan kanak-kanak. Dalam tempuh yang sama, polis mencatatkan 815 kes pembuangan bayi, 382 masih hidup dan 433 mati. Apakah bilangan yang tidak dilaporkan?

Kanak-kanak dan bayi tidak mempunyai undi. Orang-orang politik tidak menaikkan minat khas terhadap masalah sosial ini. Dari segi kemanusiaan, penderaan dan pembunuhan kanak-kanak serta pembuangan bayi adalah sangat serius.

Minggu lepas, kami mencadangkan supaya Pasukan Perlindugan Kanak-Kanak ditubuhkan di semua peringkat--polis, jabatan kebajikan dan hospital. Ahli-ahli pasukan itu mestilah ditapis dan dilatih agar mereka berupaya menangani kes-kes penderaan.

Bagi kes-kes yang dilapor dan disiasatkan, adalah sukar untuk memastikan bukti dan saksi. Selapas mahkamah menjatuhkan hukuman, para pesalah haruslah didaftar dan Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak disimpan di balai polis, jabatan kebajikan dan hospital. Para pesalah wajib dilarang dari mendekati kanak-kanak, termasuk anak beranak sendiri.

Para pekerja yang kena-mengenai dengan kanak-kanak dan bayi mestilah ditapis oleh polis berasaskan Senarai Pesalah.

Kini, hospital, balai polis dan jabatan kebajikan dan sebagainya perlu meningkatkan kesedaran tentang penderaan dan pembunuhan kanak-kanak serta pembuangan bayi. Formula yang cocok dengan keadaan Malaysia patut dicari. Ini memerlukan sumber manusia, wang dan dedikasi.

Dr Tan Seng Giaw